Tuesday, December 31, 2013

apa terjadi di 2013??

Assalamualaikum. Hai!!~ Rasanya dah lama x corat coret kat LHK:PH ni.. Hmm...Tak sangka... memang pantas masa berlalu. Tahun 2013 dah nak meninggalkan kita.

Dan sepanjang tahun 2013 ni, macam-macam dah berlaku... sama ada pada diri saya, kawan2 saya, mahupun keluarga saya. Ada beberapa yang mengguris hati. Tak seronok nak kenang... tapi kadang-kadang kena fikir juga sebab masih belum ada penyelesaiannya lagi.

Lepas sorang, sorang kena. Hmm... ujian apakah ini??

Saya tahu... dan saya tak pernah lupa yang ALLAH Maha Berkuasa. Dan ALLAH SWT juga tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Kami semua terima dengan tabah dan redha. Semoga pahala buat kami dengan memberatkan timbangan sebelah kanan kami. Aaminn...

Saya rasa... saya tak banyak benda yang saya buat di tahun 2013. Tapi tahun ni agak hebat jugak dengan kisah resepi saya... dari masakan tengah hari hingga hidangan hari raya dan kek serta biskut! Haha terima kasih kepada semua yang sudi review...yg jadi silent reader, terima kasih kerana support. Hoho (dah mula dah mode perasan! haha)

Ramai kawan2, sedara mara yang kahwin, tunang, dirisik, dan dapat baby pada tahun ni. Tahniah!!~ Semoga berbahagia hingga syurga. Baby baby sekalian, semoga menjadi anak yang soleh dan solehah. Ingatlah, orang tuamu hanya membawa 3 perkara aje bila nyawa sudah terpisah dari jasad iaitu; ilmu yang bermanfaat, amal jariah, dan anak soleh yang mendoakan mereka.

Lupa pulak! Congratz to our beloved anje for her engagement on Dec 26th 2013. Anje a.k.a fairuz adalah adik beradik kami PCD yang ke lapan. Tahniah...tahniah!!~ Tahun depan kami serang SP!! hihi

gambar cilok dari fb kak long sepupu anje... hehe

Oh ya! Tahun ni agak aktif sikit dalam politik. Haha sebab pilihanraya umum kot... alhamdulillah... pakcik kekal dengan jawatan dia. (^___^)v

Tapi... bulan Jun hari tu, pakcik ateh a.k.a pak ayob, suami mak teh, kakak abah, kembali ke rahmatullah setelah berbulan-bulan di hospital Selayang akibat sakit peparu. Dan awal bulan November, sepupu abah, mak zai, juga kembali ke rahmatullah akibat keracunan makanan. Doa saya, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama roh-roh orang yang beriman. Aaminnn~

Ada benda yang saya buat dengan gigihnya tahun ni. Saya dengan along a.k.a noraini semangat ke utara Malaysia. Hanya berdua! Ke mana?? Haaa... rahsia... Hihi tapi memang tak sangka, hasil usaha gigih kami tu amat mencipta kenangan yang sangat manis dan best! Along!! Anne harap kita dapat teruskan kegigihan kita ke utara lagi bulan 3 nanti. Bincang la dengan mek erk. Love u! Muaahh!!~


miss the feeling when sitting there...subhanallah... (gambar cilok dari along...hahaha)

Bulan November, saya dapat kerja dekat MOE. Hanya kerja sambilan...ini pun atas pelawaan alang a.k.a chanII. Thanks a lot kak lang for the chance. Love u so much!! Muaahh!!~ (sebenarnya ada juga 'org lain' yang terlibat.) Apapun, saya dah ada kerja. Sementara saya menghabiskan apa yang tertangguh dulu.

Oh ya! Bulan November juga kami dah release butik online kami. Kami?? Siapa kami?? Saya, along, angah, and uda. Semua ni geng PCD laa... (^___^)v Nama butik kami GLadies Wardrobe. G bermakna Gorgeous dan nama asalnya ialah Gojes Ladies. Bila kami usulkan perkara ni kepada Usu, Usu pun bagi idea GLadies dan Wardrobe digunakan sebab ianya berdasarkan dari apa yang kami ada di dalam almari kami. Hehe itulah sekiannya cerita pasal butik online kami.
Sudi-sudikanlah diri untuk jenguk ke fanpage Facebook kami.


Hmm... apa lagi erk nak cerita?? Setakat ni...sibuk dengan kerja ajelah. Fail banyak nak kena kemaskini. Itulah kerja saya. Diselubungi dengan fail-fail di bilik fail. Dan alhamdulillah...kontrak sambung untuk tahun 2014.

Azam pulak?! Tak ada azam. Saya cuma banyak 'hutang'. 'Hutang' dengan Tuhan. Wajib bayar! Hehe

Doakan saya erk! Banyak sangat benda nak buat tapi cam susah aje nak settle kan. Haishhh...

Buat keluarga, sahabat, kawan2, musuh, yang saya kenal, yang saya terlupa, dan yang saya cintai dari jauh, saya doakan kalian semua sentiasa berada di bawah lindunganNya. Semoga apa sahaja yang korang ingin capai akan dapat direalisasikan. Yang belum kaya (macam saya), saya doakan cepat kaya. Yang belum dapat kerja (macam saya), saya doakan rezeki terbuka untuk kalian. Yang belum bertemu jodoh (macam saya), saya doakan semoga Allah perkenankan pilihan hati kalian. Yang belum bertaubat or berubah (macam saya), saya doakan semoga kita sempat mendapat keampunan dariNya, Yang sakit-sakit (macam saya juga), semoga cepat sembuh. Yang masih mengharapkan kemaafan dan cinta (punnn macam saya), saya doakan hatinya terbuka buat kalian.

p/s: saya tak ada niat nak persenda sesiapa dan harap apa yang saya tulis ni dapat membuka minda kalian (minda saya juga) dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Ianya hanyalah apa yang terlintas di fikiran saya. Maaf kalau ada yang rasa terganggu. m(_   _)m

Thursday, December 19, 2013

GLW Halfmoon

Assalamualaikum. Jom shoppingggg!! Haha sila scroll ke bawah... (^___^)v


GLW Halfmoon RM15


Kod: GLWH-01, GLWH-02


GLW Halfmoon 3 Layer


Kod (Dari bawah ke atas): GLWH-3L-01, GLWH-3L-02, GLWH-3L-03

Berharga RM18 (tidak termasuk pos).

Berminat, atau ingin membuat tempahan?
Sila hubungi kami,
Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan harga, sila pm atau hubungi:
Noraini - 0199234650
Dina - 0122251902
Hartini - 0176063466
Liana - 0175490299
(SMS/Whatsapp/WeChat)

p/s: sedihhh...Malaysia terkandas di separuh akhir bola sepak Sukan Sea Myanmar...huhuhu

Wednesday, December 18, 2013

CINDERELLA (Di pawagam 19 DISEMBER 2013)

Holaaa...

Masih ingat lagu ni??




ingat lagi x dia orang ni???


sekarang ni dah ada cinderella yang terbaru!! nak tengokkkk... hahahaha


Nelydia sebagai Nurul dan Fizo sebagai Salman... sweet ble tgok trailer movie ni!! hehe

p/s: tetiba feeling excited terlebih. ngee~

GLW Shawl

Assalamualaikum. Hai all!!!

GLadies Wardrobe come out with another new styles. Opss...omputih la pulak. Huhu maafkan saya...

Shawl Glitter Chiffon, hasil terbaru kami. Senang dipakai dan yang penting membuatkan hari-hari anda semakin bermakna.


Harga RM15 (tidak termasuk bayaran pos) dan bayaran pos percuma untuk 3 helai ke atas.

Berminat, atau ingin membuat tempahan?
Sila hubungi kami,
Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan harga, sila pm atau hubungi:
Noraini - 0199234650
Dina - 0122251902
Hartini - 0176063466
Liana - 0175490299
(SMS/Whatsapp/WeChat)

Kalau ada yang duk bangi or serdang, boleh jumpa saya terus. (^___^)v mungkin ada pelanggan yang lebih selesa jika boleh pegang materialnya. 

p/s: pengorbanan itu perlu. hmm...

Monday, December 9, 2013

Sepupu ku kahwin

Assalamualaikum. Hai semua!! update laju2 ni... selsema skrg dan saya sdg berehat di rumah... huhu

1hb Dis hari tu sepupu saya, Arif Fahmi selamat bergelar suami orang. Gigih saya balik ke kampung..haha

Apapun, selamat pengantin baru buat ayep dan pasangannya, Fida. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Aminnn Kepada Fida, selamat datang ke dalam famili kami yang suka gelak ni! Haha















try look at 3 men there...sama je muka..haha

humairah!!! awat hang tembam sgt??? gerammmm!!!~


budak ni...kene kidnap pun dia rileks aje... hahaha

p/s: nanti nak update pasal GLW... kami ada design baru yg gojes beb! hehe

Tuesday, December 3, 2013

GLW Jelita

Assalamualaikum. Hai semua! Selamat masuk ke bulan terakhir di tahun 2013 ini. Apapun entri kali ini nak cerita pasal GLW Jelita. Bukanlah nak cerita sangat tapi nak tunjuk tudung syria yang sangat cantik!

GLW-12 (bahagian hadapan)

GLW-12 (bahagian belakang)

GLW-10, GLW-11, GLW-12, GLW-13
Amacam?? cantikkan?? saya tak tipuuu!!! hehe

Nak tengok yang lain?? Sila kunjungi Facebook kami

untuk info boleh contact;

Noraini - 0199234650
Dina - 0122251902
Hartini - 0176063466
Liana - 0175490299
(SMS/Whatsapp)

p/s: tak sabar nak berjimba! (^____^)v

Tuesday, November 26, 2013

GLadies Wardrobe : First Release

Assalamualaikum. Hai semua!! Haha entri kali ni nak promote hijab yang pertama kami keluarkan.

GLW-01

GLW-02

GLW-03 (Sisi)

GLW-03 (Belakang)

GLW-04

Sila 'LIKE' fanpage kami di Facebook ya!

Kami, geng GLadies Wardrobe mengucapkan terima kasih kerana sudi singgah dan 'LIKE' fanpage kami di Facebook.

p/s: jangan bosan erk kalau lepas ni asyik cerita GLW..hehe Selamat membeli belah!~

Sunday, November 24, 2013

ProMo : GLadies Wardrobe

Assalamualaikum. Hye semua!!! Kali ni nak share dan nak promote business online kami, PCD. Tadi kami, saya dan along pergi rumah angah, nak buat photoshoot. Buat dekat rumah aje sebab ada si Fateh yang sangat comel dan aktif! Haha

Bergilir-gilir ambil gambar model sebab kena jaga Fateh sekali. Haha memang membina pengalaman! Balik tadi sambung photoshoot gambar tudung-tudung aje. Nak buat cover photo lagi... Huhu apapun, page dah create kat FB. Lepas ni bolehlah beroperasi. Hihi


Silalah Like erk. (^___^)

p/s: kami budak baru belajar... kalau salah tolong tunjukkan. hehe

Friday, November 15, 2013

Bertemu dan berpisah

Assalamualaikum. Hai!!~ Fuhhh... lama sudah tak mengarang cerita dongeng kat sini. =) Masih ada ke yang sudi membaca nukilan yg entah apa-apa entah? Haha

Nampakkan tajuk di atas??!! Saya sekarang ni duduk kat Bangi. Alhamdulillah... dah 3 hari saya kerja dekat KPM Cyberjaya. Terima kasih atas doa rakan-rakan. Terharu! Huhu

Tadi, ada seorang ofismate nak berhenti kerja. Dia dapat sambung belajar. Walaupun baru tiga hari kenal, tapi disebabkan saya duduk satu meja dengan dia (ada 2 orang lagi), dah rasa macam tiga minggu. Sedih pulak rasanya bila tulis entri ni. (T___T) Dia staff paling muda dekat situ. Baru 20 so memang baguslah dia sambung belajar. Yalah, untuk ke tahap yang lebih tinggi lagi.

So, ofismate yang lain plan nak wat makan2 sikit. Saya pulak bawa diri aje! haha

Okeylah. Malas pulak nak cerita macam-macam. Saya share gambar ajelah erk...

cik adik yg diraikan... mafuzah!

sempat dia posing...hehe

pot luck ofismate

group meja saya kecuali yg tudung brown. ngeee~

teman gurau senda saya... =)

makanan kami!!!

menunggu semua orang dtg berkumpul...

seronok dia dapat hadiah best. gonna miss u, babe! 
p/s: selamat belajar cik adik!!! jangan nakal-nakal tau... hihi

p/s 2: makin kenal ramai makin macam-macam ragam! sabar aje laaa... (-__-")

Tuesday, November 5, 2013

Mashed Potato and Gravy - untuk sarapan pagi tadi

Assalamualaikum. Hi all! Tetiba omputih lak ni... haha

Ok! Sebenarnya kentang lenyek or kentang putar or mashed potato ni saya cadang nak buat petang semalam tapi tak tahu kenapa malas. Maybe sebab dah makan burger kot. Oh ya! Semalam p pasar malam. Hehe Beria p bli barang...last-last tak buat pun. So, saya buat mashed potato untuk sarapan pagi. Apapun abah dah kuar p bli nasi lemak. Haha

Tak mengambil masa yang lama untuk membuatnya. Saya rujuk kat blog kak Hana dan blog CikTom. Tapi saya alter dengan kaedah yang saya rasa mudah bagi saya. Hoho

Semangat nak buat kentang putar ni sebab abang saya beli berkilo-kilo kentang. Dia minta saya buatkan kerepek kentang sira pedas. Tapi dah jadi lain... ampun ya bang! Kalau ko balik nanti, aku buatkan kerepek kentang. Haha

Apapun, jom tengok bahan-bahannya.

Kentang putar

Bahan
6 biji kentang | dikupas kulit dan dibelah 4 or 5 or 6 or 7 or 8
1 sudu kecil serbuk lada hitam (boleh guna lada hitam yang biji tu tapi tumbuk sampai halus)
5 sudu besar susu segar
2 sudu besar mentega
1/2 sudu kecil garam
Air | untuk merebus kentang

Cara
1. Kentang yang telah dibelah, direbus di dalam periuk sehingga betul-betul empuk. Kentang yang cantik akan menjadi gebu bila cukup rebus.
2. Apabila kentang sudah empuk, toskan ia dan masukkan ke dalam bekas plastik. Sementara tengah panas, masukkan semua bahan dan tumbuk sampai betul-betul lumat dan sebati. Kalau nak guna mixer pun boleh. Nak guna blender pun boleh.
3. Jika dah betul-betul lumat, bolehlah dihidangkan.

Gravy or sos kentang putar

Bahan
1 biji bawang besar | dikisar
4 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum | dilarutkan dengan sedikit air
2 cawan air
2 ketul kiub ayam (saya guna jenama knorr)
1 sudu sos tomato (kalau tak ada, boleh guna sos cili)
1 sudu sos tiram (tak ada pun tak apa)
2 sudu kecil serbuk lada hitam (boleh guna lada hitam biji tapi tumbuk sampai halus)
1/2 sudu kecil kicap pekat (boleh guna kicap masin tapi kuantitinya jadi 1 sudu)
garam (rasa dahulu kuah baru bubuh garam)

Cara
1. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Api jangan terlalu besar nanti mentega hangit. Agak-agak dah mula nak cair, masukkan bawang besar yang dikisar. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan kiub ayam, sos tomato, sos tiram, lada hitam. Gaul sekejap dan kemudian masukkan air.
3. Masukkan kicap pekat dan gaul lagi. Apabila sudah mula menggelegak, masukkan bancuhan tepung. Gaul dan ia cepat menjadikan kuah likat.
4. Rasa masinnya dan gaul sehingga kuah pekat. Tutup api dan bolehlah disiram di atas kentang putar. Sedia untuk dihidangkan.

Petang tadi makan lagi... siap goreng ayam lagi! Haha

Selamat mencuba!~

p/s: Berat bagiku untuk ku melupakan dirimu, ku susun doa agar kau dapat rasa cintaku... lalala~

Monday, November 4, 2013

Thursday, October 31, 2013

Kursus Pembuatan Coklat Buatan Tangan - Part 2

Assalamualaikum. Hai hai hai... ni nak cerita intipati yang saya dapat masa belajar buat coklat dekat LKM Hilir Perak. Cerita lain pun banyak..ketawa pun banyak gak... Haha seronok! Yalah, kalau semua geng yang datang tu sporting, tak kira usia tua atau muda, kita akan rasa satu suasana yang sangat happy. (^___^)

Ok. Mari teruskan bacaan anda dengan apa yang saya ingin kongsikan.

Jenis-jenis coklat
Ada 3 jenis coklat iaitu;
1. Coklat gelap/plain/pahit - coklat yang paling baik untuk kesihatan kerana mengandungi antioksidan (awet muda).
2. Coklat susu - yang biasa kita makan.
3. Coklat putih - yang biasa kita nampak di kedai-kedai..

Formulasi Pembuatan Coklat

Bahan-bahan              Coklat Susu         Coklat Gelap            Coklat Putih
Gula halus                    35-55 %                     35-55 %                       35-55 %
Pepejal koko                 8-20 %                     40-60 %                            0 %
Lemak koko                  < 30 %                      < 20 %                        20-40 %
Susu tepung                   < 25 %                       0-8 %                          < 25 %
Lesitin                            0.05 %                      0.05 %                         0.05 %

Peralatan pembuatan coklat di rumah
1. Penghawa dingin (untuk real choc)
2. Peti sejuk (Bahagian chiller) 10-16 darjah celsius
3. marble slab/papan marmar yang matang (untuk real choc)
4. Ketuhar/double boiler - mencairkan blok coklat

Selain itu;
mixer, dapur gas, periuk, mangkuk (stainless steel), senduk (kayu/plastik), scrapper, termometer, alat penimbang, pisau pemotong, dulang plastik, bekas loyang, acuan plastik, piping bag & nozzle, bar plastic atau aluminium, aluminium foil, apron.

antara peralatan yang digunakan
Semasa kursus, kami diajar untuk membuat coklat daripada dua jenis blok coklat iaitu real chocolate atau coklat tulen dan coklat kompaund.

Coklat tulen atau real choc memerlukan cara yang khusus untuk pembuatannya.
Proses: Coklat bar - dicairkan - tempering/pendinginan - pembentukan (acuan) - penyejukan
Pembuatan coklat tulen memerlukan suasana yang dingin (air-conditioning) dan batu marmar untuk proses tempering (supaya suhu turun pada suhu yang sesuai iaitu 28 darjah celsius).

Coklat kompaund pula lebih mudah untuk disediakan.
Proses: Coklat bar - dicairkan - pembentukan (acuan) - penyejukan

Kebanyakkan usahawan coklat menjual coklat yang diperbuat daripada coklat kompaund kerana boleh dijual dengan harga yang rendah.

Jenis-jenis coklat yang boleh dihasilkan
1. Coklat kosong
2. Coklat pralin (kekacang)
3. Coklat Trufel Berinti (Shell moulding)
4. Coklat salutan (enrobing)
5. Coklat bentuk (hollow figure)

Pantang larang
1. Jangan campurkan real choc dengan compound choc sebab dia orang berdua ni memang takkan melekat di antara satu sama lain. Coklat takkan jadi.
2. Kalau nak buat coklat putih yang berperasa, gunakan oil based food colouring. Kalau guna water based, alamat tak menjadilah coklat anda.
3. Musuh utama coklat adalah air dan suhu. Jangan dedahkan coklat kepada suhu yang tinggi dan pastikan persekitaran kering dari air dan kelembapan yang boleh merosakkan struktur coklat (coklat akan berketul).
4. Jika mahu masukkan coklat ke dalam paper cup, sila guna sarung tangan plastik. Tangan ada haba dan ianya boleh menyebabkan cap jari tertinggal di atas coklat.
5. Jika buat coklat daripada real choc, pastikan suhunya tepat (28 darjah celcius) semasa tempering untuk mengelakkan coklat jadi tak cantik dan kalau suhu tinggi, coklat akan melekat pada bekas acuan dan tidak dapat dikeluarkan.

Amacam?! Dah ada perasaan nak buat coklat sendiri?? Boleh contact saya untuk maklumat lanjut. Tapi... saya bukan pembekal bahan tau. Saya cuma boleh bagi tunjuk ajar je tapi yang basic ajelah...haha
Nota saya dari buku ni laaa... lalalala~

p/s: tengah mencari peluang nak jadi usahawan... hehe

p/s 2: kalau nak apa-apa maklumat, boleh pm saya. nanti saya share apa yg ada dalam buku ni kat anda...