Friday, August 28, 2009

SALAM KEMERDEKAAN KE 52

assalamualaikum... dan salam 1 Malaysia.
selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52.
1 Malaysia
rakyat didahulukan,
pencapaian diutamakan.
sekian, terima kasih.

Thursday, August 27, 2009

HARI PERTAMA

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
helo semua... nak tau x, ari ni ari pertama aku kerja. hikhikhik keje pe??? ada la... segan nak bgtau sebab keje aku ni bukanlah seGah keje orang lain. huhu errmmm.... xde la cuak or rasa pape sebab aku dah lali dgn keadaan di sini. hehehe nak tau aku keje apa? pk la sendiri ek. huhu
hmm...aku sampai kat tempat keje aku kul 10.15 pg. lewat erk? tau x knp lewat? sbb kat sini xde pedulik sgt ble nak punch card. asalkan masuk keje tapi sebenarnya aku xdpt punch lagi sbb kakak IT tu x setting lagi nama aku. hehe xpe...aku x kisah pun.
mcm2 dah aku buat selama hampir 2 jam aku dekat sini. 1. aku p library, bertanya khabar dgn pakcik n abg yg jaga lib tu. hehe 2. usu datang blik aku n kami teruskan aktiviti mengayam ketupat. 3. aku p bilik usu, tempat usu kerja. 4. aku n usu p kedai... siap bli majalah ujang lagi tuh. 5. .... 6. .... akan diisi kemudian. huhu dah tahap max bosan ni. hehe xtau la petang ni nti jd pe lak. hadoi... bukan xde keje nak buat cuma aku masih belum biasa dgn situasi kat sini. hmm... ptg nti ok la kot.... huhuhu
so.... overall, i hope smua nti jd ok.
p/s: jgn jd cam aku yg masih mencari kematangan
p/s 2: windu kat anje n ateh la pulak... smlm jmp along kat bazaar... tp along x nmpk usu. x patut along cubit aku!!!
sekian, terima kasih....

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadan Al-Mubarak 1430H

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana siwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(al-Baqarah:183)

selamat datang Bulan yang penuh berkat. bulan ke 9 dalam kalendar Hijrah [kalendar Org Islam]. tau x pe yg istimewanya bulan Ramadan ni? haaa... pada bulan Ramadan ni la orang akan ingat kalendar Hijrah [selain Syawal la...] hikhikhik... kan? kan? huhu [bukan menyindir sesiapa, peringatan ini buat diri sendiri gak. huhu]
pada bulan Ramadan yang mulia inilah masa untuk melipat gandakan ibadah. yalah, bulan Ramadan ni bukan saja untuk kita menahan makan dan minum, semua nafsu kena tahan. hehe bunyinya agak susah tapi... alah bisa, tegal biasa. haaa... jgn nak mengular. Yang Satu kat atas sana ada pasang CCTV. kang kena tayangan perdana kat mahsyar kang, buat haru je. [aku pun sama... haha]
tiba aje bulan puasa ni, ramai yg pasang niat. "Weh, aku cadang bulan puasa ni bak turunkan berat badan la..." ada gak yang cakap, "harap-harap bulan puasa ni dapat la berjimat. raya nanti leh raya sakan..." kalau bebudak lak, "tahun ni aku nak puasa penuh. baru syok raya..." tapi kena ingat... NIAT TAK MENGHALALKAN CARA. bukan tak boleh. boleh... tapi benda tu kena jadi nombor 2 la. nombor 1 kenalah untuk Yang Satu kat atas sana.
alamak, aku cakap dah macam kaunsleor la pulak. hehe bukan apa... untuk peringatan diri sendiri gak. aku ni bukanlah baik mana. bohong kalau aku kata aku tak pernah buat jahat. banyak gak perkara yang melanggar undang-undang yang tak boleh padam aku terjah je. bukan sengaja tapi lupa akan CCTV besar untuk tayangan perdana akan datang. huhu
saat bulan Ramadan ni, dah 4 tahun aku sambut kat rantau orang. [ceh, macam la jauh sangat. haha...] tahun lepas aku sambut sorang2. ada la dalam seminggu aku ditemani kawan. tapi bila kenang balik, aku rindu time puasa masa aku degree dulu. errmmm... buka ramai2, sahur ramai2, pi solat terawih [tu pun sekejap je... dah last2, aku jadi malas. haha], pi bazar Ramadan [jalan kaki ooo... tapi syok!!!], turun kafe dengan meriahnya, dan macam2 lagi. tu belum lagi aktiviti ktorg masa siang hari. cam x puasa je... hehehe

ni gambar suasana kat bazar Ramadan. yang mencapap sangat ni namanya Rolyn. haha kat belakang tu ada Tini, Saiful, Lokman, dan Micheal. yang lain? belakang kamera la... haha aku pun xtau ble ada gambar ni sbb aku p beli belah. hoho




ni gambar balik dari bazar [4 tahun lepas...]
rindu kenangan masa lalu. huhu rindu kat diaorang ni. ntah la... sekarang ni, masing-masing dah punya kerjaya, komitmen, dan urusan masing-masing. hadoi... aku je yang selalu pening kepala.
apapun, selamat menjalani rukun Islam yang ke 3. jangan do mengular erk. ingat, ada CCTV. masa berbuka tu, jangan mengalahkan orang Somalia pulak dan jangan lupa untuk bersahur. hukumnya sunat tu. untuk menjadi pengikut setia Nabi SAW... kena amalkan sunnahnya. percayalah, pejam celik, pejam celik, akan tiba Satu Syawal keesokkan harinya... ringkas aje semua ni. kan? kan? Islam mana membebankan umatnya...
apapun, aku doakan diri aku dan semua Umat Islam agar sentiasa bersabar, ikhlas, dan berfikiran positif dengan dugaan yang bakal dilalui. kejarlah Lailatul Qadar. malam seribu bulan yang penuh dengan kerahmatan.
sekian, terima kasih.
p/s: niat puasa - nawaitu saumarodin 'an ada'i fardi sahri ramadhona hazihi sanatillillahita'ala...
p/s 2: harap2 bulan puasa ni leh la elak dari penyakit. sekarang ni macam2 penyakit akhir zaman. ngeri!!! ngee~

Wednesday, August 19, 2009

TEKA TEKI

assalamualaikum... dan salam 1 Malaysia.

hari ni, saya nak main teka teki... mesti seronok kan?? apapun, try la jawab erk. terima kasih...

Soalan 01: Daun apakah yang berasal dari kayu dan kaca?

Soalan 02: Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.

Soalan 03: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?

Soalan 04: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?

Soalan 05: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?

Soalan 06: Apakah yang berada diantara langit dan bumi.

Soalan 07: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?

Soalan 08: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?

Soalan 09: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

Soalan 10: GELI apa yang tak rasa geli?


JAWAPAN

Jawapan: Daun tingkap dan daun pintu

Jawapan: Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firullah hal azim. 3- Alhamdulillah.

Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.

Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan

Jawapan: Buang tebiat

Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan"

Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang professor memikir untuk masa depan.

Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda sama ada anda manusia atau tikus!

Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cubalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.

Jawapan: GELIsah sebab orang gelisah kalau kena geletek takkan rasa geli. Pelempang di bagi adalah.

p/s: hadoi... apa la aku ni???

Thursday, August 6, 2009

trip to KL

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.


selamat sejahtera kepada warga kota. hihi trip to KL?! mcm la x pernah p KL je ayatnyer. hehe sebenarnya, semalam [jam 1418] aku mendapat panggilan telefon drpd ateh. dia bertanyakan sama ada aku bzi ke tak. aku jwb la yg aku akan menghadiri seminar dekat fakulti. seminar drpd prof.namsik park, dr korea. pastu dia tny lg. lama ke? aku ckp la xtau sebab biasanya seminar mengambil masa yg lama. sebenarnya dia mahu mengajak aku ke KL. menemani dia mencari wisma mirama dekat jln choo cheng kay. dekat dgn Dewan Bahasa dan Pustaka. dia ada kursus dekat wisma tersebut. aku ckp nanti diskus dgn anje dan usu. lepas tu ktorg kata tgok pada keadaan. kelam kabut ktorg p fakulti sebab dah lewat. [seminar stat kul 3. hehe] sampai sana... hmm... agak mengecewakan sebab x faham dan aku ni bukan budak engine. [aku terarah kpd law. huhu] so, pe lagi, set dgn ateh, nak p kul 4. hehe


maka, bermulalah pengembaraan kami yg agak mencabar. kul 4.30 bertolak dari kolej dan terus menuju ke KL. mula2 ok je... tp bila dah masuk susur ke DBP, hmm... sesak ya amat!! dengan berbekalkan peta yg diberi oleh ateh, kami sedaya upaya mencari wisma tersebut. sampai sesat ke mana2 ntah. plaza uncang emas 3 yg x pernah jejak pun ktorg lalu. hadoi... tu belum lg kena maki dgn pengguna jln raya yg lain. kena hon lagi. bukan salah kami. kami ni dah la xtau jalan. consider la sikit. bla...bla...bla... [aku terus membebel dalam hati. mcm la yg marah kat ktorg tu dgr. hehe] ntah berapa kali pusing dekat DBP. jumpa pegawai trafik yg mcm kerenah. buat ktorg gelak je dlm kereta. haha dah jumpa jalan dia [jalan beifield], sesat lagi. bnyk sgt simpang smp juling mata. mcm kat cameron highland pun ada. sunyi dan menyeramkan. jumpa benda2 yg x pernah jumpa la... last2, wisma mirama tu depan pintu masuk DBP. hadoi... tp betul la. kalu ikut jln wisma putra mmg dekat tp ktorg yg dr selatan ni nak pusing ke jln wisma putra tu sama je dgn susur masuk ke DBP.
tgh tersangkut kat jam tu [masa nak kuar ke jln Hang Tuah], tetiba anje menjerit. "anne!!! fared ayam!!!" hah?! fared ayam KOKEN? melilau mata aku memandang sekeliling. ateh apa lagi. "anne, kuarkan kamera." aku pun kuarkanlah kamera aku dr dlm poket. masa tu dlm kereta dah bising sah. haha macam pape je.

ni gmbr Fared Ayam yg berjaya di tangkap. hahaha kelakar tol...
pastu, anje mulalah mencari Bob tapi hampa. x ada di situ. huhu mungkin tengah training untuk pementasan teater kompilasi volume II kot. ni aje yg ktorg nmpk kat depan gerai makan DBP.

gmbr ni pun dah buat ktorg rasa epi sangat. haha

yg ni lak watak tmbhn utk teater ktorg. hahaha maaf la erk, blur...
setelah berjaya menyelamatkan diri dari kesesakan lalu lintas di KL, ateh tny nak ke mana. aku pun ckp dataran merdeka. [gler patriotik!!!!] pastu ateh kata, p KLCC la. haa... semua setuju. haha mula lah mencari jln bukit bintang. hehehe pastu sesat lagi. nsb baik x sampai zoo negara. hehe

cantik r... suasana pd waktu mlm. hehe rasa cm nak p lagi. [cm la x pernah p. hehe] nak berkelah kat sana. aku dah ckp kat anje, nak buat reunion PCD kat KLCC. cam ok je. hehe pastu aku nk masuk petrosains. nak main sepuas2nya kat sana. pukul 10 lebih baru bertolak balik ke kolej. pelik r... x sesat lak. hehe
p/s: kami adalah tourist guide yg berjaya. pusing KL je la... kalu nak sesat, leh la ajak aku lagi. haha
p/s 2: selamat maju jaya kepada semua. hehe
p/s 3: nak p KL tower gak la pasni...

Monday, August 3, 2009

kecelaruan dan kekeliruan

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padaha ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya." [Al-Baqarah:216]

p/s: semoga aku bisa bertenang dan berfikir dengan baik...

p/s: semoga aku dan sekeliling ku berada di bawah lindungan rahmatNya. insyaAllah..