Saturday, February 28, 2015

Strok Haba #Berjaga-Jaga

Assalamualaikum...

Halo! Sudah sampai penghujung bulan Februari 2015. Cepatnya masa berlalu. Haishh.. azam masih tak gerak lagi ni! Haha (sempat pulak ketawa! ahaha)

Ok. Nak cerita pasal strok haba sebenarnya. Sudah dikhabarkan supaya sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga ketika musim panas ni. Musim panaskah sekarang?

Sekarang ni, kita dilanda fenomena ekuinoks. Fenomena ekuinoks ni akan berlangsung sehingga bulan April. Dalam kajian astronomi, ekuinoks ialah peristiwa apabila Matahari boleh diperhati tepat di atas khatulistiwa Bumi, sekitar 20 Mac dan 22 September setiap tahun. Pada hari ke-21, bulan terakhir setiap suku tahun dalam takwim suria terjadinya ekuinoks atau solstis. Pada tarikh-tarikh inilah waktu malam dan siang sama jangka masanya manakala Matahari melintas khatulistiwa cakerawala (iaitu, keserongan 0 darjah). Secara teknikal, ekuinoks terjadi apabila Matahari terletak di satu daripada dua titik bertentangan di sfera cakerawala iaitu bersilangnya khatulistiwa cakerawala dan ekliptik. Lebih lanjut lagi, ekuinoks merupakan dua hari dalam setiap tahun apabila pusat Matahari meluangkan tempoh masa yang sekata di atas dan bawah ufuk di setiap lokasi di Bumi.

Mengikut teori, waktu siang lebih lama berbanding waktu malam di satu ekuinoks. Dari Bumi, Matahari kelihatan sebagai sekeping cakera dan bukannya setompok cahaya yang tunggal; maka, apabila pusat Matahari di bawah ufuk, maka sisi atasnya kelihatan. Lebih-lebih lagi, atmosfera membiaskan cahaya; maka, sekalipun sisi atas Matahari di bawah ufuk, sinarnya mencapai ke atas ufuk ke bumi. Dalam jadual matahari terbit/terbenam, anggaran semi-diameter (jejari) Matahari ialah 16 minit lengkok manakala anggaran pembiasannya 34 minit lengkok. Gabungannya bererti apabila sisi atas Matahari terdapat pada ufuk nyata pusatnya terletak 50 minit lengkok di bawah ufuk geometri, iaitu persilangan dengan sfera cakerawala satah mengufuk pada mata pemerhati. Kesan-kean ini bersama-sama menjadikan waktu siang 14 minit lebih panjang berbanding waktu malam di khatulistiwa, dan maikn ke arah kutub, makin lama waktu siangnya. Kesamaan waktu siang dan malam yang sebenar hanya berlaku di tempat-tempat yang cukup jauh dari khatulistiwa agar mengalami sekurang-kurangnya perbezaan bermusim dalam tempoh siang sebanyak 7 minit dan terjadi selama beberapa hari menghadap sisi musim sejuk setiap ekuinoks.


Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekuinoks

Pengarah Institut Sains dan Teknologi Spatial, Profesor Dr Mazlan Hashim berkata fenomena itu akan menyebabkan waktu siang lebih panjang berbanding waktu normal.

Penipisan lapisan ozon kini, maka pendedahan cahaya matahari pada masa terbabit akan lebih dirasai berikutan suhu yang semakin meningkat terutamanya pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.

Pada masa ekuinoks ini sebenarnya, matahari  akan berada dekat dengan kita dengan Khatulistiwa.




Dalam pada itu, ekoran cuaca panas orang ramai turut dinasihatkan untuk mengelakkan daripada didedahkan kepada cahaya matahari ketika fenomena ini berlaku dan digalakkan untuk meminum lebih banyak air kosong.

Jadi secara, kita misalnya pada hari tertentu itu kalau waktu-waktu ekuinoks ini dinasihatkan kebanyakkan di bandar-bandar di dunia ini kita nasihatkan untuk tidak mendedahkan atau mendedahkan diri kita kepada matahari dengan banyak. Dan kita nasihatkan supaya lebih banyak meminum air kosong pada hari tertentu.

Tapi, memang ini adalah amalan biasa pada waktu-waktu musim-musim panas di negeri bermusim kita cuba galakkan menjauhkan pendedahan matahari pada waktu puncak antara 12 hingga 3 petang di mana radiasi uv itu lebih kita dapati, jadi suhu adalah tinggi.

Sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/fenomena-ekuinoks-malaysia-siap-siaga-hadapi-cuaca-panas-ekstrem-54437?cp

Sambung balik pasal strok haba.

Strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam. Suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Seterusnya boleh tengok diagram.


Cara merawat orang yang terkena strok haba

P/s: Jagalah kesihatan masing-masing.. | sy baru baik demam! alhamdulillah...

Sunday, February 8, 2015

Majlis Aqiqah Nur Azra Qaisara #BabyPCD (Mini ReU)

Assalamualaikum wbt! Halo halo.. Hehe

Harap cerita belum basi lagi. Haha 31hb Januari hari tu, saya ke Majlis Aqiqah anak Kak Uda (PCD), Hartini Yahya. Mula-mula pakat dengan Anje, nak pi sama-sama dengan depa (Anje and her husband). Anje ni mai dari Kedah ke KL dengan family dia sebab ada kenduri. Jadi, depa nak split dua group. Anje and husband pi kenduri Qaisara. Mama dan papa depa pi kenduri kat Subang. Tapi, bila Anje kata dia dah dapat kereta, maka, saya, as usual dengan Along, berkonvoi dengan Angah and her rest family. Dah plan dah nak konvoi dengan Alang and family tapi Alang ada hal yang tak dapat dielakkan. Oh, ya! Kenduri kat Telok Panglima Garang.

Kami gerak dari Serdang dalam pukul 2:15 petang dan berjumpa dengan Angah dekat Shell sebelah McD Kota Warisan. Lepas tu, terus pi ke rumah Uda. Majlis memang start tengah hari sampai ke petang. Dalam perjalanan, Along, Angah, Uda, dan Anje dok chatting-chatting kat WhatsApp. Anje yang sampai dulu habaq mai kat kita orang, hujan lebat. Masa tu, kita orang baru dapat mendung. Bila dah nak sampai, hujan memang lebat sangat! Saya park kereta kat belakang kereta Anje. Depa masih dalam kereta sebab takdak payung nak keluar. Abang Ngah pulak terus bawa kereta dekat dengan khemah untuk turunkan Angah dan Fateh. Masa tu baru nampak Uda datang bawak payung, pass kat Anje. Sangat gigih kami redah hujan. Walaupun berpayung, baju tetap basah gak sebab hujang sangat lebat.

Masuk aje rumah, terus salam dengan mak Uda dan saudara mara yang datang dari Sarawak. Peluk cium dengan Anje yang dah lama tak jumpa. Dengan Angah pun lama gak tak jumpa walaupun dekat. Memang reunion la! Saya selalu 'reunion' dengan Along aje. Maklumlah, masing-masing bujang! Tahun lepas rajin gak 'reunion' dengan Uda sekali. Masa tu Uda duduk KL, dekat nak pi jumpa. Sekarang ni, bila Uda dah ada baby, Uda pindah duduk dengan mertua dia.

Nur Azra Qaisara yang diraikan.
Siang dia tidoq sebab 'keja' shift malam. hihi
Bila dah duduk berkumpul tu, pasti akan teringat adik beradik PCD yang takdak. Walaupun masa tu dok amik gambar and pi hantaq kat depa yang tak mai, tapi kat hati dok pk.. 'kalau depa semua ada dan kita berkumpul semua, pasti syok!'

Haish, syahdu lak hati cheq! Hahahaha dah laaa.. jom layan gambar!

Selera depa makan..haha

Along dan anje the mak buyung! hihi
Abang Fateh baru bangun tidoq dan sangat pemalu...

Kena buliiii..haha

Kena buli episod 2. Haha
(Lena tidoq atas riba aunty anne)
Wefie!! (Uda nampak tangan pegang karipap! Hehe)
Ini gambar kami berlima ketika mini reunion di Majlis Aqiqah Qaisara. Err.. sebenarnya berlapan. Qaisara dan dua little caliphs bakal menyusul tak lama lagi. Hehe





p/s: Rindu awak... tiada hentinya! Haish... lamanya pi! Huhu

p/s 2: Mengorak pena di lembaran kertas diari.. nak buat reunion PCD!

Wednesday, February 4, 2015

Pesta Bowling 2015

Assalamualaikum..

Hai semua! Dalam kesibukan dan kehuruharaan yang berlaku di sekeliling kami, akhirnya kami berjaya membuka tirai tahun 2015 dengan Pesta Bowling di kalangan keluarga UPF. Haha

Sangat seronok kotttt! Rasa macam nak buat lagi. Hihi tapi perancangan seterusnya mungkin Hi-dinner. Tapi... kalau pergi berkelah pun ok jugak. Haish.. jauh betul saya pk! Hahaha

Ok, nak cerita pasal event Pesta Bowling 2015. Bertarikh 24 Jan 2015, pukul 3 petang, bertempat di Mines Bowl, The Mines (tempat bercanda sekian tahun dari masa study lagi! Hehe), kami yang terdiri dari empat kumpulan berkumpul. Daftar, ambil kasut dan terus ke lane masing-masing.

Gelak lebih banyak dari skor! Kehkehkeh Habis program, bergambar pulak. Memang awesome!

Jom layan gambar sekitar aktiviti...

Team 1

Team 2

Team 3

Team 4

Girls only..hihi (adam excluded..hahaha)

the sisters..
Our big family... today, tomorrow, and always!
Medal and shirt by Dania Bowl http://daniabowl.blogspot.com/

p/s: nampak sangat entry segera! Haha ada lagi perkara nak update... hrp2 cerita tak basi lagi...