Saturday, June 28, 2014

Ramadan 1435H

Assalamualaikum. Halo... Menaipnya saya di sini adalah untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam di seluruh dunia.


Di sini, saya juga ingin memohon kemaafan ke atas setiap keterlanjuran yang saya pernah lakukan, sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak.

Semalam berlaku sesuatu yang membuatkan saya rasa yang saya ni betul-betul loser! Ianya sangat-sangat mengecewakan. Rasa macam nak... haishhh... air mata mengalir macam air terjun. non-stop! Rasa bersalah pada parents... pada family... pada sahabat... memang betul-betul loser!!!

Thanks to along and uda cause layan saya yang susah nak menerima kenyataan. Sian korang... dah la saya susah nak dipujuk. Tapi terima kasih banyak-banyak sebab ada bila saya perlukan. Huhu

Apapun, semoga kita semua dapat mempertingkatkan amalan kita sempena bulan yang mulia ni. Saya harap saya kuat untuk memulakan satu langkah baru. Doakan saya tak berhenti di garis permulaan. Semuanya bermula dari bawah. Dan setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

Oh, ini ada perkara nak share.


p/s: sabar dan bertabahlah, liana! Allah ada di sisi...

Wednesday, June 11, 2014

PJJ - Perhubungan Jarak Jauh

Assalamualaikum... Halo Halo!! Petang tadi ada baca satu artikel yang menarik kat Berita Harian. Ok, saya copy paste dan share kat blog saya. Selamat membaca!!

Semarakkan perasaan cinta, saling menghubungi, elak wujud prasangka yang memusnahkan perhubungan


Kalau sudah namanya cinta, tinggal berjauhan bukanlah isu rumit memeningkan kepala. 

Ramai berpendapat, duduk berjauhan, mengurangkan risiko pergaduhan kerana hati sering dibaluti kerinduan. Jujur dan saling percaya itulah ‘kunci’ kebahagiaan.

Bagaimanapun, bukan semua cinta jarak jauh menjanjikan rasa bahagia kerana dalam hati sering kali ‘diusik’ rasa ragu-ragu terhadap ketulusan pasangan, atau hati sendiri yang sukar menangkis sapaan cinta orang ketiga, lantaran berjauhan dengan kekasih hati. 

Justeru, beberapa panduan disediakan, mungkin dapat membantu dalam memelihara hubungan jarak jauh: 

1. Berhubungan beberapa kali dalam sehari. Sekiranya sukar melakukan panggilan telefon kerana mahal dan masalah masa, luangkan masa untuk menghantar e-mel atau berbual di laman sembang yang mudah diperoleh menerusi internet. 

Walaupun hanya perbualan singkat, ia amat membantu daripada segi sokongan emosi, sungguhpun kadangkala apa yang anda ingin kongsikan itu, hanyalah cerita dan gosip ringan. 

Manfaatkan kemudahan internet termasuk panggilan video. Untuk lebih menyeronokkan, anda juga boleh bermain dengan permainan maya di internet. Menerusinya anda boleh berbual dan ini secara langsung mengeratkan hubungan. 
2. Sekiranya terlalu sibuk, pastikan anda memberitahu pasangan mengenai kesuntukan masa yang anda miliki. Cuba menghantar pesanan ringkas atau e-mel. 

Memikirkan kesibukan pasangan boleh menyebabkan anda kebosanan. Justeru, isi masa lapang dengan melakukan sesuatu perkara atau hobi yang menarik seperti membaca buku dan sebagainya. 

3. Mengharapkan hubungan mesra terjalin menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel cinta semata-mata tidak akan membantu membina hubungan anda. Sekiranya berkesempatan, keraplah bertemu dan ikutlah kesesuaian bajet anda. 

Tidak perlu berjumpa semata-mata untuk keluar bercuti sebaliknya memadai sekiranya keluar makan di restoran kegemaran atau menonton wayang. 

Lebih baik sekiranya pakaian anda ada di rumah pasangan. Ini bagi mengelakkan anda daripada membuang masa, mengemas pakaian untuk dibawa sewaktu bertemu pasangan. 

4. Beri perhatian kepada minat masing-masing. Ambil masa untuk kenal antara satu sama. Tahu mengenai minat pasangan masing-masing menyebabkan pertemuan anda menjadi lebih menyeronokkan. 

Sebagai contoh, sekiranya pasangan anda minat menari, ambil inisiatif untuk turut belajar menari. Kesungguhan itu membuatkan pasangan lebih menghargai anda. 

Baca buku atau artikel bersama-sama. Anda juga boleh bergilir-gilir membaca dengan kuat antara satu sama lain sewaktu bertemu di panggilan video. 

Menonton rancangan televisyen atau filem pada masa sama turut membantu anda membincangkan ‘cerita’ sama ketika berbual. 

Melakukan perkara sama dalam waktu sama menjadikan perasaan anda lebih rapat. Anda mungkin berada pada destinasi berbeza, tetapi anda boleh masak menu serupa pada waktu sama. 

5. Sentiasa menyokong antara satu sama lain walaupun berada berjauhan antara satu sama. Sekiranya pasangan berada dalam kesusahan, kesedihan dan sebagainya, pastikan anda sentiasa ada memberikan sokongan terhadap pasangan. 

Membiarkan pasangan bersendirian berhadapan kesukaran, hanya akan membuatkan dirinya merasakan bahawa anda sudah tidak diperlukan lagi. 

6. Jangan takut untuk bercakap mengenai perkara tertentu menyebabkan anda berasa bosan dengan situasi berjauhan itu. Ketika bersama, anda mungkin boleh mengemas, menghias rumah dan melakukan perkara yang anda impikan untuk lakukan bersama-sama pada masa depan. 

7. Bina keyakinan dalam diri anda berdua. Elakkan godaan dengan menjalin hubungan dengan istimewa dengan orang ketiga. Kadang-kala ia hanya bermula dengan salam perkenalan, tetapi boleh jadi berakhir dengan jatuh cinta. 

8. Buat panggilan telefon atau panggilan video, sebelum tidur, biarkan satu sama lain tahu posisi sebelah mana anda baring. Berpura-puralah anda tidur sekatil. Apabila anda bangun pada waktu pagi perkara pertama yang anda akan lakukan ialah ‘melihat’ pasangan anda. 

Tip hubungan jarak jauh 


  • Mempercayai pasangan 
  • Setia 
  • Bertemu walaupun sekejap 
  • Kerap bertanya khabar 
  • Meraikan ulang tahun bersama-sama
Sumber: BHarian


Thursday, June 5, 2014

Woman as Explained by Engineers!

I'm not sure whether it hilarious or not! Haha Enjoy!






p/s: yeke??? boleh percaya ke?

p/s2: me simple. not believe?! Try me.. (^____^)v

Sunday, June 1, 2014

Sepanjang Bulan Mei

Assalamualaikum. Hi all!!~ Dah lama tak update cerita pasal saya, aktiviti yang saya buat, apa yang saya masak ke... memang agak busy sejak kebelakangan ni. Al maklumlah, bulan mei ni ada dua pilihanraya kecil (tetiba lak! haha)

Hari ni dah masuk bulan Jun. Cepat betul masa berlalu. Haishhh... tapi tak ada apa-apa perkembangan pun. Huhu Rasa macam tak guna aje! Huwaaaa (saya dah give-up ke?? Huwaaa)

Ok. Jangan fikir mengarut. Awal bulan Mei ari tu, nampak sangat kegigihan saya pergi ke kenduri kahwin roommate saya masa dekat matrik dulu. Dari bangi ke Senawang seorang diri. Sebab?! Dah 10 tahun tak jumpa roommate saya ni. Rindu sangat dekat dia. Maka, saya gigihkan diri juga ke sana nak jumpa dia. Bila kami berjumpa, masing-masing mula la throw back our memories. Semua benda yang berlaku dekat tingkat 3 bilik nombor 18 diimbau kembali. Gelak besar kami... Nama-nama yang pernah mencipta sejarah dengan kami berempat di bilik 18 tu semua disebut. Haishhh... baru saya tahu yang saya memang ada memori di KMPk tahun 2004/2005.

Kepada Farah, selamat pengantin baru. Semoga bahagia, kekal sampai ke jannah. Ameenn...

Kalau boleh reunion, kita reunion erk. Tapi... semua dah kahwin. Saya sorang aje yang belum... Huhu

ni farah! gorgeous kan?? sgt lawa...

fara dan reduan... selamat pengantin baru!
sama cantik, sama padan...
Tengah bulan hari tu, kami satu office sepakat nak buat pot luck sebab abang officemate tu nak belanja satay. Raja satay nama dia dan bila kami rasa, satay punya taste tu memang kalah dengan satay2 yang pernah kami makan. Yummy!!! Lepas tu, saya lak cakap nak masakkan nasi himpit. Yang lain-lain ada gak bawa.

Dan memang sesungguhnya, saya dan planner memang tak dapat dipisahkan. Haishhhh.. jom layan gambar-gambar di bawah! Hehe

ni plannya.. (^__^)v
dok bancuh ayaq milo...

makan...makan...

bergambar dengan kek sebelum kek dipotong

kek sempena hari ibu dan sambutan birthday bulan Mei...

pok nik... hotwheels x termasuk dalam pot luck tau!!!

Wesak day, temankan mama buyung p makan donut. Pastu, p shopping barang dekat The Mines. Maaf, yang ni tak ada gambar. Kami tak suka selfie tapi kami suka sangat kalau orang amik gambar kami. Haha


Lepas buat pot luck, kami satu office buat aktiviti tukar-tukar hadiah. Macam-macam plan, kan?? Hadoiii... haha pertukaran hadiah berdasarkan cabutan nama. So, saya dapat staff perempuan dan senang nak bagi hadiah sebab dia dah bg wish list dia. Haha


kalau la semua ni saya punya... haha


bancuh ayaq lagi! haha


sy dapat dari cc...
we are family.. 

saya memang suka menyibuk hadiah orang.. haha
ni hadiah saya!! weeeee

Lepas tu, saya demam dua hari. Jumaat lepas baru datang kerja balik.

Hari Khamis, Usu datang dari Sabah. Dia stay dekat upm, bilik sahabat dia. Kami berjumpa pada malam Sabtu, makan dekat Wong Solo, Bangi. Usu teringin nak makan ayam penyet katanya.

x sempat ambil gambar makanan.. lapar sangat! sampai aje makanan terus ngapp!

Jumaat ari tu, officemate bawa p makan nasi kandaq. Sedappp... tersampai juga hajat nak makan nasi kandaq walaupun kat Nilai! haha


Semalam, kami pergi ke rumah angah kat Salak Tinggi. Saya, along, usu, dan shida tunggu uda kat balai polis Sepang. Angah buat makan-makan. Sedap wooo angah masak!



tuan rumah terselit di belakang..muka fateh tak nampak! haha


Lepas p rumah angah, kami p melawat alang kat hospital. Sedih dekat alang. Sian dia. Seminggu dalam wad. Kena penyakit batu hempedu. Dah merebak pulak tu. Semalam, dia masih kena demam kuning. Dah lah dekat hospital Putrajaya tak boleh bawa budak. Tentu Adam rindu mama dia... mama dia pun rindu sangat kat Adam. Haishhh... tak boleh kenang. Sedihhhh... huhu

Tadi, p anta rombongan pengantin ke Senawang. Adik sepupu kahwin. Balik aje dari kenduri, saya pun tidur dan ni baru update blog. Haha

tahniah, barak dan nadia!!!
Ok, dah habis nak cerita. Jumpa lagi. Daaa...

p/s: x dpt p karnival karangkraf. Sedihhh... huhu

p/s 2: kepada alang, kami semua mendoakan agar alang segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. keep on praying, sis! bertabahlah!

p/s 3: doakan yang terbaik buat saya, erk! ada mission penting 13hb nanti. Thanks!