Saturday, August 31, 2013

Salam Merdeka 56 tahun 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 56 BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA; TANAH SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK.

56 Merdeka Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku




Lirik
Janji hati suara cinta sakti
Cinta agung dari jiwa ternyala
Janji tanah lahir aku cintai
Aku rela sama membela

Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa

Usah rajuk jauh hati rindu
Nafas lain haluan seketika
Aku rayu wira hati sayangku
Ini bukan mainan cinta

Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa

Janji janji cinta
Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa
Bila janji terlukis indah
Usah lagi kau buru cinta
Aku serahkan hati asmara ku
Kini bebas hati bersatu
Ooo hati…



Lirik | Bapak
Bapak
Lihat ladang kita
Terbentang luas
Subur dan menghijau
Tanah yang merdeka

Bapak
Ini rumah kita
Pusaka peninggalan
Untuk melindung
Keluartga yang merdeka

Bapak
Yang hendak ku kata
Pengorbanan mu
Memberikan kami
Kelahiran yang merdeka
Terima Kasihku
Generasi baru

Lirik | Warisan
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang suci abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


Try dengar lagu Radio Malaysia. Memang unik dan bersemangat!!~

p/s: teringat masa sekolah dulu pulun baca tentang sejarah tanah air, sejarah Perdana Menteri. Masa tu lah tahu betapa payahnya untuk mengecapi apa yang kita ada kini. Sampai mati pun saya akan ingat...

Thursday, August 29, 2013

Pawagam #Tanda Putera

Assalamualaikum. Akhirnya... filem ini selamat ditayangkan di pawagam seluruh negara! Selamat menonton buat semua.






Lirik | Tanda - Awie
Tanda setia luar biasa
Pembela cinta lambaian warna kekasih
Tanda berani pemburu masa
Kau berkorban putih duka bawa lari

Tanda cinta setia
Kau pejuang hati sejati melindungi tercinta
Tanda luar biasa wira hati sunyi rasa luka
Disanjung dirindui

Tanda girang di hatimu ---
Tanda cinta setia

Kau pejuang hati sejati melindungi tercinta
Tanda luar biasa kemas suara ilham ketenangan
Disanjung dirindui

Kasih lama terjalin
Maafkan rasa benci
Jangan sekali dikhianati

Tanda sentuhan senyuman
Tanda abadi terpahat dalam naluri

Tanda cinta setia
Kau pejuang hati sejati melindungi tercinta
Tanda luar biasa wira hati sunyi rasa luka
Disanjung dirindui

Sentuhanmu tanda hatiku


p/s: Jom naikkan semangat patriotik dalam diri kita buat negara! (^___^)v

Tuesday, August 27, 2013

Mee Rebus Bonda #Menu Rumah Terbuka

Assalamualaikum. Hai!!!~ Jom buat rumah terbuka! Haha tetiba aje... Hmm... Hari ni saya try menu yang biasa my mom buat. Ini first time saya buat dan alhamdulillah, menjadi walaupun tak sesedap air tangan mak. Tahun depan rumah terbuka saya, boleh la buat menu ni. (^___^)v tahun ni tak ada dahhh...huhu

Bahan-bahan

Bahan utama
500g mee kuning | dicelur
50g taugeh | dicelur

Bahan kuah
5 biji bawang merah | dikisar
4 biji bawang putih | dikisar
15 tangkai cili kering | dikisar
Sebiji kiub ayam - boleh juga kalau nak guna air rebusan ayam / stok ayam dalam botol
2 biji kentang | direbus dan dikisar - guna ubi keledek pun boleh. Lagi sedap!
Dua genggam kacang tanah | digoreng dan di kisar
1 senduk tomato puri
1 liter air
Garam dan gula ikut sesedap rasa
Minyak untuk menumis

Bahan hiasan
Daun sup | dihiris
3 biji tauhu | digoreng dan dipotong kecil-kecil
3 biji fish cake | digoreng dan dipotong kecil-kecil
4 biji telur rebus | dibelah dua
Limau kasturi - diperah di atas mee yang telah disiram kuah
Cili merah | dihiris - kalau nak pakai cili padi pun boleh
Bawang goreng

Cara-cara untuk memasak kuah
1. Kisarkan cili kering, bawang merah, dan bawang putih. Panaskan minyak di dalam periuk untuk menumis. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk dan tumis sehingga garing.
2. Masukkan kacang tanah yang telah digoreng ke dalam pengisar bersama kentang yang sudah direbus. Kisar sehingga hancur terus.
3. Masukkan air, kacang tanah+kentang rebus, kiub ayam, dan tomato puri. Masak sehingga menggelegak. Tambah gula garam secukupnya, sesedap rasa anda.
4. Setelah masak, hidangkan dengan mee dan hiaskan.

Cara untuk menghidang
1. Masukkan mee di dalam mangkuk dan letakkan taugeh di atasnya.
2. Letak sedikit bahan-bahan hiasan kecuali limau kasturi, daun sup, dan cili merah dan bawang goreng di atas taugeh.
3. Siram mee dengan kuah yang telah dimasak tadi. Kemudian, barulah letak daun sup, cili merah, dan bawang goreng.
4. Sebelum makan, perahkan limau kasturi di atas hidang tadi. Bolehlah makan...

ok, xde cili! memang tak sediakan pun sebab tak ada yang nak makan...

kuah mee rebus

mee yang mak nak makan. snap pinggan mak aje sebab saya dah habis makan dah.. haha

Selamat menjamu selera!

p/s: Mahu p kursus memasak! Ada sesiapa nak ajar saya secara percuma tak? Haha


Monday, August 19, 2013

Ayam Black Pepper

Assalamualaikum. Hai semua!!~ Selamat tengah hari... \(^___^)/ Hari ini hari pertama persekolahan. Dan ramai yang dah masuk kerja officially. Hihi saya?? Masih dalam usaha mencari rezeki Allah untuk saya.

Saya baru aje selesai masak untuk makan tengah hari. Tak ada yang istimewa pun. Biasa-biasa aje. Masak nasi, ikan sebelah goreng, dan ayam black pepper. Mak saya nak buat betik muda tumis campur suhun. Kali ni nak share ayam black pepper. Ini first time saya buat. Siap aje tadi terus rasa. Macam ok. Haha yalah... siapa nak puji masakan sendiri kalau tak diri sendiri, kan?? Hehe

Bahan-bahan

Bahan A
1/2 kg ayam
Sedikit garam
Tepung goreng ayam
Minyak masak

Bahan B
2 biji bawang putih - dihiris
Setengah inci halia - dihiris
Sebiji bawang besar - potong bulat
3 biji cili padi - diketuk
2 biji cili besar - dipotong panjang
4 sudu besar sos lada hitam (saya guna jenama Life)
6 tangkai kacang buncis
Kobis bunga
Lobak merah - dipotong panjang
Sedikit air
Sedikit garam

Cara-cara
Pertama
1. Basuh ayam sehingga bersih. Gaul dengan garam dan tepung goreng ayam.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Goreng ayam sehingga kekuningan.
3. Angkat untuk toskan minyak dan letak tepi.

Kedua
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi, cili besar, dan bawang besar. Tumis sebentar sebelum masukkan sedikit air.
2. Masukkan lobak merah dan kobis bunga dan masak sebentar. Kemudian masukkan sos lada hitam. Gaul sehingga sedikit kering dan masukkan ayam yang telah digoreng bersama dengan kacang buncis.
3. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Masak sehingga agak kering dan sebati. Tutup api dan sedia dihidangkan dengan nasi putih. (Kalau dihidangkan dengan nasi ayam pun sedap juga...)

jom makan!!~

Sekian, selamat mencuba.

p/s: jangan dilupa orang yang susah... (^___^)


Friday, August 16, 2013

E-day: Anak saudara saya

Assalamualaikum. Helo... (^___^)v Hari raya ke3 hari tu, anak saudara saya bertunang. Bukan anak saudara betul pun, anak sepupu... dan saya adalah anak angkat kepada pasangan ibu bapa sepupu a.k.a pakcik dan makcik saya, maka kiranya itu adalah anak saudara saya. Lagipun, sejak ibu bapa angkat saya meninggal dunia, sepupu-sepupu saya ini akan balik ke rumah kami bila tiba hari raya... kira kampung merekalah.

Diba, si cucu sulung. Umurnya 24 tahun selamat ditunangkan dengan pilihan hati dia, Ashraf Azzam. Perkenalan dari kawan-kawan. Apapun, ucapan tahniah buat Diba dan pasangan. Semoga sampai ke jinjang pelamin dan kekal hingga ke syurga. Jangan gaduh2 tau... tapi tak apa, bik lia sentiasa ada dengan Diba. (^____^)

Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat saya ambil...

Hantaran dari pihak perempuan

Tetamu

sepupu sepapat diba tengah susun atur barang hantaran... bik lia jd mandur x bergaji. haha

sepupu diba, lin, dan mak dia... kira kak ipar saya... =)

diba dah debar semacam... hahaha

belah lelaki tiba...

nak mula bersidang

besar dah sengih diba... muka bahagia! =)

selepas sarung cincin... baju coklat mak diba, kak lina, bakal mertua diba, dan diba...

sirih junjung...
(rasanya gambar ni kat atas tadi...camne leh ada kat sini??? huhu)

saya dan diba... 


p/s: 14 Ogos 2016... expired date kot?!

Thursday, August 15, 2013

Doakan mereka...

Berikan masa anda 1minit untuk aminkan doa untuk Mesir, Syria, Palestin, Iraq, Afganistan dan negara2 Islam..

Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.

Ya Allah! berilah mereka (cara membuat) makar untuk menghadapi musuh-musuhnya dan janganlah Engkau memberi makar kepada mereka.

Ya Allah! tepatkanlah bidikan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.

Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.

Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzhalimi di Mesir dan semua tempat.

Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.

Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.

Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.

Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.

Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.

Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah! 

Kesihanilah saudra-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin..

p/s: doakan Malaysia kekal aman... 


Wednesday, August 14, 2013

Raya ke7

Assalamualaikum. Hai semua!!~ Apa khabar??? Hehe Kenyang sudah makan ketupat+rendang+lemang+kuah kacang+sate+nasi beriyani+kambing golek+kuih raya+... (tak dapat nak disenaraikan) dan sebagainya?? Sudah puas beraya? Kutip duit raya? Bergolek depan tv? Hehe kepada semua, saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. Syukur alhamdulillah atas kurniaan Ilahi dengan nikmat keamanan yang kita perolehi di bumi bertuah Malaysia ini. Gaduh sikit-sikit tu biasalah...tapi jangan sampai melarat.

Ok. Hari ini ulang tahun kelahiran saya yang ke 27. Dah 27 dah??? Haha Tak kisah... umur hanyalah sekadar nombor. Kejelitaan adalah milik setiap insan. Jelita ke??? Hihi

Apapun terima kasih kepada:
Mama dan abah, adik beradik, sepupu sepapat, makcik dan pakcik, anak-anak saudara, sahabat handai (di K-jo dan juga UPM), kawan FB, Tagged, Blogger... dan sesiapa yang tak termention nama mereka di sini, you know who you are...
Atas ucapan, doa, dan kata-kata semangat kalian kepada saya...

Saya sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat menghargainya! Saya juga mendoakan agar kalian semua mendapat lindungan, kasih sayang, keredhaan dari Yang Maha Esa. Sama-samalah kita menempuhi hidup di dunia ini sambil mencari rahmat dariNya. Aminnnn~

Tahun ni tak ada kek. Ayoyoooo... dari hari raya pertama dengan brownies, kek gulung, kek lapis, kek coklat... dan mama buat kek lapis jem kelmarin... rasa cam dah tak boleh pandang kek. Haha dahsyat! Bertuah betul duduk Malaysia! (^____^)v

Abang pulak tanya...mau hadiah apa? At last, dia p renew lesen saya. Haha bagus gak tu! Jimat duit... hehe Adik pulak belanja makan malam. Oh, terima kasih daun keladi! Tahun depan belanja lagi... Haha

Apapun, saya sedang menanti keajaiban berlaku dalam hidup saya. Mengharapkan keampunan dari si dia atas keterlanjuran bicara... dan menjalin semula apa yang terlerai dahulu... Itupun kalau diberi peluang... Hmm... [Saya selalu stalk awak... sekarang sudah penatlah... huhu]

Ok laa... sampai sini aje. Sekian!

p/s: '...masih sudikah jadi isteri saya?...' Sampai mati pun belum tentu dia nak cakap macam ni... *Pasrah*


Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum... (^____^)v Dah meriah sekarang ni kat sekitar rumah saya! Sana sini bunyi mercun dan meriam. Hadoi... tapi sangat best! Kampung dah tak sunyi dah...hehe

Apapun, saya nak ucapkan selamat hari raya buat semua muslimin dan muslimat. Maaf zahir batin andai kata ada tersalah kata, tersilap bicara, terkasar tingkah... Semoga Aidilfitri kali ini memberi keinsafan dan seribu kenikmatan kepada semua.




p/s: Buat anda di sana, maaf zahir dan batin!

Monday, August 5, 2013

Kuih Raya #Semperit Bonda

'...Selamat berhari raya, kita raikan bersama, ibu dan bapa serta seluruh keluarga, terdengar takbir bergema. merasakan hangatnya raya di hatiku, di hatiku...'

Assalamualaikum. Hai semua!!!~ Lagi beberapa hari nak raya. Sayang meninggalkan Ramadan... tapi tak apa, tahun depan jumpa lagi. InsyaAllah... semoga semua panjang umur dan sihat tubuh badan.

Semalam buat kuih raya yang terakhir iaitu semperit. Hadoi... susah betul nak cari tepung jagung dalam tin. Yang cap kupu-kupu tu... John Brown & John Polson punya formula. Yang dalam kotak pun tak ada. Cap apa erk... kalau tak salah cap maizena. Entah laaa... at last, my mom buat pakai tepung kastard aje. Tu pun jenama Bird keluaran Kraft. So, tak dapat la nak buat semperit turun temurun keluarga. Jadi, ini nak share kuih semperit yang moden yang kita orang buat semalam.

Bahan-bahan
1 cawan tepung kastard (biasanya guna tepung jagung)
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
Mentega (biasanya guna marjerin tapi tepung kastard ni cam ada masin-masin sikit)
Choc rice, badam cincang, dan coloured rice untuk hiasan
Acu

Cara-cara
Ini adalah teknik gaul dan ramas dengan tangan. Tak guna mesin langsung.
1. Satukan semua tepung dan gula di dalam bekas adunan. Gaul sehingga ianya bercampur.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila ke dalam bekas berisi tepung yang telah bercampur. Gaul perlahan-lahan sehingga semuanya bercampur dengan baik.
3. Sedikit demi sedikit, gaulkan mentega dengan tepung sehingga menjadi doh. Biasanya mentega tu guna dalam 3/4 tin yang sekilo. Jadi lebih kurang dalam 750g. Apapun, jangan sampai doh terlembik.
4. Biarkan sebentar dalam sejam sebelum diacu dan dibakar.
5. Bakar selama 15 minit atau sehingga masak dalam suhu 180 darjah celsius.

dohnya

sebelum dibakar


hasilnya... tadaaaaa!!!~

Kalau resepi turun temurun, biasanya kami guna sukatan tin sebab guna tepung jagung dalam tin dan adunannya menjadi banyak. Caranya sama iaitu teknik gaul dan ramas. Jom check bahan-bahannya.

Bahan-bahan
1 tin tepung jagung brown and polson
1/2 tin tepung gandum
3/4 tin tepung ubi
1/2 tin gula aising
4 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
marjerin secukupnya
ceri merah dan hijau sebagai hiasan
acu tolak berbentuk bunga

Cara tetap sama. Tapi kalau resepi ni, memang asal usul dari zaman opah moyang saya dulu. Huhu

Ok. Selamat mencuba!

p/s: apa-apa ajelah!~ hehe


Saturday, August 3, 2013

Kuih Raya #Choc Crunch

Hai!~ Assalamualaikum... Hari ni dah hari Sabtu. Sekolah pun dah mula cuti... Pagi tadi hujan so hari ni macam malas sikit nak buat kerja sedangkan tak buat apa-apa lagi untuk mengemas rumah. Huhu

Ok laa... Malam tadi saya buat biskut raya. Biskut yang senang aje. Hehe saya namakan dia Choc Crunch. Adik saya suka sebab ada coklat. Dua tahun lepas pernah buat sampai sepupu saya tanya, 'Beli kat mana ni?' Hahaha Tapi syukur juga la bila biskut orang pemalas ni a.k.a saya, laku. Hihi

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan
400g coklat masakan
225g emping jagung (saya suka jenama Nestle)
100g kacang badam yang dipotong panjang (dipanggang)
1 sudu marjerin
Coloured rice sebagai hiasan
Paper cup

Cara-cara
1. Cairkan coklat masakan dengan menggunakan kaedah 'double-boiler'. Masukkan 1 sudu marjerin ke dalamnya supaya coklat yang mencari menjadi cantik berkilat.
2. Setelah coklat mencair, masukkan emping jagung dan kacang badam. Gaul sehingga keseluruhan emping jagung dan kacang badam tersalut dengan coklat.
3. Sudukan ke dalam paper cup. Kemudian, taburkan coloured rice di atasnya. Biarkan ia keras sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara. Buat sehingga habis.

ni dia.. choc crunch!~

Senang kan?? Orang pemalas macam saya ni memang suka yang senang dan tak banyak guna bahan. Untuk hiasan, boleh juga guna coklat masakan yang berwarna. Cuma saya ni memang malas dan tak suka sangat nak piping... huhu janji ada kan untuk hidangan para tetamu. Hihi

Ok laaa.... selamat mencuba!

p/s: nak duit raya!!~

Friday, August 2, 2013

Kuih Raya #Biskut Nestum

Assalamualaikum. Hai semua!!~ Hari ni dah 24 Ramadan dah...tinggal beberapa hari aje lagi untuk menyambut lebaran. Mesti ramai yang dah mula buat kuih raya. Kalau yang berduit tu, mesti dah banyak beli untuk dibawa pulang ke kampung. Tahun ni xtau la pakcik-pakcik saya balik or tak sebab anak-anak dia orang masing-masing menunggu hari untuk bersalin. Hai, bertambahlah anak buah tahun ni! Hehe

Ok. Baru-baru ni, saya tolong mak buat biskut. Cadang nak share resepi biskut semperit turun temurun keluarga tapi susah nak cari tepung jagung Brown & Polson. Tapi nanti saya akan share juga resepinya... cuma maybe tak ada gambar la kot. Huhu

Hari ni nak share biskut nestum. Ini biskut kegemaran abang saya. Kalau dia dapat, habis sebalang dia hadap seorang sambil berangan. Hahaha jom kita check bahan-bahannya.

Bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan nestum
3/4 cawan gula aising
250g marjerin
1 biji kuning telur
Sedikit esen vanila
Chocolate rice sebagai hiasan

Cara-cara
1. Campurkan tepung gandum dan nestum dalam 1 mangkuk adunan. Gaul sebati.
2. Ambil mangkuk adunan yang lain dan masukkan marjerin dan gula aising. Pukul sehingga kembang sedikit. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung+nestum ke dalam adunan marjerin. Gaul sehingga menjadi doh.
4. Untuk bentuk biskut, terpulang kepada citarasa masing-masing. Kami lebih suka bulat-bulatkan kemudian leperkan sebab adunan ni mudah pecah sebab ada nestum kat dalamnya.
5. Taburkan chocolate rice di atasnya. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celsius selama 10 minit atau sehingga keperangan.
6. Simpan di dalam balang kedap udara.

preparation...

ini la hasilnya....

p/s: Hari ni ada jamuan berbuka puasa di masjid sebelah rumah saya, kenduri dari keluarga saya. jemputlah datang... (^___^)v

Thursday, August 1, 2013

Happy Friendship Day

Assalamualaikum. Hari ni, 1 Ogos dan hari ni bermakna Hari Sahabat. Selamat Hari Sahabat buat sahabat-sahabat saya yang saya sayangi. You know who you are... (^____^)v

aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku, dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan rasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka atau duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya...
Imam Shafie

persahabatan kita dah berkurun rasanya... rindunya!

kita sama-sama sememeh, sebab tu boleh jadi sahabat sejati! =)

Sweet words are easy to say,
Sweet things are easy to buy,
But sweet people are difficult to find,
Life ends when you stop dreaming,
Hope ends when you stop believing,
Love ends when you stop crying,
Friendship ends when you stop sharing,
So i share this with whoever i consider a friend
to love without condition,
to talk without intention,
to give without reason,
and to care without expectation.


p/s: harap2 jadi la budak2 kelas ni nak dtg rumah beraya... huhuhu