Saturday, September 28, 2013

Menu masakan tengah hari #sambal telur dan ayam masak lemak

Assalamualaikum. Sejak duduk rumah ni, memang skill memasak saya sudah melepasi setiap level. [Ayat perasan. Sila abaikan!! Hahaha] Cuma belum lagi pernah masak untuk ramai-ramai macam kenduri kendara. Yang saya pernah masak Pulut Kuning dan Kari ayam sempena jamuan rumah terbuka di kawasan kampung saya. Tak banyak pun... masak untuk 120 orang. Nasib baik saya berjaya! Haha syukurrrr...

Ok. Kali ni nak share resepi sambal telur dadar dan ayam masak lemak. Saya selalu lupa mention setiap sajian yang saya share ni untuk berapa orang makan. Huhu kali ni hidangan ni untuk 5 orang makan. Dan setiap kali saya masak adalah untuk 3-5 orang makan.

Sambal Telur Dadar

Bahan-bahan
7 tangkai cili kering | dikisar
3 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
1/2 sudu asam jawa (Asam Jawa Extra Adabi)
1/2 cawan air
3 biji telur | digoreng dadar dan dipotong 16
2 batang fishcake | dipotong dadu dan digoreng
3 batang sosej | dihiris tebal dan digoreng
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga garing (minyak dah timbul biasanya).
2. Setelah itu, masukkan air dan asam jawa. Masukkan juga gula dan garam secukupnya. Biarkan air kering sedikit dan sambal menjadi pekat.
3. Kemudian, masukkan telur dadar, fishcake, dan sosej. Gaul rata sehingga ianya bersalut dengan sambal dan kering.
4. Tutup api dan sedia dihidangkan.


Ayam Masak Lemak

Bahan-bahan
600g ayam | dipotong
1 sudu besar rempah ketumbar | ditumbuk
1 sudu kecil jintan halus | ditumbuk
3 biji bawang merah | ditumbuk
1/2 inci halia | diketuk
1 batang serai | diketuk
1 keping asam keping
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 cawan air
2 cawan santan perah
Kentang | potong 6
Tomato | potong 4
Garam

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan tumbuk, serbuk kunyit, asam keping, halia, serai, dan air ke dalam periuk. Tenggekkan di atas api. Masak sehingga mendidih dan air kurang sedikit.
2. Masukkan ayam dan kentang ke dalam periuk dan biarkan sehingga ayam masak dan kentang empuk.
3. Setelah itu, masukkan santan dan tomato. Bubuh garam sebagai perasa. Kacau perlahan sampai mendidih dan jangan sampai santan pecah minyak.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!!~

p/s: saya dah try buat cheesekut yg alwani ajar tu... nanti saya share dalam next entri...

No comments: