Tuesday, November 5, 2013

Mashed Potato and Gravy - untuk sarapan pagi tadi

Assalamualaikum. Hi all! Tetiba omputih lak ni... haha

Ok! Sebenarnya kentang lenyek or kentang putar or mashed potato ni saya cadang nak buat petang semalam tapi tak tahu kenapa malas. Maybe sebab dah makan burger kot. Oh ya! Semalam p pasar malam. Hehe Beria p bli barang...last-last tak buat pun. So, saya buat mashed potato untuk sarapan pagi. Apapun abah dah kuar p bli nasi lemak. Haha

Tak mengambil masa yang lama untuk membuatnya. Saya rujuk kat blog kak Hana dan blog CikTom. Tapi saya alter dengan kaedah yang saya rasa mudah bagi saya. Hoho

Semangat nak buat kentang putar ni sebab abang saya beli berkilo-kilo kentang. Dia minta saya buatkan kerepek kentang sira pedas. Tapi dah jadi lain... ampun ya bang! Kalau ko balik nanti, aku buatkan kerepek kentang. Haha

Apapun, jom tengok bahan-bahannya.

Kentang putar

Bahan
6 biji kentang | dikupas kulit dan dibelah 4 or 5 or 6 or 7 or 8
1 sudu kecil serbuk lada hitam (boleh guna lada hitam yang biji tu tapi tumbuk sampai halus)
5 sudu besar susu segar
2 sudu besar mentega
1/2 sudu kecil garam
Air | untuk merebus kentang

Cara
1. Kentang yang telah dibelah, direbus di dalam periuk sehingga betul-betul empuk. Kentang yang cantik akan menjadi gebu bila cukup rebus.
2. Apabila kentang sudah empuk, toskan ia dan masukkan ke dalam bekas plastik. Sementara tengah panas, masukkan semua bahan dan tumbuk sampai betul-betul lumat dan sebati. Kalau nak guna mixer pun boleh. Nak guna blender pun boleh.
3. Jika dah betul-betul lumat, bolehlah dihidangkan.

Gravy or sos kentang putar

Bahan
1 biji bawang besar | dikisar
4 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum | dilarutkan dengan sedikit air
2 cawan air
2 ketul kiub ayam (saya guna jenama knorr)
1 sudu sos tomato (kalau tak ada, boleh guna sos cili)
1 sudu sos tiram (tak ada pun tak apa)
2 sudu kecil serbuk lada hitam (boleh guna lada hitam biji tapi tumbuk sampai halus)
1/2 sudu kecil kicap pekat (boleh guna kicap masin tapi kuantitinya jadi 1 sudu)
garam (rasa dahulu kuah baru bubuh garam)

Cara
1. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Api jangan terlalu besar nanti mentega hangit. Agak-agak dah mula nak cair, masukkan bawang besar yang dikisar. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan kiub ayam, sos tomato, sos tiram, lada hitam. Gaul sekejap dan kemudian masukkan air.
3. Masukkan kicap pekat dan gaul lagi. Apabila sudah mula menggelegak, masukkan bancuhan tepung. Gaul dan ia cepat menjadikan kuah likat.
4. Rasa masinnya dan gaul sehingga kuah pekat. Tutup api dan bolehlah disiram di atas kentang putar. Sedia untuk dihidangkan.

Petang tadi makan lagi... siap goreng ayam lagi! Haha

Selamat mencuba!~

p/s: Berat bagiku untuk ku melupakan dirimu, ku susun doa agar kau dapat rasa cintaku... lalala~

2 comments:

hartiniyahya said...

anta ckit kt kl ni...

Lianamunyati Rusli said...

@hartiniyahya

nti i dtg kl kte buat sama2 erk.. =)