Wednesday, March 9, 2011

Diam Tak Bererti Membisu


mode: bertapa lagi.




sila jangan rindu erk!

p/s: if anythings, juz text me k! gonna miss u! \(^__^)/


Tuesday, March 8, 2011

Elyana - Sewaktu Dulu-dulu


Lirik
Apa yang telah kau tiupkan ke semangatku
Nak ku melenting namun aku tertunduk diam
Berjuta ayat aku lemparkan
Tak sepatah bibirku dapat luruskan


Ku tahu kau tahu ku dalam genggamanmu
Tak perlu kepintaran tinggi untuk mengerti
Tapi encik, kau sudah melampau
Memperduakan ku dengan dia..



Chorus:
Akankah mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu
Atau apa mungkin cintanya selembutku oh..
Apabila kehidupan berkasar terhadapmu..



Ku tahu betapa sukar ubat hati rawan
Lebih baik aku lepaskan engkau pergi
Tapi encik, mahu ku ingatkan
Jangan tersalah buat pilihan



Chorus:
Akankah mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu
Atau apa mungkin cintanya selembutku oh..
Apabila kehidupan agak berkasar terhadapmu



Ooohh.. jangan kau sangka
Ku tak kecewa, ku tak terluka..
Ooohh.. Jangan tak menyangka..
Watak kita boleh jadi terbalik bila-bila..



Ku tahu betapa sukar ubat hati rawan
Lebih baik aku lepaskan engkau pergi
Tapi encik, sekarang mahu ku ingatkan
Jangan sampai engkau tersalah buat pilihan



Chorus 2:
Akankah mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu
Atau apa mungkin cintanya selembutku oh..
Apabila kehidupan agak berkasar terhadapmu,
Tak mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu..



Ooohh.. jangan kau sangka
Ku tak kecewa, ku tak terluka..
Ooohh.. Jangan tak menyangka..
Watak kita boleh jadi terbalik bila-bila..


selamat buat wanita


haiii.... selamat hari selasa!! kepada yang sambut besday hari ni, selamat hari lahir!!!~ owh selamat hari wanita juga kepada wanita2 di dunia amnya, di Malaysia khasnya!!! termasuk juga kepada pengkid (jika anda masih lagi belum tukar jantina! huhu)

untung wooo jadi wanita ni! apa sahaja yang berkaitan dengan wanita akan dipandang berat! hik3 contohnya... di Malaysia ni ada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat. haha ada untuk lelaki?? hahaha (hamboi... gelak sakan nampak!) maka, x hairan la kalau ada yang mahu jadi perempuan. kepada pengkid2 yang nak jadi jantan tu, sila laaaa... tapi, jangan sesekali naik pink coach kat komuter!!! nak jadi jantan kan??? pi la duk kat coach hujung! (mode: menyampah!!)

itu belum lagi dekat wayang. ada ladies day!!! hik3 dalam agama pun menetapkan Syurga di bawah telapak kaki ibu... amacam??? wanita memang lembut tapi lembut itu bukanlah lemah. maka, sayangilah wanita. didiklah kami dengan ilmu dunia dan akhirat. kami bangga jika ada lelaki yang menyayangi kami dengan tulus hati... \(^___^)/


kami semua wanita vogue gitu!!~~


Monday, March 7, 2011

apa itu SKEMA


salam. pagi ini saya didatangi soalan dari seorang adik. adik yang pastinya dia bukan adik saya la. yang pasti, mesti ada kaitan dengan kehidupan dia di matrikulasi.

adik: kak, betul ke semua budak bio tu skema?
saya: erk?? kenapa awak tanya macam tu?
adik: sebab saya tengok budak bio kat sini semuanya skema aje...
saya: lorh... akak ni pun budak bio gak dulu. akak skema ke bg adik?
adik: errr... tak ada la pulak.

ok. saya pun xtau mana boleh timbul perkataan 'skema' dalam kamus lepak budak2 zaman sekarang. (termasuk saya!)

kalau berdasarkan Kamus Dewan edisi ketiga;
Skema Rajah (rancangan dsb) yang perlu diikuti, rancangan atau garis-garis yang teratur.

And according to Kamus DwiBahasa Oxford Fajar edisi keempat;
Schema (pl. schemata atau schemas) lakaran sesuatu rancangan atau teori
Schematic Berskema; berjadual

boleh tak direlatekan antara maksud kamus dengan bahasa lepak budak2 zaman sekarang?? hmm...

Skema ialah orang yang menetapkan kehidupannya perlu mengikut peraturan selurus pembaris! (L.R, 2011)

Tapi lain orang lain maksudnya kan?? ok. ni yang dapat saya takrifkan maksud skema dalam bahasa lepak. biasanya orang yang skema ni kita boleh tengok dari pelbagai segi. contohnya:

1. cara dia berpakaian
orang skema ni biasanya cerewet. hmm... susah gak nak describe. agaknya dorang ni suka pakai baju kemeja (lurus bergosok dan tight-in), seluar slack, rambut bersikat tepi, berkaca mata... (dari pemerhatian saya. haha)



2. cara bercakap
semua benda dipandang serius. rasanya dia orang kurang atau tak ada langsung sense of humour. akan ada terselit ilmiah dalam percakapan mereka. apa yang diperkatakan akan lengkap (kejadian, punca, dan akibat!)

3. cara bergaul
owh... susah sikit nak huraikan. sama seperti dengan cara bercakap. dan kebiasaannya mereka ni pendiam. pemilihan kawan akan berlaku jika anda berada dalam kumpulan skema. yalah, buat apa nak berkawan dengan orang yang hu ha hu ha jika anda hanya mampu melihat mereka semua merapu meraban!

tapi kan... sebenarnya, xde isu skema dalam kumpulan budak2 bio. tak kisah la sama ada anda ni budak kelas bio ke, budak kelas fizik ke, budak kelas akaun ke... kalau nak skema, budak kelas tadika pun boleh skema. dan apa yang saya lihat, istilah budak skema ni banyak digunakan di kampus2. dan lebih ditujukan kepada budak lelaki. betul x? orang xkan mengata kalau budak perempuan tu pendiam, tapi orang akan mengata kalau budak lelaki itu seorang yang pendiam. kan? kan??

ok. kenapa orang cakap budak bio tu skema?
1. hala tuju mereka selepas abis belajar ---> target budak2 bio ni biasanya nak jadi DOKTOR. tak pun CIKGU. doktor atau cikgu ni kalau tak ikut rules apa jadi? demikian, ianya terus mempengaruhi cara hidup dia orang ni.

2. subjek bio itu sendiri ---> nak belajar bio, kena banyak membaca. more theory than practical. takkan nak praktik bab reproductive system pulak!

p/s: apa salahnya skema jika mau berdisiplin. skema is not crime tau!!

p/s 2: saya pakai spek tapi saya bukan skema. haha

p/s 3: bukan semua orang skema terlalu skema melampau sampai kita rasa nak humban dia dalam laut! haha apapun, yang tercatat di sini hanyalah berlaku dalam segelintir orang sahaja. maaf jika ada yang terguris terasa. m(_ _)m

p/s 4: ENJOY!!~


Saturday, March 5, 2011

Perkahwinan


Weekends datang lagi! eh, salam... (^__^)v jom stori sikit pasal perkahwinan ni. tahun ni ramai kawan2 sepengajian saya akan menamatkan zaman bujang mereka. kawan2 PCD pun sama. begitu juga dgn kawan2 saya masa di sekolah. tahun ni mmg tahun melawat Malaysia lah bg saya! hihi TAHNIAH kepada kalian kerana bakal merealisasikan Wawasan 2020 untuk mencapai 75juta rakyat Malaysia! mesti Dr.M bangga dengan kalian... hehe

ok2... back to da subject! melalut la sudah...

Tiap-tiap manusia memerlukan kepada ketenteraman jiwa dan perasaan. Ketenteraman itu tidak wujud melainkan adanya rumah tangga dan keluarga yang sihat dari segi jasmani dan rohani. Rumah tangga juga dikenali sebagai Baitul Muslim. Ia adalah perkara normal jika seseorang itu berkecenderungan untuk membentuk keluarga.

Firman Allah SWT:
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya." (Al-Rum:21)

Perkahwinan yang memberi kepuasan jasmani dan rohani kepada setiap manusia seterusnya dapat mencegah dari kerosakan akhlak di dalam masyarakat. Dari segi psikologinya, ia boleh menyubur dan mendalamkan perasaan cinta dan tanggungjawab di antara lelaki dan perempuan serta memupuk semangat perjuangan untuk keluarga dan masyarakat Islam. Ini kerana Islam memandang keluarga sebagai tempat bermulanya segala pendidikan dalam kehidupan.

Pra Perkahwinan
Bagi perempuan, pemulihan bakal suami amat penting dalam mencorakkan masa depannya. Sebagaimana yang digariskan oleh Rasulullah, dikahwini seorang perempuan kerana empat perkara, begitu juga pantulannya kepada perempuan. Di dalam Islan, hak mencari jatuh kepada lelaki tetapi hak memilih ada pada perempuan. Antara garis panduan yang diterapkan adalah melalui Hadith:

Daripada Abu Hurairah ra dari Rasulullah SAW:
"Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana baik tingkah lakunya dan kerana agamanya. Maka ambillah perempuan yang taat kepada agamanya nanti engkau akan beruntung." (HR Bukhari dan Muslim)

Antara kriteria lain yang ditetapkan adalah wanita yang banyak keturunannya dan wanita yang masih gadis dan sekufu.



-gambar hiasan-


Selepas Perkahwinan
Dalam membina sebuah rumah tangga yang harmoni, perlu ada kesefahaman dan kesetiaan oleh kedua-dua pasangan. Satu contoh sirah yang patut diteladani adalah sebagaimana kisah Umar Al-Khattab, bila mana seorang lelaki ingin mengadu tentang isterinya yang gemar berleter kepada Amirul Mukminin; Umar. Namun dia terkejut kerana mendapati Umar juga diperlakukan sedemikian. Apabila Umar menyedari kehadiran lelaki itu dan bertanya tentang tujuanya, jawapan Umar; "Isteriku telah memasak, menjaga anak-anak dan melayanku... maka amat tidak patut jika aku tidak boleh bersabar dengannya. Bersabarlah... ia akan reda..."

Kebanyakan sumi yang cemerlang dalam rumah tangga dan kerjaya dibayangi oleh isteri yang bijaksana di belakangnya. Lebih-lebih lagi jika isteri memiliki sifat-sifat yang mulia.

Rasulullah SAW bersabda:
"Kesenangan dunia yang paling baik ialah isteri yang solehah. Kalau engkau menoleh kepadanya maka engkau berasa gembira dan kalau engkau berpergian (keluar rumah) maka ia menjaga nama baikmu." (Riwayat Muslim, Ibn Majah)

Amat beruntung seorang lelaki yang memilik isteri yang ada sifat-sifat mulia. Isteri ini akan membantu dan menyokong suami untuk mengembangkan kebaikan dan kebahagiaan dalam rumah tangga. Sememangnya inilah keinginan seorang isteri yang bukan sahaja cantik tetapi jugak setia, taat, bijak, pandai menjaga rumah tangga dan harta, dan pelbagai sifat wanita yang ideal.

Perkara pokok yang seharusnya menjadi agenda di dalam pembinaan sebuah keluarga ialah bagaimana mencari keredhaan Allah SWT. Ukuran kejayaan di dunia bukanlah penentu segalanya. Namun begitu membina sebuah rumah tangga yang ideal tidak semudah yang disangka. Walaupun hampir mustahil tetapi ciri-ciri kekal dapat diusahkan jika suami isteri dapat memainkan peranan dgn berkesan. Tepuk dada tanya iman kita, apakah persediaan kita dalam menuju ke gerbang perkahwinan? Tersebut dalam satu Hadith Rasulullah SAW bahawa ia adalah satu perbuatan khianat oleh para suami kepada Allah dan RasulNya jika kita tidak membimbing keluarga dan anak pinak kita mengiku jalan yang diredhaiNya.

Apapun, selamat menempuh alam perkahwinan.

"Hawa dijadikan daripada tulang rusuk kiri Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung dan bukan dari kaki untuk dijadikan alas tetapi dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk disayangi..."

credit to Tinta Mujahid UTM Skudai (Edisi Zulkaedah 1424H)

p/s: sekadar pengkongsian...

Friday, March 4, 2011

BLiZ - Mimpi Yang Mati

Dah lama x layan g.i.g!! kat kampus ni pun dah lama xde Battle of the Band... (ke saya dah terlepas B.O.B tu?? huhu) maka, layan g.i.g kat utube aje laa... huhu BLiZ dicari sebab nak tengok Jakalll (kartunis Ujang) main bass. sangat best!!!~ haha owh ni facebook dorg... [http://www.facebook.com/blizmuzik]



Lirik


Tak sengaja genggamanku terbuka
Lantas ku gapai bintang yang berjuta
Bintang yang kuimpikan menerangi
Takkan kubiarkan berlalu pergi
Andai benar kau menjadi milikku
Mencintaimu menjadi sumpahku
Namun jika hadirmu satu mimpi
Aku rela tidur sepanjang hari
c/o : Kutunggu mentari di hujung siang
Tak kusangka awan hitam menjelang
Sumpahku jadi tak pasti
Nyatalah mimpi, mimpi yang mati
Genggaman tanganku terbuka sepi
Mendambar dirimu satu ilusi
Bintang yang kugapai tak berpanjangan
Hadirmu di dunia hanya pinjaman
Kutunggu mentari di hujung siang
Tak kusangka awan hitam menjelang
Sumpahku jadi tak pasti
Nyatalah mimpi, mimpi yang mati
Kutunggu mentari di hujung siang
Tak kusangka awan hitam menjelang
Sumpahku jadi tak pasti
Nyatalah mimpi, mimpi yang mati
Kutunggu mentari di hujung siang
Tak kusangka awan hitam menjelang
Sumpahku jadi tak pasti
Nyatalah mimpi, mimpi yang mati

KawaN


entri ni xkan panjang-panjang. janji! bukan ada sebab xde masa, cuma malas aje. huhu




perihal kawan2 ni banyak ragamnya.

1. kawan untuk kekal selamanya... insyaAllah, sahabat dunia akhirat! (tawa dan duka bersama...)

2. kawan untuk dunia. (sahabat material!)

3. kawan untuk menumpang bahu ketika hati lara dan ketika sunyi. (Dunia dah tak seimbang dah!) <---- kalau yang ni, rasa macam nak bg penampar aje!

4. kalau tak rapat, tu namanya bukan kawan!

ini dari perspektif saya. perspektif anda, saya tak tahu dan saya yakin, anda tahu apa definisi kawan dalam hidup anda, kan?? kawan untuk disakiti @ disayangi??

p/s: jangan sampai cinta membutakan anda!


Thursday, March 3, 2011

I am Number Four


Owh hari ni p tengok cter ni kat the mines... secara amnya, saya rasa best! untuk saya laaa... dan kawan2 yg pergi tengok pun kata cter ni best. (^__^)v

sebenarnya cter ni adalah dari adaptasi novel fiksyen dengan tajuk yang sama hasil karya Pittacus Lore [nama pena James Frey & Jobie Hughes. diterbitkan di US pada 3 Ogos 2010.


ini cover novel tu. =)

cter ni pasal 9 bayi [makhluk asing] telah dilarikan ke bumi dari Planet Lorien yang telah dimusnahkan oleh kaum Mogadorians (mogs). bayi ni seiras dengan manusia dan masing-masing ada pelindungnya. walaupun mereka semua ni bersembunyi kat bumi tapi kaum mogs ni still leh kesan dorg. Number One dah mati (mati kat Malaysia tu!!<---- bangga sekejap!)... Kemudian Number Two pulak mati (dibunuh kat England)... Number Three lak mati (kat Kenya)... kalau nak tahu lanjut, sila tengok kat wayang. memang seronok! scene lawak pun ada... hehe




ni poster cter ni...

owh ni ada trailer kepada sesiapa yang nak tau cter ni sekali imbas.


p/s: sedang sabar menantikan kehebatan Hikayat Merong Mahawangsa! mula terasa bangga pulak... huahaha

sekadar hiburan

salam. sejak dua menjak ni, saya suka layan video mamat ni kat YouTube. menarik dan kadang2 terselit nasihat dan ada mesej yang ingin disampaikan. matluthfi90 nama dia... ini di antara video yang dia ada... layan!!~


Wednesday, March 2, 2011

walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi poojaan hatiku!


giler panjang title entri ni! malangnya, tak ada kaitan pun. hmm... sekarang ni tengah mood bersimpati. sangat simpati kepada si gadis yang sedang putus cinta. eh, bukan! lebih sesuai jika saya katakan, dia sedang berusaha untuk menjauhkan diri daripada si teruna itu. bukan salah mereka jika satu hari nanti mereka terpisah. dan tiada siapa perlu disalahkan... kerana semua itu adalah takdir. apa yang terjadi hanyalah sebagai punca. ya, semua tahu... Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukannya... apa yang berlaku semuanya ada hikmah. bak kata omputih, every cloud have a silver lining!<----ayat memujuk hati.




s: kenapa menjauhkan diri?
j: sebab mak bapak tak merestui hubungan yang dibina.

s: selama mana cinta itu bersemi?
j: lebih 3 tahun... susah senang dihadapi bersama.

s: selama ni, mak bapak tahu tak hubungan yang terjalin?
j: tahu... dan sepanjang hubungan ini berlangsung, mak bapak tak ada cakap apa-apa pulak.

s: maka, apa yang jadi punca mak bapak tak merestui?
j: sebab... si dia tak tampan dan kacak. itu sahaja...


aneh! rupanya masih ada yang memandang duniawi dalam kelompok kami. berkerut dahi saya apabila mendengar cerita si gadis. nampak sangat yang jiwanya meruntun hiba. dia menangis dalam hati. tak ada apa yang boleh saya cakap. hendak memujuk pun, idea tak ada... dengan dugaan yang menimpa dirinya bertalu-talu tanpa henti sejak dua menjak ni, saya hanya mampu berdoa agar dia tabah menghadapi semua cabaran.

si gadis, anda masih ada masa untuk membuktikan yang si teruna itu beragama, baik, benar-benar mencintai anda, dan yang penting, sikap peribadi seseorang insan itu bukan terletak pada wajahnya. walau bagaimanapun, jangan sampai anda membelakangkan makbapak anda. saya doakan anda tabah dan sabar menghadapi segala dugaan ini. banyakkan doa kepadaNya, ketika sujud dan selepas solat, agar dikuatkan hati dan dibukakan pintu hati mak bapak menerima si teruna tanpa ragu.

p/s: kalau gembira bercinta, pasti ada yang tak sempurna! sobsob...


SaBaR




p/s: kuatkan semangat! [belum pape lg dah gabra! hahaha]



Tuesday, March 1, 2011

kisah cinta



helo... salam gediks!! haha arini nak gediks [ada 's' sbb saya nak gedik banyak!] laaa... bosan dah bermuram durja walaupun fasa muram tu sepatutnya belum habis lagi. sekarang ni tengah dengar lagu hindustan... sbb tu ada mood gediks.







pagi2 dingin salju ni... teringat masa zaman cinta monyet dulu. dari mata turun ke hati! [giler!!] masa tu umur baru 16 tahun... giler x giler laa... zaman hingusan lagi dah pandai kapel2... huahaha







saya kenal dia atas satu function... mula2 saya x sedar langsung kehadiran dia walaupun dia duduk sebelah saya! hari kedua baru saya perasan kenapa dia asyik senyum pada saya walau di mana aje kami bertemu. cukuplah dengan senyuman sahaja... mampu membuatkan hati saya terbuka untuknya! [gelinyaaa... sila muntah kalu ada yg nak muntah!] saya pun tak tahu kenapa saya leh suka kat dia. mungkin sbb dia hensem kot... kalu hensem, ramai lagi yang hensem! entah laaa... manusia ni mmg pelik. termasuk saya! mungkin sbb sikap dia yg prihatin dan mengambil berat kot. entah laaa... xtau! huhu yang buat saya semakin suka pd dia adalah sanggup dia tunggu saya di tengah panas terik [sbb sy lmbt turun dari bas] sbb dia x mau saya tertinggal dan jalan sorg2 di tengah2 bandar! [zaman gedik cinta monyet, mmg la terasa semuanya romantik! haha]



bila masing2 balik ke sekolah, kisah kami berjalan dengan rahsia. tiada siapa yang tahu [agak malu jugak la kalu org tau, gangster sekolah ada kapel!]... selama bertahun bersama, tak pernah jumpa. dengan harapan, masing2 masih setia dan berpegang pada janji. namun... bak kata pepatah... 'ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari...' bila dia masuk U, dia semakin senyap. masa saya last sem duk U, baru saya tau punca dia senyap. hmm... xpe laaa... mungkin bukan rezeki kami... [seminggu jugak la berendam air mata! thanx to anje n eha...]



sekarang ni, after 3 tahun, saya mampu tersenyum melihat dia bahagia. dah x meleleh dah... dan sekarang, saya rasa saya nak jatuh cinta lagi! auuwww... haha dengan siapa? jeng jeng jeng...







walaupun terpaksa bersaing, saya nak jugak! haha abang acap, jom kapel!!~ \(^___^)/