Saturday, August 3, 2013

Kuih Raya #Choc Crunch

Hai!~ Assalamualaikum... Hari ni dah hari Sabtu. Sekolah pun dah mula cuti... Pagi tadi hujan so hari ni macam malas sikit nak buat kerja sedangkan tak buat apa-apa lagi untuk mengemas rumah. Huhu

Ok laa... Malam tadi saya buat biskut raya. Biskut yang senang aje. Hehe saya namakan dia Choc Crunch. Adik saya suka sebab ada coklat. Dua tahun lepas pernah buat sampai sepupu saya tanya, 'Beli kat mana ni?' Hahaha Tapi syukur juga la bila biskut orang pemalas ni a.k.a saya, laku. Hihi

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan
400g coklat masakan
225g emping jagung (saya suka jenama Nestle)
100g kacang badam yang dipotong panjang (dipanggang)
1 sudu marjerin
Coloured rice sebagai hiasan
Paper cup

Cara-cara
1. Cairkan coklat masakan dengan menggunakan kaedah 'double-boiler'. Masukkan 1 sudu marjerin ke dalamnya supaya coklat yang mencari menjadi cantik berkilat.
2. Setelah coklat mencair, masukkan emping jagung dan kacang badam. Gaul sehingga keseluruhan emping jagung dan kacang badam tersalut dengan coklat.
3. Sudukan ke dalam paper cup. Kemudian, taburkan coloured rice di atasnya. Biarkan ia keras sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara. Buat sehingga habis.

ni dia.. choc crunch!~

Senang kan?? Orang pemalas macam saya ni memang suka yang senang dan tak banyak guna bahan. Untuk hiasan, boleh juga guna coklat masakan yang berwarna. Cuma saya ni memang malas dan tak suka sangat nak piping... huhu janji ada kan untuk hidangan para tetamu. Hihi

Ok laaa.... selamat mencuba!

p/s: nak duit raya!!~

2 comments:

hartiniyahya said...

yana, resipi ni la yg ktorg kongsi kt wechat...

Lianamunyati Rusli said...

@hartiniyahya

ooo...sori la...henpon x canggih nak on wechat. hahaha