Saturday, December 27, 2014

Agar-Agar Aiskrim Oreo

Assalamualaikum.

Hai hai

Selamat berhujung minggu. Ini adalah hujung minggu terakhir di tahun 2014. Ulasan aktiviti sepanjang tahun 2014 nanti saya akan buat dalam entri yang lain.

Kali ni nak kongsi resipi pencuci mulut yang mudah dan sedap. Saya cuba buat resipi ni sebab fizah, officemate, minta saya buat. Akhirnya, jadi jugak. Hehe


Bahan-bahan

20gram agar-agar kering
1L air
1 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan aiskrim (saya guna aiskrim perisa coklat)
1 telur (saiz sederhana)
1 sudu kecil esen vanila
1 bungkus biskut oreo | dikisar (saya x kisar pun. saya pecahkan kasar)

Cara-cara

1. Larutkan agar-agar di dalam periuk bersama air.
2. Sementara menunggu agar-agar larut sepenuhnya, satukan semua bahan kecuali biskut oreo ke dalam mangkuk. Pukul perlahan sehingga semuanya sebati.
3. Setelah agar-agar larut, masukkan bahan yang telah dikacau sebati ke dalam periuk. Kacau perlahan dengan api yang kecil. Jangan sampai melimpah.
4. Jika berpuas hati, bolehlah tutup api. Kemudian masukkan biskut oreo. Kacau lagi dan masukkan ke dalam bekas untuk menyimpan.
5. Tunggu sehingga agar-agar menjadi keras sebelum dipotong dan dihidangkan.

Selamat mencuba!

Nak cakap sikit.
Sekarang ni, Malaysia sedang dilanda ujian. Bencana alam yang melanda di beberapa buah negeri memberi kita ikhtibar. Janganlah ada yang memandai-mandai menyebarkan fitnah. Kasihanilah mereka yang menerima ujian daripada Allah swt. Itu bahagian mereka. Bahagian kita, kita tak tahu lagi. Kalau tak mampu nak sumbangkan apa-apa, janganlah tambahkan bebanan mereka. Ada anak-anak yang kerja di luar kawasan banjir yang risaukan keadaan ibubapa, adik beradik, dan keluarga mereka. Doakan kesejahteraan mereka. Doakan mereka dikurniakan ketabahan dan kesabaran yang tinggi. Jangan menuding jari ke arah sesiapa. Sekian, terima kasih!

p/s: Syukur alhamdulillah bila along bagitahu wani dan famili dah selamat pindah ke Besut, rumah mertuanya. Terasa lega sangat hati.

p/s 2: Yakinlah, Allah swt akan melindungi. Berusahalah, bertabahlah... bantuan Allah swt tu dekat sebenarnya. Berdoalah, rakyat Malaysia!

No comments: