Friday, August 16, 2013

E-day: Anak saudara saya

Assalamualaikum. Helo... (^___^)v Hari raya ke3 hari tu, anak saudara saya bertunang. Bukan anak saudara betul pun, anak sepupu... dan saya adalah anak angkat kepada pasangan ibu bapa sepupu a.k.a pakcik dan makcik saya, maka kiranya itu adalah anak saudara saya. Lagipun, sejak ibu bapa angkat saya meninggal dunia, sepupu-sepupu saya ini akan balik ke rumah kami bila tiba hari raya... kira kampung merekalah.

Diba, si cucu sulung. Umurnya 24 tahun selamat ditunangkan dengan pilihan hati dia, Ashraf Azzam. Perkenalan dari kawan-kawan. Apapun, ucapan tahniah buat Diba dan pasangan. Semoga sampai ke jinjang pelamin dan kekal hingga ke syurga. Jangan gaduh2 tau... tapi tak apa, bik lia sentiasa ada dengan Diba. (^____^)

Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat saya ambil...

Hantaran dari pihak perempuan

Tetamu

sepupu sepapat diba tengah susun atur barang hantaran... bik lia jd mandur x bergaji. haha

sepupu diba, lin, dan mak dia... kira kak ipar saya... =)

diba dah debar semacam... hahaha

belah lelaki tiba...

nak mula bersidang

besar dah sengih diba... muka bahagia! =)

selepas sarung cincin... baju coklat mak diba, kak lina, bakal mertua diba, dan diba...

sirih junjung...
(rasanya gambar ni kat atas tadi...camne leh ada kat sini??? huhu)

saya dan diba... 


p/s: 14 Ogos 2016... expired date kot?!

No comments: