Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadan Al-Mubarak 1430H

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana siwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(al-Baqarah:183)

selamat datang Bulan yang penuh berkat. bulan ke 9 dalam kalendar Hijrah [kalendar Org Islam]. tau x pe yg istimewanya bulan Ramadan ni? haaa... pada bulan Ramadan ni la orang akan ingat kalendar Hijrah [selain Syawal la...] hikhikhik... kan? kan? huhu [bukan menyindir sesiapa, peringatan ini buat diri sendiri gak. huhu]
pada bulan Ramadan yang mulia inilah masa untuk melipat gandakan ibadah. yalah, bulan Ramadan ni bukan saja untuk kita menahan makan dan minum, semua nafsu kena tahan. hehe bunyinya agak susah tapi... alah bisa, tegal biasa. haaa... jgn nak mengular. Yang Satu kat atas sana ada pasang CCTV. kang kena tayangan perdana kat mahsyar kang, buat haru je. [aku pun sama... haha]
tiba aje bulan puasa ni, ramai yg pasang niat. "Weh, aku cadang bulan puasa ni bak turunkan berat badan la..." ada gak yang cakap, "harap-harap bulan puasa ni dapat la berjimat. raya nanti leh raya sakan..." kalau bebudak lak, "tahun ni aku nak puasa penuh. baru syok raya..." tapi kena ingat... NIAT TAK MENGHALALKAN CARA. bukan tak boleh. boleh... tapi benda tu kena jadi nombor 2 la. nombor 1 kenalah untuk Yang Satu kat atas sana.
alamak, aku cakap dah macam kaunsleor la pulak. hehe bukan apa... untuk peringatan diri sendiri gak. aku ni bukanlah baik mana. bohong kalau aku kata aku tak pernah buat jahat. banyak gak perkara yang melanggar undang-undang yang tak boleh padam aku terjah je. bukan sengaja tapi lupa akan CCTV besar untuk tayangan perdana akan datang. huhu
saat bulan Ramadan ni, dah 4 tahun aku sambut kat rantau orang. [ceh, macam la jauh sangat. haha...] tahun lepas aku sambut sorang2. ada la dalam seminggu aku ditemani kawan. tapi bila kenang balik, aku rindu time puasa masa aku degree dulu. errmmm... buka ramai2, sahur ramai2, pi solat terawih [tu pun sekejap je... dah last2, aku jadi malas. haha], pi bazar Ramadan [jalan kaki ooo... tapi syok!!!], turun kafe dengan meriahnya, dan macam2 lagi. tu belum lagi aktiviti ktorg masa siang hari. cam x puasa je... hehehe

ni gambar suasana kat bazar Ramadan. yang mencapap sangat ni namanya Rolyn. haha kat belakang tu ada Tini, Saiful, Lokman, dan Micheal. yang lain? belakang kamera la... haha aku pun xtau ble ada gambar ni sbb aku p beli belah. hoho




ni gambar balik dari bazar [4 tahun lepas...]
rindu kenangan masa lalu. huhu rindu kat diaorang ni. ntah la... sekarang ni, masing-masing dah punya kerjaya, komitmen, dan urusan masing-masing. hadoi... aku je yang selalu pening kepala.
apapun, selamat menjalani rukun Islam yang ke 3. jangan do mengular erk. ingat, ada CCTV. masa berbuka tu, jangan mengalahkan orang Somalia pulak dan jangan lupa untuk bersahur. hukumnya sunat tu. untuk menjadi pengikut setia Nabi SAW... kena amalkan sunnahnya. percayalah, pejam celik, pejam celik, akan tiba Satu Syawal keesokkan harinya... ringkas aje semua ni. kan? kan? Islam mana membebankan umatnya...
apapun, aku doakan diri aku dan semua Umat Islam agar sentiasa bersabar, ikhlas, dan berfikiran positif dengan dugaan yang bakal dilalui. kejarlah Lailatul Qadar. malam seribu bulan yang penuh dengan kerahmatan.
sekian, terima kasih.
p/s: niat puasa - nawaitu saumarodin 'an ada'i fardi sahri ramadhona hazihi sanatillillahita'ala...
p/s 2: harap2 bulan puasa ni leh la elak dari penyakit. sekarang ni macam2 penyakit akhir zaman. ngeri!!! ngee~

1 comment:

amal said...

yanaaaa...
kenangan tu takkan boleh dicari ganti kan...

SELAMAT BERPUASA!

nanti one day kita bukak pose sama2 yeee :)