Saturday, July 18, 2009

SKRIP 7707... [180709-akan datang]

assalamualaikum... dan salam satu Malaysia.


sebagai rakyat Malaysia kita perlulah menyokong setiap barangan buatan Malaysia. berbangga dengan hasil dan keluaran negara sendiri.

pada satu tarikh -160709- seluruh negara digemparkan dengan tayangan filem terbaru arahan Prof. Madya A.Razak Mohaideen yang berjudul SKRIP 7707. kenapa tajuknya begitu? sebab cter ni dah dua tahun lamanya disimpan. 7707 tu adalah tarikh filem itu, bukanlah nombor untuk cabutan 4D atau sebagainya. [jgn berjudi... haram!!!!]

filem ini berkisah 9 cerita seram yg diceritakan kpd penulis skrip. errmmm... patut ke aku cerita lebih? nanti cam tak syok la kalu yg x tgok lagi nak p tgok. kan??? tp takpe... tengoklah cerita ni. memang tak rugi. bukan sebab cerita ni seram sgt... [aku asyik duk gelak je... hehe] tapi sebab kisah yg diceritakan adalah kisah yg berlaku di sekeliling kiter. percaya atau tidak tp ada kisah yg diceritakan dalam filem ini, mmg pernah terjadi.


DAN.... malam tadi, aku tidur pukul nak dekat pukul 5 pagi (180709) sebab aku begitu seronok buat 'skrip' dengan jiran aku. ekceli, aku hang out dgn member n balik ke kolej kediaman dalam pukul 12 tghmlm. [jgn takut... hantu takut pd org yg naked. so, naked la kalu jumpa hantu]

dan dalam pukul 1 pg, jiran aku dtg, menyerikan lagi bilik ku yg sunyi dan sepi. apa yg terjadi erk? errmm... kami bercerita pasal SKRIP 7707. akhirnya, dari 9 cerita seram Prof.Madya, bertambahlah cerita seram yg kami pernah dengar dari mulut teman2... cerita sewaktu ktorg belajar di kolej lama ktorg. antaranya ialah:

1. HANTU MAKCIK KARIPAP
[pernah dgr x? makcik ni suka dtg kat tingkap tempat bdk2 studi n jual karipap pd tgh mlm. yg bestnyer, makcik tu leh muncul kat mana2 level je. hehehe seram...]

2.HANTU ORANG SEBELAH
[ni pun femes gak kat kolej aku dulu. 'menda' ni suka main pintu. asyik ketuk pintu je. masuknyer x. ble org kat dlm bilik tny siapa, dia akan jwb org sebelah. sampai penghuni bilik tu fed up, dia terus bukak pintu. memang orang sebelah tp bukan jiran yg duduk sebelah bilik dia tp orang tu ada sebelah je badan dia yg muncul. seram x???]

3. HANTU NENEK ALMARI
[yg ni mmg seram. nenek tu akan duduk di atas almari dan bergoyang kaki. siapa yg terjaga lalu ternampak nenek tu, jaga2 la. sebab dia akan tegur. walau anda pura2 tidur pun dia akan tegur. "ye...ye... nenek tahu, cucu tak tidur..." Ha... jgn biarkan nenek anda di atas almari. nti dia jatuh, susah lak kiter...]

4. HANTU MICKEY MOUSE
[sama kes dgn nenek di atas almari tp ni versi patung lak. patung tu leh bercakap. hmm... sukar aku nak percaya tp ada budak (boy) yg pernah alaminya. yg buat aku tertanya2, kenapa budak lelaki tu main patung mickey mouse??? sampai ke hari ni aku musykil. hmm...]


kalau nak tahu... ada yg lebih menyeramkan penghuni kolej aku dahulu selain drpd cerita hantu. 'Charlie'... mmg sgt menakutkan. kalu terkena 'menda' ni, amat meningglkan kesan yg dalam. habis berparut kat mana saja dia mendatangi. [ayat pun dah cam scary je...]

Charlie ni sejenis serangga [aku namakan dia 'unidentified insect' sebab aku xpernah jumpa serangga ni.] yg akan meninggalkan parut pada tubuh manusia jika dia menghinggap. aku cuma fikir dia hanya nak melindungi diri aje... ntah la. yg BEST, aku TAK PERNAH KENA. hahaha

DAN... sebenarnya, aku pun pernah mengalami pengalaman seram macam ni. aku tak seru dia datang tapi suka suki aje muncul depan mata aku. huhu dan cerita yg lain hampir sama dengan cerita SKRIP 7707 dan aku rasa cerita aku lebih menyeramkan dan menakutkan. hehe

p/s: sokonglah barangan buatan Malaysia.

p/s 2: kalu nak tau kisah seram, kontek lah aku. nanti aku cerita kan... [heeeyyy... tegak bulu roma aku.]

p/s 3: malam td, bukan cerita hantu aje tp benda yg lg personal dah keluar. huhu macam sharing la pulak. hehehe

p/s 4: lepas ni nak try tgok teater lak. tak pernah tengok teater yg dipentaskan di luar UPM. IB, DBP... i'm coming!!!!!!!!!!!!!!!

sekian, terima kasih.

1 comment:

::alwaniamalini:: said...

huh charlie tu yang paling ngeram (ngeri+seram).sekali terkena, parutnya kekal smpai bila2.wah sadis tol....