Monday, July 27, 2009

IRD in Malaysia by Insitut Pertanian Bogor, Indonesia

assalamualaikum... dan salam 1 Malaysia.

hari ini hari isnin. kenapa dengan hari ni? tau tak... 22 Julai ari tu aku terima emel drpd Kak Rina [Pembantu Pendaftar Fakulti Pengajian Alam Sekitar] yg menyuruh kami [sekalian pelajar tempatan fakulti yg terindah itu] menghadiri International Roundtable Discussion in Malaysia by Insitut Pertanian Bogor.

berikut adalah ringkasan mengenai aktiviti ini.

satu delegasi seramai 40 orang pelajar siswazah di bawah program International Roundtable Discussion in Malaysia daripada Insitut Pertanian Bogor, Indonesia akan berkunjung ke Malaysia dari 25-31 Julai 2009. Program di UPM dijadualkan pada 27 Julai 2009 (Isnin).

Antara pengisian lawatan di UPM adalah pembentangan prosiding oleh pelajar berkenaan. Tajuk prosiding yang akan dibentangkan adalah seperti berikut:

1. Sumbangan Pemikiran Pasca Dalam Pengentasan Kemiskinan
2. Global Warming: Kajian Kerentanan (Vulnerability) dan Strategi Adaptasi Perubahan Iklim Terhadap Sektor Pertanian : Studi Kasus Pulau Lombok NTB.
3. Ketahanan Pangan: Solusi pemecahan masalah swasembada
4.Peran Pemuda dalam Pemanfaatan Sumberdaya Kelautan
5.Pengkajian Daerah Potensi Ikan Madidihang (Thunnus Albacres) Pada Musim Timur Dengan Menggunakan Data Satelit di Perairan Kabupaten Wakatobi Sulawesi Tenggara
6. Kebijakan Pertanian: Tantangan dan Prosepeknya
7. Reformasi dan Otonomi Daerah: Kepimpinan Aparatur Pemerintahan di Indonesia di Era Reformasi
8. Teknologi tepat guna dalam Reklamasi Lahan
9. Efek Anomali Temperatur Terhadap Produktivitas Ikan Pelagis
10. Kajian Kebijakan Harga Pangan Nonberas Dalam Konteks Ketahanan Pangan Nasional
11. Aplikasi Food Intake Dalam Meningkatkan Produksi Sapi
12. Strategi Pengembangan Ekotourism di Pulau-pulau kecil di Makasar Sulawesi Selatan
13. Strategi Pengembangan Agropolitan Pengembangan Jagung di Propinsi Gorontalo dalam Menopang Ketahanan pangan di Indonesia
14. Pengelolaan Sumberdaya Laut Sebagai Alternatif Sumber Pangan di Indonesia

Sehubungan itu, semua pelajar tempatan M.Sc dan PhD diminta menghadirkan diri semasa sesi pembentangan pada 27 Julai 2009 (Isnin). Sesi perbincangan bersama delegasi pelajar berkenaan juga akan diadakan selepas sesi pembentangan. Butir-butir adalah seperti berikut:

Tarikh : 27 Julai 2009 (Isnin)

Tempat : Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian (di bangunan Fakulti Pertanian lama bersebelahan ITMA)

Aturcara :

9.00 pagi - pendaftaran
9.30 pagi - 10.30 pagi - pembentangan sesi 1
- sesi perbincangan/Q&A
10.30 pagi - minum pagi
10.30 pagi - 12.30 tengahari - pembentangan sesi 1
- sesi perbincangan/Q&A
12.30 tengahari - makan tengahari
- bersurai

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Pejabat Timbalan Dekan Siswazah. Kehadiran tuan/puan amat diharapkan dalam menyokong aktiviti yang dijalankan oleh universiti. Kerjasama tuan/puan didahului dengan ribuan terima kasih.


dan aku p la dgn anje... pukul 9 lebih baru bertolak dari bilik. sampai sana... cam berdebar-debar lak nak masuk. hehehehe habis kitaorang tawaf satu fakulti Pertanian dulu, sempat SMS kawan lg, lambung syiling nak masuk ke tak... baru kitaorang masuk. pastu aku amik meja paling hujung dan terletak di bucu. bila aku pandang ahli kumpulan dekat meja yg aku duduk tu, aku terpandang Dr.Wan dan abg Armi [org kuat fakulti]. alamak... habis la aku!!!! aku senyum je la. hehehe dlm pukul 10 camtu, rehat untuk minum pagi. masa tu, barulah aku nampak dekan, Prof. Nasir. dia jalan dan mai ke meja yg aku duduk untuk jumpa Dr.Wan. entah apa yg dia orang borakkan pun aku x tau cuma yg aku tau, dekan ada tny: "Budak kita ada ke?" Dr.wan cakap: "Ada..." pastu dia tunjuk ke arah anje. [anje... u are the most wanted. hikhik] pastu abg Armi lak kata: "ni... ada ni." ia tunjuk kat aku pulak. hadoi... kantoi lak. huhuhu

bila time rehat tu, aku dah berkira2 nak balik. siap lambung syiling lagi tu. last2 masuk gak... n dgr diorg present smp habis waktu. agaknyer kejutan bahasa buat aku penin. yalah... penin. mmg dia guna bahasa melayu tapi bahasa melayu indonesia... dan bahasa inggeris+slang indonesia. hmmm.... agak kepayahan jugalah untuk memahaminya. dan apapun, aku dpt jugalah memanfaatkan aktiviti ini. ok la....

aku leh bg.... ermmm... 3 bintang rpd 5. ok lah kan??? ok...cau cin cau!!!!

p/s: kalu ada seminar lg... panggillah aku. hehehe

p/s 2: aku bru je bukak emel reminder drpd kak rina. dia anta pg tadi. huhu

No comments: