Sunday, June 1, 2014

Sepanjang Bulan Mei

Assalamualaikum. Hi all!!~ Dah lama tak update cerita pasal saya, aktiviti yang saya buat, apa yang saya masak ke... memang agak busy sejak kebelakangan ni. Al maklumlah, bulan mei ni ada dua pilihanraya kecil (tetiba lak! haha)

Hari ni dah masuk bulan Jun. Cepat betul masa berlalu. Haishhh... tapi tak ada apa-apa perkembangan pun. Huhu Rasa macam tak guna aje! Huwaaaa (saya dah give-up ke?? Huwaaa)

Ok. Jangan fikir mengarut. Awal bulan Mei ari tu, nampak sangat kegigihan saya pergi ke kenduri kahwin roommate saya masa dekat matrik dulu. Dari bangi ke Senawang seorang diri. Sebab?! Dah 10 tahun tak jumpa roommate saya ni. Rindu sangat dekat dia. Maka, saya gigihkan diri juga ke sana nak jumpa dia. Bila kami berjumpa, masing-masing mula la throw back our memories. Semua benda yang berlaku dekat tingkat 3 bilik nombor 18 diimbau kembali. Gelak besar kami... Nama-nama yang pernah mencipta sejarah dengan kami berempat di bilik 18 tu semua disebut. Haishhh... baru saya tahu yang saya memang ada memori di KMPk tahun 2004/2005.

Kepada Farah, selamat pengantin baru. Semoga bahagia, kekal sampai ke jannah. Ameenn...

Kalau boleh reunion, kita reunion erk. Tapi... semua dah kahwin. Saya sorang aje yang belum... Huhu

ni farah! gorgeous kan?? sgt lawa...

fara dan reduan... selamat pengantin baru!
sama cantik, sama padan...
Tengah bulan hari tu, kami satu office sepakat nak buat pot luck sebab abang officemate tu nak belanja satay. Raja satay nama dia dan bila kami rasa, satay punya taste tu memang kalah dengan satay2 yang pernah kami makan. Yummy!!! Lepas tu, saya lak cakap nak masakkan nasi himpit. Yang lain-lain ada gak bawa.

Dan memang sesungguhnya, saya dan planner memang tak dapat dipisahkan. Haishhhh.. jom layan gambar-gambar di bawah! Hehe

ni plannya.. (^__^)v
dok bancuh ayaq milo...

makan...makan...

bergambar dengan kek sebelum kek dipotong

kek sempena hari ibu dan sambutan birthday bulan Mei...

pok nik... hotwheels x termasuk dalam pot luck tau!!!

Wesak day, temankan mama buyung p makan donut. Pastu, p shopping barang dekat The Mines. Maaf, yang ni tak ada gambar. Kami tak suka selfie tapi kami suka sangat kalau orang amik gambar kami. Haha


Lepas buat pot luck, kami satu office buat aktiviti tukar-tukar hadiah. Macam-macam plan, kan?? Hadoiii... haha pertukaran hadiah berdasarkan cabutan nama. So, saya dapat staff perempuan dan senang nak bagi hadiah sebab dia dah bg wish list dia. Haha


kalau la semua ni saya punya... haha


bancuh ayaq lagi! haha


sy dapat dari cc...
we are family.. 

saya memang suka menyibuk hadiah orang.. haha
ni hadiah saya!! weeeee

Lepas tu, saya demam dua hari. Jumaat lepas baru datang kerja balik.

Hari Khamis, Usu datang dari Sabah. Dia stay dekat upm, bilik sahabat dia. Kami berjumpa pada malam Sabtu, makan dekat Wong Solo, Bangi. Usu teringin nak makan ayam penyet katanya.

x sempat ambil gambar makanan.. lapar sangat! sampai aje makanan terus ngapp!

Jumaat ari tu, officemate bawa p makan nasi kandaq. Sedappp... tersampai juga hajat nak makan nasi kandaq walaupun kat Nilai! haha


Semalam, kami pergi ke rumah angah kat Salak Tinggi. Saya, along, usu, dan shida tunggu uda kat balai polis Sepang. Angah buat makan-makan. Sedap wooo angah masak!



tuan rumah terselit di belakang..muka fateh tak nampak! haha


Lepas p rumah angah, kami p melawat alang kat hospital. Sedih dekat alang. Sian dia. Seminggu dalam wad. Kena penyakit batu hempedu. Dah merebak pulak tu. Semalam, dia masih kena demam kuning. Dah lah dekat hospital Putrajaya tak boleh bawa budak. Tentu Adam rindu mama dia... mama dia pun rindu sangat kat Adam. Haishhh... tak boleh kenang. Sedihhhh... huhu

Tadi, p anta rombongan pengantin ke Senawang. Adik sepupu kahwin. Balik aje dari kenduri, saya pun tidur dan ni baru update blog. Haha

tahniah, barak dan nadia!!!
Ok, dah habis nak cerita. Jumpa lagi. Daaa...

p/s: x dpt p karnival karangkraf. Sedihhh... huhu

p/s 2: kepada alang, kami semua mendoakan agar alang segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. keep on praying, sis! bertabahlah!

p/s 3: doakan yang terbaik buat saya, erk! ada mission penting 13hb nanti. Thanks! 

2 comments:

amal said...

Wahhh full activity! hehe.. 13 jun?? ada ape dengan 13 jun??

Lianamunyati Rusli said...

@amal

kannn...haha
13 jun ada... nti la cter! yg penting bukan 16 jun.. hahaha opssss...