Saturday, August 16, 2014

Makan, makan, dan makan!! Hehe

Assalamualaikum.. Hai semua!!! Hari ni hari ke 20 dalam bulan Syawal. Semalam, ada majlis rumah terbuka di UPF, kelolaan kami semua geng UPF. Semalam punya semalam lak birthday saya yang ke ... ke ... maap laaa... matematik i ngokngek sikit. Hahaha

Kepada yang wish birthday kepada saya, terima kasih banyak-banyak atas doa kalian. Sangat2 terharu!! Sobsobsob Semoga kita sama-sama dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Nya. Ameennn... Terima kasih kat abang dan kakak ipar sebab belikan kek. Tak sangka... dah tua pun dapat kek! Haha eh, i muda lagi! haha


Ok. Ini cerita semalam. Kami buat majlis rumah terbuka dengan temanya riang ria raya. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit perselisihan faham. Tapi tak apa, buat pekak aje! Kerjasama dengan skuad2 yang dilantik memang terbaik! Terima kasih kepada semua geng UPF yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut. Korang memang happening and awesome!

Sila la menjamu mata dengan pelbagai aksi kami.





ramlee (bersongkok), sudin (baju kelabu), aziz (baju brown), sarip dol (baju kotak2)
kamera man tu sudarmaji.. haha trio bujang lapok tp aziz tu dah kawen.. haha





Gambar dalam phone x banyak.. banyak gambar dalam kamera abag aidil. Ada 974 pic dalam kamera! Hebattttt!!! So, ni aje la untuk tatapan kalian. Hehe

p/s: alhamdulillah, kerana masih diberi peluang untuk bernafas... dan untuk beribadat kepadaNya.

p/s 2: mahu memulakan langkah baru..

Sunday, August 3, 2014

Kalau sedih...

Buat sahabat saya... jangan sedih tau...

Nah, saya belanja satu lagu! Hehe


p/s: kalau sedih mahupun gembira... kembali kepadaNya... \(^_____^)/

Saturday, August 2, 2014

Selamat Hari Raya!!!!!

Assalamualaikum. Hai!!! Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!! Dah seminggu baru nak wish?! Apa la liana ni!!! Hahaha

Nah, kad raya!!!


Owh, semalam 1 Ogos, Friendship day! Selamat Hari Sahabat buat semuaaaa!!!!


geng PCD... ni gambar 2010
geng sekolah.. ni gambar 2009
geng UPF.. ni gambar 2014
Saya, hari raya keempat dah masuk opis. Percaya x?? Hahaha memang sukar nak percaya tapi... dah berlaku pun! Saya memang masuk ke opis raya keempat. Heaven wooooo p opis dengan jalan yang saaaangattt lengang! P pukul 7++ pun masih dapat punch card sebelum pukul 7.30 pagi. Hehe

Di kesempatan ni, saya nak memohon maaf jika saya ada buat salah kepada semua... sesiapa aje lah yang baca blog saya ni... kawan2 saya... saudara mara saya... syafiq (saya memang ada buat salah kat awak...huhu)... geng2 PCD (korang memang banyak tolong anne. terima kasih banyak2!!)... geng2 UPF...

Kadang2 saya tak sedar jika saya ada buat salah, terlanjur kata dan tindakan. Tegurlah kalau saya ada buat silap... janganlah mengata belakang. Saya, insyaAllah, setakat ni boleh menerima teguran orang lain.

Oh, kepada sesiapa yang tahu lubang2 kerja, leh la share dengan saya. Kali ni saya kena mula merancang dengan baik setelah apa yang dirancang sebelum ni tak menjadi langsung! Hmmm...

Apapun, selamat beraya!!!! Kalau nak datang beraya di rumah saya, meh laaa... tapi saya dah kat Bangi ni. Hehe

Kalau ada yang buat open house dan tak tau nak ajak siapa, boleh la ajak saya. Hahaha

p/s: macam-macam perangai orang... td baru dengar satu kes yang jadi pada orang yang dekat dengan saya. Sangat sedihhhhh...