Thursday, March 22, 2012

Rahsia Tahi Lalat

Ilmu Firasat Melayu – Rahsia Tahi Lalat

1. Bibir atas kanan – Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri – Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan – Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri – Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan – Cerdas, jujur, berani menderita
6. Leher kiri – Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
7. Leher di tengah – Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan – Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri – Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan – Baik hati, sopan santun, cerdas
11. Hujung mata kiri – Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan – Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri – Malas dan suka duduk
14. Betis kanan – Suka berhibur, boros
15. Betis kiri – Rajin, tidak suka menganggur
16. Lutut kanan – Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri – Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan – Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri – Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang – Jujur, sabar dan tekun
21. Kening kanan – Cerdas dan cekap
22. Kening kiri – Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening – Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan – Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri – Suka berfoya-foya
26. Ketiak kanan – Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri – Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan – Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri – Kehendak kuat
30. Batang hidung – Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31. Pada hidung – Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan – Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri – Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri – Baik, suka senggama
35. Di kepala kemaluan (lelaki) – Bakal beristeri dua
36. Tumit kanan – Jujur dan banyak kawan
37. Tumit kiri – Baik budi
38. Alis kanan – Suka menolong dan baik hati
39. Alis kiri – Ramai yang suka
40. Pangkal peha kanan – Kemahuan kuat
41. Pangkal peha kiri – Suka kerja apa pun
42. Telapak kaki kanan – Tak mudah mengeluh
43. Jari kaki kanan – Suka menolong
44. Jari kaki kiri – Berbudi, suka berbuat baik
45. Bahu kanan – Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
46. Bahu kiri – Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
47. Buah dada kanan – Baik hati, pendiam, simpan rahsia
48. Buah dada kiri – Ramai kawan, setia pada pasangan
49. Lengan kanan – Setia dan taat pada atasan
50. Lengan kiri – Menepati janji dan rajin
51. Pipi kanan – Ramai teman
52. Tengah-tengah pipi kanan – Ramai yang suka
53. Tengah-tengah pipi kri – Ramai teman
54. Ubun-ubun – Kurang jujur
55. Pusat – Cerdas, tangkas, tekun
56. Pusat bahagian kanan – Sejahtera dalam hidup
57. Pusat bahagian kiri – Beroleh kemuliaan
58. Pinggang kanan – Sayang pada pasangan hidup
59. Pinggang kiri – Disayang pasangan hidup
60. Dada kanan – Dapat mengatasi masalah
61. Dada kiri – Berani, jujur dan sabar
62. Telapak kaki kanan – Tidak mudah mengeluh
63. Telapak kaki kiri – Baik budi pekertinya
64. Siku tangan kanan – Kuat ingin memiliki kejayaan
65. Siku tangan kiri – Baik hati, suka menolong
66. Jari tangan kanan – Serba beroleh keuntungan
67. Jari tangan kiri – Serba baik bekerja
68. Jari telapak tangan kanan – Banyak rezeki tetapi boros
69. Jari telapak tangan kiri – Banyak rezeki dan cermat
70. Pergelangan tangan kanan – Boros, suka bersukaria
71. Pergelangan tangan kiri – Dapat berpangkat
72. Perut bawah kanan – Banyak rezeki, suka memberi maaf
73. Perut bawah kiri – Baik hati, tenang hidupnya
74. Sudut mata kanan dalam – Disayang suami atau isteri
75. Sudut mata kiri dalam – Tidak mudah dilupakan pasangan
76. Sudut mata kanan luar – Baik budi, ramai yang cinta
77. Pelipis kiri – Murah rezeki, dapat jadi kaya
78. Pelipis kanan – Serba berhasil dalam usaha
79. Kelopak mata kanan atas – Baik hati, ramah, berjaya
80. Kelopak mata kiri atas – Baik budi, ramai yang suka
81. Kelopak mata kanan bawah – Agak malas
82. Kelopak mata kiri bawah – Agak bodoh, kurang bijaksana

Sumber: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

p/s: saya di no.30. haha anda pula???

p/s 2: segala yang ada pada kita telah ditentukan olehNya.... wallahualam!


Wednesday, March 21, 2012

Biar sampai ke bintang

Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

p/s: lagu ni dah agak lama dah main kat radio... tapi saje nak share kat sini. untuk membina semangat. p(^___^)q


Monday, March 19, 2012

Bila Saluran Rezeki Tersumbat


Allah SWT menciptakan semua makhluk telah sempurna dengan pembahagian rezeki. Tiada satu pun yang akan dibiarkan terabai olehNya cuma bergantung kepada kita sama ada mahu atau tidak mencarinya dan yang lebih penting adalah cara kita mendapatkannya sama ada benar atau tidak. Rezeki bukan sekadar wang. Rezeki juga termasuklah ilmu, kesihatan, ketenteraman jiwa, pasangan hidup, keturnan, nama baik, persaudaraan, dan ketaatan.
Walau bagaimanapun, kebanyakan orang punya masalah dalam pembahagian rezeki. Allah Maha Pemberi Rezeki. Takkan ada setitis air pun yang akan masuk ke dalam mulut kita melainkan atas izinNya. Dan jika Allah SWT sampai menahan rezeki kita, pasti ada prosedur yang salah telah kita lakukan. Setidaknya ada lima perkara yang menghalangi aliran rezeki kepada kita.

1. Lepasnya ketawakalan dari hati
Kita berusaha namun usaha yang kita lakikan tidak dikaitkan denganNya. Sedangkan Allah itu sesuai prasangka hambaNya. Ketika seseorang hamba berprasangka buruk kepada Allah, maka keburukanlah yang akan diterima. Barang sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.

2. Dosa dan maksiat
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya seseorang terjauh dari rezeki disebabkan oleh perbuatan dosanya." Dosa ada;ah penghalang rezeki. Bila dosa menyumbat aliran rezeki kita, maka taubat adalah pembukanya. Cuba kita semak, doa meminta hujan adalah permintaan taubat. Doa Nabi Yunus ketika berada dalam perut ikan juga adalah permintaan taubat. Demikian juga doa di malam Lailatul Qadar. Kerana itu, apabila rezeki terasa sukar, perbanyakkanlah taubat hati, ucapan dan perbuatan kita.

3. Maksiat ketika mencari nafkah.
Apakah pekerjaan kita halal di sisi agama? Jika memang halal, apakah benar dalam mencari dan menjalaninya? Kecurangan dalam mencari nafkah akan membuatkan rezeki kita tidak berkat. Apakah ciri rezeki yang tidak berkat? Mudah mengalir untuk perkara sia-sia, tidak membawa ketenangan, sukar diguna untuk taat kepada Allah serta membawa penyakit. Bila kita terlanjur melakukannya, segeralah bertaubat dan kembalikan harta tersebut kepada yang berhak menerimanya.

4. Pekerjaan yang melalaikan kita dari mengingati Allah.
Tanyalah diri, apakah aktiviti kita selama ini membuatkan hubungan kita dengan Allah semakin jauh? Lupa atau lewat menunaikan solat? Lupa membaca Al-Quran? Lalai melakukan ibadah lain? Ini adalah isyarat-isyarat pekerjaan kita tidak berkat. Jika sudah demikian, jangan hairan jika rezeki kita akan tersumbat. Semua pekerjaan harus membuat kita semakin dekat dengan Allah. Bencama sesungguhnya adalah saat kita semakin jauh dari Allah.

5. Enggan bersedekah
Sedekah adalah penolak bala, penyubur kebaikan serta pelipat ganda rezeki. Sedekah bagaikan sebutir benih menumbuhkan tujuh butir yang pada tiap-tiap butir itu terjurai seratus biji. Ertinya Allah yang Maha Kaya akan membalasnya sehinggan tujuh ratus kali ganda. Tidakkan kita tertarik dengan janji Allah ini? Maka pastikan tiada hari tanpa sedekah, tiada hari tanpa kebaikan. InsyaAllah, Allah SWT akan membukakan pintu-pintu rezekiNya untuk kita.

Aminnn...

Sumber:
Majalah Lawak Antarabangsa Ujang Isu 388
(Setitis Tinta Dari Meja Pengarah Urusan MOY)

Tahniah, Nurul!


Si cantik manis

Assalamualaikum. Mulakan entri dgn gambar. hehe Sabtu hari tu 17 Mac 2012, selamatlah 1 majlis mengikat persaudaraan di antara dua keluarga. Tahniah buat sepupu saya, Nurul Saadah Khalid (gambar), di atas ikatan pertunangan beliau dengan jejaka pilihan hati beliau, Haizam. (^____^)v semoga bahagia kekal ke jinjang pelamin.


saat sarung cincin


dari pihak perempuan


with her lovely mom and her future mummy in law





dari pihak lelaki


p/s: ...

p/s 2: credit to my sis coz amil gambar. (sy bzi... keje 'belakang tabir'! haha) upload gmbr pun dah tunggang langgang. mood tingtong lagi... haihhh~