Friday, March 21, 2014

Sekitar Majlis Walimah NFairuzH dan AdlieMatPut

Assalamualaikum. Hai semua!!~ Last week saya ke sungai petani, kedah. Makan kenduri! Best sbb kumpul adik beradik PCD. Oh, ya! yang kahwin ni adik kami yang ke lapan, Fairuz tapi kami panggil dia anje. Hehe

Kami bertolak malam (hari Jumaat malam Sabtu), dalam pukul 9.30malam dan sampai ke rumah anje pukul 2 pagi. Singgah rumah anje dulu sebab nak ambil kunci homestay.

Kenduri kat rumah anje sangat meriah. Al-maklumlah, anak perempuan tunggal. Lepas tu anak tauke kilang biskut Sheeda's Cookies. Siapa yang duk area SP, Bakar Arang, Butterworth, Seberang Jaya mesti kenal dengan brand ni. Sedap wooo... frozen foods pun best! Saya suka giler dengan murtabak raja. Sedap bangat!! Haha

Ok ok..bukan masa nak nak cerita pasal sheeda's cookies. Heee nak cerita pasal majlis perkahwinan anje yang sangat havoc dan grand! Hehe

Kami sampai rumah anje dalam pukul 12.15 tengah hari. Jumpa mama anje dan bersalam-salaman. Lepas tu p bergambar kat photo booth. Terkejut ni jumpa Adlie kat situ. Pakai tshirt jah. Rupanya nak ambil pengantin perempuan nak bawa ke tempat dia. Kira nak berarak dari rumah dia ke rumah anje la. Katanya bersanding pukul 1.30 petang. Kami pun p makan dulu.

L-R: shida, usu, alang, saya, along


pinjam misai dato k sat... haha

First round makan makanan kenduri. Pastu saya bangun lak, p ambil cendol ais krim. Bila p ambil cendol, nampak lak char kuey teow. Saya ambil lagi. Usu dan shida p ambil kambing golek. Pastu dari jauh saya nampak candy booth dah beroperasi. Saya pun apa lagi! Mengalahkan budak2! Haha sampai alang tegur.."dah la, yana..." memang makan sampai lebam!! Hihi lepas tu saya makan rojak buah dan cheese tart. Yummy! Bila alang makan ais krim malaysia, saya pun makan gak. Tapi tak boleh challenge alang laa... leh habiskan 3 batang ais krim malaysia dalam satu masa! Tahniahhh... haha

Belakang L-R: saya, uda, usu
Depan L-R: along, alang, shida

makan ais krim malaysia! yeayyyy..

hidangan kenduri..

Dah kenyang makan, kita orang tunggu dalam rumah lak sementara tunggu pengantin sampai. Lepas pengantin makan, kami ambil giliran bergambar. Nak kena balik petang tu jugak sebab masing2 ada hal. Tapi alang sempat ajak husband dia singgah jambatan kedua pulau pinang. Saya ada update dekat entri sebelum ni. Hehe

gambar atas dan bawah adalah ikhsan daripada mentari timur florist. terima kasih!!


kami adik beradik PCD.
gambar ni ditujukan khas buat angah, achik, dan ateh yang jauh di perantauan!
mcm syahdu kannn.. hehe

Kepada anje, selamat pengantin baru. Selamat menjalani hidup sebagai isteri. Jangan nakal2 tau... haha semoga berbahagia selalu. Gaduh2 tu biasa laa..adat dalam rumah tangga. Kalau ada sebarang kemusykilan, jangan segan2 beritahu kami...ateh ada sebagai pakar rumah tangga. Hehe

Kepada matput, selamat pengantin baru. Jaga our anje ni baik2 tau. Pelihara rumah tangga sebaiknya. Kami doakan yang terbaik buat kalian. oh ya! semoga ayah hang cepat sembuh. (^___^)v

Kepada anje dan matput, semoga berbahagia menjalani bahtera perkahwinan. Semoga dapat anak yang comel, cantik, lawa, kacak, soleh dan solehah. Tahun depan kami nak anak buah tau! haha

Ok lah. Sampai sini aje. Malas nak cerita lagi. Haha tengah sakit mulut ni. Panas dalam kot. Huhu tekak sakit.. hmm...

p/s: doakan saya dapat kerja lain erk. Huhu rasa macam dah tak.. hmm... huhu

2 comments:

akuiwana said...

jelesnyaaaa.kak long cuma sempat mkn nasik sikit,kambing sikit dgn kue teow sikit huhu pastu skarang menyesal and teringinn

Lianamunyati Rusli said...

@akuiwana

dan sebenarnya bnyk yg akak x makan lagi, kak long! menyesal gak.. haha