Monday, January 28, 2013

Sekitar Majlis Perkahwinan Nurul Saadah & Mohd Aizam

Salam. Helo... (^__^)v weekend lepas, sepupu saya, Nurul Saadah Khalid selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya, yang dikenali semasa di zaman persekolahan. Err...masa form 6 kot. Tak ingat pulak. huhu majlis berlangsung pada 25hb Januari dengan majlis akad nikah, diikuti majlis resepsi keesokan harinya, dan majlis bertandang pada hari Ahad.

Gambar tak banyak dan tak setiap scene saya rakamkan sebab busy. Ini pun mana2 yang sempat aje.

Apapun, SELAMAT PENGANTIN BARU buat Nurul dan Aizam. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga dan dikurniakan putera puteri yang solehah. insyaAllah... p/s: kalau gaduh, jangan sampai suruh i ambil tau dan i xmau tengok u naik bas n jalan kaki balik ke rumah! hahaha

jom layan gambar ni...~

akad nikah

Aizam dan Nurul selepas akad nikah

me, nurul, kak mas, my sis hanisah

me again, nurul, my mom, and my sis

sanak saudara

bilik pengantin

majlis resepsi


potong kek. makan2 dulu baru bersanding. ngeee~








pengantin layan tetamu

majlis bertandang









p/s: saya selsema! huhuuuu


Saturday, January 26, 2013

Budi Bahasa Budaya Saya!

Salam. Hai! Saya baru balik kenduri sepupu. Semalam nikah dan hari ni bersanding di belah pengantin perempuan. Sepupu saya perempuan dan nasib baik dia buat catering. Tak ada la penat sangat! hehe

Ok. Berhenti jap cerita pasal wedding sepupu. Nak cerita pasal sikap sesetengah orang yang buat-buat tak tahu nak menghormati orang lain. Apa kaitannya dengan wedding sepupu? Kes ini berlaku dalam wedding sepupu ni. Kesian... pada orang yang tak tahu nak hormat orang! Di khalayak ramai pun nak menengking-nengking orang, cakap kasar, pentingkan diri sendiri...
haiya! tak tahu malu langsung! tak boleh nak bersarbar walaupun sedikit ke?? mesti juga dengar cakap dia aje ke sampai orang lain ni dianggap macam sampah?!

Saya baru first time tengok muka orang-orang yang macam ni...tapi sepupu sepapat saya dah lama mengumpat pasal dia orang. tertinggal kereta api tol la! hahaha

tak apa laaa...doakan aje dia orang ni berubah menjadi lebih tahu menghargai orang lain. haishhh nasib baik la saya ni ada simpan sikit sabar. kalau tak, mau saya cili aje mulut makcik-makcik tu! ngeeee~

nurul dan aizam. selamat pengantin baru!!!~


p/s: nanti saya nak upload gambar majlis sepupu saya. tungguuuuu~

Wednesday, January 23, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah


p/s: busy on preparation of my cousin's wedding this weekend!


Wednesday, January 16, 2013

Puding Roti Kukus

Assalamualaikum. hai... selamat petang!~ petang ni, nak kongsi buat puding roti. puding roti ni senang aje... sesuai la dgn saya yang pemalas. hehehe

bahan2nya

sebungkus biskut ata (tepung ata biskut)
satu tin susu cair
setengah tin susu pekat manis
4 biji telur ayam gred B
segenggam buah-buahan campuran kering

cara2nya

1. Didihkan air di dalam pengukus.



2. Pecah-pecahkan biskut ata dan masukkan ke dalam bekas. Rendam biskut ata dengan susu cair sehingga kembang (dalam 10 minit).
3. Pukul telur dan susu pekat manis dalam bekas yang berasingan sehingga sebati. Tak payah pukul sampai kembang.
4. Satukan rendaman biskut dengan bancuhan telur sebentar tadi di dalam bekas aluminium. Taburkan buah-buahan campuran kering di atasnya.
5. Setelah air mendidih, masukkan bancuhan ke dalam bekas pengukus. Kukus selama 30-45 minit. Setelah itu, angkat dan sejukkan sebelum dihidangkan.






Saya lupa nak ambil gambar biskut ata. Saya lebih suka guna biskut ata sebab dia punya struktur dalam biskut tu. Kalau guna roti sandwic, dia punya struktur agak padat. Huhu

p/s: dah mcm blog masakan la pulak... hehehe


Saturday, January 12, 2013

Sabarlah Hati - Elly Mazlien


Saat Kau datang dalam hidupku
kusangka ini cinta terakhir
ternyata malam penuh bintang
berakhir dengan mendung 

menari aku dengan gelisah
lagi lagi lagi ku menangis
sabarlah hati menahan perih
terluka lagi dan lagi dalam kisahku

tenang la jiwa.. iring langkahku
ku yakin pasti ada yang terbaik untukku

ternyata malam penuh bintang
berakhir dengan mendung 

menari aku dalam gelisah
lagi lagi lagi ku menangis...

meski hati sering dilukai
takkan menyerah aku mencari cinta ...aaaa

sabarlah hati menahan perih
terluka lagi dan lagi dalam kisahku
tenang la jiwa iring langkahku
ku yakin pasti ada yang terbaik untukku

sabarlah hati menahan perih
terluka lagi dan lagi dalam kisahku
tenang lah jiwa ... uh .. uhh .. uhuu 

sabarlah wahai hati ....
jangan menangis ...



Boleh dengar lagunya dekat Youtube.


Friday, January 11, 2013

Paprik ayam or Ayam paprik?

Salam. Hai!~ Untuk menu tengah hari, hari ni, saya dah sediakan menu yang sangat ringkas. Tak tahu la mana satu yang betul. Paprik ayam atau Ayam paprik?? Entah laa...janji makan! Ok, ini bahan-bahannya.


Bahan

4 ketul ayam bahagian dada dipotong dadu
5 biji bebola ikan dipotong 4
1 sudu besar cili giling
2 ulas bawang merah - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
1 ulas bawang besar - dimayang
1/4 inci halia - dihiris
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
setangkai serai dititik
kobis bunga
lobak merah - dipotong panjang
baby corn
2 urat kacang panjang
5 tangkai cili padi
3 helai daun limau purut
setengah cawan air
2 sudu besar minyak masak
garam dan gula secukup rasa

cara-caranya

1. Tumiskan cili giling, bawang merah, bawang putih, bawang besar, dan halia sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan serai yang telah dititik. Tumis sehingga serai kelihatan layu. Masukkan sos cili dan sos tiram. Tumis sebentar sebelum masukkan ayam dan bebola ikan.

2. Masukkan air dan biar sebentar supaya ayam dan bebola ikan masak. Setelah itu, masukkan sayur seperti kobis bunga, kacang panjang, lobak merah, dan baby corn.

3. Setelah kuah mula pekat, masukkan daun limau purut dan cili padi. Tambah gula dan garam mengikut citarasa. Biarkan dalam seminit dua sehingga kuah menjadi pekat.

4. Sedia dihidangkan bersama nasi panas dan juga nasi goreng.

Ni la hasilnya. Tadaaaaa~



p/s: saya masak xde la sedap mana pun...tapi suka nak try macam2. hehehe

p/s 2: cara yg lebih ringkas adalah... beli di kedai! =P

Tuesday, January 1, 2013

azam baharu

Hai! assalamualaikum... wahhh dah separuh hari untuk hari pertama di tahun baharu 2013. buat apa aje hari ini? cuti la katakan... mesti ramai yg ambil kesempatan melepakkan diri+menenangkan fikiran hari ini. kepada  budak sekolah, esok sekolah. oh, ya! kalu kelantan, terengganu, kedah dah mula hari ini kan?? selamat menempuh alam persekolahan. [apa aku bebel ni???]

saya hari ni takde buat apa-apa. as usual...dah macam habit pulak melepak2 depan laptop+tv sambil baca komik! huhuhu see, nothing change on me! suka buang masa. huhu actually, dengan keadaan diri yg belum sihat ni, memang terasa maaaaalas sangat nak buat apapun!

pagi tadi, masa bukak tv, saya terpandang wajah Datuk Dr Hj Fadzillah Kamsah. jadi guess kat MHI tv3. beliau bercakap pasal azam tahun baharu dengan si Ally Iskandar dan Fareha. yay! seronok pulak dengar. yalah, nasihat dan selingan dengan lawak. baru ada semangat nak mendengar.

beliau kata: 'kalau nak berazam tu, mesti berazam dengan penuh dan dapat menggambarkannya! kalau tak memang tak jadi.'

contoh:

azam tahun ni, saya nak jadi kaya.

cara macam ni adalah SALAH. kaya yang macam mana? kaya apa? kena penuh dan dapat dibayangkan. contohnya, saya nak jadi kaya dengan mengumpul duit dalam akaun sebanyak beribu-ribu lemon! ha, yg macam ni baharu kita nampak apa yang kita kejar untuk kaya, di mana nak menjana kekayaan, dan berapa targetnya.

contoh lain:

saya nak kurus.

kurus dari segi macam mana? nak turun berapa kg? nak diet macam mana? sampai bila nak diet? ayat untuk azam yang sebenarnya adalah; 'saya nak kurus macam pelakon aida aris, dan ianya akan menjadi realiti pada bulan 6.' tak pun; 'saya nak turun berat badan sebanyak 10kg dalam masa 3 bulan!'

lepas tu, Datuk ada beritahu, kalau dah mula nak laksanakan azam, paksa diri selama 40 hari! biasanya, orang hanya bersemangat dalam 3 minggu dan kemudian semangat tu luntur bila tak nampak kesannya. bila dah berhenti, memang susah nak sambung balik. maka, kena paksa diri. BERDOA agar dipermudahkan segala urusan, BERKAWAN DENGAN ORANG YANG POSITIF, dan jangan sesekali MENYERAH KALAH.

ada sesetengah orang pulak tak mau berazam. ada yang kata, ikut flow aje... Datuk cakap, kalau ada orang yang macam ni, dia umpama bawa kereta tapi tak tahu nak pergi mana, tak ada hala tujuan. hmm... macam saya aje! hahaha

adudu yang tak pernah kenal erti putus asa! hihi


ok. ini aje yg saya nak kongsikan. saya doakan apa yg anda impikan menjadi kenyataan dan dapat direalisasikan. (^_^)v

p/s: belum berazam apa-apa.


DUARIBUTIGABELAS

gambar


p/s: semakin meningkat umur... semakin banyak masa yang telah dibazirkan...