Tuesday, March 18, 2014

Jalan-Jalan JK2PP

Assalamualaikum... Hola! Sabtu lepas saya bersama along, alang, uda, dan usu (adik beradik pcd), shida, abang alang, adam (little anak buah) lex, abang uda, dan famili uda p ke Sungai Petani. Anje, adik kami yang ke lapan melangsungkan perkahwinan beliau! Sangat havoc ok!!! Haha kalau ateh, angah, dan achik dapat join tentu lagi seronok!

Sebenarnya, bukan nak buat entri pasal kawen anje (akan dibuat pada masa akan datang sbb belum kumpulkan semua gambar), tapi nak cerita pengalaman melalui JK2PP after balik dari kenduri anje. Hehe

Terima kasih kepada alang dan abang alang (suami alang) sbb bawa kami ke JK2PP. Kalu x, ada yang nak balik Serdang kemudian berpatah balik ke Penang. Haha

JK2PP adalah Jambatan Kedua Pulau Pinang. Nak kne letak info ke kat entri ni?? Kalau tak letak boleh x?? Rasanya ramai dah tau pasal JK2PP ni. Haha

Sikit info pasal JK2PP.
Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ialah sebuah jambatan tol jalan raya kembar baharu di Pulau Pinang yang telah siap dibina sepenuhnya pada Februari 2014. Ia menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dan Batu Maung di pulau, Pulau Pinang. Jambatan ini ialah jambatan kedua yang menghubungkan pula tersebut ke tanah besar selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan yang menelan kos RM 4.5 bilion ini mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 1 Mac 2014 dan dinamakan bersempena Yang di-Pertuan Agong ke-14 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Jambatan Kedua Pulau Pinang juga mempunyai kompleks tol bersepadu yang pertama di Malaysia dan yang terbesar dengan mempunyai 28 lorong.

Ok. Jom tengok gambar! Hehe

snap dari dalam kereta ja sebab alang takot nanti kami smua masuk buletin utama.. haha


blm ada tol charge..hehe


saujana mata memandang..








kagum dengan Malaysia...bak kata alang. hehe

p/s: cadang nak ke penang lagi ni.. entah bila pulak. Huhu

No comments: