Wednesday, February 23, 2011

Misha Omar masih single... eh, samalah kita! haha


Misha naik muak asyik perjelas cerita dan gosip sudah basi


KETENANGAN untuk bersantai di hujung minggu lalu digegarkan dengan berita yang tidak mahu ditatapnya. Bukan kali pertama kesabarannya diuji dengan cerita perkahwinan palsu seperti itu. Malah andai difailkan kisah peribadi yang membabitkan penyanyi, pelakon dan pengacara ini, tentunya sudah bertimbun cerita Misha Omar bergelar isteri.



Statusnya juga sering ditukar-tukar sesuka hati. Ketika di awal kemunculannya dulu, penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini didakwa seorang janda dan terbaru, Misha dikatakan bergelar isteri ketiga seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.




Bagi Misya, apa yang pasti kisah sensasi itu benar-benar menyesakkan nafasnya. Ralat, terkilan, kecewa bercampur baur dalam jiwanya. Sebelum ini cerita yang sama pernah ditimbulkan namun Misha menafikan sekeras-kerasnya kesahihan perkara itu. Sebaik saja dia bersuara, cerita perkahwinan palsunya itu terus sepi.

Bagaimanapun, selepas sekian lama senyap, tiba-tiba cerita menjadi isteri ketiga itu kembali ditimbulkan, lengkap dengan dakwaan kononnya penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta ini menerima hadiah jutaan ringgit disebabkan perkahwinannya itu.



Ketika dihubungi Hip petang Isnin lalu, Misha mengeluh panjang dengan cerita tidak betul yang dihadapinya itu.



Sambil menegaskan sekali lagi bahawa cerita perkahwinan itu tidak benar, Misha berharap dengan penjelasannya ini nanti, semua pihak akan faham dan tidak lagi membebani dirinya dengan pelbagai pertanyaan berkaitan ‘perkahwinan’ itu.



Hip: Komen Misha atas dakwaan bergelar isteri ketiga kepada seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk?
Misha:Terus terang, saya memang kecewa sebaik saja saya membaca artikel yang ditulis di sebuah akhbar mingguan (bukan terbitan Kumpulan NSTP) Ahad lalu. Bagi saya, cerita mengenai kononnya sudah berkahwin dan menjadi isteri ketiga seorang Datuk itu sebenarnya cerita basi. Sebelum ini sudah berkali-kali saya menjelaskannya bahawa saya tidak ada kena mengena langsung sehinggakan saya sendiri muak untuk menjawab pertanyaan yang sama. Cerita mengaitkan dengan lelaki itu sebenarnya sudah timbul sejak 2009 lagi. Saya tidak faham mengapa cerita itu ditimbulkan semula. Apakah tujuan orang yang menyebarkan cerita itu? Ada yang mendakwa kononnya mereka ada bukti kukuh mengesahkan perkahwinan saya. Jika betul, tunjukkan bukti itu? Saya minta kepada mana-mana pihak yang sangsi dengan kenyataan ini supaya pergi sendiri ke Jabatan Agama dan buat pemeriksaan sama ada betul saya sudah bernikah atau sebaliknya.



Hip: Misha kenal dengan lelaki yang dikaitkan itu?
Misha: Ya, saya kenal lelaki itu sekitar penghujung 2009. Perkenalan kami adalah atas dasar perniagaan. Memang kami pernah keluar bersama tetapi bersama kakak saya dan rakan-rakan lain. Apabila cerita seperti ini timbul, saya amat bersimpati dengannya. Dia ada keluarga yang perlu dijaga hatinya. Bagaimana penerimaan mereka apabila perkara ini digembar-gemburkan walaupun pada hakikatnya ia tidak benar sama sekali. Lebih membimbangkan saya adalah penerimaan ibu, bagaimana dia mahu berdepan dengan masyarakat sekeliling. Biasalah, orang kampung bila mengetahui cerita seperti ini, mereka akan lebih percaya dan bertebaranlah cakap-cakap nakal di belakang. Kasihan ibu saya yang terpaksa menanggung akibatnya atas kesalahan yang tidak saya lakukan. Terasa berat sangat dosa yang saya lakukan. Malah ada ketika air mata saya menjadi peneman apabila hati sudah tidak tertahan menanggung sarat bebanan.



Hip: Jadi sekarang Misha memang tidak berkahwin dengan lelaki yang dimaksudkan?
Misha: Iya! Saya masih solo, belum berkahwin. Hanya itu jawapan yang saya boleh berikan. Berdasarkan artikel itu, apa yang cuba difokuskan adalah saya menerima pelbagai hadiah lumayan dan wang RM1 juta. Jika benarlah saya sudah berumah tangga, tak perlu untuk bersusah payah cari rezeki dalam bidang seni. Alang-alang dapat suami berharta lebih baik saya duduk goyang kaki. Apa perlunya saya buat pelbagai kerja dalam satu-satu masa. Menyanyi, berlakon teater, drama dan juga menjadi pengacara. Disebabkan itulah apabila timbul cerita-cerita seperti ini, hati saya jadi geram dan mahu saja menjerit supaya semua fitnah itu dihentikan segera.



Bakal muncul dengan album terbaru



Hip: Mungkin Misha tahu siapa dan tujuan individu itu menyebarkan cerita ini?
Misha: Saya tidak tahu siapa dan apakah tujuannya berbuat demikian. Mungkin benar kata-kata senior saya dalam bidang ini, untuk berjaya kita kena kuat kerana kelazimannya, kita diperkatakan bukan kerana bakat yang kita miliki. Sebaliknya dengan cerita seperti ini. Jadi, dengan kesabaran yang ada, biarlah mereka berkata apa saja. Mungkin disebabkan artis seangkatan saya kebanyakannya sudah berumah tangga dan hanya tinggal saya saja yang masih solo membuatkan saya menjadi sasaran mereka untuk membuat cerita seperti itu.



Hip: Secara peribadi, pandangan Misha terhadap hidup bermadu?
Misha: Kalau kita tanya pada sesiapapun, tentunya tak ada di antara mereka yang inginkan hidup bermadu. Pastinya setiap dari mereka hanya mahu menjadi satu-satunya isteri dalam kehidupan suaminya. Dan jika diizinkan, saya juga menginginkan kehidupan seperti itu. Namun, hidup ini adalah sebuah misteri yang kita tak tahu apakah yang menanti di hadapannya. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diramal. Jadi, saya tidak mahu terlalu takbur dengan mengeluarkan kenyataan seperti menentang takdir, bimbang ia akan terkena batang hidung sendiri.



Hip: Khabarnya Misha akan muncul dengan produk baru? Cerita sikit
Misha: Album kompilasi saya yang berjudul Dia... Misha akan berada di pasaran pada 14 Mac depan. Ia mengandungi 16 buah lagu dan tiga daripadanya adalah lagu baru iaitu Berlalu, yang kini sedang rancak diputarkan di radio, Detik Antara Waktu dan juga sebuah lagu popular kumpulan Alleycats yang saya rakamkan semula bertajuk Kerana. Insya-Allah seiring dengan kemunculan album ini, saya akan mengadakan sebuah showcase khas. Besar kemungkinan showcase itu akan diadakan pada bulan Jun ini di Hard Rock Cafe. Saya harap semua peminat dapat menyaksikan showcase itu nanti.

credit to: HIP, Berita Harian 23022011

Pintu Bangunan Pejabat TNC UPM pecah

Pintu kaca bangunan pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menempatkan pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan, pecah selepas dirempuh sekumpulan mahasiswa pro-M petang ini.


Mereka bertindak demikian selepas Dr Mohd Fauzi enggan memberikan penjelasan mengapa kemenangan calon mereka dalam pilihan raya kampus itu kelmarin dibatalkan. Difahamkan mereka berkumpul di bangunan selama 19 jam - sejak jam 10 malam tadi.



Tengahari tadi, pentadbiran universiti menarik balik pembatalan kemenangan 11 calon pro-M selepas menolak tiga bantahan kerana "tidak berasas disebabkan di luar skop pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM 2011 dan kesalahan teknikal".



Menurut sumber universiti, dalam kejadian tersebut, seramai enam, orang-masing-masing tiga daripada pelajar dan pengawal keselamatan - cedera ringan terkena serpihan kaca pintu tersebut.



Kejadian tolak menolak itu berlaku selama 15 minit bermula jam 3.30 petang.



Susulan daripada insiden tersebut dan selepas keadaan kembali tenang, TNC HEP memanggil beberapa wakil pelajar untuk berbincang mengenai tuntutan mereka kira-kira jam 4.15 petang.



Menurut sumber, dalam pertemuan dengan pelajar selama 35 minit di pejabat Dr Fauzi, keputusan dicapai untuk mengadakan perbincangan lanjutan dengannya pagi esok.



"TNC akan berbincang dengan wakil pro-M dan mendengar keputusan tuntutan mereka," kata sumber sambil yang menambah, keadaan mulai tenang jam 5 petang selepas kebanyakan kumpulan tersebut bersurai.



Bagaimanapun, sumber itu tidak mengetahui butiran masa dan tempat perbincangan lanjut itu.



Sementara itu, menurut sumber pelajar, mereka merempuh pintu berkenaan selepas Dr Mohd Fauzi diberi masa untuk memberi penjelasan berhubung pembatalan kemenangan calon mereka. Bagaimanapun Dr Mohd Fauzi enggan berbuat demikian.



Kata sumber itu lagi, tindakan itu diambil selepas kumpulan pro-M mengadakan sidang media di luar bangunan berkenaan berhubung pembatalan kemenangan calon mereka.



Sewaktu berlaku insiden tolak menolak itu, kira-kira 150 penyokong kumpulan pro-M berada di bangunan berkenaan, tambah sumber itu lagi.



Seramai 10 pengawal keselamatan berada di pintu masuk berkenaan untuk mengawal keadaan sewaktu insiden itu berlaku.



berita oleh : Abdul Rahim Sabri (23 Feb, 6:11 pm)

hadoi... memalukan!! ini semua berpunca dari pembatalan kemenangan Pro-M. [http://malaysiakini.com/news/156817] awat jadi lagu ni??? hang dok universiti kot... apa2 hal leh bw runding. ni tak... hadoi... sapa la dok ngajaq hang semua p demonstrasi ganaih-ganaih ni!!! haishhhh... blajaq bertingkat2... habok pun tarak! kalau lagu ni la yang hang tunjuk, pemimpin kah hangpa smua???

:.hEhE.:



Hanya boleh tersenyum...
Tak mampu nak kata lagi dah...
Nama pun MANUSIA...
Ragam memang dicipta...

takkan hidup perlu ada arahan...
tak mahu jadi macam ni...







apapun, SABAR sahaja...
kehadiran mereka, memeriahkan DUNIA...
salam buat semua...
















p/s: bersyukur kerana masih ada yang sayang... \(^___^)/

Tuesday, February 22, 2011

SeNTaP


Sy bukan kaki merajuk tp... sesekali nak sentap x salah kan???
















MOODY






p/s: nak balik kampung... kalu x esok, lusa kot...

Monday, February 21, 2011

Larian Bangi Perdana 2011


Pagi tadi kuar jalan2 cari pasal kat Bangi. Masa berhenti kat traffic light Seksyen 9, terpandang 1 banting kaler putih. Larian Bangi Perdana 2011. ooo.... nak tau detail? [http://www.sports.my/events.php?event=111-larian_bangi_perdana_2011]

TARIKH: 27 FEBRUARI 2011 (AHAD)
TEMPAT: PADANG KOMPLEKS PKNS BANDAR BARU BANGI
MASA: 6.30 am (LAPOR DIRI)
8.00 am (MULA)
BAYARAN PENDAFTARAN: RM 10


p/s: xdpt join sbb dah plan mau balik kampung... huhu

Sunday, February 20, 2011

MengUNDI


esok ye tuan puan... UPM nak buat hari pilihanraya... seperti biasa aspirasi U vs ProMahasiswa. siapa la yg bakal mengungguli takhta MPPUPM ye??? sebenarnya... nak luah ni. geram tol laaa... knp postgrad pun kena mengundi??? apa yg undergrad nak perjuangkan utk kami?? [konon-konon laaa... haha] apa yg undergrad dapat, postgrad xkan dapat laaa... [utk certain things. huhu] xkan nak suruh Iranian, org Nigeria, Pak Arab mengundi kot??? org yg keje?? yg amik PJJ? ish... ponin den! haha sebenarnyaaaa... malas nak beratur nak berbaris kat dewan utk klik-klik nama yang sedap2 dan muka2 yg hensem cun semua. akak ni dah lebih super duper senior dik non oii!!~ haha kalu x p, apa yg dorg akan buat erk? anta p BTN ke mcm yg dulu2? Pak Arab p BTN?? wat da....??? hahaha




selamat mengundi wahai warga UPM... (^__^)v

p/s: undi guna sms mcm AF leh x? huahahaha

dah kawen ke???



KALAU nak cerita hal kahwin Misha Omar ni, Joyah rasa ramai teman wartawan yang dah muak dengan khabar angin yang bertebaran sejak beberapa tahun lalu. Tiap-tiap kali keluar cerita kahwin, Misha akan menafikan perkara tersebut walaupun kepada teman wartawan yang agak rapat dengan dia.
Awal tahun ini pun heboh orang bercerita hal Misha nak kahwin. Bakal terima hantaran RM111,111 lah, nak kahwin 11 Januari 2011 dan macam-macam spekulasi yang keluar. Tapi nampaknya macam tak betul sebab Misha cakap tak kahwin.
Angin yang bertiup kencang dari Pantai Timur baru-baru ini membawa berita kepada Joyah yang Misha dah pun sah berkahwin dengan usahawan kereta yang hanya dikenali dengan nama Datuk K.
Popular sungguh nama Datuk K di kalangan orang industri hiburan kita ni. Tapi yang ini bukan Datuk Khalid suami kepada Siti Nurhaliza. Ini Datuk K yang lain okey.
Bapa saudara kepada Datuk K kawan baik kepada kawan ofis Joyah. Dia pun berceritalah kepada teman Joyah. Katanya, sudah sah Misha dah jadi isteri ketiga kepada anak saudaranya seorang usahawan yang cukup berjaya di Kelantan itu.
Tarikh kahwin tak pula diberitahu tapi apa yang membuatkan Joyah nak pitam, dengar khabarnya Misha menerima hadiah wang lebih kurang RM1 juta ringgit, rumah dan lain-lain aset yang cukup banyak.
Amboi, untung betul jadi Misha Omar, rezeki cukup murah sebab dapat hadiah begitu banyak. Untung badan orang cantik dan popular macam Misha.
Kalau benar seperti mana yang disampaikan, rasanya tak terlambat untuk Joyah ucap selamat pengantin baru.


sumber dari: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm
kalau betul... tahniah kak misha... love misha omar!!

Thursday, February 17, 2011

ATT

7 Feb 2011 aritu ada dapat emel dari s.u TDP suh ktorg ni p satu event baik punyaaa...

Dear all students,

Please take attention, all students are required to take Anti-Tetanus Toxoid injection. UPM will provide this vaccination for free to all students. Please come get the vaccination as below :

Date : 17 February 2011 (Thursday)
Time : 9.00 am-5.00 pm
Venue : Faculty Lounge, Ground Floor, Block A.

Thank you.

"WITH KNOWLEDGE WE SERVE"

---
Nur Haizum Halmi
Secretary to Deputy Dean (Postgraduate, Research and Development)

saya pun p la amik injection utk ATT ni... mula masuk jarum tu xde la sakit. ble nurse tu tekan picu dan ubat mengalir masuk, uikss... pedih lak. lagi2 pas tarik jarum tu kuar. hadehhh.... hahaha [mcm budak2 lak sy ni... bukannya x penah kne cucuk. haha]

pagi tadi, masa kol my mom, cter la dgn dia nak p cucuk ATT ni. kemudian my mom mcm pelik. knp nak cucuk?? xde lak jwpn utk ma. hmm... x puas hati ni. p check kat tenet. hmm... ekceli mcm x perlu kot. sbb masa baby dah kena... masa form 3 pun dah kena.. nti pregnant pun kne cucuk lagi. hoho maka... sy dah cucuk pun. so, jgn cucuk lg dlm masa terdekat ni. dan sepatutnya setiap individu kne ada timeline card sbb kne tau dia dah cucuk apa. huhu

owh kalu nak tau pasal tetanus ni, leh baca kat http://ms.wikipedia.org/wiki/Kancing_gigi

dan kalu nak tau pasal imunisasi, leh baca http://ibuhamil.maugratis.com/IKKpengimunan.htm

p/s: lenguh2 lak tangan kiri ni... dah laa... malas nak menaip. haha

Wednesday, February 16, 2011

BerpantanG


Tetiba rasa nak tulis pasal pantang larang adat resam budaya melayu zaman dulu2. mungkin sebab aritu my mom cter pasal kenduri di musim hujan. haaa... tau x apa kaitan Hujan dengan Kenduri?? ni... meh rapat!! haha psssttt... pernah dengar x orang tua-tua pesan... 'Ish, jangan makan nasi dalam periuk!! nanti hujan masa kamu kahwin.' Haaa... saya selalu je dengar. rasanya dari generasi ke generasi. dulu, arwah nenek & opah saya yang tegur. makcik pakcik pun ada gak cakap. dan sekarang ni... my mom lak. bukan apa... x senonoh sangat makan dalam periuk. haha tapi... apa jadi erk kalu makan dalam kawah?? ;p

ok. orang dulu2... generasi nenek moyang kita buat pantang larang segala bagai ni ada sebabnya. sebab utama adalah nak menjaga maruah. yalah... betapa pentingnya nama baik dan harga diri seseorang itu dalam masyarakat. sebab itu wujudnya pantang larang. dan setiap pantang larang, ada kiasannya. indahnya budaya melayu! kali ni saya nak kongsi pantang larang yang saya tau.

1. Jangan menyanyi masa memasak di dapur. Nanti dapat suami tua.
Rasional: Nanti hangus pula apa yang dimasak sebab terlalu syok sangat menyanyi.
Ulasan: kalu gadis2 zaman dulu, zaman mak ayah kita, tentu takut kalu dapat suami tua. tapi... zaman sekarang ni mcm terbalik pulak. makin tua, makin suka! lebih2 lagi kalu berharta. fuyooo!!~ saya?? nauzubillah min zalik!

2. Jangan angkat kaki dan menyilang kaki semasa meniarap. Nanti emak mati.
Rasional: Zaman dulu2, kebanyakan anak2 dara... anak2 teruna pakai kain. Cuba bayangkan kalu buat perkara di atas. Habis terselak semua! haha
Ulasan: Sopan la sangat kan???

3. Jangan makan dengan pinggan yang berlapis-lapis. Nanti kahwin banyak.
Rasional: Kalu kotor semuanya, buat mahal bayar bil air je! Zaman dulu lagi laaa... mana ada paip!
Ulasan: orang zaman dulu, takut sangat kalu kahwin banyak. mungkin sebab komitmen kot. tapi orang zaman sekarang ni... hmm... sendiri tau la!!

4. Jangan beralih tempat semasa makan. Nanti kahwin banyak kali.
Rasional: Kalu spesies makan macam ayam, kesianlah kat orang yang mengemasnya! Orang zaman dulu, banyak lagi benda yang dia nak buat.
Ulasan: *komen seperti di atas* tapi kan... ada yang cakap, ini khas utk lelaki je. kesahihannya tidak dapat dikenalpasti. my mom pun xtau. hihi

5. Jangan buka payung dalam rumah. Nanti ular masuk rumah.
Rasional: Ruang rumah kan sempit. kebarangkalian untuk tercucuk mata adalah tinggi. kan boleh mendatangkan kecederaan.
Ulasan: kalu ikutkan.... xde kaitan pun payung dengan ular. haha

6. Jangan ketip kuku pada waktu malam. Nanti hantu datang.
Rasional: Malam-malam... x nampak. kang terketip daging jari sekali. ouch... kan dah luka!!
Ulasan: sekali lagi... macam xde kaitan aje. eh, jap! ada kot... kang hantu datang minta tolong ketipkan kuku dia sekali! haha ok. gurau.

7. Anak dara!!! sila jangan duduk atas tangga atau dekat birai pintu atau berangan melangut dekat tingkap erk. Nanti orang datang meminang, patah balik.
Rasional: Tak sopan kalu orang nampak. Anak dara biasanya buat keje rumah. takde masa duk berangan termenung segala bagai ni.
Ulasan: betul... betul... betul... haha yalah, kalu duk melangut x buat keje, kompem dapur x berasap... lantai x bersapu! owh... reject!!


~agak2nya, aku pun kne reject jugak ke??~

8. Jangan tidur lepas subuh. Nanti rezeki lari, dipatuk ayam.
Rasional: Kebanyakan orang zaman dulu adalah petani. kalu bangun lambat, habis benih2 padi dimakan ayam. x dapatlah nak menyemai. maka, xde la rezeki.
Ulasan: terlajak tidur pulak... kang terlewat p keje! haha

9. Jangan duduk atas bantal. Nanti bisul.
Rasional: Bantal untuk lapik kepala. bukan lapik bontot.
Ulasan: nak tau bisul ke x, try la! haha

10. Jangan main pada waktu Maghrib. Nanti disorok hantu.
Rasional: Waktu Maghrib, syaitan banyak berkeliaran. Nanti kena sampuk pulak. Lagipun, dah nak malam. Masa untuk berehat.
Ulasan: Tak reti2 nak masuk rumah ke??? mandi, solat, ngaji???

11. Jangan makan leher ayam. Nanti kepala teleng masa bersanding di pelamin.
Rasional: xtau laa... my mom pun x sure knp orang x bg mkn leher ayam. ada sesiapa tau??
Ulasan: leher ayam?? goreng pun sodap!!!

12. Jangan tunjuk pelangi. Nanti jari kudung.
Rasional: xtau jugak. mmg xtau kenapa. huhu
Ulasan: Masa nenek cter dulu, kalu ada pelangi maknanya, 7 puteri kayangan turun mandi. xtau la mandi kat mana.... haha

13. Jangan minum sambil berdiri. Nanti air masuk kaki.
Rasional: X sopan minum berdiri. kita ni kan orang melayu... bangsa beradab. apa2 hal pun, kenalah ikut peraturan pun. bukannya susah sangat pun nak duduk.
Ulasan: saya pun kadang2 terbuat jugak. haha haus sgt la katakan. alasan! haha

ada banyak lagi tapi saya x ingat. huhu yang saya kongsi ni adalah perkara yang selalu dipesan oleh mama abah dan orang sekeliling. sampai lekat dalam kepala ni. hik3

apa? sy hidup macam orang zaman dulu2? ish... ni bukan cara hidup orang dulu2... inilah yg dinamakan budaya. sy diasuh sejak kecil lagi. kemajuan bukan alasan utk kita tolak adat budaya kita tau. selagi x bertentangan dengan agama, apasalahnya diamalkan? yang tahyul tu, janganlah percaya. kang terpesong lak akidah! hihi

p/s: kalu ada lagi, leh la share... \(^__^)/

Friday, February 11, 2011

BiRTHDaY lagi...


assalamualaikum... hari ni 11 Feb 2011... ulang tahun kelahiran sahabat baik, insyaAllah dunia akhirat, sambutan Jubli Perak. [Dia yg nak sangat ditulis Jubli Perak. haha]

haaa... inilah orangnya! tadaaaa.... amacam?? berkenan?? sila hubungi saya erk. nti sy perkenalkan. hehe


saya kenal beliau ni masa kat UPM. kami ni 1 floor... 1 course... awal2 sem xde la rapat sgt tp ble dah pertengahan sem, jd rapat. mayb sebab 1 floor kot... bnyk menda buat bersama2. aktiviti floor, aktiviti kolej, aktiviti fakulti.... pastu pakat2 dgn kosmate yg sama floor utk buat 1 group dan akhirnya hubungan kami kekal ke hari ni. semoga kekal smp ble2... aminnn!!~

kepada Noraini Ismail a.k.a Along a.k.a NorisYangManis, selamat hari lahir. \(^__^)/
-semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
-semoga cepat dapat jodoh...
-semoga cepat kaya. $ $ hehe
-semoga sentiasa di bawah lindunganNya.
-semoga bahagia dan senyum selalu... (^_____^)


Wednesday, February 9, 2011

Saje Je


ah lapar la pulak! petang-petang macam ni... bosan2 macam ni... dah xtau nak buat apa. rasa lapar pulak perut, mintak diisi. malasnya mau turun ke kafe!!! sekarang ni [kul 1838] saya sedang melentok2 kan kepala di atas meja sambil menaip. mmg dah pemalas tahap gaban!!! huahaha

owh tadi p the mines... tgok wayang. cter Yogi Bear. berdekah2 saya ketawa. pedulik pe!! bukannya ramai pun... saya p dgn cik khai n cik rosie. masa beli tiket tu, boleh dikira orang yg dah beli tiket. mungkin sebab ari ni ari rabu kot... tapi cter ni best!!!~ hehe




pastu p karok. meroyan kat karok. amik lagu yg key paaaaaaling tinggi dan amik pula key yang paaaaaling rendah!!! haha xpe... enjoy punya pasal!! huahaha

dah ni meroyan lagi... huhu pasang playlist kat YouTube. tengah layan jiwang2 karat terdeoksida overdose, terdengar pulak lagu Haslinda: Sehati Sejiwa. pergghhh... lama x dengar vokal dia! teringatlah kembali zaman saya sekolah rendah. *tetiba* bukan nak cter pasal zaman sekolah rendah tapi nak stori pasal lagu yang menjadi soundtrack drama popular terbitan Kuasatek Sdn Bhd pada tahun 1997. eh bukan nak cter pasal lagu tu! nak cter pasal drama popular tu... hahaha meroyan petala kelapan sudah... hahh?? drama pe?? ni haaa... drama Cinderella lakonan Ahmad Idham dan Haliza Misbun. saya rasa ramai je yg tengok... walaupun ada yg x tengok. eh, saya tengok tau!!! pastu kalut bersembang kat sekolah pasal drama tu. kagum... kagum... ahaks!!! apa?? anda xtau??? emm... dah la xde poster or gambar2 yg menarik utk mengingatkan anda! xpe laaa.... anda layan je lagu ni... sekarang ni, ada orang upload cter Cinderella ni kat YouTube. leh la cari... malas la nak bg link. hahahaha



ok, ni siaran eksklusif! [lari topik lagi.] kalu anda hebat, mana satu saya??? hahaha kalu dapat teka, sila compare dgn saya di masa kini... hahahahahahaha [gelak besar!!!]

hadiah??? nanti saya kiss kat pipi erk... ;-* mmmuuuaahhhh!!!~ hahaha

p/s: lapar.... huhu

Tuesday, February 8, 2011

aL-FatiHaH


semalam petang nak dekat senja, saya didatangi satu panggilan telefon dari adik saya di rumah.

saya: hah, apahal?

adik: weh, wak asim dah meninggal.

saya: hahh?? ko biaq betoi!!!

adik: betoi laaa... ma dan abah p hospital tadi.

saya: hahh?? awat?? sakit pa? semalam ok je... [mata dah bergenang.]

adik: xtau laa... dah la. ada keje nak buat ni. ma dan abah dah p hospital. nak mengemas... nanti org datang.

saya: hmm... [dah x mampu nak bersuara.]

innalillahi wainna ilaihi rojiun... dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.


cucu sulung kepada Allahyarham Onyang Razak a.k.a wak asim a.k.a bapa angkat saya telah kembali ke rahmatullah. arwah adalah pakcik saya belah ma [sepupu ma] merangkap jiran sebelah rumah. semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman di sisi Allah. Al-Fatihah...

Monday, February 7, 2011

HaPPy BirthDay


owh... 1st time sy eja epi besday dgn skemanya. haha xde nak buat apa kali ni. juz nak ucapkan epi besday kepada sahabat baik saya, insyaAllah sahabat dunia akhirat, yang ke 25, yg jatuh pada hari ini. dah 25 tahun ye kita bernafas di bumi. syukur kerana diberi kesempatan merasai hidup di dunia yang fana ini... (^__^)


ini ain... epi besday!!~

kami kenal masa sekolah menengah dulu. masa form 1, sy masuk kelas 1C dan ain ni 1B. dia budak pandai... kenal pun sebab buku sejarah. masa tu sy lupa yg ckgu nak buat kuiz sejarah. pulun baca buku teks tp x faham. last2 sy dgn x malunya p kelas 1B dan tanya kalu sape2 ada buku rujukan sejarah. last2 ain ni yg bg sy pinjam buku rujukan. di situlah mulanya perkenalan kami. apabila form 2, sy pindah masuk kelas 2B. makin rapatlah kami...

ain, kte doakan smg ain berada di bwh lindunganNya selalu, cepat dapat keje, cepat bertemu jodoh, bahagia selalu, dan limpahan yang terbaik buat ain! saaaaaayanggg ain!!! \(^__^)/

Tuesday, February 1, 2011

sebab kenapa patut bersyukur

MENGELUH... benda yg saya selalu buat. hmm... banyak sangat yang dikeluhkan dalam dunia ni. tapi... kalau minta bersyukur, mungkin sukar untuk dinyatakan. [saya la tuuu...] namun oleh kerana sikap manusia sendiri yang sentiasa merasa tidak puas dengan apa yang dimiliki, syukur itu jarang sekali diucapkan... hmm... ini di antara sebab-sebab kenapa patut bersyukur.

1. Masih mempunyai keluarga dan bukannya anak yatim piatu ataupun terbiar tanpa ada arah tuju.

2. Sihat dan tidak perlu bayar untuk bernafas. Semuanya percuma.

3. Tidak perlu tidur beralaskan bumi dan berbumbungkan langit.

4. Masih boleh mendengar muzik, mencium bau makanan yang sedap-sedap dan bergosip sampai puas.

5. Mempunyai kawan untuk diajak makan bersama. Ada kawan untuk dihubungi ketika saya bosan dan ada kawan untuk diajak berjalan-jalan di hujung minggu.

6. Berkesempatan untuk bersekolah. Biarpun penat mengulangkaji pelajaran dan menghadapi pelbagai peperiksaan, namun percayalah ramai orang yang mengimpikan untuk berada di tempat saya hari ini.

7. Saya masih mampu ketawa menonton filem komedi.

8. Menangis melihat sesuatu yang mengharukan biarpun tidak ada apa-apa hubungan dengan saya. Ini bermakna saya masih manusia yang mempunyai perasaan.

9. Masih berkesempatan dan mampu membeli hadiah untuk teman, keluarga, dan orang teristimewa.

10. Ingin menonton filem yang bagus?? Pergi sahaja ke panggung wayang. Ingin menonton konsert artis idola saya?? Pergi sahaja membeli tiket dan masuuk sahaja ke konsert. Hmm... nasib saya sangat baik kan??

11. Saya boleh membaca dan membayangkan beberapa banyak perkara dan ilmu yang saya dapat dari pembacaan saya.

12. Terasa ingin menikmati makanan Jepun, Itali, Cina, atau apa saja?? Saya hanya perlu pergi sahaja ke restoran yang menjualnya. Thanks to global trade...

13. Hidup di negara yang bebas perang.

14. Terima kasih untuk teknologi-teknologi canggih membuatkan hidup menjadi bertambah mudah. Hehe

15. Punya bakat tertentu?? Bersyukurlah kerana bukan semua mampu lakukan apa yang saya lakukan. =)

16. Saya bebas memakai apa sahaja mengikut citarasa dan keinginan saya. Dengan erti kata lain, saya mampu mengisi almari pakaian saya seperti yang diinginkan.

17. Di dunia ini tidak akan ada orang yang boleh menyerupai saya. Sekiranya saya anak kembar sekalipun, pasti ada bezanya. Jadi bersyukurlah dilahirkan unik dan tiada duanya.

18. Setiap kali saya punya kesempatan untuk melihat dunia lain, misalnya melancong ke negara atau negeri orang, akan dimanfaatkan sebaik-baiknya. Bukan semua orang boleh mendapat apa yang saya dapat.

19. Ketika saya mampu membuat orang lain ketawa, itulah perkara terbaik yang saya rasakan.

20. Saya masih hidup sehingga ke hari ini dan inilah alasan yang cukup kuat untuk buat saya bersyukur. (astaghfirullah... syukur alhamdulillah...)

p/s: dalam usaha memujuk hati sendiri... huhu

p/s 2: penat sudah nak senyum... (-_-')