Monday, August 5, 2013

Kuih Raya #Semperit Bonda

'...Selamat berhari raya, kita raikan bersama, ibu dan bapa serta seluruh keluarga, terdengar takbir bergema. merasakan hangatnya raya di hatiku, di hatiku...'

Assalamualaikum. Hai semua!!!~ Lagi beberapa hari nak raya. Sayang meninggalkan Ramadan... tapi tak apa, tahun depan jumpa lagi. InsyaAllah... semoga semua panjang umur dan sihat tubuh badan.

Semalam buat kuih raya yang terakhir iaitu semperit. Hadoi... susah betul nak cari tepung jagung dalam tin. Yang cap kupu-kupu tu... John Brown & John Polson punya formula. Yang dalam kotak pun tak ada. Cap apa erk... kalau tak salah cap maizena. Entah laaa... at last, my mom buat pakai tepung kastard aje. Tu pun jenama Bird keluaran Kraft. So, tak dapat la nak buat semperit turun temurun keluarga. Jadi, ini nak share kuih semperit yang moden yang kita orang buat semalam.

Bahan-bahan
1 cawan tepung kastard (biasanya guna tepung jagung)
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
Mentega (biasanya guna marjerin tapi tepung kastard ni cam ada masin-masin sikit)
Choc rice, badam cincang, dan coloured rice untuk hiasan
Acu

Cara-cara
Ini adalah teknik gaul dan ramas dengan tangan. Tak guna mesin langsung.
1. Satukan semua tepung dan gula di dalam bekas adunan. Gaul sehingga ianya bercampur.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila ke dalam bekas berisi tepung yang telah bercampur. Gaul perlahan-lahan sehingga semuanya bercampur dengan baik.
3. Sedikit demi sedikit, gaulkan mentega dengan tepung sehingga menjadi doh. Biasanya mentega tu guna dalam 3/4 tin yang sekilo. Jadi lebih kurang dalam 750g. Apapun, jangan sampai doh terlembik.
4. Biarkan sebentar dalam sejam sebelum diacu dan dibakar.
5. Bakar selama 15 minit atau sehingga masak dalam suhu 180 darjah celsius.

dohnya

sebelum dibakar


hasilnya... tadaaaaa!!!~

Kalau resepi turun temurun, biasanya kami guna sukatan tin sebab guna tepung jagung dalam tin dan adunannya menjadi banyak. Caranya sama iaitu teknik gaul dan ramas. Jom check bahan-bahannya.

Bahan-bahan
1 tin tepung jagung brown and polson
1/2 tin tepung gandum
3/4 tin tepung ubi
1/2 tin gula aising
4 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
marjerin secukupnya
ceri merah dan hijau sebagai hiasan
acu tolak berbentuk bunga

Cara tetap sama. Tapi kalau resepi ni, memang asal usul dari zaman opah moyang saya dulu. Huhu

Ok. Selamat mencuba!

p/s: apa-apa ajelah!~ hehe


No comments: