Friday, October 30, 2009

iLHaM Di MaTaMu

Di waktu rindu ku mengemis secebis ehsan
Air mataku yang bergenang kau biar jatuh
Berlinangan... tanpa kau cuba memujukku
Tergamak lihat ku tersungkur menggamit hampa
Sisa hidupku sarat mendung menanti hujan
Bertahun lama aku pun derita sendiri
Bertingkah sedih dengan sepi
Ada mungkin takdir ku begini
Akhirnya Tuhan berikan jawapan yang murni
Bukannya aku yang berdosa
Dambakan cinta suci
Sebaliknya kau buta hati
Tak nampak kasih yang kau cari
Diri ini... menangis di depan matamu

berakhir...

assalamualaikum dan salam satu Malaysia...


berakhir sudah... hehe entri kali ni nak cerita pasal colloquium. colloquium ni maksudnya project presentation untuk postgraduate student. bermula pada 26hb hingga 29hb iaitu semalam... haha masa belum present tu, cuak gler. hehe dah present, muka epi2 je... makan pun bnyk. haha tp colloquium kali ni agak mengecewakan sbb lunch tidak disediakan. huwaaaa~ dah tu, menu western je semedang. pasta la, spageti la, kuih jala la, roti canai la... [western ke? haha] x kenyang perut. last2 cari nasi gak kat old flat. huhu cheese cake semalam pun x sedap... dah berkulat pulak tu. hadoi... ntah pape ntah. huhu yang nak pikir sekarang ni adalah PROJEK MESTI BERMULA SEGERA!!!! tapi... kalau duit pun xde, camne nak start keje? nak p ipoh tu ingat senang ke??? kalu dari umah, dekat la jugak. kalu dari KL??? hadoi... [aku ni dari tadi asyik hadoi je... huhu]
ni la muka cover cuak. tema aku 27hb ada la merah. hehe
aku present dgn jayanya... sebab aku tukar topik. aku ingat aku je yg bakal lmbt bergraduat tapi rupanya ramai lagi. hehe proposal xde la kne hentam sangat dan paling syoknyer aku last presenter. huahuahua lepas tu aku bantai cakap melayu je bila kene tanya dgn panelist. hehe
oh, ya... leh pulak ari tu xde air. tu pun member bagitau sbb ada notis kat uspot upm. pe cter ni letak notis kat uspot upm?? kami yg duk kat fak ni guna hotspot upm... mana la nak sampai notis tu kat ktorng. bijaksana sungguh la upm. yg paling bestnyer time bebudak undergrate final exam pulak tu. memang bijak!! hadoi... aku pun xde lak sedia pape. so dengan bangganya, aku dan rosie stay kat opis sampai kul 9++ malam. tong, shida n jun pun ada. fara pun sama.
ni muka baru lepas mandi. cam camping pun ada. hehe
semalam... ari terakhir colloquium. rosie lak present. dia present pagi, after coffe break. bawah ni gambar dia tgh praktis dpn PC. hehe aku candid je gambar ni. dia xtau pun... hahaha cuak gak muka dia tapi kene la berlakon skit. cam profesional. hehe petang tu pulak, tong ajak tengok colloquium yg terakhir. dia kata skandal aku present. ye la sangat skandal... haha nak tau sape? teka la... haha malas nak fikir. benda dah lama berlalu. huhu

setakat ni aje la... huhuhu nak sambung buat kerja. hehe tata~
p/s: loOk forWard and trY harDEr...

Monday, October 26, 2009

colloquium~

assalamualaikum....
wahhh... memang mendebarkan!!! kalu boleh aku xnak 27hb 10 2009 ada dalam kalendar. huwaaaaa..... kalu ada 27hb tu maknanya... aku kena present aku punya projek. tension betul!!!
ditambah pula dengan ketiadaan papa B yang boleh membantu menjawab soalan2 pelik daripada panelist2 dan chairperson. oh, tidakkkk!! rasa macam nak padam je tarikh kat kalendar. apa yang aku nak buat esok erk bagi jgn kena present? bakar DUAS? [tandanya nak masuk jail...] pura2 pengsan masa nak naik pentas? [memang drama swasta la tu namanya...] tido kat bilik dan off segala handphone? [cari nahas la tu...] so???
rileks, beb!! 15 minit je... slide pun bukan banyak mana. kalu kena hentam, tadah je telinga. bukan luak apa pun. hentam = pengetahuan+pengajaran+kesempurnaan. bukannya serumit E=mc2, bukannya sesusah perasaan, dan bukannya sepayah ragam manusia. hehe
kepada aku [juga teman2 yg lain...] kita berusaha untuk colloquium ni. bertenang menghadapi situasi. hehe cayalah, liana!! motivasikan diri sendiri. hoho
p/s: colloquium is project presentation by postgraduate students in fac.of environmental study UPM. starting on 26hb until 29hb october 2009.
p/s 2: doakan untuk diri ini...

Wednesday, October 21, 2009

IPLC 2009 di crowne plaza mutiara hotel, kuala lumpur

assalamualaikum... dah 2 ari aku x masuk opis [masuk utk punch in n out je...] sebab aku p seminar. huhu seminar yg xde kaitan dgn projek or keje aku tp best sebab dpt jumpa delegasi luar yg hebat2... berpangkat doktor, prof.. yg majoritinya adalah org putih. huahuahua nama konferense tu INTERNATIONAL PALM OIL LIFE CYCLE ASSESSMENT CONFERENCE 2009 kat Crowne Plaza Mutiara Hotel Kuala Lumpur. kalu naik monrail, berhenti kat Raja Chulan. betul2 depan stesen monorail. huhu ianya menceritakan tentang bagaimana untuk memantapkan penggunaan minyak sawit ke tahap maksimum dan juga penghasilan biofuels daripada minyak sawit. pada aku, banyak info la yg aku dapat... oh, ya! first day aku p dgn yana, kak faz, [anak dr.makmom] dan shida. johnny [anak dr.makmom gak...] dah p dulu tapi second day ni aku p dgn yana je... yg lain ada hal sendiri. huhu johnny seperti biasa, p dulu. huhu yg paling best makanannya memang mantap dan abang MC nya hensem... hehe tp sepanjang presentation tu, aku dok menguap je. haha abis sepinggan mentos yg diorg bagi aku telan. hehe

ni la tempatnya... 5 stars tu... hehe
ada seperkara yg aku x berapa puas hati. semasa hidangan makan pagi dan petang, tidak disediakan kerusi dan meja dan kami makan dgn berdiri!!! x proper langsung tp aku tengok mat saleh tu rileks je... ktorg je yg rasa x selesa. dah biasa kot... pastu kalu dah sampai masa kene masuk ballroom balik, bukan nak panggil elok2. ada ke patut mainkan loceng. hadoi... pe punya adap la. tang yg ni... fail~
tak banyak gambar sebab sepanjang hari penuh dgn presentation. saat ni la aku merasa bagaimana berebut naik LRT dan monorail dan juga perasaan org yg bersesak2 ketika pergi dan balik kerja. huhu tp semalam... ada 1 kapel ni... sangat sweet. rasanya dalam linkungan usia 60++ tapi sangat romantik dan caring. auntie tu senyum aje n uncle tu pun ramah, siap greeting aku lagi. hehe yg sedeynye... diorg bukan org Malaysia. diorg org luar... org putih. huhu kalau la semua rakyat Malaysia berkasih sayang macam tu... kan best?
ok la... nak cont~ keje. huhu tata~

Tuesday, October 13, 2009

Nuisance~



assalamualaikum... errmm.... lama gak x write samting. ain't have any interesting things happened? maybe... tapi yang aku tau, banyak je menda yg berlaku. tp biasanya aku berpaling dari menghadapinya. [same like lari dari kenyataan? what-the-hal?]


kali ni aku nak cter pasal nuisance a.k.a kacauganggu. pernah mengalaminya? aku ni... selalu je. huhu kacauganggu bermaksud gangguan terhadap penggunaan atau kenikmatan seseorang. [menurut buku undang-undang alam sekitar yg diterbitkan DBP dan ditulis oleh PM Dr.Bakri UPM] kacauganggu yang menimpa aku ni ada 2 jenis. dari segi fizikal dan dari segi emosi. huhu




sebenarnya... kacauganggu fizikal ni berlaku sejak aku mula2 masuk kerja. hmm... mula2 aku fikir mungkin sebab aku selalu fikir yg negatif aje kat dia tapi bila dah tiap2 hari, tiap2 masa... aku jadi rimas. nak buat kerja pun jadi tak syok sebab ada org perhati. aku bukan la kedekut ilmu dan bila dia tanya dan minta LR aku, aku bagi je tapi bila tiba giliran aku lak nak minta, dia leh buat cam xtau je... cam xberapa nak kongsi finding dia. aku bukan nak harapkan balasan tapi yg paling aku tak suka, dia seolah2 mempertikaikan finding aku tapi last2 dia guna juga finding yang aku dapat tu. hadoi... tau la aku ni baru dlm bidang yg aku ceburi ni dan dia dah expert. [setahun awal je...] tapi janganlah bagi aku tekanan... finding yg aku jumpa tu untuk reference aku. suka hati aku la nak buat apa... [geram dah ni~]







kacauganggu kedua pulak pasal emosi. memang jiwa kacau. huahuahua dah lama aku perhatikan tapi semalam memang buat emosi aku kacau bilau. macam dia tapi bukan dia. dan dia adalah... JUNIOR!!! oh tidakkk!! huhu aku xtau la kenapa setiap kali aku terpandangkan dia, secara automatiknya aku akan teringat ex aku. huhuhu ada persamaan ke? kalu muka, totally not. penampilan? ermm... ada.[mmg my-ex style] ketinggian dan bentuk tubuh? yup.... [kalau tengok dari belakang, aku memang ingat itu dia. huhu] so? jiwa tergugat dan merana sekali lagi. bayangan dia memang tak dapat nak dilupakan.


liana, belajar untuk dewasa. look forward and try harder.

Wednesday, October 7, 2009

QUIT?!

haaaa... menda ni dah lama bersarang dalam jiwa aku. start dr aku belum buat menda ni lagi. hadoi... ntah la. jiwa kacau dah ni. aku rasa cam nak QUIT je. dah x tahan la nak studi ni... tiap2 ari kena buat benda yg sama. bosan tolll!!!! rasa cam tension overdose ni. sabarlah hati... ingat yg kat atas sana bnyk2. huhu


lagi satu, aku nak QUIT pasal perasaan aku... aku akan QUIT dari rasa sayang dan kasih pada dia lagi. biaq pi la sama dia. huhu kalu dia nak tahu, aku mmg x puas hati dengan apa yg dia dah buat kat aku. rasa cam... ishhh... xmau la ckp!!!!


QUIT?! mean it?


i'll think about it...


it just playing in the name of [love]