Wednesday, August 19, 2009

TEKA TEKI

assalamualaikum... dan salam 1 Malaysia.

hari ni, saya nak main teka teki... mesti seronok kan?? apapun, try la jawab erk. terima kasih...

Soalan 01: Daun apakah yang berasal dari kayu dan kaca?

Soalan 02: Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.

Soalan 03: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?

Soalan 04: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?

Soalan 05: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?

Soalan 06: Apakah yang berada diantara langit dan bumi.

Soalan 07: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?

Soalan 08: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?

Soalan 09: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

Soalan 10: GELI apa yang tak rasa geli?


JAWAPAN

Jawapan: Daun tingkap dan daun pintu

Jawapan: Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firullah hal azim. 3- Alhamdulillah.

Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.

Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan

Jawapan: Buang tebiat

Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan"

Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang professor memikir untuk masa depan.

Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda sama ada anda manusia atau tikus!

Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cubalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.

Jawapan: GELIsah sebab orang gelisah kalau kena geletek takkan rasa geli. Pelempang di bagi adalah.

p/s: hadoi... apa la aku ni???

No comments: