Friday, August 4, 2017

Taman Negeri Pulau Sembilan #tajuktesismaster

Assalamualaikum. Hai... dah lama tak mengarang di sini. Rindu... Hahaha Sangat lama meninggalkan dunia penulisan blog sampai berhabuk dah blog ni. Mujur tak dimakan anai-anai. Hahaha

Sebelum ni memang busy. Sibuk nak habiskan penulisan tesis dalam tempoh beberapa bulan. Alhamdulillah... selesai sudah dan result akhir sem pun dah keluar. So tahun ni boleh konvo!

Ok! Saya bukan nak cerita pasal perjalanan saya menyiapkan master tapi saya nak cerita pasal kawasan kajian saya iaitu di Taman Negeri Pulau Sembilan.

Taman Negeri Pulau Sembilan pula berada dalam Mukim Bagan Datuk. Pulau Sembilan terletak sejauh 10 batu nautika dari Pulau Pangkor. Di sekitar Pulau Sembilan terdiri daripada 9 gugusan pulau kecil iaitu Pulau Agas, Pulau Payong, Pulau Nipis, Pulau Rumbia, Pulau Lalang, Pulau Saga, Pulau Buluh, Batu Putih dan Batu Hitam. Dahulunya, Pulau Sembilan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung. Namun setelah Bagan Datuk diisytiharkan sebagai sebuah daerah, pengurusan Pulau Sembilan beralih kepada pentadbiran baharu di Bagan Datuk. Hal ini diumumkan oleh Menteri Besar Perak pada 6 Ogos 2016. 

Pengiktirafan Pulau Sembilan sebagai taman negeri menarik perhatian ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk mengunjungi pulau tersebut. Ini kerana pulau tersebut mempunyai keunikan yang tersendiri. Selain kejernihan air dan lubuk kepada kaki pancing, pulau itu dikenali sebagai ‘blue tears’ di mana phytoplankton yang di bawa oleh ombak akan tertinggal di pasir pantai dan memberikan warna biru di gigi air ketika waktu malam.

 

Tapi sekarang, Taman Negeri ni dah ditutup oleh Kerajaan Negeri bermula 1 April tahun ni atas beberapa sebab antaranya berkaitan dengan ekosistem flora dan fauna di sana. Sampai sekarang belum ada dengar sebarang berita yang mengatakan pulau tersebut akan dibuka semula.

Jom lihat gambar yang saya ambil ketika berada di sana.

Jeti Sungai Burung

Dah sampaiii... mendung so view pun suram je



Tuan rumah sunburn hahaha

Big Boss teman p sampling
Pembangunan boleh dilaksanakan dan kesejahteraan alam sekitar juga perlu dititikberatkan. Jangan kerana mahukan keuntungan yang berlipat ganda, alam semula jadi dimusnahkan. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“tidaklah kami mengutusmu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekian alam”
(al-Anbiya: 107)

p/s: kalau rajin nanti nak update cerita lain. kalau rajin laaa...


Thursday, November 10, 2016

Trip To Melaka #visitMalaysia : Episode 2

Halo Halo... Assalamualaikum...

Curi2 sikit mana nak update cerita pergi Melaka bulan lepas. Haha harap cerita ini ringkas dan padat. Sangat2 busy. Lagi2 dah nak habis sem 2. Tesis baru bab 1. *nangisss

Ok Ok.. Bangun pagi, kami bersiap untuk check out sekali. Kira-kira pukul 830 pagi kami bergerak dari hotel. Kami bersarapan di gerai berdekatan dengan hotel. Lepas tu, kami parking dekat parking Menara Taming dan melangkah ke A Famosa. Lepas posing kat meriam, kami ke Muzium Istana Kesultanan Melaka.



panaihhh litlit






Lepas tu, kami pergi beli souvenir sebelum menapak ke Jonker Walk untuk ke Jonker 88. Nak try cendol nyonya n asam laksa. Hehe


pekat likat melekat dia punya gula melaka

ni haaa kedainya..kecik je..haha
Selesai mengalas perut di sini, kami kembali ke kereta untuk ke Mydin pulak. Abg bob classmate ckp ada kedai asam pedas. Sampai dekat sana, berpusing jugaklah kami cari nama kedai asam pedas muar. Rupanya dah tukar jadi asam pedas Ani Parit Jawa. Hahaha

Asam pedas kat sini...hmm.. so-so je laa..sedap asam pedas Pak Man.Hehe

Tuuu diaaaa
Habis makan, kami patah balik ke Limbongan, balik ikut simpang ampat sebab nak beli Kuih Keria Haji Jalil pulak. Gigih beratur pulak tu. Hahaha Tapi bila dah makan, coq keria Hajah Rahmah lagi sedap walaupun mahai sikit. Hahaha

Hat ni singgah beli ayaq tebu

Ramai wehhhh
Ok. Sampai di sini saja coretan saya. Hahaha Jumpa lagiii...

p/s: sambung nangissssss



Wednesday, October 26, 2016

Trip To Melaka #visitMalaysia : Episod 1

Assalamualaikum. Haiii... Laaaama sangat tak update story! Busy! Haha menulis blog dah jadi half of the part time je. Huhuhu

Ok. Hat ni nak cerita, saya dengan Trah dan Jah buat short vacation to Melaka. Plan ni ad hoc je. Dok depa buat family day untuk kelas master tapi saya tak join, kena balik kampung. Lepas tu saya cakap dengan Trah, nak pi Melaka. Terus kami excited! Haha ajak Qis tapi Qis balik Batu Pahat. Ajak Ira tapi Ira ada hal lain. Ajak Suhail, suruh dia jadi driver tapi dia suruh pi week end. Kalau pi week end, memang tak dapat laa sebab dah janji dengan along PCD nak jalan2 dekat The Mines. Jadi, yang ada kami bertiga, Apa-apa hal pun, redah aje. Dengan bantuan abg Bob dan waze, kami memulakan perjalanan dari UKM ke Melaka yang bermula pada hari Isnin 17hb dan kembali ke 'pangkal jalan' pada hari Selasa 18hb. (Tak sedar diri, assignment melambak-lambak! Haha)

Target kami sebenarnya ialah makan-makan. Itu aje. Hahaha

Meh saya cerita perjalanan kami bertiga pada hari pertama.

Kami gerak dari UKM pukul 10 pagi. (Saya dan Jah parking kereta di Masjid dan ke Melaka dengan kereta Trah). Berbekalkan duit minyak RM40 dan duit tol RM22 (pergi balik), kami memulakan perjalanan dengan Bismillah.

Ni la anak dara yang tak reti dok diam! Haha

Susur Simpang Ampat
Tempat pertama yang kami singgah adalah Klebang. Nak rasa originalnya coconut shake dia kat Klebang Original Coconut Shake. Sebenarnya, kami memang dah lapar. Hehe



Baaaaanyak makanan untuk sarapan. Nyum!
Ni la coconut shake nya. Murah! RM2.40 je...

Lepas mengalas perut, kami meneruskan perjalanan ke Limbongan. Nak cari coq keria yang sedap tu. Tapi coq keria Haji Jalil tak bukak lagi. Kami pi beli coq keria Hajah Rahmah. 60 sen seketul. Tapi sedap dan berbaloi. Besar2 dan padat. Gula kabong hat buat sira tu pun sedap. Kami tapau buat bekal kami pi cari hotel. Haha takkan nak patah balik pulak kan?! Hihi

Ni la rupanya...sedapppp
Kami meneruskan perjalanan mencari kedai asam pedas. Tak Melaka la kalau pi Melaka tak pekena asam pedas, kan?? Tapi kami dok pusing-pusing pi cari kedai asam pedas yang dah kami senaraikan. Hampir kesemua kedai bukak belah petang sampai ke pagi. Jadi, kami yang dok mula rasa lapar nasi ni habis pusinglah cari kedai asam pedas. Pakcik google sarankan kami ke kedai Asam Pedas Pak Man. Maka, kami pun menuju ke Jalan Ujong Pasir. Kedai dia berada di tepi jalan. Pi hari kerja pun penuh gak. Trah pi parking kat depan laman rumah orang sebab parking tepi jalan penuh.

Ada plat jalan-jalan cari makan giteww..hihi
Sedappp wehhh

Dah habis makan, kami pi cari hotel sebab kami memang nak walk in je. Pi hari weekdays kan. Hehe



Ini tempat kami menginap di Plaza Mahkota. Untuk 3 orang, RM75 dikenakan. Satu katil queen dan satu tilam extra. Kalau satu katil queen dan satu katil single, harganya RM95. Nama pun bajet, kami ambil yang murah. Memang untuk tidur dan mandi saja. Hihi 

Kami rehat sebentar untuk solat. Kami kembali meneruskan plan makan2 kami pada pukul 430 petang. Plan nak makan cendol kat Jonker 88 tapi ramai orang pulak. Kami patah balik dan makan ceondol kat jam besar. Macam-macam jenis cendol ada. Menyegarkan!

original cendol nyonya

jalan-jalan cari pasal di sini
cendol pulut + durian

cendol durian + ais krim
nah belanja muka tuan rumah! haha

Lepas isi perut, kami pi jalan-jalan ambil angin petang sebelum naik bot menyusuri sungai Melaka.


with my partner utk semua assignment dan main-main dalam kelas


samudera

naik botttt..yeayyy! (sebelum berlayar)

dah sampai jeti semula..
Bila dah malam, kami mula rasa lapar. Destinasi seterusnya adalah ke Jalan Padang Temu. Kami mahu menikmati ikan bakar Muara Sungai Duyung.



Menu yang kami order adalah kuah tomyam, kangkung goreng belacan, sotong goreng tepung, ikan siakap separuh masak sweet sour dan separuh lagi bakar bercili. Alhamdulillah..kenyang kami bertiga makan. Lepas makan, terus blah kembali ke hotel.

Itu sahaja nak cerita pada hari pertama di Bandaraya Bersejarah. Nanti nak buat episod 2 pulak.

Asta la vista, bebeh!

p/s: tengah tulis itinerary untuk ke tempat lain pulak nii..haha

p/s 2: busy mengalahkan PM. kah!


Saturday, May 28, 2016

Life as a Student... again! #ukm

Assalamualaikum. Hai semua! Berbulan saya tinggalkan blog ni. huhu habis bersawang, berhabuk, berlabah-labah. hahaha

Dah 13 minggu saya bergelar pelajar. Ada seminggu lagi sebelum minggu kuliah berakhir. Sekarang ni sangat-sangat sibuk dengan assignment dan proposal tesis. Haishhh tapi sempat pulak mengupdate blog! hahaha

Sekarang ni saya belajar di UKM dalam bidang Pengurusan Persekitaran. Kisah di UPM dulu kita tinggalkan di belakang ya. R.I.P! Berharap dengan perjuangan kali ini membuahkan hasil. Ameenn..

Jom tengok apa yang telah saya lalui sepanjang 13 minggu ni..(^____^)v

ni gambar awal bulan mac.. with my new besties...

Ini gambar fieldwork dekat langkawi untuk subjek EIA... masa ni cuti mid sem bulan April.






Yang ini pula lawatan ke Kilang Daikin Metal Steel pada bulan Mei untuk subjek EMS..




Ini pula dekat pusat sumber fakulti ketika sedang menjawab take home exam.. (^_^)





Ini cerita semalam.. selepas habis bentang proposal tapi ni part 1 next week ada lagi.. inilah classmate saya.. wish us luck!


setakat ini aje laa kerajinan saya nak update cerita. hahaha ok laa..babai babaiii!

p/s: terasa dia semakin jauh.