Monday, March 31, 2014

Lepak Di Morib

Assalamualaikum. Hi alls! Hehe

Semalam hari Ahad, dan saya lepak di Morib. Ambil angin laut untuk mengembalikan semangat yang hilang. Haishhh...

Kami pergi dengan satu kereta. Eh, lupa lak nak bagitahu! Saya ke Morib dengan Along, Usu, Shida, dan Lex. Uda datang dengan hubby dia after Asar. Sebenarnya aktiviti ni dirancang sebaik saja kami pulang dari Sungai Petani. Dahsyat tak?! haha dan plan asal kami adalah mahu ke Pulau Pinang!

Kenapa tak jadi p Penang?
1. Along tiba2 bagitau handphone dia rosak dan segala bajet utk lepak kat Penang terpaksa digunakan untuk membeli handphone baru.
2. Uda pula bagitahu tarikh yg kami pilih bertindan dengan majlis naik buai anak saudara dia yg dilangsungkan di Banting.
3. Sy dah tak ada bajet sbb belum gaji. Haha (alasan je...hahaha)

Kenapa kami sibuk sangat nak melepak?
1. Usu dah nak balik negeri asal dia, Sabah, sebab dapat kerja dekat sana.
2. Sy dah tak larat nak pandang bangunan batu disekeliling sy.
3. Sengaja.
4. Suka hati laaa... haha

Kami memilih Morib sebab dekat dengan Banting (tempat Uda hadiri kenduri). Senang nak kumpul adik beradik. Hehe tapi...kalau semua ada lagi best!! Huhu

Kami bawa bekal dan saya dengan along gigih masak macaroni goreng. Nak resipi? Tunggu entri akan datang. Hehe

Jom layan gambar! (^____^)v gambaq x ikot susunan. maleh nak adjust! haha


Dah la tinggi, berdiri lagi..haiya liana..haha


Uda dan along



sy jd background! hihi

pikiaq hal dunia...hmm...





bekalan makanan kami...

ayaq surut!!

selera depa makan..bukan sedap pun sy masak! hadoiii..


Ok. Sampai sini saja. Bye!!~

p/s: Haiii...bila la nak lepak Penang ni?? Huhu

p/s 2: Bila laaa nak dapat kerja lain ni?? Haha

Friday, March 21, 2014

Sekitar Majlis Walimah NFairuzH dan AdlieMatPut

Assalamualaikum. Hai semua!!~ Last week saya ke sungai petani, kedah. Makan kenduri! Best sbb kumpul adik beradik PCD. Oh, ya! yang kahwin ni adik kami yang ke lapan, Fairuz tapi kami panggil dia anje. Hehe

Kami bertolak malam (hari Jumaat malam Sabtu), dalam pukul 9.30malam dan sampai ke rumah anje pukul 2 pagi. Singgah rumah anje dulu sebab nak ambil kunci homestay.

Kenduri kat rumah anje sangat meriah. Al-maklumlah, anak perempuan tunggal. Lepas tu anak tauke kilang biskut Sheeda's Cookies. Siapa yang duk area SP, Bakar Arang, Butterworth, Seberang Jaya mesti kenal dengan brand ni. Sedap wooo... frozen foods pun best! Saya suka giler dengan murtabak raja. Sedap bangat!! Haha

Ok ok..bukan masa nak nak cerita pasal sheeda's cookies. Heee nak cerita pasal majlis perkahwinan anje yang sangat havoc dan grand! Hehe

Kami sampai rumah anje dalam pukul 12.15 tengah hari. Jumpa mama anje dan bersalam-salaman. Lepas tu p bergambar kat photo booth. Terkejut ni jumpa Adlie kat situ. Pakai tshirt jah. Rupanya nak ambil pengantin perempuan nak bawa ke tempat dia. Kira nak berarak dari rumah dia ke rumah anje la. Katanya bersanding pukul 1.30 petang. Kami pun p makan dulu.

L-R: shida, usu, alang, saya, along


pinjam misai dato k sat... haha

First round makan makanan kenduri. Pastu saya bangun lak, p ambil cendol ais krim. Bila p ambil cendol, nampak lak char kuey teow. Saya ambil lagi. Usu dan shida p ambil kambing golek. Pastu dari jauh saya nampak candy booth dah beroperasi. Saya pun apa lagi! Mengalahkan budak2! Haha sampai alang tegur.."dah la, yana..." memang makan sampai lebam!! Hihi lepas tu saya makan rojak buah dan cheese tart. Yummy! Bila alang makan ais krim malaysia, saya pun makan gak. Tapi tak boleh challenge alang laa... leh habiskan 3 batang ais krim malaysia dalam satu masa! Tahniahhh... haha

Belakang L-R: saya, uda, usu
Depan L-R: along, alang, shida

makan ais krim malaysia! yeayyyy..

hidangan kenduri..

Dah kenyang makan, kita orang tunggu dalam rumah lak sementara tunggu pengantin sampai. Lepas pengantin makan, kami ambil giliran bergambar. Nak kena balik petang tu jugak sebab masing2 ada hal. Tapi alang sempat ajak husband dia singgah jambatan kedua pulau pinang. Saya ada update dekat entri sebelum ni. Hehe

gambar atas dan bawah adalah ikhsan daripada mentari timur florist. terima kasih!!


kami adik beradik PCD.
gambar ni ditujukan khas buat angah, achik, dan ateh yang jauh di perantauan!
mcm syahdu kannn.. hehe

Kepada anje, selamat pengantin baru. Selamat menjalani hidup sebagai isteri. Jangan nakal2 tau... haha semoga berbahagia selalu. Gaduh2 tu biasa laa..adat dalam rumah tangga. Kalau ada sebarang kemusykilan, jangan segan2 beritahu kami...ateh ada sebagai pakar rumah tangga. Hehe

Kepada matput, selamat pengantin baru. Jaga our anje ni baik2 tau. Pelihara rumah tangga sebaiknya. Kami doakan yang terbaik buat kalian. oh ya! semoga ayah hang cepat sembuh. (^___^)v

Kepada anje dan matput, semoga berbahagia menjalani bahtera perkahwinan. Semoga dapat anak yang comel, cantik, lawa, kacak, soleh dan solehah. Tahun depan kami nak anak buah tau! haha

Ok lah. Sampai sini aje. Malas nak cerita lagi. Haha tengah sakit mulut ni. Panas dalam kot. Huhu tekak sakit.. hmm...

p/s: doakan saya dapat kerja lain erk. Huhu rasa macam dah tak.. hmm... huhu

Tuesday, March 18, 2014

Jalan-Jalan JK2PP

Assalamualaikum... Hola! Sabtu lepas saya bersama along, alang, uda, dan usu (adik beradik pcd), shida, abang alang, adam (little anak buah) lex, abang uda, dan famili uda p ke Sungai Petani. Anje, adik kami yang ke lapan melangsungkan perkahwinan beliau! Sangat havoc ok!!! Haha kalau ateh, angah, dan achik dapat join tentu lagi seronok!

Sebenarnya, bukan nak buat entri pasal kawen anje (akan dibuat pada masa akan datang sbb belum kumpulkan semua gambar), tapi nak cerita pengalaman melalui JK2PP after balik dari kenduri anje. Hehe

Terima kasih kepada alang dan abang alang (suami alang) sbb bawa kami ke JK2PP. Kalu x, ada yang nak balik Serdang kemudian berpatah balik ke Penang. Haha

JK2PP adalah Jambatan Kedua Pulau Pinang. Nak kne letak info ke kat entri ni?? Kalau tak letak boleh x?? Rasanya ramai dah tau pasal JK2PP ni. Haha

Sikit info pasal JK2PP.
Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ialah sebuah jambatan tol jalan raya kembar baharu di Pulau Pinang yang telah siap dibina sepenuhnya pada Februari 2014. Ia menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dan Batu Maung di pulau, Pulau Pinang. Jambatan ini ialah jambatan kedua yang menghubungkan pula tersebut ke tanah besar selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan yang menelan kos RM 4.5 bilion ini mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 1 Mac 2014 dan dinamakan bersempena Yang di-Pertuan Agong ke-14 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Jambatan Kedua Pulau Pinang juga mempunyai kompleks tol bersepadu yang pertama di Malaysia dan yang terbesar dengan mempunyai 28 lorong.

Ok. Jom tengok gambar! Hehe

snap dari dalam kereta ja sebab alang takot nanti kami smua masuk buletin utama.. haha


blm ada tol charge..hehe


saujana mata memandang..








kagum dengan Malaysia...bak kata alang. hehe

p/s: cadang nak ke penang lagi ni.. entah bila pulak. Huhu

Friday, March 7, 2014

Roti Sosej Gulung Berkeju #menusarapan

Assalamualaikum... Hai semua! Dah laaaaaamaa tak buat entri pasal makanan kan?? Sejak dua menjak ni malas laa... huhu 

Ok. Tak nak berlengah lagi...sebelum mood malas bertandang semula, nak share resipi yang diwujudkan untuk menghabiskan stok roti dan cheese di rumah. Hehe sesuai untuk sarapan dan juga minum petang.

Bahan-bahan

Roti sandwich (saya mmg guna gardenia)
Cheddar cheese (saya biasa guna cheesedale)
Sosej (direbus)
Telur (untuk celupan)
Garam

Cara-cara
1. Lenyek roti sandwich menjadi nipis. Ini bertujuan untuk mengelakkan dari roti menyerap minyak ketika menggoreng. Saya lenyek dengan mug seramik. Asalkan leper. Hehe
2. Dah leper, letakkan cheddar cheese di atas permukaan roti. Kemudian, letakkan pula sosej. Gulung dengan kemas.
3. Buatlah banyak mana yang anda suka. Bila dah siap, panaskan minyak masak. Minyak masak jgn terlalu bnyk mcm nak goreng pisang pulak..dan jangan terlalu sedikit seperti nak goreng telur. Sedang-sedang aje..
4. Pecahkan telur dan perasakan dengan garam. Pukul seketika sebelum roti dicelup.
5. Goreng sehingga telur yang disalut masak.
6. Hidang ketika masih panas. Yummy!

Saya makan cicah sos... sambil pekena teh O. hehe

p/s: sejak dah lama x tulis blog ni, rasa mcm teknik penulisan saya semakin haru! huhu


Wednesday, March 5, 2014

Let pics talk... and show what i'm feeling #sulky

Sensitiviti meningkat sejak dua menjak ni... rasa bosan pulak jadi orang baik dan mengalah. Terlalu banyak memberi tetapi...tak ada siapapun yang mampu memberi semula. Rasa tak dihargai... down!!~

Tak salah kan kalau nak merajuk??






Bila nak cerita masalah aje, semua orang tak ada, tak peduli... sedih!!
Nobody cares...

p/s: senang bersama, susah sorang2... *crying*