Wednesday, May 28, 2014

Al-Fatihah Buat DYMM Sultan Azlan Shah

Assalamualaikum. Sedihhh bila mendengar DYMM Sultan Perak kesayangan rakyat telah kembali ke rahmatullah. Salam takziah buat ahli keluarga baginda dan kerabat DiRaja Perak, juga rakyat jelata negeri Perak yang berada di seluruh Malaysia, serta dunia. Ternyata pemergian Almarhum Baginda merupakan satu kehilangan besar buat negeri Perak dan negara.







p/s: daulat tuanku!

Saturday, May 17, 2014

Bebel sat: marah

Assalamualaikum. Hai! Sejak dua menjak ni... memang tak dapat nak kawal emosi. Kalau dah tension tu, confirm saya akan rasa nak marah. Haisshhh... kalau dulu, senang aje nak kawal. Setiap ada apa halangan, saya akan senyum. Kalau tertekan macam mana pun, saya pasti akan mengawalnya. Biasanya saya akan alihkan perhatian ke benda lain. Akal akan cepat-cepat alih ke perkara lain yang menenangkan. Kali ni tak berkesan. Mungkin sebab saya sakit kot. Rasa macam nak demam tapi sekejap rasa tak. Sakit kepala pun macam tu gak. Haishhh... Huhuhu

Mood sudah semestinya macam angin. Selalu berubah.. (hentam saja perbandingan ni. Haha) Kalau nak marah tu, saya lepaskan aje sekarang ni. Dah tak dapat nak hold dah. Sesedap rasa aje orang nak fire kita, kan?? Saya pun apa lagi...sesedap rasa aje saya lepaskan! Ha, amik kauuu!!! Gerammmmm... Penat nak bertolak ansur... uhuhu



Kali ni saya google nak cari tips nak kawal marah. Biasanya, kalau saya marah, saya akan ke sinki untuk cuci tangan. Sejuk sikit... Dalam hati akan beristighfar... Yalah, kena gak la kaji hubungan kita dengan Allah. Pasti ada kurangnya. Huhuhu

Yang ni lak, saya nak menginsafi diri. Saya ambil tips ini dari iluvislam.



Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. : “Berilah wasiat padaku.”

Nabi s.a.w. bersabda : “Jangan marah.” Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: “Jangan marah.” (Riwayat Bukhari)

Yang perlu dijelaskan sehubungan dengan hadis ini ialah:

(a) Orang yang bertanya itu menurut riwayat ada yang mengatakan dia itu ialah Ibnu Umar, ada yang mengatakan Haritsah atau Abu Darda’. Mungkin juga memang banyak yang bertanya demikian itu.

(b) Kita dilarang marah apabila berhubungan dengan sesuatu yang hanya mengenai hak diri kita sendiri atau hawa nafsu. Tetapi jika berhubungan dengan hak-hak Allah S.W.T, maka wajib kita pertahankan, misalnya agama Allah S.W.T dihina orang dan al-Quran diinjak-injak, dengan cara yang syar’ie dan berhikmah.

(c) Yang bertanya itu mengulangi berkali-kali seolah-olah meminta wasiat yang lebih penting, namun Rasulullah S.A.W.  tidak menambah apa-apa. Hal ini kerana menahan marah itu sangat besar manfaat, faedah, juga ganjaran di sisi Allah S.W.T.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali ‘Imran: 134)

Allah S.W.T. menjanjikan cinta-Nya sebagai ganjaran. Tidak mahukah kita akan ganjaran tersebut?

Tidak mahukah kita akan cinta-Nya, seagung-agung cinta, seindah-indah cinta?

Mari kita perhatikan langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mengawal perasaan marah kita.

DIAM

Mengambil sikap diam, hal ini sebagaimana sabda Nabi S.A.W:

“Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Seringkali apabila manusia marah, sukar baginya untuk menuturkan kata-kata yang baik. Maka kita disuruh untuk mendiamkan diri, seterusnya ambil langkah-langkah di bawah, dan berfikir sejenak.

ISTI’AZAH

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi bisikan/fikiran jahat daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). (Al-A’raaf: 200-201)

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah S.W.T.

Godaan dan bisikan jahat syaitan itu tujuannya hanya satu, agar kita melakukan perkara yang buruk dan meninggalkan perkara yang baik. Maka berlindunglah kita kepada Allah S.W.T dengan menyebut:

“أعوذ بالله من الشيطان الرجيم”

Dari Sulaiman bin Shurad r.a. katanya:

Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling maki-memaki. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya saya mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (kemarahannya), iaitu andaikata dia mengucapkan: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم, tentulah lenyap apa yang ditemuinya (kemarahannya) itu.”Seseorang lalu berkata kepadanya (orang yang merah padam mukanya): “Sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda: Mohonlah perlindungan kepada Allah S.W.T dari syaitan yang direjam.” (Muttafaq’alaih)

Kita juga boleh membaca ayat Kursi dan tiga surah Qul.

DUDUK

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

BERWUDHUK

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya)

p/s: semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosaku, dan juga dosa-dosa insan yang saya sayang. ameennn...

p/s 2: need my soul therapy..yeah, its u! huhu