Monday, November 30, 2009

LuaHaN HaTi KeKaSiH~

assalamualaikum dan salam sejahtera... apa erk yg aku nak cter kali ini? errmm... pasal raya haji? ada kaitan gak la tapi... susah nak cter mcm mana. huhu errmm... semalam, sebelum balik UPM, mama duduk sebelah aku masa aku tengah minum teh sorg2. bukanlah x biasa, selalu je tapi semalam lain. lain yg mcm mana? lain yg... entah la. xtau nak diklasifikasikan. huhu bicara dari hati ke hati kot. yg aku terkejut ble mama cakap... "ma nak tanya ni tapi jangan rasa kecil hati atau apa-apa. ma bukan nak marah cuma nak tahu je... ckp2 biasa..."
terkedu sekejap aku. ish, apahal pulak? aku pun dok fikir... aku ada buat salah ke? rasa cam xde. pastu mama pun sambung... "lia ada apa-apa dengan shaznie ke?" lagi la aku terkedu. erk?! apahal pulak ni? aku pun jawab la... "xde. nape?" mama pun balas... "xde pape. cuma nak tahu je. sebenarnya... kelmarin dia datang. tau kan?" aku angguk je. mmg aku tau dia dtg tp aku xsempat jumpa dia sebab aku syok sgt main game dlm blik abah. huhu "...dia tanya pasal lia..." mama sambung lagi. erk?! alamak... pehal pulak mamat ni? "lia mesej lg dgn dia ke? chatting?" aku geleng je. "ma bukan nak larang korg berkawan tp jgn bg dia harapan. mak bapak dia kte kenal... lia bukan xtau mcm mana mak bapak dia layan lia kan? haa... fikir elok2. kalu xnak ada pape, stop berhubung dgn dia. lain la kalu lia pun suka kat dia. sama2 suka... ma xkan halang..." ish, dah jauh mama fikir ni! huhu aku pun diam je... tetiba teringat peristiwa 11 tahun lalu... masa kitorg sek.rendah. hadoi...
apa aku nak buat erk? huhu~

Tuesday, November 24, 2009

Monday, November 16, 2009

14HB NoVEmBeR



Poster filem 2012? ini bukan sekadar poster je... tapi aku dah p tgok dah cter ni dan alhamdulillah.. cerita ini berbaloi. x sia-sia aku tunggu sampai kul 5 utk masuk panggung tgok cter ni. hoho ok, ni aku nak cter pengalaman aku membeli tiket wayang... bukan x pernah beli tapi kali ini lebih drama. huahuahua






actually, aku mmg dah cdg nak tgok cter 2012 ni... so, aku tanya la bebudak opis n geng2 PCD kalu ada sape2 nak tgok cter ni. cter ni kuar kat panggung pd 12hb n takkan nak p 12hb tu... hari keje. huhu pastu ktorg pun rncg nak p ari sabtu. dgn hujan renyai2... aku, tong a.k.a fatihah, dan jun pun meredah hujan p the mines kul 11 pagi sebab nak amik tiket kul 2.45 kononnya. aku try booking online n telefon tapi x dpt. huhu terpaksa kami gerak awal. sampai aje kat sana... terus ktorg tuju TGV. alamak... penuh sesak! line punya la pjg. sampai kat eskalator. huhu hadoi... time tu gak ktorg xputus asa. try call lagi tapi mmg xleh booking guna phone. berbaris agak lama gak la... sampai kul 12. 30. masa tgh berbaris tu, mata ktorg duk pndg skrin je... dah bnyk masa tygn yg dah kelip2... [tandanya FULL] ktorg terus pndg dan apabila nak sampai kat kaunter kul 2.45 lak yg kelip2. huwaaaa.... yg tinggal hanya pukul 5, pukul 6, dan pukul 9.20. nak x nak kene amik kul 5 sebab nti x sempat lak nak solat maghrib. huhu kul 5 pun dpt seat yg tepi2 dan hampir depan. ushh.... punya la laku cter ni.




masa yg berbaki dihabiskan di pusat karaoke dan food court. hehe habis tgok wayang, aku, nor, tong, n jun p giant. as usual... beli barang. hoho balik dalam kul 9.30 cam tu la tapi kat parking lot, xde bnyk kete yg kuar. confirm diorg tgok midnight movie. hehe aman bahagia sampai kolej... after mandi, aku pun lena... zzZZZzzZ!!!




ok la... nak sambung keje. hehe




p/s: rasa cam nak tgok senario the movie la pulak. haha


Monday, November 9, 2009

undangan perkahwinan~




hujung2 tahun ni, bnyk org melangsungkan walimatul urus termasuk la kwn2 aku. tahniah aku ucapkan... semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. aminnn...~ minggu depan (15hb) kawan sekolah aku kawen... minggu depan lagi satu (21hb) kawan sekolah aku jugak kawen. hehe kalau ada masa, insyaAllah~ aku datang... huhu sebenarnya... dah berkoyan2 kad undangan perkahwinan sampai kat umah untuk aku. sepanjang tahun rasanya. kat kampung aje pun dah melambak. huhu




tapi... ni yg tak sedap ni. huhu bila tiba time mcm ni, ramai la yg tanya. 'bila giliran ko, liana?' biasanya aku hanya jawab dengan senyuman...

sekadar gambar hiasan
kalu kepala tengah tingtong, aku jawab, 'esok... tapi sori la. aku x ajak korang. saje je nak buat korang marah... hehe...'

kalau tengah mood baik punya, 'oh, jodoh tak sampai lagi! insyaAllah suatu hari nanti...'

dan kalau aura nujum pak belalang aku sampai, aku akan jawab, 'aku xde boipren, camne la nak kawen... sape2 pun xnak kat aku. cian kan??? xpe la... biar la aku hidup membujang. huhu asalkan korang bahagia pun dah cukup. aku akan epi kalau korang epi... sayang korang sangat2!! [ada pulak yg cubit aku sbb bg jwpn camni... x patut betul. dah la aku buat muka paling kesian dalam dunia. sikit punya simpati pun xnak bg ke? hoho]

ada jugak yg mulut 'baik punyaaa' bg komen atas komen bernas aku... 'jgn nak tipu la, yana. hang tu smua perfect...' uiks, perfect?! tang mana yg perfect tu?? member pun sambung... 'pandai masak, kemas rumah, baik hati, pandai pujuk org, kelakar, xsuka marah2, pandai drift, bla, bla, bla, bla... dan arghhh!!! apahal ko cubit aku ni, yana?' padan muka ko! hahaha

pastu ada la pulak member lagi sorang ni masuk campur. 'haah... btol tu, yana. ke ko aje yang cerewet sangat? dah2... lupakan benda yg dah berlaku dulu. skrg bukak buku baru. kalau xnak bukak buku baru, aku bagi ko 95% perfect je.' aikk?? ada percentage jugak. lagi 5% tu nak cari katne? '5% lagi tu aku bagi ble ko dah jumpa mr. right ko. and then baru lah completely perfect!' macam2 la korang ni...
dan ada yg mulut cabul... 'yana, aku nak jd 5% ko leh? leh jadi 100%. hahaha' tangan aku dah naik dah nak cubit orang tapi tertahan sebab... nanti batal lak air sembahyang aku. huahuahua

p/s: ni kejadian tahun lepas... dan aku rasa tiap2 tahun akan jadi macam ni... huhu cian~

Friday, November 6, 2009

rindunya~

rindunya... rindu sangat2.... rinduuu~ rindu kat sape? ahaaa... bukan kat sape2 tapi rindu kat tempat dalam gambar ni. huhu... kat mana tempat ni? xde la jauh mana... still lagi area KL. huhu rindu tol la... dah lama x p sini. last p masa aku form 4. huhu rindunya~

oh, ya... tempat yg aku maksudkan adalah Memorial Tunku Abdul Rahman Putra kat Jalan Dato' Onn. dekat dgn Bank Negara Malaysia. huhu cantik kan pemandangan dari atas? kalau pergi sana, mesti lagi cantik. hoho rindu tol la...



pemandangan dari atas...
kenapa aku rindu erk??? huhu sebab rindu la. nak cakap pe lagi pulak kan?? haha banyak kenangan di sini. terlalu banyak~ kenangan yg menyentuh sanubari aku... mmg xkan aku lupakan apa yang berlaku di sini 7 tahun lalu. huhu
oh, ni kereta rasmi Tunku masa dia jd PM dulu. percaya atau x, dulu masa aku p, kereta ni penuh dgn habuk dan aku pun siap tinggalkan signature lg. confirm la sekarang dah xde lagi. hehe
ni pulak kat tingkat atas...
lihatlah muka kami yg suci... haha
dari kiri: raj, aku, anis, guna
rasa nak p la... tapi ble erk?? cam nak je p esok.huhu rindunya~ rindunya kat tempat jatuhnya cinta yang pertama. =p