Monday, March 7, 2011

apa itu SKEMA


salam. pagi ini saya didatangi soalan dari seorang adik. adik yang pastinya dia bukan adik saya la. yang pasti, mesti ada kaitan dengan kehidupan dia di matrikulasi.

adik: kak, betul ke semua budak bio tu skema?
saya: erk?? kenapa awak tanya macam tu?
adik: sebab saya tengok budak bio kat sini semuanya skema aje...
saya: lorh... akak ni pun budak bio gak dulu. akak skema ke bg adik?
adik: errr... tak ada la pulak.

ok. saya pun xtau mana boleh timbul perkataan 'skema' dalam kamus lepak budak2 zaman sekarang. (termasuk saya!)

kalau berdasarkan Kamus Dewan edisi ketiga;
Skema Rajah (rancangan dsb) yang perlu diikuti, rancangan atau garis-garis yang teratur.

And according to Kamus DwiBahasa Oxford Fajar edisi keempat;
Schema (pl. schemata atau schemas) lakaran sesuatu rancangan atau teori
Schematic Berskema; berjadual

boleh tak direlatekan antara maksud kamus dengan bahasa lepak budak2 zaman sekarang?? hmm...

Skema ialah orang yang menetapkan kehidupannya perlu mengikut peraturan selurus pembaris! (L.R, 2011)

Tapi lain orang lain maksudnya kan?? ok. ni yang dapat saya takrifkan maksud skema dalam bahasa lepak. biasanya orang yang skema ni kita boleh tengok dari pelbagai segi. contohnya:

1. cara dia berpakaian
orang skema ni biasanya cerewet. hmm... susah gak nak describe. agaknya dorang ni suka pakai baju kemeja (lurus bergosok dan tight-in), seluar slack, rambut bersikat tepi, berkaca mata... (dari pemerhatian saya. haha)



2. cara bercakap
semua benda dipandang serius. rasanya dia orang kurang atau tak ada langsung sense of humour. akan ada terselit ilmiah dalam percakapan mereka. apa yang diperkatakan akan lengkap (kejadian, punca, dan akibat!)

3. cara bergaul
owh... susah sikit nak huraikan. sama seperti dengan cara bercakap. dan kebiasaannya mereka ni pendiam. pemilihan kawan akan berlaku jika anda berada dalam kumpulan skema. yalah, buat apa nak berkawan dengan orang yang hu ha hu ha jika anda hanya mampu melihat mereka semua merapu meraban!

tapi kan... sebenarnya, xde isu skema dalam kumpulan budak2 bio. tak kisah la sama ada anda ni budak kelas bio ke, budak kelas fizik ke, budak kelas akaun ke... kalau nak skema, budak kelas tadika pun boleh skema. dan apa yang saya lihat, istilah budak skema ni banyak digunakan di kampus2. dan lebih ditujukan kepada budak lelaki. betul x? orang xkan mengata kalau budak perempuan tu pendiam, tapi orang akan mengata kalau budak lelaki itu seorang yang pendiam. kan? kan??

ok. kenapa orang cakap budak bio tu skema?
1. hala tuju mereka selepas abis belajar ---> target budak2 bio ni biasanya nak jadi DOKTOR. tak pun CIKGU. doktor atau cikgu ni kalau tak ikut rules apa jadi? demikian, ianya terus mempengaruhi cara hidup dia orang ni.

2. subjek bio itu sendiri ---> nak belajar bio, kena banyak membaca. more theory than practical. takkan nak praktik bab reproductive system pulak!

p/s: apa salahnya skema jika mau berdisiplin. skema is not crime tau!!

p/s 2: saya pakai spek tapi saya bukan skema. haha

p/s 3: bukan semua orang skema terlalu skema melampau sampai kita rasa nak humban dia dalam laut! haha apapun, yang tercatat di sini hanyalah berlaku dalam segelintir orang sahaja. maaf jika ada yang terguris terasa. m(_ _)m

p/s 4: ENJOY!!~


No comments: