Tuesday, May 29, 2012

WWW 1 milik Sultan Johor


PETALING JAYA: Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan "WWW 1", dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.
Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat "WWW 5", dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat "WWW 15".
Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JP).
Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.
Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan "MCA 1" pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.
Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.
Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan "WWW", yang merupakan singkatan bagi "World Wide Web".

sumber: mstar

Monday, May 28, 2012

congratulation on your wedding!!


Assalamualaikum. Hola semua! Baru berpeluang nak on9. Line internet kat sini agak kurenggg sikit.  Sebab tu agak lambat nak update cerita. Huhu apapun, dapat gak la nak cerita kat blog ni. hehe

Jumaat hari tu bersamaan 25hb mei, kawan baik merangkap teman luah kongsi canda-tangis-ketawa-duka saya, Muslihah Mohd Busrah, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Mohd Shukry Adam Md Amin. Pertemuan bermula di Friendster, hanya sekadar berkongsi cerita dan pengalaman hidup, akhirnya mereka mengikat tali pertunangan pada 17hb dis 2011, sempena ulang tahun kelahiran Muslihah.

Malam diijabkabulkan, saya berada di sisi beliau. Berseri wajah beliau apabila siap dimake up. Macam artis! Hehe Masa Adam melafazkan ucap Kabul, di hati berbunga bahagia melihat kebahagiaan sahabat saya yang tersayang. Ada saat yang menyentuh hati saya bila mana mak Muslihah (mak) memeluk Adam dan mengucup dahi menantunya itu. menitis air mata saya! Tak tahu kenapa sebak. Adakah sebab mak menangis sampai saya terlarut emosi sekali?? Entah laaa… tapi saya rasa, saya dapat menyelam ke dalam hati mak. Puteri bongsunya telah melangsungkan perkahwinan!

Tapi, Muslihah tu tingtong agaknya. Saya diajaknya tidur dengan beliau masa lepas ijabkabul. Adam pula dihalau balik. Hahahahaha

Majlis resepsi pula diadakan pada hari sabtu. Tema, biru. Majlis berlangsung di dewan. Agak teratur jika dibandingkan dengan majlis di rumah. Pukul 9 pagi saya dah keluar dari rumah, nak pergi ambil kawan baik yang seorang lagi sebelum menemani Muslihah bersiap di butik pengantin.

Pukul 12 bertolak ke dewan dan pukul 12.30 bersanding. Semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah… tak ada sebarang kesulitan membelenggu. Saya pulang ke rumah pukul 2 petang ketika majlis sudah hampir ke penghujungnya. Thank you kepada dayana yang hantar saya pulang. Hehe


gambar ihsan dari anak sedara Adam... huhu

Kepada  Muslihah,
Semoga berbahagia sehingga ke syurga. Jadilah isteri yang baik. Jangan kedekut nak kongsi perfume dengan suami. Hahaha

Kepada Adam,
Semoga berbahagia sehingga ke syurga. Jadilah suami yang baik dan dapat memimpin isteri. Jagalah Muslihah dengan seada sempurnanya. (Ingat kata-kata saya masa first time kita jumpa dulu tau!!! ;p) Jangan nak mengaku bujang depan isteri. Hahaha [“Ada yang nak kena ni!!!!” ayat Muslihah.]


p/s: gambar x banyak sebab
  •  Time nikah, saya pegang kamera Muslihah. Lupa pulak ada kamera sendiri.
  • Time sanding, kamera saya dalam handbag. Handbag dalam kereta. Huhu

Thursday, May 24, 2012

ACKNOWLEDGEMENT mode: perasan!



Alhamdulillah. Thank you to ALLAH SWT for giving me a chance to complete my thesis. Also for giving me strength and blessing in this ongoing life.

I would like to express my appreciation to my supervisor, who patiently motivates me, Associate Prof Dr. Mohd Bakri Ishak, for his guidance, advice, invaluable suggestion and support for completing my project successfully.

Besides, I really thankful to my colleagues in Faculty of Environmental Studies, UPM, for moral and physical supports. Also special thanks extend to Rosie Jotin and Khairiyah Abdul Rahim for their continuous support and stimulation. To KSM, thank you for your soul therapy.

My deepest appreciation to my beloved parents, Ahmad Rusli Mohd Sedik and Siti Zaiton Sayuti, also my siblings for their interest, encouragement, and support during my studies.

To all that unmentioned above, you know who you are, and thank you very much. May ALLAH SWT bless us all.






p/s: jauh sudah berangan... hahahahahaha perasan sungguh!!



Wednesday, May 23, 2012

cinta

Permulaan cinta adalah dgn membiarkn org yg kita cintai menjadi dirinya sendiri & x membentuk mereka menjadi sesuai keinginan kita. Dgn kata lain, kita mencintai bayangan kita yg ada pd diri mereka.

Jgn melihat dr wajah, itu boleh menipu.
Jgn melihat dr kekayaan, itu boleh menghilang.
Dtglah kpd seseorg yg dpt membuatmu tersenyum, kerana sebuah senyuman dpt membuat hari yg gelap menjadi cerah.
Maka berharaplah kamu dpt menemukan seseorg yg dpt membuatmu tersenyum.

Jgn pernah mengucapkn selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jgn pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jgn pernah mengatakan kamu x mencintainya lagi jika kamu masih x dpt melupakannya.

CINTA yg sebenarnya adalah
Ketika kamu menitiskn airmata & masih peduli terhadapnya.
Ketika dia x mempedulikanmu & kamu masih menunggunya dgn setia .
& ketika dia mulai mencintai org lain & kamu masih bleh tersenyum & brkata, “Aku turut berbahagia utkmu!”

Hubungan aantara manusia seperti pasir dlm genggaman.
Jika berada pd telapak tangan yg terbuka, pasir itu akan tetap pd tempatnya.
Namun jika kau kepalkan tanganmu erat-erat utk mempertahankannya, pasir itu akan menyembur melalui sela-sela jemarimu. Mungkin akn tersisa dlm tanganmu, tapi kebanyakan akan jatuh.
Perkahwinan adalah seperti itu. Kalau dipertahankan dgn longgar, dgn menghormati & “membebaskan” pasangan kita, hubungan cinta itu akan tetap utuh. Tapi jika digenggam terlalu erat, terlalu memiliki, maka hubungan cinta itu akan terlepas & hilang.

Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa ghairah, romantik tapi masih tetap peduli pdnya.
Hal yg menyedihkan dlm hidup adalah ketika kamu bertemu seseorg yg sgt bererti bagimu & mendapati pd akhirnya kamu harus melepaskannya.


Cinta adalah bagai mawar liar, indah & tenang, tetapi mampu menumpahkan darah demi mempertahankannya.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorg yg x mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorg & x pernah memiliki keberanian utk mengutarakan cintamu kpdnya.

Cinta dimulai dgn sebuah senyuman, bertumbuh dgn sebuah ciuman & berakhir dgn titisan airmata.
Memberikan seluruh cintamu kpd seseorg bknlah jaminan dia akn membalas cintamu. Jgn mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta itu berkembang di hatinya. Tetapi jika x juga, maka berbahagialah akan cinta yang tumbuh di hatimu.


CINTA tak pernah akan begitu indah, jika tanpa persahabatan, yg satu selalu menjadi penyebab yg lain & prosesnya adalah irreversible.
Jika kamu mncintai seseorg, jgn berharap bhw seseorg itu akn mncintai kamu persis sebaliknya dlm kapasiti yg sama. Satu diantara kamu akan memberikan lebih, yg lain akan dirasa kurang. Begitu juga dlm cinta: kamu yg mncari & yg lain akan menanti.

Jgn pernah takut utk jatuh cinta. Mungkin akan begitu menyakitkan & mungkin akan menyebabkan kamu sakit & menderita. Tp jika kamu x mengikuti kata hati, pd akhirnya kamu akan menangis, jauh lebih pedih, kerana saat itu kamu menyedari bhw kamu x pernah memberi cinta itu sebuah jalan.

Cinta bkn sekadar perasaan, tapi sebuah komitmen, kerana perasaan boleh dtg & pergi begitu saja.
Cinta tak harus berakhir dengan bahagia, krn rasa cinta memang x harus berakhir.
Cinta sejati mendengar apa yg x dikatakn & mengerti apa yg x dijelaskan, sbb cinta x dtg dr bibir & lidah atau fikiran melainkan dr HATI.

Ketika kamu mencintai, jgn mngharapkan apapun sebagai imbuhan, kerana jika kamu demikian, kamu bkn mencintai tetapi melabur.
Jika kamu mencintai, kamu harus siap utk menerima penderitaan. Kerana jika kamu mengharap kebahagiaan, kamu bkn mencintai melainkan memanfaatkan.





p/s: bukannya paham sangat pun. just want to share. hehe



aku, kamu, dan dia

assalamualaikum... entah kenapa perkara ni bermain dalam kepala. tak tahu nak bersimpati kepada siapa. suami atau isteri atau yang 1 lagi?? hmmm....

ni bukan nak mengaibkan sape2. sekadar berkongsi cerita dan rasa.

benarkah lelaki itu masih sayang si isteri walaupun dia punya insan lain? pada saya, ya. dia sayang tapi pada masa yang sama, dia boleh bagi sayang dia pada perempuan lain. cintakah? ya, itulah keistimewaan lelaki. boleh cinta banyak perempuan pada masa yang sama. bukanlah semua... tapi ada segelintir yang boleh berbuat sedemikian. kalau perempuan pulak, kalau dia ada lelaki lain maknanya dia dah tak sayang suami dia. kan?? kan?? ntah laaa....

tapi... saya sangat bersimpati kepada si isteri ini. saya faham apa yang dia rasa. yalah, bila saya pandang dari fizikal dia, memang dia kalah. dia dah berumur, selalu sakit-sakit pulak tu. saya sangat bersimpati. kalau dibandingkan dengan perempuan itu, walaupun janda, tapi masih lagi cantik. hmm...

kalau saya dapat berbicara dengan perempuan itu, saya nak tanya satu benda aje. apa yang dia pandang pada lelaki itu? lelaki itu sudah bercucu. bukannya ada kerja. hanya mengharapkan duit hasil jualan sawit. haishh... yalah, mungkin ini yang dikatakan cinta. CINTA ITU BUTA. kalau dah terjebak dengan penyakit cinta, bukan mudah nak ubat. hmm...

kepada lelaki itu, lihatlah kesengsaraan isteri. janganlah hanya nak fikir pasal perasaan sendiri. bahagiakah jika keluarga masing-masing mula bertelagah?? satu lagi, kalau benar-benar ikhlas, kahwinlah. hindarkan diri dari maksiat. siapa yang tak pandang serong kalau tiap-tiap malam keluar dating. dan berlaku adillah.

si isteri pula, mungkin ini takdir. sesungguhnya ada ganjaran di sana kelak. bersabarlah... anak2 akan sentiasa di sisi. saya pun akan sentiasa di sisi. bukan saya aje, my famili will be your side. insyaAllah...

p/s: tak pasal2 kami sekeluarga kena tempias.... si perempuan itu x suka kami! hadoi... sedangkan kami xde cakap apa2 pun...



Wednesday, May 16, 2012

WWW... wow!

assalamualaikum.... xde cter sebenarnyaaa,,, tp tengah teruja dengan bidaan plat kereta WWW. hahaha apa cter erk??? yg saya tau, bidaan yg dibuka pada 30 April dah tutup 14 Mei, kul 5 petang ari tu. ada 18243 bidaan. haishhh... banyak tu. dengar cter, bidaan untuk WWW 1 dah mencecah setengah juta ringgit. mak aihhh... kayanya rakyat Malaysia! (ini pun kalu berita ini benar. hehehe)




kalu saya laaa... maybe x terfikir pun untuk beli nombor pendaftaran yang mahal-mahal macam tu walaupun banyak duit. hahaha baik beli kereta je. tapi kalu kereta bnyk2 pun, sape nak byr roadtax n insurans. huhuhu dan yg sebenarnya, saya lebih meminati kereta lama. saya suka kereta secondhand. hihihi


sumber: berita harian.


hari guru

Assalamualaikum. Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia amnya, dan di sekolah lama saya, SK Sg. Hj. Muhammad, SRK Khir Johari Sg Sumun, dan SMK Khir Johari Sg. Sumun.





Saya tahu saya nakal tapi... saya baik. hehe