Thursday, September 26, 2013

Kari ikan : Ini ada 3 resepi

Assalamualaikum. Hari ni nak share resepi kari. Hari tu kami geng PCD discuss pasal masak kari kat WeChat. Memang seronok berbincang dan macam-macam perkara yang dikongsi. Atas permintaan usu, saya nak share resepi saya masak kari.

1. Kari Ikan Ala Liana

Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung (boleh guna ikan bawal, ikan merah, ikan tenggiri, ikan tauhu, ikan kerapu)
1/2 paket rempah kari ikan (saya guna jenama Babas. Bancuh rempah dengan sedikit air.)
3 biji bawang merah | dihiris
2 biji bawang putih | dihiris
1 biji bawang besar | dihiris
2 inci halia | dihiris
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil jintan manis | ditumbuk
1 sudu kecil jintan halus | ditumbuk
Kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil asam jawa (saya guna Asam Jawa Extra Adabi.)
1 cawan santan pekat (kalau guna santan parut yang diperah, 2 cawan santan)
1 biji tomato | potong 4
1 biji cili merah | dibelah dua tanpa putus
5-7 batang bendi (bergantung pada saiz. Saya tak potong sebab tak mahu lendir bendi keluar)
Air
Garam
Minyak untuk menumis


Cara-cara
1. Panaskan periuk dan masukkan minyak. Tumis bahan-bahan hiris sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuhkan, jintan manis, jintan halus, biji sawi, kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis sehingga garing.
2. Setelah garing, masukkan pula daun kari. Tumis lagi.
3. Masukkan secawan air dan asam jawa. Gaul sebentar dan masukkan ikan.
4. Setelah beberapa minit (jangan terlalu lama), masukkan santan pekat. Kacau perlahan. Kalau guna santan parut, kurangkan kuantiti air semasa masuk asam jawa (no 3).
5. Kemudian, masukkan cili merah, tomato, dan bendi. Kacau perlahan lagi sehingga mendidih. Jangan sampai pecah minyak. Bubuh garam sebagai perasa.
6. Apabila sudah mendidih, tutup api. Siap untuk dihidang.

x pandai la nak amik gambar...huhu

2. Kari Ikan Stail Mama

Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
1/2 paket rempah kari ikan (Bancuh rempah dengan sedikit air.)
3 biji bawang merah | dikisar
2 biji bawang putih | dikisar
1 biji bawang besar | dihiris
2 inci halia | dihiris
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil asam jawa (Asam Jawa Extra Adabi.)
1 cawan santan pekat (kalau guna santan parut yang diperah, 2 cawan santan)
1 biji tomato | potong 4
1 biji cili merah dan hijau | dibelah dua tanpa putus
5-8 batang bendi
Air
Garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara
Sama seperti di atas

3. Kari ikan Stail Mamak
Kari ikan stail mamak ni ada beza sikit dengan biasa yang kami sekeluarga makan. Biasanya tak letak santan dan agak pekat dan sedikit pedas. Ini resepi yang kami pernah buat ikut citarasa kami.

Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
1/2 paket rempah kari ikan (Bancuh rempah dengan sedikit air.)
3 biji bawang merah | dihiris
2 biji bawang putih | dihiris
1 biji bawang besar | dihiris
2 inci halia | dihiris
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil jintan manis | ditumbuk
1 sudu kecil jintan halus | ditumbuk
1 sudu kecil biji sawi
4 sekawan (kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 5-7 bunga cengkih, 4 biji buah pelaga)
1 sudu kecil asam jawa (Asam Jawa Extra Adabi.)
1 biji tomato | potong dadu
1 biji cili merah dan hijau | dibelah dua tanpa putus
5-8 batang bendi
Air
Garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Panaskan periuk dan masukkan minyak. Tumis bahan-bahan hiris sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuhkan, jintan manis, jintan halus, biji sawi, dan 4 sekawan. Tumis sehingga garing.
2. Setelah garing, masukkan pula daun kari dan tomato yang dipotong dadu. Tumis lagi.
3. Masukkan secawan air dan asam jawa. Gaul sebentar dan masukkan cili merah dan cili hijau, dan bendi. Biarkan sebentar.
4. Kemudian, masukkan ikan. Kacau perlahan lagi sehingga mendidih atau sehingga ikan masak. Rasakan dengan garam secukupnya.
5. Apabila sudah mendidih, tutup api. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

p/s: ini cara saya memasak. mungkin tak sama dengan orang lain. lain orang lain citarasanya, kan?? kalau ada apa-apa, boleh bagitahu kat saya. sharing is caring, right?? hehehe

No comments: