Wednesday, December 31, 2014

Canda-Tangis 2014

Assalamualaikum.

Hai hai hai... tinggal beberapa jam lagi nak habis hari ni, 31hb Disember 2014. Tak sangka cepat masa berlalu. Sekejap aje dah nak masuk tahun baru. Huhu

Tahun ni rasanya macam tak buat apa-apa. Rasanya tahun ni banyak main. Rasanya tahun ni banyak menyusahkan orang. Rasanya tahun ni tak ada progress langsung. Rasanya tahun ni tak berapa best. Rasanya tahun ni macam... walau pelbagai rasa sekalipun, tahun ni dah sampai penghujungnya.

Tapi betul laaa...kesukaran yang kita alami dalam kehidupan kita tu memberi banyak pengalaman dan pengajaran. Hmm... memang cukup bersabar dan tabah menghadapinya. Huhu

Negara kita juga diduga dengan pelbagai ujian yang mencabar. Satu persatu menimpa. Dengan kehilangan MH370, dengan masalah alam sekitarnya (kemarau dan jerebu), dengan pesawat MH17 yang ditembak jatuh, dan kini banjir besar yang melanda sehingga tanah jajahan negeri-negeri kelihatan seperti lautan. Sungguh besar dugaan yang melanda. Apapun, cuma satu sahaja yang kita perlu tahu. Perancangan Allah swt itu ada hikmahnya. Yakinlah, Allah swt sebenarnya mahu melindungi bumi Malaysia.

Ok. Nak coret apa lagi erk?? Hmm...

Tahun ni tak merantau sangat. Paling jauh pun pergi Kedah. Itu pun sebab anje, adik beradik PCD kahwin. Alhamdulillah... semoga jodoh berkekalan sehingga ke syurga. Lepas tu, ada buat Family Day untuk unit kami di office. Family Day hanya berlangsung di Pengkalan Balak, Melaka. Ini pertama kali dibuat, maka, tak adalah makan masa berhari-hari. Cuma berkelah sepanjang hari di sana.

Anje kawen

Family day kat Pengkalan Balak, Melaka

Tahun ni ada buat mini reunion PCD dan BSAS. Semua ni tak dirancang. Susahlah nak plan sebab at last, bila tiba hari kejadian, ramai yang tarik diri. So, plan yang ad-hoc biasanya menjadi. Hehe

1. Mini reunion PCD yang pertama dibuat kat Morib pada 31hb Mac. Bukanlah reunion pun sebenarnya tapi lebih kepada farewell party untuk Rosie yang akan balik ke Sabah sebab dapat kerja dekat hometown dia.


2. Mini reunion PCD yang kedua buat 7hb September. Itu pun kebetulan anje and the rest of her family join Halfest 2014. Lepas tu, ateh pulak turun Putrajaya. Memang ngam sangatlah tu.


3. Lepas tu, 12hb Oktober, Achik dari Sarawak turun KL. Lepak dekat The Mines aje pun. Tu pun saya dengan Uda. Shopping sambil tunggu Achik sampai.


4. Mini reunion BSAS pulak dirancang oleh coursemate kami, Minaton. Mula-mula shopping dekat The Mines dan main bowling. Lunch pulak dekat Wong Solo, Bangi. Sangat gigih! haha


Kalau cerita pasal kahwin pulak, hmm...siapa erk yang kahwin?? Haha Yang first tu lah, anje kami. Kemudian, ada officemate kahwin tapi tak pergi. Anak saudara pun kahwin juga tahun ni. Sepupu juga.

Oh, ya! Tahun ni PCD tambah lagi anak saudara. Ateh selamat bersalin pada 14hb Nov. Baby girl! Alhamdulillah... dah sepasang anak ateh. 2hb Disember lak, keluar lagi seorang anak PCD. Uda selamat melahirkan baby girl juga. Maka sekarang ni, anak PCD ada lima orang. Syukur alhamdulillah. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Ada dua lagi akan menyusul tahun hadapan. In shaa Allah. Doakan semoga dipermudahkan. Ameenn...

anak ateh, suri shafina


anak uda, nur azra qaisara

Dekat office pulak, staff keluar silih berganti. Mula-mula abg Khairi. Kemudian kak Intan. Kemudian Mekta. Kemudian Poknik. Hari ni Zul pulak. Tahun depan ni, tak tahulah giliran siapa. Fiza dah try minta tapi tak dapat. Rasanya giliran dia akan tiba juga nanti. Saya ni haaa... bila nak dapat kerja?? Sudah penat...huhu

Hmm... nak cerita apa lagi erk. Hmm... err... ok! Dah habis dah. Malas nak fikir dah. Haha

Nah, belanja satu lagi gambar. Fresh dari aktiviti tadi.
We are family!!

Sy mmg suka menyibuk! haha
Apapun, selamat menyambut tahun baharu 2015. Semoga perjalanan hidup kita diberkati yang Esa. In shaa Allah...

p/s: Doakan saya erk. Hihi

Sunday, December 28, 2014

Cekalkan Hati #Banjir

Assalamualaikum...






p/s: sentiasa memohon keampunan kepadaNya. jangan sangsi dengan Nya. Dia tahu apa yang terbaik buat kita. terima dengan tabah dan sabar setiap ujian. bantuanNya sentiasa dekat dengan kita. yang penting, yakin!

Tukar-Tukar Hadiah

Asalamualaikum. Helo!

Banjir yang melanda di negeri-negeri pantai timur, Perlis, Perak, dan Johor masih belum beransur pulih. Marilah kita sama-sama doa agar Malaysia dilindungi dari bencana-bencana buruk. Yakinlah, pertolongan Allah swt tu dekat aje. In shaa Allah...

Ok. Nak cerita, Isnin minggu lepas, kami buat aktiviti tukar-tukar hadiah dekat office. Macam-macam sangat kan aktiviti kami?? Haishh..


Kali ni hadiah yang saya dapat lambat sebab orang yang cabut nama saya cuti. Tapi berbaloi menunggu. Hihi

CC org yg mulakan dulu tapi terputus sbb abg aidil xdtg
Kami panggil kakjue untuk sambung... (berdasarkan umur. Haha)

Giliran kakjue pulak...kakjue dpt cc
Terputus lagi sebab CC dah mulakan dulu. Kemudian kami panggil kakwan...

Kakwan dapat Fizah..yeayyy
Fizah pulak dapat kakjue
Terputus sekali lagi sebab kakjue dah bagi hadiah dia dekat CC... Lepas tu, kitaorang panggil Ikhsan.

Ikhsan dapat Hafiz...
Hafiz pulak dapat wani.. wiiiiii
Wani pulak dapat Ikhsan... asik terputus aje ni..huhu
Last presenter yang bg present, saya laaa.. sy dpt kakwan
We Are Family!!!
Sambung pada hari Rabu pulak...

hari rabu kemudian, baru abg aidil dtg..hihi
my turn!! haha
Pernah main dulu, sangat smooth perjalanan tukar-tukar hadiah. Tak putus langsung!

CC - Yana - Kakjue - Kakwan - Wani - Fizah - Zul - PokNik - AbgAidil - Ikhsan - CC

Cantikkan??! Hehe Ok, dah laaa. Babai...

Nah, saya belanja satu gambaq! kihkihkih


p/s: hati terusik... tak apalah, demi kebahagiaan orang yang saya sayang!

Saturday, December 27, 2014

Agar-Agar Aiskrim Oreo

Assalamualaikum.

Hai hai

Selamat berhujung minggu. Ini adalah hujung minggu terakhir di tahun 2014. Ulasan aktiviti sepanjang tahun 2014 nanti saya akan buat dalam entri yang lain.

Kali ni nak kongsi resipi pencuci mulut yang mudah dan sedap. Saya cuba buat resipi ni sebab fizah, officemate, minta saya buat. Akhirnya, jadi jugak. Hehe


Bahan-bahan

20gram agar-agar kering
1L air
1 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan aiskrim (saya guna aiskrim perisa coklat)
1 telur (saiz sederhana)
1 sudu kecil esen vanila
1 bungkus biskut oreo | dikisar (saya x kisar pun. saya pecahkan kasar)

Cara-cara

1. Larutkan agar-agar di dalam periuk bersama air.
2. Sementara menunggu agar-agar larut sepenuhnya, satukan semua bahan kecuali biskut oreo ke dalam mangkuk. Pukul perlahan sehingga semuanya sebati.
3. Setelah agar-agar larut, masukkan bahan yang telah dikacau sebati ke dalam periuk. Kacau perlahan dengan api yang kecil. Jangan sampai melimpah.
4. Jika berpuas hati, bolehlah tutup api. Kemudian masukkan biskut oreo. Kacau lagi dan masukkan ke dalam bekas untuk menyimpan.
5. Tunggu sehingga agar-agar menjadi keras sebelum dipotong dan dihidangkan.

Selamat mencuba!

Nak cakap sikit.
Sekarang ni, Malaysia sedang dilanda ujian. Bencana alam yang melanda di beberapa buah negeri memberi kita ikhtibar. Janganlah ada yang memandai-mandai menyebarkan fitnah. Kasihanilah mereka yang menerima ujian daripada Allah swt. Itu bahagian mereka. Bahagian kita, kita tak tahu lagi. Kalau tak mampu nak sumbangkan apa-apa, janganlah tambahkan bebanan mereka. Ada anak-anak yang kerja di luar kawasan banjir yang risaukan keadaan ibubapa, adik beradik, dan keluarga mereka. Doakan kesejahteraan mereka. Doakan mereka dikurniakan ketabahan dan kesabaran yang tinggi. Jangan menuding jari ke arah sesiapa. Sekian, terima kasih!

p/s: Syukur alhamdulillah bila along bagitahu wani dan famili dah selamat pindah ke Besut, rumah mertuanya. Terasa lega sangat hati.

p/s 2: Yakinlah, Allah swt akan melindungi. Berusahalah, bertabahlah... bantuan Allah swt tu dekat sebenarnya. Berdoalah, rakyat Malaysia!

Saturday, December 13, 2014

Siti Nurhaliza & Cakra Khan - Seluruh Cinta

Assalamualaikum.. Helo, helo...

Tak ada nak update apa-apa cuma nak belanja lagu. Haha


Lirik


Menatap kepergian dirimu
Meratap menangis sedih tak tertahan
Terbayang saat bersama
Lewati masa terindah
Saat kau memeluk ku tuturkan cinta

Kaulah seluruh cinta bagiku 
Yang selalu menenteramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Di sisiku selamanya

Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama

Tak sanggup ku memikirnya lagi
Habis separuh nyawa ku tangisi mu
Tiada lagi bait terindah
Terdengar merdu terucap
Merayu menyanjungku tenangkan jiwa

Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menenteramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Disisiku selamanya

Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Ku kan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama

Tiada cinta yang setulus cinta mu (cinta mu)
Tiada yang sanggup gantikan diri ku

Tiada rasa seindah kasih mu
Tiada yang mampu temani diri ku

oh..oh

Kaulah seluruh cinta bagiku ,
Yang selalu menenteramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Disisiku selamanya

oh…

Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Ku kan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama 2X

Ku kan selalu memuja mu hingga nanti kitakan bersama


belanja gambar satu. hahaha


p/s: nak tujukan lagu ni buat abe boleh tak?? (Dah kritikal dah saya ni!!!)

Thursday, December 11, 2014

Crush?! Sila Berhati-hati

Assalamualaikum. Helo!

Tertarik untuk menulis di sini sebab pengalaman sendiri. Haha Tak ada laaa... Ini semua sebab untuk peringatan supaya tak melebih-lebih apabila kita suka pada seseorang itu.

Crush.

definition of crush. print screen je! nmpk sgt pemalas! hahaha

Kalau dalam definisi kebanyakan orang, crush tu bermaksud kita minat, suka pada seseorang. Selalu saya tengok yang selalu crush ni, orang perempuan.
So, orang lelaki ni takdak crush ka?? Ada..tapi diaorang ni jarang nak tunjuk perasaan diaorang.
Tapi, kita kena tahu sama ada crush perasaan kita sangat berat atau sekadar suka-suka aje.

Meh, saya cerita sikit.
Crush ni boleh jadi minat, suka, sayang, atau cinta.

Minat
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain: minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan.)

Suka
Contoh: Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu. (dalam erti lain: suka ini ditujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya perut kita dah nak pecah.)

Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi 'telinga' kepada masalah kita. (dalam erti lain: sayang ditujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain: cinta ditujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je.)


Macam mana crush boleh berlaku?

Apabila bertemu, berjumpa, bertentang mata.
Tak kisahlah di sekolah ke... di kolej ke... dalam dewan kuliah ke... di tempat kerja ke... di pasar raya ke... Asalkan kita bertemu bertentang mata dengan dia, crush boleh berlaku. Lebih-lebih lagi kalau kita bercakap dengan dia, duduk di bawah satu bumbung, hari-hari berjumpa. Ada beberapa kriteria pada diri dia yang membuatkan kita rasa kita minat, suka, sayang atau cinta pada dia.
Kalau tengok gambar seseorang dlm facebook, belum dikira crush lagi. (Tapi tak mustahil boleh berlaku.)

Maaf, ya perempuan! Saya nak cakap sikit. Kita, bila kita crush kat somebody, kita akan buat apa sahaja supaya dia tahu yang kita ni crush kat dia (konon nak bagi hint.) Dan kalau dia melayan kita (konon hint itu sampai), tolong jangan terlalu mengharap! Bila tak confirm lagi hati dan perasaannya untuk kita, sila jangan terlalu gembira. Kadang-kadang, apa yang berlaku itu hanyalah untuk menjaga hati kita. Si lelaki nak menjaga air muka kita supaya kita tak malu di hadapan kawan-kawan kita. Biasalah, kalau kita dah selalu dekat dengan dia, pasti ada yang berbisik-bisik. Akhirnya, semua orang bercerita tentangnya. Si dia senyap. Menafikan tidak, mengiyakan pun tidak. Maka, perempuan yang berfikiran singkat ini terus menganggap si lelaki punya rasa yang sama.
Ok. Sila berfikir di sini. Dia punya rasa yang sama?! Mungkin ya, mungkin tidak. Peluang 50-50 ke?? Jalan paling selamat, janganlah happy sangat! Janganlah berharap sangat. Sakit woo bila kecewa. Perit woo bila kita bukan pilihannya.
Belajar mengawal perasaan. Jangan serahkan hati dan perasaan kita pada dia sepenuhnya sedangkan belum terluah apa-apa dari dia. Orang yang couple pun boleh berubah hati, inikan pula kita yang hanya bertepuk sebelah tangan.

Maaf, ya lelaki! Kalau awak rasa si perempuan crush pada awak, layan dia seperti biasa. Jangan menjauhkan diri atau merapatkan diri seolah-olah memberikan harapan kepada dia. Perempuan ni sensitif sangat kottt. Hanya dengan sedikit ambil berat, dia mula rasa terbuai. Haa... jaga-jaga. Jangan sampai anda digelar heartbreaker walaupun anda tak buat apa-apa!

Ingat ya! Jodoh tu ketentuan Allah swt. Berdoa kepadaNya agar dipermudahkan. Allah swt tak beri apa yang kita nak tapi Allah swt beri apa yang kita perlu. Ingat tau!

Nah, saya belanja lagu.


Walaupun lagu ni tak ada kaitan dengan entri kali ni, saya nak share jugak!

p/s: saya mahu abe saya yg dulu...yg saya rapat beberapa bulan lalu. miss u!

p/s 2: saya sedang mengawal perasaan! sekian.

Friday, December 5, 2014

PotLuck terakhir tahun 2014

Assalamualaikum..

Hai hai... Apa khabar???

Hmm...saya ni dok asyik post pasal benda minggu lepas aje kan?? Tak pun yang lepas-lepas. Tak ada update terkini langsung! Haha jangan marah erk..

Potluck terakhir untuk tahun ni. Tahu tak kenapa terakhir?? Sebab:
-Dah masuk bulan terakhir dalam tahun 2014
-Dah tak ada nak sambut birthday sesiapa dalam office tu
-Malas nak handle sebab rasa dah tak seronok nak buat
-Kat dalam office tu dah tak macam satu family dah... sebab tu rasa janggal nak buat aktiviti

Tujuan buat potluck ni sebab nak satukan semua staff, untuk bermesra, untuk bina bonding di antara penghuninya. Tapi... lain yang diharapkan, lain pulak yang jadi! Macam setiap apa yang pernah berlaku dulu (tragedi), dah tak boleh nak ubat dah.

Betullah kata orang... semakin lama kita kenal seseorang itu, semakin keluar perangai sebenar dia. Harap saya kekal baik di mata dan di hati orang di sekeliling saya. Inshaa Allah...

Kembali kepada potluck. Menu utama, nasi dan lauk pauk. Kali ni saya kena buat gulai ayam. Resipinya saya dah share dalam entri sebelum ni.





nampak mcm saya dgn abe yg jd tuan rumah.. haha




ini la mereka yg sambut birthday.. (^__^)

Tak ada yang menarik sebab..semua yang terjadi dalam hari kejadian macam satu paksaan. Hmm.. sabarlah liana!

Rasa tak sabar nak dapat kerja lain tapi.. entah bila la nak ada panggilan kerja lain. Dah menyampah pulak nak hadapi semua ni! Pelik! Tolongggg

Saya sedang mencari kerja lain! Rasa dah tak sanggup nak hadapi semua perkara pelik.

p/s: abe saya pun dah mcm pelik sikit. Haishhh..

Sunday, November 30, 2014

Gulai Ayam

Assalamualaikum... Hola. Selamat berhari Ahad! (^____^)v

Last Friday, kami kat office buat pot luck dan sambutan hari lahir untuk staf upf. Yang ni, nanti saya cerita kat entry yang lain sbb tengah kumpul gambar dari kawan2 yang lain. Maklumlah, saya ni jenis yg tahu bergambar je. Haha

Untuk pot luck hari Jumaat tu, saya masak gulai ayam. First time ni buat gulai ayam. Ni pun sebab ada orang request mintak saya buat untuk dia. Dah lama dia mintak, berbulan dah kot tp mujur ada kesempatan nak buat. Sebab tu la menu yg saya masak gulai ayam. Hehe

Gulai ayam ni sama aje dengan kari ayam. Bukan gulai ayam yang kuah kuning tu tau. Yang tu saya panggil masak lemak ayam. Yang saya buat ni gulai ayam Kelantan. Bezanya dengan kari ayam yang selalu saya masak tu ialah penggunaan gula melaka dan kuahnya agak cair.

Kalau nak compare, boleh baca kat sini. LHK:PH: Kari Ayam Ini masak style melayu. Saya belum share lagi kalau kari style mamak. Hehe kalau dah buat nanti, saya share.

lupa nak snap gmbr masa dah siap masak... kelam kabut nak p opis. haha
so, gambar ni aje yang ada. (^___^)

Okey, mari lihat bahan-bahan dan cara-cara membuatnya.

Bahan-bahan

1 ekor ayam | dipotong biasa dan dicuci bersih
1 paket serbuk kari (saya guna jenama adabi) | dibancuh dengan air
3 labu bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
5 tangkai cili kering *
Beberapa biji buah pelaga
Sebatang kulit kayu manis (saiz sederhana)
1 kuntum bunga lawang
2 keping asam gelugor
2 biji kentang | dipotong 4
2 cawan air masak
2 cawan perahan santan (1 cawan santan + 1 cawan air masak)
Gula melaka/manisan/gula kabung (saya guna dalam saiz seinci sbb dekat kedai tak jual yang keping nipis. Maka saya kena pecahkan gula yang besar)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan bertanda (*) perlu dikisar

Cara-cara

1. Rebus ayam sehingga separuh masak. Tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Setelah panas, masukkan buah pelaga, kulit kayu manis, dan bunga lawang. Goreng sebentar sebelum masukkan bahan-bahan kisar. Tumis bahan kisar sehingga garing.
3. Kemudian, masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Tumis lagi sehingga garing.
4. Apabila bahan yang ditumis sudah garing dan pecah minyak, masukkan ayam dan kentang. Gaul bersama dan dibiarkan seketika supaya rempah ratus meresap masuk ke dalam ayam. Tambah air supaya bahan tumisan tidak hangit.
5. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil mengacau kuah perlahan-lahan. Buat sehingga santan habis.
6. Masukkan asam keping. Biar seketika dan tunggu sehingga santan menggelegak. Jaga api dapur. Jangan terlalu besar.
7. Masukkan pula gula melaka dan garam. Kacau kuah perlahan-lahan apabila kuah mula menggelegak. Jangan sampai santan pecah minyak. Rasa mengikut citarasa anda.
8. Setelah berpuas hati, bolehlah tutup api. Dan bolehlah dihidangkan.

Sesuai di makan bersama nasi putih, pulut kuning, roti, capati... dan apa sahaja!

Rasa bangga pulak bila menjadi. Syukur Alhamdulillah... Abe suka! Makan tak ingat! Siap cari lagi sedangkan gulai tu dah habis. Sori laaa sebab masak sedikit. Nanti orang masak lagi. Haha

Terima kasih kepada Along, Ateh, dan Ma Abe sebab share resepi. Kihkihkih

p/s: Saya memang suka belajar memasak...kalau boleh nak masak macam-macam! p(^___^)q


Saturday, November 29, 2014

Mini Reunion BSAS

Assalamualaikum. Hai hai hai...

Laaaaama tak masuk sini. Haishh..banyaknya habuk! Haaashemmmm... kan dah bersin. Huhu

Sangat-sangat malas nak tulis entri + sangat busy di office + weekend aje ada program. Sebab tu lama x bukak dan update kisah saya dekat sini.

Last week, start cuti sekolah and kawan seperjuangan kami masa study dulu yang jadi cikgu kat Sarawak balik kampung dia kat Johor tapi dia singgah kat Serdang dulu sebab dia plan nak buat mini reu. Nak jumpa dengan geng2 BSAS yang stay kat KL. (Apa punya ayat daaa...tak faham!)

So, Aton (the organizer), plan nak main bowling dan jalan2 kat The Mines (tempat lepak masa study dulu) dan nak p makan kat Wong Solo, Bangi.

Yang join aktiviti ni saya, Nor, Yana, Shah. Sangat mini kan?? Haha ChanII join time lepak kat Wong Solo sebab dia terlupa aktiviti kat The Mines.

Ok la. Layan je la gambar. Dah lama sangat tak buat ayat. Entah apa-apa entah ayat saya! Haha







the organizer (^___^)





Makan kat Wong Solo yang sentiasa sesak dengan manusia.. huhu



Taman Tasik Cempaka -Hujannnn


Sekian dari saya, Liana.

Selamat berhujung minggu!

p/s: Tahun 2014 tinggal sebulan aje lagi. Haishhhh