Saturday, March 5, 2011

Perkahwinan


Weekends datang lagi! eh, salam... (^__^)v jom stori sikit pasal perkahwinan ni. tahun ni ramai kawan2 sepengajian saya akan menamatkan zaman bujang mereka. kawan2 PCD pun sama. begitu juga dgn kawan2 saya masa di sekolah. tahun ni mmg tahun melawat Malaysia lah bg saya! hihi TAHNIAH kepada kalian kerana bakal merealisasikan Wawasan 2020 untuk mencapai 75juta rakyat Malaysia! mesti Dr.M bangga dengan kalian... hehe

ok2... back to da subject! melalut la sudah...

Tiap-tiap manusia memerlukan kepada ketenteraman jiwa dan perasaan. Ketenteraman itu tidak wujud melainkan adanya rumah tangga dan keluarga yang sihat dari segi jasmani dan rohani. Rumah tangga juga dikenali sebagai Baitul Muslim. Ia adalah perkara normal jika seseorang itu berkecenderungan untuk membentuk keluarga.

Firman Allah SWT:
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya." (Al-Rum:21)

Perkahwinan yang memberi kepuasan jasmani dan rohani kepada setiap manusia seterusnya dapat mencegah dari kerosakan akhlak di dalam masyarakat. Dari segi psikologinya, ia boleh menyubur dan mendalamkan perasaan cinta dan tanggungjawab di antara lelaki dan perempuan serta memupuk semangat perjuangan untuk keluarga dan masyarakat Islam. Ini kerana Islam memandang keluarga sebagai tempat bermulanya segala pendidikan dalam kehidupan.

Pra Perkahwinan
Bagi perempuan, pemulihan bakal suami amat penting dalam mencorakkan masa depannya. Sebagaimana yang digariskan oleh Rasulullah, dikahwini seorang perempuan kerana empat perkara, begitu juga pantulannya kepada perempuan. Di dalam Islan, hak mencari jatuh kepada lelaki tetapi hak memilih ada pada perempuan. Antara garis panduan yang diterapkan adalah melalui Hadith:

Daripada Abu Hurairah ra dari Rasulullah SAW:
"Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana baik tingkah lakunya dan kerana agamanya. Maka ambillah perempuan yang taat kepada agamanya nanti engkau akan beruntung." (HR Bukhari dan Muslim)

Antara kriteria lain yang ditetapkan adalah wanita yang banyak keturunannya dan wanita yang masih gadis dan sekufu.



-gambar hiasan-


Selepas Perkahwinan
Dalam membina sebuah rumah tangga yang harmoni, perlu ada kesefahaman dan kesetiaan oleh kedua-dua pasangan. Satu contoh sirah yang patut diteladani adalah sebagaimana kisah Umar Al-Khattab, bila mana seorang lelaki ingin mengadu tentang isterinya yang gemar berleter kepada Amirul Mukminin; Umar. Namun dia terkejut kerana mendapati Umar juga diperlakukan sedemikian. Apabila Umar menyedari kehadiran lelaki itu dan bertanya tentang tujuanya, jawapan Umar; "Isteriku telah memasak, menjaga anak-anak dan melayanku... maka amat tidak patut jika aku tidak boleh bersabar dengannya. Bersabarlah... ia akan reda..."

Kebanyakan sumi yang cemerlang dalam rumah tangga dan kerjaya dibayangi oleh isteri yang bijaksana di belakangnya. Lebih-lebih lagi jika isteri memiliki sifat-sifat yang mulia.

Rasulullah SAW bersabda:
"Kesenangan dunia yang paling baik ialah isteri yang solehah. Kalau engkau menoleh kepadanya maka engkau berasa gembira dan kalau engkau berpergian (keluar rumah) maka ia menjaga nama baikmu." (Riwayat Muslim, Ibn Majah)

Amat beruntung seorang lelaki yang memilik isteri yang ada sifat-sifat mulia. Isteri ini akan membantu dan menyokong suami untuk mengembangkan kebaikan dan kebahagiaan dalam rumah tangga. Sememangnya inilah keinginan seorang isteri yang bukan sahaja cantik tetapi jugak setia, taat, bijak, pandai menjaga rumah tangga dan harta, dan pelbagai sifat wanita yang ideal.

Perkara pokok yang seharusnya menjadi agenda di dalam pembinaan sebuah keluarga ialah bagaimana mencari keredhaan Allah SWT. Ukuran kejayaan di dunia bukanlah penentu segalanya. Namun begitu membina sebuah rumah tangga yang ideal tidak semudah yang disangka. Walaupun hampir mustahil tetapi ciri-ciri kekal dapat diusahkan jika suami isteri dapat memainkan peranan dgn berkesan. Tepuk dada tanya iman kita, apakah persediaan kita dalam menuju ke gerbang perkahwinan? Tersebut dalam satu Hadith Rasulullah SAW bahawa ia adalah satu perbuatan khianat oleh para suami kepada Allah dan RasulNya jika kita tidak membimbing keluarga dan anak pinak kita mengiku jalan yang diredhaiNya.

Apapun, selamat menempuh alam perkahwinan.

"Hawa dijadikan daripada tulang rusuk kiri Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung dan bukan dari kaki untuk dijadikan alas tetapi dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk disayangi..."

credit to Tinta Mujahid UTM Skudai (Edisi Zulkaedah 1424H)

p/s: sekadar pengkongsian...

8 comments:

akuiwana said...

kak long tnggu nk mkn nasik mnyak kak lianan dgn kak ngah ni!hehe

L.R said...

hahahaha lama lagi la... agaknya ktorg mkn nasi minyak kak long dlu... hik3 =)

maisara my said...

jgn lupe gombak 12 mac!!!!!!

L.R said...

@kak mai

insyaAllah... =)

amal said...

matlamat utama perkahwinan ialah untuk mencari ketenangan. insyaallah, moga-moga kita akan berjumpa dengan ketenangan tu nanti :)

L.R said...

@cik amal

aminnn Ya Rabb!!~

TheShida said...

ok berdebar sbb xtau sape punyalah tulang rusuk yg saya hold ni :)

L.R said...

@shida

haha betol3... lama gak tgu tuan punya tulang rusuk ni datang amik hak dia. hihi