Friday, January 29, 2010

:.HaDoi.:


hari Jumaat ni sepatutnya baik2 aje tapi... aku nak mengomel. huhu hadoi... dah seminggu air-cond rosak. air menitik bak hujan renyai2 sedangkan aku kat opis di level 1 dalam bangunan yang mempunyai 3 tingkat. [kesian kat June n Tong. aku pun sama gak la... haha]

meja Tong n June~
eh, lupa pulak nak bg salam. haha assalamualaikum....

dah la x sejuk!!! [memang la... dah rosak, mana nak sejuk pulak. hadoi...] dah buat repot tapi Mr.technician mcm pandang ringan je. kan dah x pasal2 aku bukak bilik lecturer dan on-kan dia punya air-cond sampai tahap 16. setakat ni boleh tahan la rasa dia sebab masih pagi. tengah hari nanti?? hadoi... tu belum lagi kalu tetiba bos dtg menjengah. hadoi... boleh bikin berbahang suasana kat opis kami yang indah lagi permai.... [dah ada perfume baru. citrus lagi tu. terima kasih kepada Glade sbb perfume anda mahal!!]


bilik lecturer yg kosong... hehe
bos datang ke x erk hari ni??? hohoho duk rumah je la bos... ktorg ni mampu menjaga keamanan opis dgn damai dan tenteram tanpa ada sebarang pertumpahan darah... [sbb ktorg ni bukan zionis or pontianak or etc yg bersangkutan dan bertali arus dgnnya...]


oh ya! hari ni 29hb... abg aku akad nikah. eh, bukan abg kandung aku!! abg yg dimaksudkan di sini adalah senior aku masa kat skOoL dulu. xde la rapat mana pun tapi dah abis skOoL ni, kok jd rapat gitu... huhu mesti tgh berdebar2 kan?? x dapat join p kedah... akad kat sana. huhu xpe.. majlis sambut menantu nanti aku p. haha dah plan baikkk punyaaa~ kui3




yang tgh gelak sakan tu, dia la tu. pakai baju hitam. nama dia Shafiq. hehe org kata muka dia cam Farid Kamil. huhu x sure la pulak... hoho [ehsan dari facebook]

p/s: moga2 hari ni berjalan lancar... hehe
p/s 2: selamat akad nikah buat bro. nanti valentine day aku p umah hang erk. xdpt sediakan TV plasma 42' yg hang mintak tu. aku bg hang benda lain la erk... =)
p/s 3: Hadoi...~

Tuesday, January 26, 2010

:.aDik iParKu... uSu??.:

hua3... entri kali ni bukan nak mengata atau memburukkan sesiapa... apatah lagi mengkritik. hehe ermm... aku cuma nak cerita apa yang usu bagitahu aku semalam.


Usu: Anne, nak tengok samting tak? [masa tu usu tengah lepak kat opis aku. menunggu aku mengemas brg utk balik]


Anne: Apa?? [aku terus pandang Usu. aku tgok dia tgh belek2 henpon dia]


Usu: Ni... [dia hulurkan henpon dia kat aku...]


Anne: Mana?


aku pun bangun... amik henpon dia. terpandang gambar seorang lelaki. wahh... hensem!! aku pandang usu. usu dah tersenyum. aku pun turut meleret senyum. hehe aku tgok muka laki tu lama... hehe


Usu: Hensem x? [senyuman semakin berseri...]


Anne: Hensem. sape ni?? [aku bg balik henpon kat usu]


Usu: usu ipar-to-be korg la...


Anne: apa????


-the end-

p/s: ada sambungannya tapi... cukup la sampai sini je... (^_^)v

Monday, January 25, 2010

:.SyOK wOoo.:


hari Jumaat yg lepas, 22hb, aku, rosie, kak nani, dan ain p mengular ke mines. mula2 nak temankan k.nani p bayaq bil tipon dia je... last2 rosie ckp nak tgok adnan sempit. aku pun apa lagi, kutip la kad matrik. cuma ain je yg x sempat sbb ain lambat. huhuhu tapi apapun, mmg best tgok cter adnan sempit. sgt merelease tension. hua3... gelak je sepanjang cerita dia... hadoi!!



along x membosankan... yana pun. cayalah!!! suara yana best masa nyanyi duet dgn along kat tepi tasik di bawah pokok kelapa. hehe p la tgok kalu ada masa. berbaloi!!~ hik3 lagi berbaloi kalu dapat tket murah. hahaha





p/s: semua mat motor x semestinya mat rempit, tetapi mat rempit adalah mat motor. sekian!!~

Thursday, January 21, 2010

:.HiBURaN.:



'...menyingkap tirai silam, ku terasa... rindu dan dendam...'
[Tirai semalam]




hari ini, 21hb Januari 2010.
tahun lepas, di tarikh yang sama adalah ulang tahun yang pertama.
pada tahun 2008, di tarikh yang sama, jam 2026 adalah tarikh keramat yang meragut seluruh rasa dalam hati terhadap dia.




kenyataannya,
::bukan tak cinta::
::bukan tak sayang::
::bukan tak kasih::




tapi


sesuatu yang menghalang untuk meneruskan kenyataan.






2008,
saat lafaz diluahkan, ianya bagai duri yang mencengkam dada. pedih dan ngilu.






2009,
ada linangan airmata mengingati saat itu. bukan kerana apa, cuma teringat akan pengorbanan yang tidak membawa apa2 makna. hanyalah satu pembaziran masa yang amat sangat. sebab bila fikir balik, 5 tahun lebih mensia2kan masa yg ada.




2010,
tiada lagi linangan airmata tapi... terbit satu kebenaran di mana ...aku tahu, cinta itu bukan milikku... mungkin bukan A... apatah lagi S... yang aku pasti... 'tak mungkin kerana sayang, cuma terganggu oleh perasaan...' [Tak Mungkin kerana Sayang] '...pergilah kau pergi, ku takkan menanti, yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti...' [Hilang Berganti] walaupun aku tahu yang tumbuh dan berganti tu takkan sama dgn yang patah dan hilang...




p/s: kalau dah kawen nanti, jgn lupa ajak saya erk...


p/s 2: tahun depan xde celebration utk 21hb Jan. i hope so....~

Wednesday, January 20, 2010

::Gelisah MimPi::

malam tadi aku mimpi...~ bukan nak cter pasal mimpi tapi... ESOK 21HB JANUARI. tidakkkk...!!!

::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
bolehkah aku mengecapi ketenangan jiwa seperti buih ini???

Saturday, January 16, 2010

First Time

"Ini first time aku sampai OU," kata Shida apabila kami sampai di One Utama, Damansara.
Aku pulak balas, "Ini first time bawak kete p OU malam2. sebelum ni dedi je yang bawak. hehe..."
semalam, kitorg [aku, Shida, Tong, June] yg tidak semena-mena telah melontarkan diri ke Shah Alam. begini ceritanya... semalam, ktorg dikejutkan dgn kedatangan Papa B ke opis. mmg terkejut. tetiba rajin buat keje. haha mcm kelakar je... aku lak mula kembali menjadi P.A yg x terlatih. kuang3 ke sana ke sini... ulang alik opis-opis jabatan-opis timbalan dekan. lepas tu ktorg mula la masuk sorg2... bg laporan. dgn bdk2 undergrad skali masuk. hehe dah kuar tu, ktorg buat meja bulat. sembang sesama sendiri dan tiba2, june kuar statement.
"Yana, jom p MBSA." June pandang muka aku.
"Jom. bila?" aku tanya dia balik.
"Sekarang!"
"Jom!!!~"
"Aku serius ni, Yana," ujar June.
"Habis tu, ingat aku tengah main2 ke?"
start dari situ, aku call semua org yg leh sewakan kete. [xdpt guna kete sendiri sbb abg bw p keje dia kat UKM. cian lak nk bg dia naik moto je. huhu~] dpt call abg Joe... [biasa dgn dia...] mula2, dia nk bg kancil. hmm... ok je la...[aku x suka bw kancil sbnrnya... x best!!] pastu dia call lg, nk bg kenari lak. haaa...aku terus ok. hehe so, Tong n Shida siapkan surat. pastu, tong pulak tanya kat aku.
"Yana, tak apa ke ktorg mntk tolong ko ni? kesian pulak kat ko nak kena anta ktorg sedangkan bukan ko yg dapat maklumat."
"Alaa... tak apa. huhu aku lg suka ikut korg dari duduk opis dgn bos. haha..." giler jahat jawapan aku. diorg gelak aje.
yg buat aku marah adalah, abg yg nak anta kereta tu x anta2. sampai kul 3. geram tol. sebab janji dari sebelum pukul 12 lagi. bukannya first time aku sewa kete dgn dia. hadoi... macam2 aku sumpah seranah dia dalam hati walaupun aku tau benda tu x baik. ye la... takut termakan diri sendiri. huhu sebelum pukul 3, abg tu pun dtg. tu sebab ktorg desak+ugut. huhu
lepas tu, bermulalah pngembaraan ktorg. haha nasib baik ini bukan first time aku nak p shah alam dgn kete. cuma first time nak p MBSA je la. kawasan MBSA tu kat seksyen 14, tgh2 bandar. dekat dgn SACC mall. so, aku xde masalah la nak cari tempat tu. hehe [aku ni mmg... kalu tempat shopping tu tau je. huhu] smp kat sana dlm kul 4.10. [bertolak kul 3.30 dan sesak gler kat Kerinchi...] turun naik jbtn... tp jun je yg dpt maklumat. cian lak kat tong n shida. tp ok gak drpd xdpt pape... kul 5.30 ktorg lepak kat surau. after solat, ktorg bincang mcm mana nak abiskan masa smp kul 12 mlm sbb rugi je sewa kete 1/2 ari tp pulang awal. huhu pakat punya pakat, ktorg cdg nak p OU. sekali lg tong tny...
"Ko camne, Yana? ok x? cian ko... mesti penat kan?? dah la jam giler2 tadi... kete manual pulak tu.."
"Ok je... xde masalah. huhu..."
so, ktorg pun teruskan perjalanan. dalam kete asyik gelak je... mcm2 benda sembang. kui3 jln kat shah alam xde la sesak mana... dah masuk highway KL tu yg menjerut kaki aku. sesak sangat2... nk p PJ cukup menyeksakan. dr kul 6 sampai kul 8 ktorg kat atas jln raya dgn kete yg x gerak2... aku dok nyanyi mcm2 lagu. haha [lantak dorg dgr suara sumbang aku!!] siap bukak tingkap lak tu. sambung melalak. hehe siap senyum kat kete sebelah. mcm ni rupanya perasaan dorg yg terperangkap kat kesesakan lalu lintas. kesian... tp dorg dah biasa. aku je yg x biasa lg. huhu
kat OU, ktorg xde p mana2 pun... cari surau, food court, kedai sticky [kedai yg buat gula2 sendiri], MPH dan parking. huhu oh, ya! masa makan kat fc, ktorg bercerita pasal kisah paranormal. mula la kuar mcm2 versi. Shida cerita pasal hantu kat FBMK. nama hantu tu COMEL. huhu seram gak. dia suka duduk kat bus stop dpn FBMK. sgt merbahaya ni. huwaaaa!!!!~ kenapa nama dia COMEL? sebab dia xde muka. gadis yg tiada muka!!! hadoi... pastu Tong pulak tambah. ada makcik cleaner kat sana malam2... plez jgn tegur erk!!! huhu seram ni... ini first time aku dgr cter ni. FBMK n Sanggar Bahasa adalah tempat yg angker kat UPM erk. huhu sebab? sebab kat sana, kat belakang dua bangunan tu ada 3 perkuburan iaitu perkuburan Islam, Jerat Cina n Kubur India. sekian terima kasih!!!
on da way balik jalan ok. x sesak. cuma stuck sekejap kat depan Mid Valley sbb masa tu dah kul 10 lebih. smp UPM dlm kul 11 sbb bw kete mOoD makan angin. hehe kemas2 barang n anta tong n june balik kolej dulu. baru p anta kete balik kat belakang Minlon.
masa lalu depan FBMK [sebab tu je jalan nak balik kolej], aku pndng gak bus stop tu. bukan aku nak jumpa 'benda' tu tapi aku cuma nak tau apa yg dia nak sebenarnya??? sesungguhnya, syaitan itu memang akan sentiasa menyesatkan manusia. tapi syukur malam tadi... aku n shida merempit dgn selamat sbb ramai yg kuar malam td dan pak guard pun x kata apa. hehe kul 11.50 aku sampai bilik. hehe alhamdulillah xde pape...
p/s: aku cuba motivasi diri...
p/s 2: rindu kat kawan baik aku... dan aku p shah alam semalam tp x contact dia sbb aku tau dia bzi... aku pun!!!
p/s 3: jgn tegur!!!
p/s 4: ALLAH berkuasa sepenuhnya!!!~
p/s 5: maafkan aku jika semalam aku memandu dan membahayakan korg. cuba kejar masa utk smp dlm kul 4... nasib baik sempat dan maafkan aku jika aku terjerit kat korg sbb arahan korg berbeza dan last2 aku amik jalan aku sendiri.... sori!!!~

Friday, January 15, 2010

TakDe Cerita Tapi nak Cerita

'...mari-mari Tuan dengar ini cerita...' [lagu nyanyian Anita Sarawak]


betul, xde cter ni tapi rasa macam nak coret sesuatu kat blog. huhu
ada idea?


idea x kuar gak... huhu
p/s: tata!!!~
p/s 2: bila akan ku temui pengganti dirimu???
p/s 3: aku sangat merindui kawan baikku, Muslihah... apa cerita dia sekarang erk? dah kapel ke??? jgn la berahsia lagi...

Monday, January 11, 2010

:.SeLAMaT HaRi LaHiR KaK SiTi.:

assalamualaikum.... pagi isnin yang murni. ermm... bila aku bukak je blog aku ni, berbaris 'My Travel List' aku bercerita psl AJL 24 yg berlangsung mlm td. happening!! opening dia pun best!!! walaupun vokal Dato'CT mantap, tetapi, sesungguhnya yang original juga yg terbaik. hehe
kemenangan lagu Pergi ciptaan Pete teoh nampaknya memeranjat bukan sahaja aku n kak nani yg menonton malam td, tapi rasanya sekeliling membicarakannya. huhu pada aku, aku mmg x jangka Yuna menang. hua3 ramai lagi komposer yg menyajikan lagu terbaik mlm tadi. huhuhu walaubagaimanapun, tahniah kepada semua pemenang dan pendatang baru dlm seni muzik Malaysia...
alyah n misha omar meneruskan tradisi vokal mantap dorg. stacy pulak seperti biasa... stamina yg hebat. pengacaraan malam tadi sungguh sempoi n berkesan. penggabungan 3 pengacara berbakat seperti Ally, Cheryl, n Faizal mampu membuatkan penonton terhibur. cayalah buat diorg!!!!~
apapun, tomok tetap di hati. haha kalah mcm mana pun, Liana tetap bersama Tomok. tahniah kerana buat persembahan yang terbaik.
xnak cter pjg2... sudah la. setakat ni je...huhu
keputusan AJL 24
Juara
Lagu: Pergi
penyanyi: Aizat
Komposer: Pete Teoh
Lirik: Amran Omar
Naib Juara
Lagu: Dan sebenarnya...
Penyanyi: Yuna
Komposer: Yuna
Lirik: Yuna
Ketiga
Lagu: Bencinta
Penyanyi: Faizal Tahir
Komposer: Audi Mok
Lirik: Faizal Tahir
Persembahan terbaik
Aizat [Kau aku]
Vokal Terbaik
Black [Aku Cinta Sayang kamu]
p/s: hepi besday kak siti!!!!!!!!!!~ semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki... =)

Wednesday, January 6, 2010

aRGhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!~

wah!!!!!!!!!!!!!!! rasa cam nak menjerit je. sakitnya hati aku!!!!!!!!!!!!!!!!!! kenapa la aku berkawan balik dengan dia?????????? benciiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!! bila tengok muka dia n dia... rasa nak marah pun ada. x sukaaaa!!!!!!!




p/s: apasal aku ni kuat sgt beremosi sejak kebelakangan ni erk??? dah xleh nak timbang tara yg baik dah ni. hadoi...

p/s 2: gembira dan sedih bergabung jadi 1... kenapa aku ni?? sepanjang malam aku fikirkan benda ni. hadoi...

Monday, January 4, 2010