Tuesday, August 27, 2013

Mee Rebus Bonda #Menu Rumah Terbuka

Assalamualaikum. Hai!!!~ Jom buat rumah terbuka! Haha tetiba aje... Hmm... Hari ni saya try menu yang biasa my mom buat. Ini first time saya buat dan alhamdulillah, menjadi walaupun tak sesedap air tangan mak. Tahun depan rumah terbuka saya, boleh la buat menu ni. (^___^)v tahun ni tak ada dahhh...huhu

Bahan-bahan

Bahan utama
500g mee kuning | dicelur
50g taugeh | dicelur

Bahan kuah
5 biji bawang merah | dikisar
4 biji bawang putih | dikisar
15 tangkai cili kering | dikisar
Sebiji kiub ayam - boleh juga kalau nak guna air rebusan ayam / stok ayam dalam botol
2 biji kentang | direbus dan dikisar - guna ubi keledek pun boleh. Lagi sedap!
Dua genggam kacang tanah | digoreng dan di kisar
1 senduk tomato puri
1 liter air
Garam dan gula ikut sesedap rasa
Minyak untuk menumis

Bahan hiasan
Daun sup | dihiris
3 biji tauhu | digoreng dan dipotong kecil-kecil
3 biji fish cake | digoreng dan dipotong kecil-kecil
4 biji telur rebus | dibelah dua
Limau kasturi - diperah di atas mee yang telah disiram kuah
Cili merah | dihiris - kalau nak pakai cili padi pun boleh
Bawang goreng

Cara-cara untuk memasak kuah
1. Kisarkan cili kering, bawang merah, dan bawang putih. Panaskan minyak di dalam periuk untuk menumis. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk dan tumis sehingga garing.
2. Masukkan kacang tanah yang telah digoreng ke dalam pengisar bersama kentang yang sudah direbus. Kisar sehingga hancur terus.
3. Masukkan air, kacang tanah+kentang rebus, kiub ayam, dan tomato puri. Masak sehingga menggelegak. Tambah gula garam secukupnya, sesedap rasa anda.
4. Setelah masak, hidangkan dengan mee dan hiaskan.

Cara untuk menghidang
1. Masukkan mee di dalam mangkuk dan letakkan taugeh di atasnya.
2. Letak sedikit bahan-bahan hiasan kecuali limau kasturi, daun sup, dan cili merah dan bawang goreng di atas taugeh.
3. Siram mee dengan kuah yang telah dimasak tadi. Kemudian, barulah letak daun sup, cili merah, dan bawang goreng.
4. Sebelum makan, perahkan limau kasturi di atas hidang tadi. Bolehlah makan...

ok, xde cili! memang tak sediakan pun sebab tak ada yang nak makan...

kuah mee rebus

mee yang mak nak makan. snap pinggan mak aje sebab saya dah habis makan dah.. haha

Selamat menjamu selera!

p/s: Mahu p kursus memasak! Ada sesiapa nak ajar saya secara percuma tak? Haha


No comments: