Monday, May 28, 2012

congratulation on your wedding!!


Assalamualaikum. Hola semua! Baru berpeluang nak on9. Line internet kat sini agak kurenggg sikit.  Sebab tu agak lambat nak update cerita. Huhu apapun, dapat gak la nak cerita kat blog ni. hehe

Jumaat hari tu bersamaan 25hb mei, kawan baik merangkap teman luah kongsi canda-tangis-ketawa-duka saya, Muslihah Mohd Busrah, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Mohd Shukry Adam Md Amin. Pertemuan bermula di Friendster, hanya sekadar berkongsi cerita dan pengalaman hidup, akhirnya mereka mengikat tali pertunangan pada 17hb dis 2011, sempena ulang tahun kelahiran Muslihah.

Malam diijabkabulkan, saya berada di sisi beliau. Berseri wajah beliau apabila siap dimake up. Macam artis! Hehe Masa Adam melafazkan ucap Kabul, di hati berbunga bahagia melihat kebahagiaan sahabat saya yang tersayang. Ada saat yang menyentuh hati saya bila mana mak Muslihah (mak) memeluk Adam dan mengucup dahi menantunya itu. menitis air mata saya! Tak tahu kenapa sebak. Adakah sebab mak menangis sampai saya terlarut emosi sekali?? Entah laaa… tapi saya rasa, saya dapat menyelam ke dalam hati mak. Puteri bongsunya telah melangsungkan perkahwinan!

Tapi, Muslihah tu tingtong agaknya. Saya diajaknya tidur dengan beliau masa lepas ijabkabul. Adam pula dihalau balik. Hahahahaha

Majlis resepsi pula diadakan pada hari sabtu. Tema, biru. Majlis berlangsung di dewan. Agak teratur jika dibandingkan dengan majlis di rumah. Pukul 9 pagi saya dah keluar dari rumah, nak pergi ambil kawan baik yang seorang lagi sebelum menemani Muslihah bersiap di butik pengantin.

Pukul 12 bertolak ke dewan dan pukul 12.30 bersanding. Semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah… tak ada sebarang kesulitan membelenggu. Saya pulang ke rumah pukul 2 petang ketika majlis sudah hampir ke penghujungnya. Thank you kepada dayana yang hantar saya pulang. Hehe


gambar ihsan dari anak sedara Adam... huhu

Kepada  Muslihah,
Semoga berbahagia sehingga ke syurga. Jadilah isteri yang baik. Jangan kedekut nak kongsi perfume dengan suami. Hahaha

Kepada Adam,
Semoga berbahagia sehingga ke syurga. Jadilah suami yang baik dan dapat memimpin isteri. Jagalah Muslihah dengan seada sempurnanya. (Ingat kata-kata saya masa first time kita jumpa dulu tau!!! ;p) Jangan nak mengaku bujang depan isteri. Hahaha [“Ada yang nak kena ni!!!!” ayat Muslihah.]


p/s: gambar x banyak sebab
  •  Time nikah, saya pegang kamera Muslihah. Lupa pulak ada kamera sendiri.
  • Time sanding, kamera saya dalam handbag. Handbag dalam kereta. Huhu

No comments: