Saturday, December 31, 2011

Hikayat 2011


Tahun 2011, sekali lg berpeluang menimba pengalaman yg bkl mematangkan diri sy. Sudah 25 tahun menikmati hidup..syukur rasanya diberi kesempatan menilik dunia. Alhamdulillah.. Seperti biasa, ble nk masuk tahun baru ni, sy nk kongsi antara-fenomena-indah-cerita-terhebat yang berlaku dalam tahun 2011.
Perkahwinan
Sy dihujani dgn jemputan perkahwinan sahabat2 sy..sama ada di kampus mahupun di sekolah. Geng pcd pun ada yg menamatkan zaman anak dara.
K-jo: fairuz aleham, fikri ismail, jurazida, elmi fauzan, ayuniza, ismail kamarunnazar, saiful azuan, ezreen, nasrol shafie, azizi sahar, fitrah husainiah
wedding ayuniza 16 Julai
upm: kak mai, akmal, khairunisa, anis shabirah, kak nani
Pcd: tini a.k.a uda, chan2 a.k.a alang, wani a.k.a ateh, dina a.k.a angah
My best friend got engage on her birthday, 17th dec. I'm happy for you, dear!
Saudara mara: lin (puchong), kak anum, saol sharul, n syafiq faiz (hutan melintang)


Percutian
1. Sabah
Belum pernah sy menjejakkan kaki ke negeri di bwh bayu ni. Walaupun hanya 2hari 3malam, namun ianya amat menyeronokkan. Geng PCD+bdk2 fak yg p. Owh dina x join. Holiday ini merupakan last holiday buat geng PCD sblm ada yg menamatkan zaman bujang masing2.
Gambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu
2. Sg.tekala
Takde la jauh sgt..tp sgt best. Ktorg mandi manda kat sungai, sambil mencari ketenangan. Hnya 5 org je yg join. Sy, dina, nor, rosie, dan shida.
Ktorg memang suka lepak! hehe
3. Kelantan
Sebenarnya bkn la holiday sgt. P kenduri kawen wani kat kb. sambil2 tu bjalan2 melihat negeri org. Sblm ke kelantan, sy ke melaka. Bkn bcuti tp amik sahabat sy utk sama2 ke kelantan.
Perjalanan ke Kelantan
4. Parit buntar
Tak p pun... Haha demam time ni. Nak hantar rombongan pengantin sepupu sy. huhu


Suka duka
1. Ayah angkat sy pergi menghadap Ilahi pada 7hb Feb. Al-fatihah...
2. Accident dgn moto. 1st time n it will be last in my life. Sadis! Masa ni tgh kecewa yg amat sgt. (actualy salah info. Huhu)
NY yg remuk...
3. Memorable day... 25hb Julai. Haish... Tiap-tiap tahun terasa pilu!
4. Reunion bdk sains 2003. Beberapa kerat je yg ada. Xpe..bkn sy yg handle. Haha
5. I'm officially not longer stay at kolej serumpun anymore. Starting Oct. Bye Serdang! Gonna miss u...not! :-P
my stuffs...
6. Abg konvo. Grad gak org tua 2... Sy?! Malas nak fikir. Hmm...
7. Wani kena pindah ke sabah. Hubby dia kena transfer ke sana. Hope PCD never break! :-)
8. Cinta baru belum hadir. Hmm… takde masa nak fikir tapi kadang2 terkenang aje.
9. Masih menantikan kemaafan si dia. Bertahun sy menanti…agar hatinya lembut untuk menerima sy dan memaafkan sy. Terlalu menyesal dengan apa yg pernah sy lakukan dahulu. Semuanya hanya utk mendapatkan perhatian dia.
Azam pulak… hmm… takde apa yg ingin diazamkan. Malas dah. Biarlah semuanya berlalu mengikut flow. Penat betul berazam tiap-tiap tahun. Akhirnya berkubur di tengah jalan tanpa ada penyelesaian. Walau bagaimanapun, sy amat berharapp yg sy sekeluarga dilindungi dari segala marabahaya dan diberkati dalam apa jua yg kami lakukan.

p/s: berusaha untul mencapai yang terbaik. semoga dilorongkan dalam mencapai kejayaan. aminnn... p(^______^)q


Saturday, December 17, 2011

dear, happy birthday!!

assalamualaikum...

kali ni nak ucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke suku abad (jubli perak) kepada sahabat baik saya (dari dulu hingga sekarang dan selamanya) yang menyambutnya pada hari ini (17hb). ucapan saya, "selamat hari lahir!! semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. semoga bahagia selalu di samping orang yang tersayang... semoga selalu di bawah rahmatNya."

hari ni hari istimewa buat beliau. oh, lupa lak nak kenalkan beliau! nama beliau Muslihah. bukan saja sambut birthday malah hari ni beliau ..........! semoga panjang jodoh dan bersatu tahun depan. insyaAllah... aminn!!


Muslihah

kami mula rapat bila form 2. masa form 1, kami cuma kenal-kenal macam tu aje. lepas tu terus jadi rapat. sama2 join persatuan, sama2 buat jenayah, sama2 jadi kesayangan cikgu, sama2 jadi kebencian cikgu... hahaha sebenarnya, kami bukan berdua aje malah berempat. sebab tu suka buat jenayah. dan sebab tu juga cikgu x suka! huahaha kalau cuti sekolah, kami ni asyik berulang ke rumah masing-masing aje. lepak dan bergosip adalah agenda wajib.

lepas SPM, kami terpisah. dia ke matrikulasi Penang dan saya pula di Gopeng, Perak. lepas tu, saya ke UPM dan beliau ke UiTM Shah Alam. masa ni, selalulah kita orang lepak. masa saya putus cinta dulu, beliaulah tempat saya mengadu (walaupun x cerita banyak!). huhu

saya dan Muslihah semasa konvo UiTM

sekarang ni, beliau dah kerja kat Klang dan tinggal di Shah Alam. tak ada apa yang saya harapkan kecuali kebahagiaan beliau dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya...

p/s: leha, jgn lupa upload ganbar! haha

p/s 2: jom p sungai ramal tahun depan. ada rombongan!! (^_____^)v

p/s 3: tengah cari masa dan duit untuk bercuti dengan kamu... huhu


Monday, December 12, 2011

feeling sat -ombak rindu-

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


p/s: lirik ni... tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. kecuali saya!


Saturday, November 26, 2011

1433H


Memuhasabahkan diri tatkala sekali lagi hari berganti hari....






p/s: perlukan bimbingan dariNya.

p/s 2: bisakah yang benci disayangi?! hmm...


Friday, November 18, 2011

happy birthday, usu!!

ya, selamat ulang tahun kelahiran kepada sahabat saya a.k.a adik bongsu (PCD) yang bernama ROSIE JOTIN. dah 25 tahun ya anda! haha sori lmbt wish... birthday dia 17 nov. =)


ROSIE
(gambar birthday tahun lepas)

saya berkenalan dengan beliau ketika belajar di UPM dalam course Alam Sekitar. sama2 tinggal satu floor, sama2 p kelas, sama2 makan di kafe, sama2 turun padang (saya sokong aje... dia player! haha), sama2 bergelap kalau takde lektrik kat kolej, sama2 mandi air telaga kalau air kena catu, sama2 kena marah dengan floorep, sama2 sambung belajar master... huhh, banyak sungguh kenangan kami!


ROSIE dan saya

sekarang ni, kami dah mula berjauhan. yalah, saya dah stay di perak dan dia pula duduk di UPM. kalau dia balik sabah, lagi jauh kami terpisah. huhu



beliau ni seorang yg best kalu nak berbual. walaupun ada angin, tapi bukanlah angin taufan memanjang! hehe seorang yangsedia membantu, seorang yg bertoleransi, matang daripada usia, bijak, disenangi, dan masih single! haha promote sikit ye, rosie!


PCD (dari kiri): saya, chan2, dina, june, ROSIE, nor, tini, fairuz, wani

saya sayang awak. kami sayang awak... wakau terpisah, tak mungkin akan hilang dari hati. semoga ulang tahun ke25 ini memberi seribu makna dalam hidup awak. semoga kejayaan menjadi milik awak dalam apa jua yg awak ceburi. semoga cepat dapat jodoh. all the best, sis!


p/s: ntah bila kita boleh mengumpat lagi! hahaha


Karnival Pantai

moh ramai2 kita ke Teluk Batik. ada karnival pantai Utusan dan Mingguan Malaysia.



bermula 19 November dan berakhir pada 20 November 2011, di Dataran Hadhari, Teluk Batik, Lumut, Perak.

macam-macam ada. jom laaa!!!~


p/s: selalu promote tapi... ntah dpt p ntah x... huhu



Tuesday, November 8, 2011



apabila pemikiran dah dikuasai dengan ketamakan...

apabila harga diri dicampak ke tepi...

apatah lagi soal agama dan adat resam...


Nauzubillah minzalik!!


p/s: tiada unsur politik.




Tuesday, November 1, 2011

sorry

Dear Syafiq,



for everything...


beggar,

me! m(_ _)m


p/s: rasa tak tenang hati ni... huhu



Tuesday, October 18, 2011

konvokesyen UPM ke 35


assalamualaikum... tahniah buat abg saya, Taza, yang berjaya mendapatkan Sarjananya setelah berhempas pulas selama *** semester! tahniah lagi! anda masih muda... hehe eh cepat2 cari keje tetap n then leh la kawen. hehe





eh, gmbr ni terupload sekali! hahaha

p/s: next year is my turn! insyaAllah...






Sunday, October 16, 2011

akhirnya dia pergi jua...


assalamualaikum. takziah buat keluarga abdul halim atas pemergian beliau semalam. saya pernah buat entri pasal beliau sebelum ini. abdul halim, semoga roh mu dicucuri rahmat. kami sayang anda! tapi Dia lebih menyayangimu. tenanglah dirimu di sana. kami akan sentiasa mendoakan anda. al-fatihah...


p/s: entah bila giliran kita...




Friday, October 14, 2011

Juara dunia


hai... wahhhh dah lama x bukak blog. huhu saje je cuti sbb malas nak share cter. banyak sgt cter smp ctau nak cter apa. hehe

owh ok! xtau kenapa nak cter pasal sukan tanah air. eh, jgn amik port sgt benda ni! bukan benda serius pun... hehe tapi kan, kita ni memang susah nak jadi juara dunia dalam apa jua sukan pun. sekarang ni ada gak la sikit-sikit... nampaklah improvementnya. hehe nak tau tak, kita boleh jadi juara dunia jika:

1. acara sukan menembak ditukarkan kepada sukan melastik.

2. acara 200 meter pecut digantikan dengan acara 200 meter lari dalam guni.

3. acara lompat jauh digantikan dengan acara lompat parit.

4. acara renang ditukar kepada acara renang melawan arus sungai.

5. acara boling padang digantikan dengan acara boling buah kelapa atau baling tin.

6. acara lempar cakera digantikan dengan acara baling buah mangga.

7. acara gusti ditukar kepada acara silat.


gambar hiasan


semua hanyalah gurauan semata-mata. jangan amil port erk. peace! (^_____^)v

p/s: biar runtuh langit jatuh ke bumi, mengalah tidak sama sekali!


Thursday, July 7, 2011

kau bahagia?! aku pun sama...


okey! dah xde lagi dah kabar2 angin yang akan mengatakan yang saya dengan dia akan bersama. akhirnya dia selamat menghantar rombongan merisik ke Taiping.

tahniah buat dia!!

saya doakan dia bahagia...

kisah kami?!
saya rasa dia dah lama lupakan. hehe

saya lak?!
memang tak pernah ingat. hahaha




p/s: dia hadir sebagai kawan aje dalam hidup saya sebab saya tak pernah berharap pada dia. dia bahagia?! saya laaaagi bahagia! (^____^)v

Tuesday, July 5, 2011

selamat pengantin baru, angah!!!

owh.... selamat pengantin baru buat angah a.k.a siti rodhina atas perkahwinan beliau yang berlangsung pada 2 Julai 2011. semoga panjang umur dan jodoh... bahagia hingga ke akhir hayat!

ini gambar sekitar perkahwinan angah! hehe layanzzz....








p/s: ada 1 lagi kenduri kawen sebelum puasa ni. hehe



Wednesday, June 8, 2011

saya p jalan2... hehe

Assalamualaikum... ermm... sengal2 badan masih terasa lagi. saya bercuti lagi kali ni... p kelantan pulak. dengan 1 tujuan, nak p kenduri kawen ateh. bertolak hari sabtu pagi... sebab along dah janji dengan pakcik dia utk konvoi sama2. (^__^)v hari jumaatnya, saya travel ke melaka sbb nak amik uda kat umah husband dia. terima kasih kepada cik Khairiyah kerana membantu saya selamat sampai dan selamat kembali ke upm dengan selamat tanpa sesat. hehe

pukul 530 pagi dah bangun dah nak bersiap p kelantan. penuh kete along dengan baju2 ktorg. nasib bek muat nak bw hadiah ateh. kalu x, next week aje la ateh dapat. hehe owh ya! kami berempat ke sana. saya, along, uda dan angah. anje pun datang tp dia p dgn familinya dari kedah. 1st time p kelantan... jauhnyaaaa!! knp la x sampai2 lg??? huhuhu kejang buntut! hahahaha tp best gak laa... pengalaman dan saya berpeluang memandu ke sana. terasa gak la sengal2 dekat pinggang! hik3

sampai dah kat umah along...

kami stay kat umah along kat kampung jal, ketereh. suasana kampung yg best! ada sawah padi... bukit2... kebun getah... 1st time mandi air telaga. sejukkk!!! hik3 1st time makan nasi kerabu. (segan lak ni... sy mmg x pernah mkn nasi kerabu. hehe) hari ahad lak, pagi2 bersiap dah nak p kenduri ateh. dorg main makeup2... haha last2 ckp nak gerak kul 11, kul 12++ bru bertolak ke umah ateh. dah tu leh pulak terlajak. nmpk dah signboard RTM tp leh lak p straight... haha


kenduri umah ateh best!!! simple tp nmpk mewah! suka pelamin dia... suka tema dorg... suka semua la... hik3

ateh n abang ateh... (^__^)v sweet aje dorg ni!!


gmbr dgn pengantin... hehe (anje xde... huhu)

lepak kat sana smp kul 4... pastu terus balik umah along. tp sayang... x sempat nak p mana2. along n angah x dpt cuti. huhu



pas blk kenduri ateh... along singgah bli lauk. hehe

hari isnin, angah ada keje skit kat KB. pusing2 ktorg cari tmptnya sbb direction yg org opis tu bg salah! huhu pas angah abis keje dia, ktorg pun balik ke KL balik... (bukan kok lanas tau!) kul 11 malam sampai umah along kat sri serdang. terus masuk blik, terus boomm! lena! haha


tamat sudah... x pandai nak karang ayat2 best dah... hihi nak gmbr lagi klik sini!

p/s: kpd ateh, selamat pengantin baru!!!~

p/s 2: next month angah lak... hihi

Tuesday, May 31, 2011

hujung bulan mei 2011



assalamualaikum... dan salam sejahtera!! dah lama gak la tak jenguk blog. saje suka2 jd pemalas! hahahaha owh entry kali ni, saya nak cter pasal kawan baik saya. pertamanya, saya nak ucapkan epi besday kepada Nurul Ashikin Zainurdin yang ke suku abad@jubli perak@25 tahun!!! dah besar dah kamu erk... cepat2 la kawen... si f***** tu single lagi. cepat2 la sambar balik! hahaha jgn marah!!! hehe sayang kamu banyak2!!~

epi besday as!!!~

yang keduanya, saya nak ucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat PCD saya iaitu cik alang atau Nur Azlina Chan Mahadie Chan yang selamat melangsungkan perkahwinannya di Putrajaya bersama Encik Firdaus yang dicintai. maaf sebab x dtg... time tu mmg bnyk sgt kenduri kat perak. sepupu pun nak kawen time tu jugak! huhu semoga kekal hingga ke akhir hayat! jgn lupa cepat2 dpt baby... kami dah x sabar nak dpt anak buah. hehehe

cantiknya.... (^___^)v

p/s: rasa mcm nak kawen gak... hahaha

p/s 2: ???


Wednesday, May 11, 2011

kisah hari rabu

hari ini hari rabu... dengan sedaya upayanya saya dtg dari Perak untuk menyelesaikan perkara yang bukannya salah saya. <------ kes xmau blame diri sendiri! haha






pukul 630 pagi lagi saya dah berangkat menuju ke stesen bas. xnaik kete sebab kete ada di upm. dgn berbekalkan dua batang sosej dan secawan teh lipton di dalam perut, saya dgn perasaan yg tertekannya bertolak la dari rumah. tension woooo sbb nak pk pasal bas kul 800 pagi. <----sape suh amik pg sgt?? pdn muka saya!! dah sejam dalam bas tambang, tambah pulak 3 jam dalam bas express. pastu sampai dekat puduraya, berkejar ke lrt lak. cun2 5 minit tunggu, lrt pun sampai. +- 20 minit dlm lrt, nak kena tukar tren pulak. nek komuter ke serdang. kalu x tukar tren, alamat sampai bila2 la sy x jejak kaki kat serdang! gler lamaaaaaaa tunggu komuter! hadoiiiii.... pukul 1145 pagi dapat tren sedangkan sy dah tunggu dekat situ kul 1110 pagi lagi! marah ni!!!! disebabkan xmau lambat dan malas menunggu, sy amik taxi je utk ke kolej. dah la mahal tp disebabkan nak kejar masa punya pasal, bayar je laaa... huwaaa!!! T_T






sampai kat kolej, amik kete n terus p fak. jumpa cik khai sbb nak minta tolong beliau. bertungkus lumus berjumpa papa, jumpa mama org lain, dan dah settle semua, sy pun p gso. sampai sana, dia bgtau surat yg sy buat x valid!!! ni yg nak marah ni... dah pukul 430 bru nak cakap!!! hadoi.... dah la kesilapan yg berlaku ni salah dia. pastu nak salahkan kte pulak!!! <----- kali ni mau blame dorg jugak!!!! x dulik!!!! dan sekarang ni, surat dah siap tp xde sape nak sign sbb org yg perlu sign dah balik! so... esok sy masih di sini lagi...






p/s: thanx a lot cik khai kerana tolong kami... (^___^)v






p/s 2: marah ni!!!!!!!






Monday, May 9, 2011

putus cinta



huhu... huhu... huhu... (tangisan dalam kerinduan)

akhirnya single balik. owh... kenapa dia?? kenapa bukan saya?? huhu...

apapun, saya ucapkan tahniah kepada awak dan awak telah membuat keputusan yang tepat kerana bakal bernikah pada 1 Syawal. anda juga sekali lagi membuat keputusan untuk tidak melangsungkannya di sini bg mengelakkan saya... ok! saya xmau cakap!

semoga awak bahagia!!! hahaha yg bc, sila jgn gabra...

kepada abang ashraf dan dayana, tahniah!!!~

buat anje (my adik), kte mmg sama... selalu ditinggalkan. kali ini, kte senasib. si dia milikmu kena rampas oleh statemate ku... maaf! apapun, jangan bersedih! nanti kte berjimba2 erk. biarkan mereka bahagia... huhu


tahniah buat bob dan shera...

sekali lagi jangan gabra... hehe

p/s: jgn marah... (^___^)v


Sunday, May 8, 2011

nak mengamuk leh??


rasa nak mengamuk!! hahahahahaha

-sebab buat keje last minute

-tetiba server down giler2

-rasa diri cam... hampeh je!!


bangun dari duduk...
menuju ke bilik air...
ku ambil wuduk...
saat ini, kembali kepadaNya...


p/s: sabar... semuanya salah sendiri...

Thursday, May 5, 2011

BiLa-BiLa pun BoleH...



assalamualaikum.... wahhh... dah lama x conteng2 kat sini. ada je bnyk cter nak cter tp mcm malas je. haha rasanya dah lebih sebulan bertapa... tp tetap xde pape perubahan. tgh berusaha utk yg terbaik tp... masih samar! hmm.. apapun, tgu dan lihat. masa perlu diisi sebaik mungkin. jangan mengalah! go yana go!! hik3 (^___^)v








mcm2 stori berlaku... kepada cik uda a.k.a puan hartini yahya, selamat bergelar puan. semoga bahagia utk selamanya!!!



tuan blog bergambar dgn raja sehari




kepada cik chan2, cik wani, dan cik dina... selamat bertukar status!! sayang kalian semua!!! cik wani, nti jd statemate sy erk... cik kak nani bakal menyusul hujung tahun nti... hehe






p/s: selamat pengantin baru juga buat mr & mrs S. semoga bahagia hingga ke akhir hayat!!!






p/s 2: tgu cter sy nti.. hehe lapa... nk p mkn! hik3

Wednesday, March 9, 2011

Diam Tak Bererti Membisu


mode: bertapa lagi.




sila jangan rindu erk!

p/s: if anythings, juz text me k! gonna miss u! \(^__^)/


Tuesday, March 8, 2011

Elyana - Sewaktu Dulu-dulu


Lirik
Apa yang telah kau tiupkan ke semangatku
Nak ku melenting namun aku tertunduk diam
Berjuta ayat aku lemparkan
Tak sepatah bibirku dapat luruskan


Ku tahu kau tahu ku dalam genggamanmu
Tak perlu kepintaran tinggi untuk mengerti
Tapi encik, kau sudah melampau
Memperduakan ku dengan dia..



Chorus:
Akankah mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu
Atau apa mungkin cintanya selembutku oh..
Apabila kehidupan berkasar terhadapmu..



Ku tahu betapa sukar ubat hati rawan
Lebih baik aku lepaskan engkau pergi
Tapi encik, mahu ku ingatkan
Jangan tersalah buat pilihan



Chorus:
Akankah mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu
Atau apa mungkin cintanya selembutku oh..
Apabila kehidupan agak berkasar terhadapmu



Ooohh.. jangan kau sangka
Ku tak kecewa, ku tak terluka..
Ooohh.. Jangan tak menyangka..
Watak kita boleh jadi terbalik bila-bila..



Ku tahu betapa sukar ubat hati rawan
Lebih baik aku lepaskan engkau pergi
Tapi encik, sekarang mahu ku ingatkan
Jangan sampai engkau tersalah buat pilihan



Chorus 2:
Akankah mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu
Atau apa mungkin cintanya selembutku oh..
Apabila kehidupan agak berkasar terhadapmu,
Tak mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu..



Ooohh.. jangan kau sangka
Ku tak kecewa, ku tak terluka..
Ooohh.. Jangan tak menyangka..
Watak kita boleh jadi terbalik bila-bila..


selamat buat wanita


haiii.... selamat hari selasa!! kepada yang sambut besday hari ni, selamat hari lahir!!!~ owh selamat hari wanita juga kepada wanita2 di dunia amnya, di Malaysia khasnya!!! termasuk juga kepada pengkid (jika anda masih lagi belum tukar jantina! huhu)

untung wooo jadi wanita ni! apa sahaja yang berkaitan dengan wanita akan dipandang berat! hik3 contohnya... di Malaysia ni ada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat. haha ada untuk lelaki?? hahaha (hamboi... gelak sakan nampak!) maka, x hairan la kalau ada yang mahu jadi perempuan. kepada pengkid2 yang nak jadi jantan tu, sila laaaa... tapi, jangan sesekali naik pink coach kat komuter!!! nak jadi jantan kan??? pi la duk kat coach hujung! (mode: menyampah!!)

itu belum lagi dekat wayang. ada ladies day!!! hik3 dalam agama pun menetapkan Syurga di bawah telapak kaki ibu... amacam??? wanita memang lembut tapi lembut itu bukanlah lemah. maka, sayangilah wanita. didiklah kami dengan ilmu dunia dan akhirat. kami bangga jika ada lelaki yang menyayangi kami dengan tulus hati... \(^___^)/


kami semua wanita vogue gitu!!~~


Monday, March 7, 2011

apa itu SKEMA


salam. pagi ini saya didatangi soalan dari seorang adik. adik yang pastinya dia bukan adik saya la. yang pasti, mesti ada kaitan dengan kehidupan dia di matrikulasi.

adik: kak, betul ke semua budak bio tu skema?
saya: erk?? kenapa awak tanya macam tu?
adik: sebab saya tengok budak bio kat sini semuanya skema aje...
saya: lorh... akak ni pun budak bio gak dulu. akak skema ke bg adik?
adik: errr... tak ada la pulak.

ok. saya pun xtau mana boleh timbul perkataan 'skema' dalam kamus lepak budak2 zaman sekarang. (termasuk saya!)

kalau berdasarkan Kamus Dewan edisi ketiga;
Skema Rajah (rancangan dsb) yang perlu diikuti, rancangan atau garis-garis yang teratur.

And according to Kamus DwiBahasa Oxford Fajar edisi keempat;
Schema (pl. schemata atau schemas) lakaran sesuatu rancangan atau teori
Schematic Berskema; berjadual

boleh tak direlatekan antara maksud kamus dengan bahasa lepak budak2 zaman sekarang?? hmm...

Skema ialah orang yang menetapkan kehidupannya perlu mengikut peraturan selurus pembaris! (L.R, 2011)

Tapi lain orang lain maksudnya kan?? ok. ni yang dapat saya takrifkan maksud skema dalam bahasa lepak. biasanya orang yang skema ni kita boleh tengok dari pelbagai segi. contohnya:

1. cara dia berpakaian
orang skema ni biasanya cerewet. hmm... susah gak nak describe. agaknya dorang ni suka pakai baju kemeja (lurus bergosok dan tight-in), seluar slack, rambut bersikat tepi, berkaca mata... (dari pemerhatian saya. haha)



2. cara bercakap
semua benda dipandang serius. rasanya dia orang kurang atau tak ada langsung sense of humour. akan ada terselit ilmiah dalam percakapan mereka. apa yang diperkatakan akan lengkap (kejadian, punca, dan akibat!)

3. cara bergaul
owh... susah sikit nak huraikan. sama seperti dengan cara bercakap. dan kebiasaannya mereka ni pendiam. pemilihan kawan akan berlaku jika anda berada dalam kumpulan skema. yalah, buat apa nak berkawan dengan orang yang hu ha hu ha jika anda hanya mampu melihat mereka semua merapu meraban!

tapi kan... sebenarnya, xde isu skema dalam kumpulan budak2 bio. tak kisah la sama ada anda ni budak kelas bio ke, budak kelas fizik ke, budak kelas akaun ke... kalau nak skema, budak kelas tadika pun boleh skema. dan apa yang saya lihat, istilah budak skema ni banyak digunakan di kampus2. dan lebih ditujukan kepada budak lelaki. betul x? orang xkan mengata kalau budak perempuan tu pendiam, tapi orang akan mengata kalau budak lelaki itu seorang yang pendiam. kan? kan??

ok. kenapa orang cakap budak bio tu skema?
1. hala tuju mereka selepas abis belajar ---> target budak2 bio ni biasanya nak jadi DOKTOR. tak pun CIKGU. doktor atau cikgu ni kalau tak ikut rules apa jadi? demikian, ianya terus mempengaruhi cara hidup dia orang ni.

2. subjek bio itu sendiri ---> nak belajar bio, kena banyak membaca. more theory than practical. takkan nak praktik bab reproductive system pulak!

p/s: apa salahnya skema jika mau berdisiplin. skema is not crime tau!!

p/s 2: saya pakai spek tapi saya bukan skema. haha

p/s 3: bukan semua orang skema terlalu skema melampau sampai kita rasa nak humban dia dalam laut! haha apapun, yang tercatat di sini hanyalah berlaku dalam segelintir orang sahaja. maaf jika ada yang terguris terasa. m(_ _)m

p/s 4: ENJOY!!~


Saturday, March 5, 2011

Perkahwinan


Weekends datang lagi! eh, salam... (^__^)v jom stori sikit pasal perkahwinan ni. tahun ni ramai kawan2 sepengajian saya akan menamatkan zaman bujang mereka. kawan2 PCD pun sama. begitu juga dgn kawan2 saya masa di sekolah. tahun ni mmg tahun melawat Malaysia lah bg saya! hihi TAHNIAH kepada kalian kerana bakal merealisasikan Wawasan 2020 untuk mencapai 75juta rakyat Malaysia! mesti Dr.M bangga dengan kalian... hehe

ok2... back to da subject! melalut la sudah...

Tiap-tiap manusia memerlukan kepada ketenteraman jiwa dan perasaan. Ketenteraman itu tidak wujud melainkan adanya rumah tangga dan keluarga yang sihat dari segi jasmani dan rohani. Rumah tangga juga dikenali sebagai Baitul Muslim. Ia adalah perkara normal jika seseorang itu berkecenderungan untuk membentuk keluarga.

Firman Allah SWT:
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya." (Al-Rum:21)

Perkahwinan yang memberi kepuasan jasmani dan rohani kepada setiap manusia seterusnya dapat mencegah dari kerosakan akhlak di dalam masyarakat. Dari segi psikologinya, ia boleh menyubur dan mendalamkan perasaan cinta dan tanggungjawab di antara lelaki dan perempuan serta memupuk semangat perjuangan untuk keluarga dan masyarakat Islam. Ini kerana Islam memandang keluarga sebagai tempat bermulanya segala pendidikan dalam kehidupan.

Pra Perkahwinan
Bagi perempuan, pemulihan bakal suami amat penting dalam mencorakkan masa depannya. Sebagaimana yang digariskan oleh Rasulullah, dikahwini seorang perempuan kerana empat perkara, begitu juga pantulannya kepada perempuan. Di dalam Islan, hak mencari jatuh kepada lelaki tetapi hak memilih ada pada perempuan. Antara garis panduan yang diterapkan adalah melalui Hadith:

Daripada Abu Hurairah ra dari Rasulullah SAW:
"Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana baik tingkah lakunya dan kerana agamanya. Maka ambillah perempuan yang taat kepada agamanya nanti engkau akan beruntung." (HR Bukhari dan Muslim)

Antara kriteria lain yang ditetapkan adalah wanita yang banyak keturunannya dan wanita yang masih gadis dan sekufu.



-gambar hiasan-


Selepas Perkahwinan
Dalam membina sebuah rumah tangga yang harmoni, perlu ada kesefahaman dan kesetiaan oleh kedua-dua pasangan. Satu contoh sirah yang patut diteladani adalah sebagaimana kisah Umar Al-Khattab, bila mana seorang lelaki ingin mengadu tentang isterinya yang gemar berleter kepada Amirul Mukminin; Umar. Namun dia terkejut kerana mendapati Umar juga diperlakukan sedemikian. Apabila Umar menyedari kehadiran lelaki itu dan bertanya tentang tujuanya, jawapan Umar; "Isteriku telah memasak, menjaga anak-anak dan melayanku... maka amat tidak patut jika aku tidak boleh bersabar dengannya. Bersabarlah... ia akan reda..."

Kebanyakan sumi yang cemerlang dalam rumah tangga dan kerjaya dibayangi oleh isteri yang bijaksana di belakangnya. Lebih-lebih lagi jika isteri memiliki sifat-sifat yang mulia.

Rasulullah SAW bersabda:
"Kesenangan dunia yang paling baik ialah isteri yang solehah. Kalau engkau menoleh kepadanya maka engkau berasa gembira dan kalau engkau berpergian (keluar rumah) maka ia menjaga nama baikmu." (Riwayat Muslim, Ibn Majah)

Amat beruntung seorang lelaki yang memilik isteri yang ada sifat-sifat mulia. Isteri ini akan membantu dan menyokong suami untuk mengembangkan kebaikan dan kebahagiaan dalam rumah tangga. Sememangnya inilah keinginan seorang isteri yang bukan sahaja cantik tetapi jugak setia, taat, bijak, pandai menjaga rumah tangga dan harta, dan pelbagai sifat wanita yang ideal.

Perkara pokok yang seharusnya menjadi agenda di dalam pembinaan sebuah keluarga ialah bagaimana mencari keredhaan Allah SWT. Ukuran kejayaan di dunia bukanlah penentu segalanya. Namun begitu membina sebuah rumah tangga yang ideal tidak semudah yang disangka. Walaupun hampir mustahil tetapi ciri-ciri kekal dapat diusahkan jika suami isteri dapat memainkan peranan dgn berkesan. Tepuk dada tanya iman kita, apakah persediaan kita dalam menuju ke gerbang perkahwinan? Tersebut dalam satu Hadith Rasulullah SAW bahawa ia adalah satu perbuatan khianat oleh para suami kepada Allah dan RasulNya jika kita tidak membimbing keluarga dan anak pinak kita mengiku jalan yang diredhaiNya.

Apapun, selamat menempuh alam perkahwinan.

"Hawa dijadikan daripada tulang rusuk kiri Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung dan bukan dari kaki untuk dijadikan alas tetapi dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk disayangi..."

credit to Tinta Mujahid UTM Skudai (Edisi Zulkaedah 1424H)

p/s: sekadar pengkongsian...

Friday, March 4, 2011

BLiZ - Mimpi Yang Mati

Dah lama x layan g.i.g!! kat kampus ni pun dah lama xde Battle of the Band... (ke saya dah terlepas B.O.B tu?? huhu) maka, layan g.i.g kat utube aje laa... huhu BLiZ dicari sebab nak tengok Jakalll (kartunis Ujang) main bass. sangat best!!!~ haha owh ni facebook dorg... [http://www.facebook.com/blizmuzik]



Lirik


Tak sengaja genggamanku terbuka
Lantas ku gapai bintang yang berjuta
Bintang yang kuimpikan menerangi
Takkan kubiarkan berlalu pergi
Andai benar kau menjadi milikku
Mencintaimu menjadi sumpahku
Namun jika hadirmu satu mimpi
Aku rela tidur sepanjang hari
c/o : Kutunggu mentari di hujung siang
Tak kusangka awan hitam menjelang
Sumpahku jadi tak pasti
Nyatalah mimpi, mimpi yang mati
Genggaman tanganku terbuka sepi
Mendambar dirimu satu ilusi
Bintang yang kugapai tak berpanjangan
Hadirmu di dunia hanya pinjaman
Kutunggu mentari di hujung siang
Tak kusangka awan hitam menjelang
Sumpahku jadi tak pasti
Nyatalah mimpi, mimpi yang mati
Kutunggu mentari di hujung siang
Tak kusangka awan hitam menjelang
Sumpahku jadi tak pasti
Nyatalah mimpi, mimpi yang mati
Kutunggu mentari di hujung siang
Tak kusangka awan hitam menjelang
Sumpahku jadi tak pasti
Nyatalah mimpi, mimpi yang mati

KawaN


entri ni xkan panjang-panjang. janji! bukan ada sebab xde masa, cuma malas aje. huhu




perihal kawan2 ni banyak ragamnya.

1. kawan untuk kekal selamanya... insyaAllah, sahabat dunia akhirat! (tawa dan duka bersama...)

2. kawan untuk dunia. (sahabat material!)

3. kawan untuk menumpang bahu ketika hati lara dan ketika sunyi. (Dunia dah tak seimbang dah!) <---- kalau yang ni, rasa macam nak bg penampar aje!

4. kalau tak rapat, tu namanya bukan kawan!

ini dari perspektif saya. perspektif anda, saya tak tahu dan saya yakin, anda tahu apa definisi kawan dalam hidup anda, kan?? kawan untuk disakiti @ disayangi??

p/s: jangan sampai cinta membutakan anda!


Thursday, March 3, 2011

I am Number Four


Owh hari ni p tengok cter ni kat the mines... secara amnya, saya rasa best! untuk saya laaa... dan kawan2 yg pergi tengok pun kata cter ni best. (^__^)v

sebenarnya cter ni adalah dari adaptasi novel fiksyen dengan tajuk yang sama hasil karya Pittacus Lore [nama pena James Frey & Jobie Hughes. diterbitkan di US pada 3 Ogos 2010.


ini cover novel tu. =)

cter ni pasal 9 bayi [makhluk asing] telah dilarikan ke bumi dari Planet Lorien yang telah dimusnahkan oleh kaum Mogadorians (mogs). bayi ni seiras dengan manusia dan masing-masing ada pelindungnya. walaupun mereka semua ni bersembunyi kat bumi tapi kaum mogs ni still leh kesan dorg. Number One dah mati (mati kat Malaysia tu!!<---- bangga sekejap!)... Kemudian Number Two pulak mati (dibunuh kat England)... Number Three lak mati (kat Kenya)... kalau nak tahu lanjut, sila tengok kat wayang. memang seronok! scene lawak pun ada... hehe




ni poster cter ni...

owh ni ada trailer kepada sesiapa yang nak tau cter ni sekali imbas.


p/s: sedang sabar menantikan kehebatan Hikayat Merong Mahawangsa! mula terasa bangga pulak... huahaha

sekadar hiburan

salam. sejak dua menjak ni, saya suka layan video mamat ni kat YouTube. menarik dan kadang2 terselit nasihat dan ada mesej yang ingin disampaikan. matluthfi90 nama dia... ini di antara video yang dia ada... layan!!~


Wednesday, March 2, 2011

walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi poojaan hatiku!


giler panjang title entri ni! malangnya, tak ada kaitan pun. hmm... sekarang ni tengah mood bersimpati. sangat simpati kepada si gadis yang sedang putus cinta. eh, bukan! lebih sesuai jika saya katakan, dia sedang berusaha untuk menjauhkan diri daripada si teruna itu. bukan salah mereka jika satu hari nanti mereka terpisah. dan tiada siapa perlu disalahkan... kerana semua itu adalah takdir. apa yang terjadi hanyalah sebagai punca. ya, semua tahu... Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukannya... apa yang berlaku semuanya ada hikmah. bak kata omputih, every cloud have a silver lining!<----ayat memujuk hati.




s: kenapa menjauhkan diri?
j: sebab mak bapak tak merestui hubungan yang dibina.

s: selama mana cinta itu bersemi?
j: lebih 3 tahun... susah senang dihadapi bersama.

s: selama ni, mak bapak tahu tak hubungan yang terjalin?
j: tahu... dan sepanjang hubungan ini berlangsung, mak bapak tak ada cakap apa-apa pulak.

s: maka, apa yang jadi punca mak bapak tak merestui?
j: sebab... si dia tak tampan dan kacak. itu sahaja...


aneh! rupanya masih ada yang memandang duniawi dalam kelompok kami. berkerut dahi saya apabila mendengar cerita si gadis. nampak sangat yang jiwanya meruntun hiba. dia menangis dalam hati. tak ada apa yang boleh saya cakap. hendak memujuk pun, idea tak ada... dengan dugaan yang menimpa dirinya bertalu-talu tanpa henti sejak dua menjak ni, saya hanya mampu berdoa agar dia tabah menghadapi semua cabaran.

si gadis, anda masih ada masa untuk membuktikan yang si teruna itu beragama, baik, benar-benar mencintai anda, dan yang penting, sikap peribadi seseorang insan itu bukan terletak pada wajahnya. walau bagaimanapun, jangan sampai anda membelakangkan makbapak anda. saya doakan anda tabah dan sabar menghadapi segala dugaan ini. banyakkan doa kepadaNya, ketika sujud dan selepas solat, agar dikuatkan hati dan dibukakan pintu hati mak bapak menerima si teruna tanpa ragu.

p/s: kalau gembira bercinta, pasti ada yang tak sempurna! sobsob...


SaBaR




p/s: kuatkan semangat! [belum pape lg dah gabra! hahaha]



Tuesday, March 1, 2011

kisah cinta



helo... salam gediks!! haha arini nak gediks [ada 's' sbb saya nak gedik banyak!] laaa... bosan dah bermuram durja walaupun fasa muram tu sepatutnya belum habis lagi. sekarang ni tengah dengar lagu hindustan... sbb tu ada mood gediks.







pagi2 dingin salju ni... teringat masa zaman cinta monyet dulu. dari mata turun ke hati! [giler!!] masa tu umur baru 16 tahun... giler x giler laa... zaman hingusan lagi dah pandai kapel2... huahaha







saya kenal dia atas satu function... mula2 saya x sedar langsung kehadiran dia walaupun dia duduk sebelah saya! hari kedua baru saya perasan kenapa dia asyik senyum pada saya walau di mana aje kami bertemu. cukuplah dengan senyuman sahaja... mampu membuatkan hati saya terbuka untuknya! [gelinyaaa... sila muntah kalu ada yg nak muntah!] saya pun tak tahu kenapa saya leh suka kat dia. mungkin sbb dia hensem kot... kalu hensem, ramai lagi yang hensem! entah laaa... manusia ni mmg pelik. termasuk saya! mungkin sbb sikap dia yg prihatin dan mengambil berat kot. entah laaa... xtau! huhu yang buat saya semakin suka pd dia adalah sanggup dia tunggu saya di tengah panas terik [sbb sy lmbt turun dari bas] sbb dia x mau saya tertinggal dan jalan sorg2 di tengah2 bandar! [zaman gedik cinta monyet, mmg la terasa semuanya romantik! haha]



bila masing2 balik ke sekolah, kisah kami berjalan dengan rahsia. tiada siapa yang tahu [agak malu jugak la kalu org tau, gangster sekolah ada kapel!]... selama bertahun bersama, tak pernah jumpa. dengan harapan, masing2 masih setia dan berpegang pada janji. namun... bak kata pepatah... 'ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari...' bila dia masuk U, dia semakin senyap. masa saya last sem duk U, baru saya tau punca dia senyap. hmm... xpe laaa... mungkin bukan rezeki kami... [seminggu jugak la berendam air mata! thanx to anje n eha...]



sekarang ni, after 3 tahun, saya mampu tersenyum melihat dia bahagia. dah x meleleh dah... dan sekarang, saya rasa saya nak jatuh cinta lagi! auuwww... haha dengan siapa? jeng jeng jeng...







walaupun terpaksa bersaing, saya nak jugak! haha abang acap, jom kapel!!~ \(^___^)/