Friday, January 11, 2013

Paprik ayam or Ayam paprik?

Salam. Hai!~ Untuk menu tengah hari, hari ni, saya dah sediakan menu yang sangat ringkas. Tak tahu la mana satu yang betul. Paprik ayam atau Ayam paprik?? Entah laa...janji makan! Ok, ini bahan-bahannya.


Bahan

4 ketul ayam bahagian dada dipotong dadu
5 biji bebola ikan dipotong 4
1 sudu besar cili giling
2 ulas bawang merah - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
1 ulas bawang besar - dimayang
1/4 inci halia - dihiris
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
setangkai serai dititik
kobis bunga
lobak merah - dipotong panjang
baby corn
2 urat kacang panjang
5 tangkai cili padi
3 helai daun limau purut
setengah cawan air
2 sudu besar minyak masak
garam dan gula secukup rasa

cara-caranya

1. Tumiskan cili giling, bawang merah, bawang putih, bawang besar, dan halia sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan serai yang telah dititik. Tumis sehingga serai kelihatan layu. Masukkan sos cili dan sos tiram. Tumis sebentar sebelum masukkan ayam dan bebola ikan.

2. Masukkan air dan biar sebentar supaya ayam dan bebola ikan masak. Setelah itu, masukkan sayur seperti kobis bunga, kacang panjang, lobak merah, dan baby corn.

3. Setelah kuah mula pekat, masukkan daun limau purut dan cili padi. Tambah gula dan garam mengikut citarasa. Biarkan dalam seminit dua sehingga kuah menjadi pekat.

4. Sedia dihidangkan bersama nasi panas dan juga nasi goreng.

Ni la hasilnya. Tadaaaaa~



p/s: saya masak xde la sedap mana pun...tapi suka nak try macam2. hehehe

p/s 2: cara yg lebih ringkas adalah... beli di kedai! =P

4 comments:

amal said...

heee boleh try masak ni ;)
rajinnyee yana update blog. wani dah malassss huu.. ni tgh berusaha nak start blogging balik hehehe

L.R said...

@amal

tgh syok dgn blog...sbb dah bosan dgn fb. hehehe

akuiwana said...

waaaa laparnyaa tgk.dhla kak long suka nasi goreng paprik.nyumm!

L.R said...

@akuiwana

i like tooo!!~