Saturday, September 15, 2012

tahniah, ayep!!

assalamualaikum.... 2hb 9 hari tu saya dan keluarga p hantar rombongan pertunangan sepupu saya. nama dia arif fahmi. dia sebaya dgn saya. bulan 3 hari tu adik dia. kali ni giliran dia pulak. tak jauh pun... kat sungai pergam aje. kawasan bagan datoh. kira2 setengah jam dari rumah kami. kat sungai pergam tu pun kami ada saudara. =) ok, xmau cakap banyak. nak tunjuk gambar je sebenarnya... tapi... gambar ayep xde! huhu maap la ye, yep... huhuhu

sarung cincin risik


bertunang

mak ayep, tunang ayep, n bakal mak mertua ayep


photographer x berbayar!



mak alang

saya, tunang ayep. n adik saya


p/s: ...


Thursday, September 13, 2012

nak bercerita tapi...


assalamualaikum. hai kawan2 semua... hmm... rasanya dah lama x update cter kat sini. err... sepanjang raya langsung x jenguk blog. huhu memang agak busy. dengan line internet yg macam siput kekenyangan, memang mood hilang untuk update cter. huhu


banyak cter nak kongsi sebenarnya tapi yalah, masih dalam mood busy. hadoi...


sepanjang minggu pertama raya, sibuk dengan kawan2 dan saudara mara datang berkunjung. tu tak kira lagi saya keluar berkunjung ke rumah kawan2 dan saudara mara. lepas tu, weekendnya, pakcik saya iaitu sepupu mak buat kenduri kawen anak perempuan dia. kami duduk sekampung. 


minggu kedua raya lak, tolong sepupu saya pulak. dia nak bertunang masa cuti merdeka. sambil tolong sepupu saya. saya sibuk buat persiapan untuk abang. lepas tu p hantar sepupu bertunang...


untuk minggu ketiga raya pulak, saya memang sangat busy. siapkan hantaran untuk abang sempena pernikahan dia. tiap2 hari keluar beli barang. yalah, masa beli mula2, tak nampak apa yang tak cukup. bila dah buat, itu tak cukup, ini tak cukup. huhu malam jumaat lak buat kenduri arwah.saya siap design hantaran pada hari jumaat. hari sabtu masak2 pulak. buat puding untuk bekalan saudara mara masa bertanggak kat rumah pakcik dan kakak sepupu. ahad majlis nikah abang.


isu2 ni nanti ajelah cter detail. hehe nak letak gambar.



p/s: saya lupa daftar untuk semester ni...habis duit melayang bayar denda. huhuhu