Sunday, September 29, 2013

CheeseKut = Cheese+Biskut

Assalamualaikum. Hai semua!! Nak makan cheesekut?? Meh la datang rumah... Hehe tapi dah tinggal sikit. Petang semalam buat, pagi tadi hidang untuk breakfast dan petang tadi tinggal hujung bekas aje.

Ok. Resepi yang ringkas. Anda akan suka. Saya ambil resepi ni dari sahabat PCD saya, Puan Alwani. Katanya resepi asal dari blog http://sayepunyebelog.blogspot.com/2013/06/cheesekut.html. Apapun, thanks to both of you. (^____^)v Dorang guna deluxe cream cracker cap Hup Seng tapi saya rembat mana-mana cracker yang ada di rumah. Pastu mak dok cari mana biskut empat segi...rupanya dah duk dalam peti ais, Hahaha ampunnn ma! Esok orang carikan yang lain...

Jom tengok bahan-bahan dan cara-cara.

Bahan-bahan
1 paket biskut cream crackers
220g cream cheese
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan susu segar

Dutch Lady tu xde kaitan....kotak kosong aje tu...huhu

Cara-cara
1. Pukul cream cheese dengan mixer sehingga kembang.
2. Setelah kembang, masukkan susu pekat manis dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Masukkan pula susu segar dan gaul sehingga sebati. Jika pekat, boleh tambah lagi susu segar. Jangan cair sangat nanti tak cukup biskut pula. Kira sedang-sedang aje.
4. Celup biskut di dalam susu segar dan susun biskut di dalam bekas makanan bertutup dan tuangkan bancuhan tadi menutupi permukaan biskut. Buat selapi demi selapis sehingga bancuhan tadi habis.
5. Setelah siap, tutup bekas tadi dan simpan di dalam peti ais semalaman atau sehingga cheese keras.
6. Kemudian, boleh la potong dan dihidangkan.

Senang dan ringkas sahaja. Yang penting sedappp!

Selamat bercheese!~

p/s: berdebar-debar pulak... huhu


Saturday, September 28, 2013

Menu masakan tengah hari #sambal telur dan ayam masak lemak

Assalamualaikum. Sejak duduk rumah ni, memang skill memasak saya sudah melepasi setiap level. [Ayat perasan. Sila abaikan!! Hahaha] Cuma belum lagi pernah masak untuk ramai-ramai macam kenduri kendara. Yang saya pernah masak Pulut Kuning dan Kari ayam sempena jamuan rumah terbuka di kawasan kampung saya. Tak banyak pun... masak untuk 120 orang. Nasib baik saya berjaya! Haha syukurrrr...

Ok. Kali ni nak share resepi sambal telur dadar dan ayam masak lemak. Saya selalu lupa mention setiap sajian yang saya share ni untuk berapa orang makan. Huhu kali ni hidangan ni untuk 5 orang makan. Dan setiap kali saya masak adalah untuk 3-5 orang makan.

Sambal Telur Dadar

Bahan-bahan
7 tangkai cili kering | dikisar
3 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
1/2 sudu asam jawa (Asam Jawa Extra Adabi)
1/2 cawan air
3 biji telur | digoreng dadar dan dipotong 16
2 batang fishcake | dipotong dadu dan digoreng
3 batang sosej | dihiris tebal dan digoreng
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga garing (minyak dah timbul biasanya).
2. Setelah itu, masukkan air dan asam jawa. Masukkan juga gula dan garam secukupnya. Biarkan air kering sedikit dan sambal menjadi pekat.
3. Kemudian, masukkan telur dadar, fishcake, dan sosej. Gaul rata sehingga ianya bersalut dengan sambal dan kering.
4. Tutup api dan sedia dihidangkan.


Ayam Masak Lemak

Bahan-bahan
600g ayam | dipotong
1 sudu besar rempah ketumbar | ditumbuk
1 sudu kecil jintan halus | ditumbuk
3 biji bawang merah | ditumbuk
1/2 inci halia | diketuk
1 batang serai | diketuk
1 keping asam keping
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 cawan air
2 cawan santan perah
Kentang | potong 6
Tomato | potong 4
Garam

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan tumbuk, serbuk kunyit, asam keping, halia, serai, dan air ke dalam periuk. Tenggekkan di atas api. Masak sehingga mendidih dan air kurang sedikit.
2. Masukkan ayam dan kentang ke dalam periuk dan biarkan sehingga ayam masak dan kentang empuk.
3. Setelah itu, masukkan santan dan tomato. Bubuh garam sebagai perasa. Kacau perlahan sampai mendidih dan jangan sampai santan pecah minyak.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!!~

p/s: saya dah try buat cheesekut yg alwani ajar tu... nanti saya share dalam next entri...

Friday, September 27, 2013

PROGRAM NIGHT CAREER FAIR



Pusat JOBS MALAYSIA JABATAN TENAGA KERJA PERAK akan mengadakan Program Night Career Fair

Tarikh: 28 september 2013 ( sabtu )

Tempat: D’polo CafĂ© Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz ( Padang Polo )

Masa: 2.00 petang sehingga 11.00 malam.

Sebanyak 1000 lebih kekosongan jawatan ditawarkan untuk pelbagai peringkat. Kepada semua pencari kerja, anda dijemput hadir untuk merebut peluang pekerjaan ini. Sila hadir dengan berpakaian kemas beserta 5 salinan resume serta sijil berkaitan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi
Pusat Jobs Malaysia Jabatan Tenaga Kerja Perak
Ditalian 05-2413504

Thursday, September 26, 2013

Kari ikan : Ini ada 3 resepi

Assalamualaikum. Hari ni nak share resepi kari. Hari tu kami geng PCD discuss pasal masak kari kat WeChat. Memang seronok berbincang dan macam-macam perkara yang dikongsi. Atas permintaan usu, saya nak share resepi saya masak kari.

1. Kari Ikan Ala Liana

Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung (boleh guna ikan bawal, ikan merah, ikan tenggiri, ikan tauhu, ikan kerapu)
1/2 paket rempah kari ikan (saya guna jenama Babas. Bancuh rempah dengan sedikit air.)
3 biji bawang merah | dihiris
2 biji bawang putih | dihiris
1 biji bawang besar | dihiris
2 inci halia | dihiris
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil jintan manis | ditumbuk
1 sudu kecil jintan halus | ditumbuk
Kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil asam jawa (saya guna Asam Jawa Extra Adabi.)
1 cawan santan pekat (kalau guna santan parut yang diperah, 2 cawan santan)
1 biji tomato | potong 4
1 biji cili merah | dibelah dua tanpa putus
5-7 batang bendi (bergantung pada saiz. Saya tak potong sebab tak mahu lendir bendi keluar)
Air
Garam
Minyak untuk menumis


Cara-cara
1. Panaskan periuk dan masukkan minyak. Tumis bahan-bahan hiris sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuhkan, jintan manis, jintan halus, biji sawi, kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis sehingga garing.
2. Setelah garing, masukkan pula daun kari. Tumis lagi.
3. Masukkan secawan air dan asam jawa. Gaul sebentar dan masukkan ikan.
4. Setelah beberapa minit (jangan terlalu lama), masukkan santan pekat. Kacau perlahan. Kalau guna santan parut, kurangkan kuantiti air semasa masuk asam jawa (no 3).
5. Kemudian, masukkan cili merah, tomato, dan bendi. Kacau perlahan lagi sehingga mendidih. Jangan sampai pecah minyak. Bubuh garam sebagai perasa.
6. Apabila sudah mendidih, tutup api. Siap untuk dihidang.

x pandai la nak amik gambar...huhu

2. Kari Ikan Stail Mama

Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
1/2 paket rempah kari ikan (Bancuh rempah dengan sedikit air.)
3 biji bawang merah | dikisar
2 biji bawang putih | dikisar
1 biji bawang besar | dihiris
2 inci halia | dihiris
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil asam jawa (Asam Jawa Extra Adabi.)
1 cawan santan pekat (kalau guna santan parut yang diperah, 2 cawan santan)
1 biji tomato | potong 4
1 biji cili merah dan hijau | dibelah dua tanpa putus
5-8 batang bendi
Air
Garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara
Sama seperti di atas

3. Kari ikan Stail Mamak
Kari ikan stail mamak ni ada beza sikit dengan biasa yang kami sekeluarga makan. Biasanya tak letak santan dan agak pekat dan sedikit pedas. Ini resepi yang kami pernah buat ikut citarasa kami.

Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
1/2 paket rempah kari ikan (Bancuh rempah dengan sedikit air.)
3 biji bawang merah | dihiris
2 biji bawang putih | dihiris
1 biji bawang besar | dihiris
2 inci halia | dihiris
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil jintan manis | ditumbuk
1 sudu kecil jintan halus | ditumbuk
1 sudu kecil biji sawi
4 sekawan (kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 5-7 bunga cengkih, 4 biji buah pelaga)
1 sudu kecil asam jawa (Asam Jawa Extra Adabi.)
1 biji tomato | potong dadu
1 biji cili merah dan hijau | dibelah dua tanpa putus
5-8 batang bendi
Air
Garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Panaskan periuk dan masukkan minyak. Tumis bahan-bahan hiris sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuhkan, jintan manis, jintan halus, biji sawi, dan 4 sekawan. Tumis sehingga garing.
2. Setelah garing, masukkan pula daun kari dan tomato yang dipotong dadu. Tumis lagi.
3. Masukkan secawan air dan asam jawa. Gaul sebentar dan masukkan cili merah dan cili hijau, dan bendi. Biarkan sebentar.
4. Kemudian, masukkan ikan. Kacau perlahan lagi sehingga mendidih atau sehingga ikan masak. Rasakan dengan garam secukupnya.
5. Apabila sudah mendidih, tutup api. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

p/s: ini cara saya memasak. mungkin tak sama dengan orang lain. lain orang lain citarasanya, kan?? kalau ada apa-apa, boleh bagitahu kat saya. sharing is caring, right?? hehehe

Wednesday, September 25, 2013

Review: Love You Mr Arrogant

Assalamualaikum. Hye all! Baru selesai tengok cerita Love You Mr Arrogant kat TV3 dalam slot Akasia tadi. Nice! For me laaa... Drama bersiri ini adalah adaptasi dari novel yang mempunyai tajuk yang sama, karya Aliesha Kirana.

Jom scroll seterusnya. Nak review sikit pasal cerita dan novelnya.


Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 

"Apa? Atas lantai ni?"

"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."

"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. 
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...


Antara barisan pelakonnya... Hanez Suraya, Azlee Khairi, Zara Zya, Keith Foo, Anzalna.

This two pictures, credit to EDTV. Thanks!~

Ini pula blog penulis novelnya, Aliesha Kirana.
http://tintaalieshakirana.blogspot.com/2013/08/drama-love-you-mr-arrogant-dan-barisan.html

OST bagi drama bersiri ini adalah lagu Nomad: Tetap menantimu. Jom layan!~



Aku menyedari telah jatuh cinta 
Tapi aku tak bisa mengungkapkan 
Terasa bahagiaku mencintaimu 
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu 
Yang selalu ada di setiap waktumu 
Selalu menanti jawapanmu 
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi 
Semakin ku bisa untuk mengerti 
Dari semua hidupmu yang penuh duka 
Kan ku hapus semua menjadi indah

Aku di sini kan selalu menunggu 
Yang selalu ada di setiap waktumu 
Selalu menanti jawapanmu 
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku 
Cinta yang membawa dalam hatiku 
Bagai mata yang tak terpejam 
Aku tetap menantimu 
Aku tetap menantimu 
Aku kan tetap menantimu

p/s: selamat menonton!~

Monday, September 23, 2013

Ayam Masak Cili Kering. Ayam lagi!!

Assalamualaikum. Ayam lagi??!! Kat rumah ni kalau tak masak ayam memang tak sah! Adik saya memang tak makan ikan+sotong+udang+kerangan laut. Maka memang wajib masak ayam. Sesiapa yang makan ayam aje, bolehlah join si kamil hakim ni. peace!!

saya rasa ia cam sesuai makan dgn nasi goreng!

Bahan-bahan
A
600g ayam | dipotong
1 biji telur | diambil putihnya sahaja
Tepung goreng ayam (boleh diganti dgn tepung jagung / tepung gandum / tepung ubi)
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

B
6 tangkai cili kering | dipotong dalam saiz setengah inci
2 ulas bawang merah | dihiris
1 ulas bawang putih | dihiris
1 ulas bawang besar | dihiris bulat
1/2 inci halia | dihiris
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
sedikit air
gula dan garam sebagai perasa
minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Ayam yang telah dibasuh bersih, digaul dengan garam, putih telur, dan tepung. Setelah sebati, goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing dan masak. Angkat dan toskan. Letak ketepi.
2. Panaskan minyak dan goreng pula cili kering sehingga garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
3. Gunakan minyak menggoreng cili kering tadi untuk menumis semua bahan hiris kecuali bawang besar. Tumis sehingga naik bau dan garing.
4. Masukkan sedikit air dan kemudian diikuti dengan sos cili, sos tomato, sos tiram, dan kicap manis.
5. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul rata. Kemudian masukkan cili kering dan bawang besar. Gaul dan masak sehingga bawang menjadi layu. Rasa manis masinnya.
6. Setelah kering, tutup api dan hidangkan.

Jangan bosan erk!

p/s: blm try lg cheesekut member PCD, alwani. (^___^)v

Saturday, September 21, 2013

Review: Sherlock Holmes

Assalamualaikum. Hye!~ Ok. Kali ni nak review novel Sherlock Holmes. Belum habis baca pun sebab berebut dengan adik. Haha

Seperti biasa, kalau p book store memang akan terus ke tempat komik. Kali ini adik yang keluar belanja. Tiga bijik komik+sherlock holmes. Takpe... budak2... dah habis UPSR pun. Hehe

Nasib baik ada kompilasi...murah sikit! Hihi

Siri penyiasatan perunding penyiasatan terkenal, Sherlock Holmes, karya Arthur Conan Doyle.

Sherlock Holmes sering menggabungkan pengetahuan sains dan logik dalam penyiasatan sesuatu jenayah.

Kompilasi tiga novel penyiasatan perunding lagenda Sherlock Holmes:

1) Perunding Detektif Pertama Dunia

2) Detektif yang Penuh Kejutan

3) Wira Kota London

Walaupun berkategori 'CHILDREN READERS' tapi dia tetap ada unsur ADVENTURE/MYSTERY. Haha pening jugak baca novel ni sebab agak berbelit-belit. Biasalah, cara detektif. Macam tengok cerita Detective Conan, berpusing-pusing kaedah jenayah yang dilakukan. Dan Detective Conanlah yang mempengaruhi saya dan adik untuk mengenali Sherlock Holmes. Movie pun dah tengok. Huhu

Lawak Kampus 18. Ini adalah siri wajib untuk saya kumpul. Setakat ni belum 'miss' lagi setiap keluaran. Alert!
Sekarang tengah gigih kumpul komik Pasukan X-Venture pulak. Haha
Apapun, bukan satu keganjilan bila saya baca buku kanak-kanak dan novel. Banyak koleksi komik yang saya simpan berbanding novel. Huhu

p/s: ada sesiapa nak bagi bantuan pembiayaan pembelian buku komik?? Haha


Tuesday, September 17, 2013

Doa Pembuka Apa Yang Tertutup

Assalamualaikum. Hye!!~ Semoga amalan membaca doa ini akan membuka peluang untuk kita semua.


Sesuai untuk hati dan minda yang tertutup untuk melakukan amal jariah dan menerima nasihat serta tidak mahu berkahwin. Ia juga doa untuk membuka pintu rezeki (apa sahaja rezeki) yang tertutup.

InsyaAllah... jika kita berusaha, berdoa, dan bertawakal kepadaNya, akan dilorongkan kita jalan yang kita inginkan.

Semoga kita semua mendapat keampunan dan keredhaanNya ketika masih bernafas di bumi ini. Aminnn...

p/s: Jangan bersangka buruk kepada Allah SWT. Dia amat menyayangi kita. (^___^)

Sunday, September 15, 2013

Ayam Masak Kicap Bercili

Assalamualaikum. Oh hoiiiii!!!~ (^___^)v Jiwa kacau bilau sikit. Huhu td tengah hari pun tak ada nak masak macam-macam. Haishhh... sgt malas!

Ok. Ni menu ayam yang saya masak. Kat rumah ni kalau tak ada ayam, memang tak sah. Adik yang kecik tak boleh makan selain dari ayam. Semua kerangan laut memang dia tolak ke tepi awal-awal.

Resepi ni senang. Agak lain sikit dengan ayam masak kicap biasa. Jom check!~

Bahan-bahan
600g ayam | dipotong
2 sudu besar rempah kurma
1/2 cawan kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
5 tangkai cili kering | dikisar
2 labu bawang besar | dihiris
1 inci halia | dihiris
2 sudu besar minyak sapi
sebiji tomato | dipotong enam
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Perapkan ayam yang telah dibasuh bersih dengan rempah kurma, kicap manis, kicap pekat, dan cili kering selama setengah jam.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi. Tumis bawang besar dan halia sehingga kekuningan.
3. Masukkan ayam yang diperap tadi bersama bahan-bahan perap. Masukkan garam secukup rasa.
4. Masak sehingga kering dan ayamnya masak. Masukkan tomato dan gaul sekata.
5. Setelah masak, hidangkan bersama nasi panas.


p/s: xtau ble nak siap menjahit ni...huhuhu


Friday, September 13, 2013

Jeruk Mangga

Assalamualaikum. Jeruk mangga! Semalam officially nya jeruk dah habis makan tapi mangga di atas pokok masih banyak lagi... Hahahaha

Ok. Senang aje buat jeruk mangga ni cuma agak leceh sikit dan ambil masa untuk biar dia jadi sedap. Tiap-tiap hari kami bukak tutup pintu peti ais sebab nak makan jeruk walaupun masih ada rasa masam-masam lagi.

Bahan-bahan
10 biji mangga muda (saya guna mangga chokanan)
Gula | bergantung kepada saiz buah mangga
Garam kasar | bergantung kepada saiz buah mangga
2 sudu besar cuka (saya guna cuka epal)

Cara-cara
1. Kupas buah mangga, belah dua, dan potong memanjang.
2. Basuh buah mangga yang telah dipotong dengan bersih. Kemudian, rendam dengan air garam. Biasanya saya letak air dan bubuh 3 sudu besar garam kasar untuk merendam. Rendam selama 2-3 jam.
3. Kemudian, toskan air garam dan siram dengan air panas untuk seketika. Sekali lagi toskan. Biarkan sejuk.
4. Bubuh gula di dalam bekas yang berisi mangga dan gaul sekata. Bubuh juga cuka dan gaul.
5. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan akhir sekali bubuh sesenduk gula di atas buah mangga sebelum tutup dan simpan di dalam peti ais.



p/s: Haisshhh...kecuq liuq! (^__^)

Thursday, September 12, 2013

Hati Percaya...



p/s: hati tak gembira... masalah datang melanda bagai taufan. hati percaya... hikmah itu akan datang dengan penuh keindahan...


Thursday, September 5, 2013

Moist Choc Cake

Assalamualaikum. Hai semua!!~ Kali ni nak share cara buat kek coklat lembap. Credit to Cikgu Latifah, kawan abah, for sharing the recipe. Oh, ya! Thanks to besan mak yang bagi sepapan telur ayam kampung. Sangat elok untuk baking cake. Hehe

Ok. Ini bahan-bahannya.

Bahan-bahan

A
1 1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan air panas

B
1 buku butter (250g)
1 cawan gula

1 sudu teh esen vanila
6 biji telur ayam
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara
1. Campurkan bahan A ke dalam periuk kecil dan bancuh sehingga koko dan gula larut di dalam air panas. Kalau nak guna air sejuk pun boleh tapi kena panaskanlah sebab nak cairkan gula dan koko. Setelah bancuh, ketepikan dan sejukkan.
2. Pukul bahan B sehingga dengan mixer sehingga kembang. Kemudian, masukkan telur ayam satu persatu dan pukul sehingga sebati. Jangan lupa bubuh sekali esen vanila.
3. Masukkan tepung gandum yang dicampur dengan soda bikarbonat ke dalam bancuhan tadi. Pukul sehingga sebati.
4. Setelah itu, masukkan bancuhan koko ke dalam bancuhan tepung tadi dan kacau sehingga semua adunan sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar (saya guna dua bekas sebab adunan ini banyak). Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 180 darjah celsius dengan masa 45 minit.

Fudge
1 cawan susu cair
1/2 cawan air
3/4 cawan gula
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan serbuk koko
2 biji telur kuning
1/4 cawan marjerin

Untuk menyediakan fudge atau toppingnya, masukkan semua bahan di atas kecuali marjerin ke dalam periuk dan kacau sehingga sebati. Panaskan bahan-bahan yang telah dikacau itu di atas api yang perlahan dan jangan lupa letakkan marjerin. Kacau perlahan-lahan sehingga campuran itu masak dan pekat. Sejukkan sebelum diletakkan di atas kek coklat tadi.

toppingnya melimpah ruah... adik saya suka kalau choc dia banyak. haha oh ya, ini separuh dari 1 bekas bakar! (^___^)

p/s: masih lagi pening dan tertekan!

Wednesday, September 4, 2013

Kenapa sejak akhir-akhir ni...

Assalamualaikum. Hai!~ Selamat sejahtera buat semua! (^__^)v harap semua sihat-sihat sahaja. Tujuan saya menulis entri ini adalah untuk menyelesaikan persoalan-persoalan yang berbangkit, berkaitan dengan hidup saya. [Giler skema ayat!]

Err...sebenarnya, ada yang tanya saya;
Kenapa sejak akhir-akhir ni... saya diam aje, tanpa berita?
Kenapa sejak akhir-akhir ni... macam agak kusut kepala otak?
Kenapa sejak akhir-akhir ni... asyik buat entri pasal makanan dan masakan aje??!!

Ok. Bagi jawapan untuk semua pertanyaan di atas adalah... saya sedang memendam perasaan! Stress wooo... Jadi, bila tertekan, saya jadi tak menentu dan saya bukan jenis yang nak habaq mai semua masalah kat orang. Huhu Oh ya! Saya sedang giat melatih adik saya yang nak exam UPSR next week dan juga... duk rumah ni, saya rajin baca buku masakan. Maka saya akan masak mana yang saya berkenan dan saya share kat blog.

Stress! Macam-macam perkara yang saya fikirkan. Semuanya tentang masa hadapan saya. Yalah, umur dah lanjut tapi satu habuk pun tarak. Haiyaaa... (-__-")

Kalau tanya pasal jodoh, terus terang saya bagitahu, saya tak mengharap pun. Entahlah...tak tahu kenapa. Dulu, ada orang nakkan saya, tapi saya tak nak dia. Mak bapak dia bukan main suka pada saya tapi... itulah yang dikatakan jodoh. Saya tetap tak boleh terima dia walaupun dia pernah tunggu saya. Dan sekarang, dia dah berkahwin dan sangat bahagia. Saya pun tumpang bahagia. Yalah, saya dah anggap dia macam adik saya sendiri. 

Kata orang, what goes around, comes around. Apa yang pernah dirasa oleh si dia atas perbuatan saya, kini saya alaminya. Bertahun saya menanti dia tapi dia tetap menolak saya. Hmm... entahlah. Ada yang datang pun, saya biarkan dia berlalu pergi macam tu aje. Hati tetap setia menanti... Bak kata hati, saya harap sangat dia adalah 'selipar' saya yang lagi sebelah dan harus sepadan dengan 'selipar' ni. [Kalau tak sepadan pun, kena sepadan jugak!]

Masalah yang melibatkan jiwa ni memang sangat complicated. Hmm... resah dan tak dapat dikawal. Sesungguhnya cinta padaNya yang beri ketenangan. Mungkin Allah mahu saya mendahulukan cinta saya kepadaNya sebelum Dia memberikan saya selipar lagi sebelah yang sepadan dengan saya. (*__^) Sentiasalah bersangka baik padaNya.

Apapun, saya masih belum give up. I'll stand up...stay tall... walaupun kadang-kadang selalunya airmata memang akan sentiasa menemani hidup saya. Ini yang saya pegang, "Sabarlah hati...akal akan sentiasa menemani!"

p/s: currently listen to Mariah Carey-through the rain.. make me strong!

Tuesday, September 3, 2013

Ayam Goreng Rempah

Assalamualaikum. Hai semua!!~ Dah masuk bulan 9 dah kita ye di tahun 2013 ni. Haishh... hidup saya masih lagi terumbang ambing. Huhu Tak ada masa depan langsung! (-___-')

Tak apalah. Mungkin belum ada rezeki dan Allah SWT akan memberikan yang terbaik untuk saya. (^__^) Siapa tahu kan apa yang telah tertulis di atas sana? Semoga doa saya dimakbulkan. Amiiiinnnn...

Ok. Entri bulan 9 ni saya nak mulakan denga ayam goreng rempah. Resepi ini saya campur aduk dengan resepi ntah-sape-ntah. Saya dengar si polan ni, pastu mix dengan resepi yang mak selalu buat, pastu tengok kat majalah saji dan akhirnya, saya adun dengan gaya saya sendiri. Huhu

Apapun, jom tengok!~

Bahan-bahan
500g ayam | dipotong kecil
3 atau 4 sudu besar tepung beras
Minyak masak

Bahan perap
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar ketumbar*
1 sudu kecil jintan halus*
1 sudu kecil jintan kasar*
2 batang serai*
(*dikisar sekali sehingga halus)
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar kicap pekat (kicap cair pun boleh cuma lebihkan sedikit)
2 sudu besar susu cair
Sebiji limau nipis (boleh juga guna lemon atau limau kasturi)
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Basuh bersih ayam. Mestilah basuh, kan?? Hehe Kemudian masukkan ayam tersebut ke dalam periuk. Bubuh air sehingga ayam tenggelam dan rebus ayam sehingga separuh masak. Tos dan ketepikan.
2. Sediakan bahan kisar dan masukkan ke dalam periuk yang ada ayam rebus tadi. Masukkan semua bahan-bahan perap dan gaul rata sehingga semua ayam tersalut dengan rempah-ratus. Oh, ya! Limau tu kita guna airnya sahaja. Perahkan limau di atas ayam dan gaul. Mak cakap limau ni untuk bagi daging ayam lembut.
3. Kalau dah siap, perap ayam selama 1 atau 2 jam. Kalau nak perap lama pun boleh tapi masuklah dalam peti ais. Katanya lagi lama perap, lagi sedap. Saya perap sekejap aje sebab nak buat makan tengah hari.
4. Untuk menggoreng, panaskan minyak di dalam kuali. Minyak kenalah banyak. Cukup sekadar dapat menenggelamkan ayam yang nak digoreng.
5. Sebelum goreng, taburkan tepung beras di atas ayam dan gaul rata supaya sebati. Goreng ayam bila minyak dah cukup panas.
6. Goreng sehingga warna dia coklat-coklat sedikit. Kalau hitam tu, jangan risau. Biasalah sebab ada madu. Tapi jangan sampai hitam macam arang. Tu dah jadi ayam goreng lain. Hihi Angkat dan toskan minyaknya.
7. Ayam goreng ni boleh dimakan bersama nasi ayam, nasi minyak, nasi beriyani, dan nasi putih. Saya ratah aje dan cicah dengan sambal cuka. Yummo!~

Ini aje yang sempat di snap gambarnya... huhu

Sambal cuka (tiada gambar)
3 tangkai cili merah*
5 tangkai cili padi*
3 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka* (saya pakai cuka epal)
1/2 cawan air masak*
2 sudu besar sos cili

Semua bahan * dikisar menggunakan blender sampai halus. Kemudian tuang di dalam mangkuk dan bubuh sos cili. Gaul sampai sebati.

Selamat mencuba!

p/s: sekarang ni saya sedang buat jeruk mangga dan ikan tenggiri pekasam. Harap menjadilah! Hehe nanti saya share... itupun kalau jadi laaa... huhu