Friday, April 30, 2010

:.Dalam Hati Ada Pelbagai Rasa.:

"...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan..."

[sebuah pertemuan: UNIC]


assalamualaikum... dan salam sejahtera. entri kali ini emo banyak sbb saya nak cerita perkara gumbira dan sedih saya... (^__^)v


gembiranya saya... semalam mmg nampak sangat saya gembira. ke mana-mana, semua nampak senyuman saya. [rasanya saya x pernah ketinggalan memberi senyuman... =)] ini kerana apa yg saya nak, dah pun saya dapat. hihi mmg epi gler laaa... [epi gler bermaksud epi yg sangat2. bukan epi dan giler or mental. hehe] mungkin pada org lain, bendanya kecik or xde apa2 value pun... tapi saya pedulik pe!!! ni jiwa saya... [dah stat emo dah...]


26hb ari tu, ada seseorang anta mesej kat fb saya.

'sy nak let go sy punya novel pergilah sepi. klu b'minat email sy... xxxxxxxxxxx@yahoo.com.my

sy pun balas;

'owh ye ke... masih dalam kualiti baik ke??? =)'


pastu kami mula contact melalui emel pada 27hb. sembang macam2... buat perjanjian... transfer duit... serah alamat dan no fon... dan akhirnya semalam, 29hb saya dapat novel tu. wahhhh epi sangat2!!! xleh nak gambarkan la perasaan tu. mengalahkan org yg celebrate besday lak. haha [epol, epi besday erk. epol punya besday, akak yg dapat hadiah. hik3 nak hadiah gak ke??] saya gumbira sangat sbb dah lama saya cari novel tu. kat bookstore dah xde stok dan kat syarikat yg terbitkan novel tu dah x ulang cetak novel berkenaan. huhu haaa... ini lah novelnya. masih cantik dan berbalut tapi saya dah bukak balutan dia. yg sebelah tu pulak komik kegemaran saya. disebabkan demam bola... [EPL la... piala Malaysia la... Liga Super la... akan dtg World Cup kat south africa (go England go!!)] saya beli komik ni. [dalam dia xde la cter pasal bola tapi sketch sampingan dia semua berkaitan dengan bola.]


Allah SWT Maha Adil, Maha Penyayang. sejak dua menjak ni, saya xtau kenapa saya sedih sangat2. sedih sebab banyak perkara yg mengguris hati berlaku. bukan banyak bertimpa2 pun perkara tu tapi saya jd sangat sedih. sampai sekarang ni saya mencari2 apa salah saya. apa yang dah saya buat sampai mereka benci sangat pada saya? setahu saya, saya tak pernah mengeluarkan kata2 kesat pada mereka. saya x pernah kacau hidup mereka. huhu dan saya pernah menangis dengan perbuatan mereka. [fikir balik, kenapa nak nangis?? cam siot je saya ni. yana... sabarkan hati!!!] mungkin kerana kesedihan ini, Allah memberikan saya kegembiraan yang tak terhingga. terima kasih ya, Allah! yana semakin tabah sekarang...


situasi satu

saya kenal mamat ni sejak sekolah menengah lagi. bukan rapat pun... tapi sebab dia senior, saya kenal la dia. sama2 berbakti kat sekolah dulu dalam persatuan. boleh dikira jumlah patah perkataan saya bercakap dengan dia dulu. sebab dia x femes macam saya kot... [mode: perasan!!] last2, saya dulu yang meninggalkan sekolah kami. [dia masuk form 6 daaa...] tup tup ble saya dah ada laman sosial bernama fesbuk, kami berjumpa semula. bukan dia aje laa... ramai lagi. senior, super senior, super duper senior, junior, super junior... [bukan artis korea tu tau] super ring je xde. dan saya x pernah menyebok or interframe komen or whatever dekat fb dia walaupun saya lihat mcm2 benda yg x sepatutnya dibuat ada dalam fb dia. bangga ke tayang gambar peluk2 dalam fb?? saya diam sebab saya tau saya bukannya alim sangat pun. dan... kalau dia masuk fb saya, mak aiiii!!! komen2 dia buat saya panas. status saya dia komen teruk2 macam la saya ni x pandai bersyukur... macam la saya ni 24jam buat maksiat... dan MACAM LA DIA TU BERSYUKUR SANGAT... BAIK SANGAT MACAM MALAIKAT SAMPAI NAK KUTUK2 SAYA. kalau dia baik, dia xkan doakan saya pendek umur. mendoakan kematian saya... benda ni yang buat saya menangis sbb apa salah saya kat dia sampai dia cakap macam tu?? sikit pun saya x pernah sentuh hal peribadi dia.


situasi dua

saya ada seorang kawan baik. saya kenal mamat ni sejak matrik lagi. masa dia mula2 masuk dulu, [2nd intake] dia xde kawan. dan saya pun xtau kenapa saya begitu peramah dan tegur dia, jadi partner lab kimia dia, dan akhirnya kami kawan baik. kawan2 tutor yang lain selalu usik kami tapi kitorg rileks je. sampai abis belajar pun kitorg still kawan baik. [masa 2nd sem, kelas tutor KMPk dirombak.] masa saya meninggalkan matrik, dia ada lagi di sana sbb kena extent. masa tu, hanya saya yang hubungi dia. dia luahkan segala kekecewaan dia... sesalan dia... kesakitan dan kesusahan yang dia alami tapi nak buat macam mana. mungkin itu takdir dia. saya cuba beri semangat kat dia dan setahun kemudian dia menyusul ke UPM. masa tu saya mmg gumbira sangat2. masa dia mula2 masuk, saya p lawat dia kat kolej dia. macam2 la bantuan yang saya hulurkan... [bukan nak mengungkit, malah jauh sekali untuk menunjuk2] bila masuk tahun ke3, [saya dah abis blaja] dia ada sms saya. beritahu dia kena extent sbb fail 1 subjek wajib. extend lagi... saya hanya mengeluh dalam hati. seperti biasa, saya beri dia kekuatan. hubungan kami still baik sehingga lah 1 aritu saya nampak dia kat kedai makan, padang, sri serdang. saya tegur dia tapi... dia hanya pandang sekilas dan kembali menatap surat khabar. saya pun apalagi... blah la. kali kedua kitorg bertemu, masa tu saya dan member2 PCD makan kat chop n steak. saya renung dia dari meja kami tapi dia x pandang saya. mustahil dia x nampak sebab dia ada menoleh sekali ke arah saya. masa tu hati saya berbisik sesuatu... 'dia nak larikan diri dari ko, yana...' tapi kenapa?? saya ada sms dia tapi x pernah berbalas. masa besday dia... [bulan april ni jugak laaa] saya wish kat dia. macam biasa, tak berbalas. saya wish kat fb tapi apa yang saya dapat mmg mengecewakan saya. semua ucapan berbalas kecuali ucapan saya!! tapi kenapa??? apa salah saya?? kawan baik kah tu???


p/s: padan muka saya!!~


p/s 2: kalau x suka saya, jangan datang dalam hidup saya. pergi jauh2 agar saya tak didera jiwa. saya xnak membenci kamu!!!


p/s 3: memang berasa sangat gembira apabila hari yang ditunggu tiba namun... hakikatnya semakin dekat dengan hari yang dinanti, semakin dekat jua lah dengan perpisahan yang menyedihkan...

Monday, April 19, 2010

:.Cerita Dalam Kereta.:

assalamualaikum dan selamat sejahtera... cerita dalam kereta. hmm... sebenarnya cerita ni abang aku dah cerita kat aku satu masa aritu masa on da way balik umah. nak tanya pendapat dan nasihat. [sebab tu nama entri kali ni cter dlm kete.] so, baru2 ni... [aku balik kampung weekend lepas] abang ada ungkit balik cerita yang sama sebab dia dah x tahan dgn apa yang berlaku. mungkin laaa... sbb kalu aku kat tempat abang pun aku dah luku minah tu. huhhhh!!~


abang aku ada kawan... merangkap housemate dia la. merangkap budak fak sains juga merangkap felo kolej ke2 UPM. eh eh... makin detail la pulak... huhu hurmm... budak laki ni dah bertunang. tunang dia ni pun budak UPM gak... merangkap kosmate dia dulu. sekarang ni masing2 sambung master. yg menjadi isu sekarang ni... tunang budak laki ni. sangat sangat sangat JAHAT. super duper DEVIL. hadoi... maap la kalu mulut aku ni lancang sangat tapi... itulah gelaran yg paling sesuai untuk minah tu. maap la erk... walaupun kita x kenal satu sama lain, tapi perangai kau tu memburukkan nama baik wanita yang lain. aku betul2 geram... sangat sangat GERAM. apa yg dia buat sampai aku dok sumpah dia??

1. pompuan tu sangat sangat kaki kikis. semua elaun budak laki tu dia rembat. sampai budak laki tu x makan. kereta budak laki tu dia yg guna tapi budak laki tu yg tanggung segala bagai keperluan kereta.

2. pompuan tu sangat sangat gatal!!! macam la cantik sangat. dah bertunang pun dok cari lelaki lain. dan... sangat sangat tertarik kepada lelaki kaya. mak nenek... macam la kau boleh dapat. buweeekkkk!!!!!

3. pompuan tu sangat sangat tak berbudi bahasa. kalu mengamuk... hurmmm... aku pun malu nak tulis apa yg kuar dari mulut dia. [-_-'] dan kalu mengamuk, budak laki mmg teruk kena. hadoi... sangat sangat kesian...


walaupun 3 perkara je, tapi cukup buat aku sakit sakit hati. geram dgn minah tu... dgn budak laki tu pun aku geram. kenapa la bongek sangat sampai ikut segala cakap pompuan tu??? abang cakap budak laki ni kalu ditegur, dia buat xtau je... boleh pulak dia cakap dia sayang sangat sangat kat pompuan tu. hadoi... sayang apa la kalu mcm tu? kenapa la x nampak apa yg budak pompuan tu dah buat? ish, mcm mana nak basuh budak laki ni bg celik hati skit?!


seperkara yg terlintas di fikiran aku, budak laki tu dah 'kena'. tu aje laaa... mana mungkin kalu masih waras, sanggup diperlakukan sebegitu. huhu ble abang cter, aku dah x terkata apa. [hilang kreadibiliti aku sbg doktor cinta. huhu] ble cter kat mama pun, mama terdiam. xkan la mama yg nak p ubat budak tu. mama suh abang nasihat budak laki... suh buat solat istikharah... solat hajat. minta petunjuk dan minta dibukakan pintu hati. itu pesan mama... kalu pesanan aku lak, meh aku tampar dua2nya. biar tau langit tu tinggi ke rendah!!~ terus mama baling aku dgn bantal. hadoi... mama kata jangan bawa perangai gangster. cukup2 la tuuu... huhu
aku bukan apa... kasihan dgn mamat tu. [sekejap budak laki, sekejap mamat... apa aku ni??] kalu dia putus dgn budak pompuan tu pun, bukan dia rugi pun... mmg la banyak rugi before ni... tapi fikir la demi masa akan datang. kalu berubah, ya Alhamdulillah... kalu x berubah, mmg lingkup la perkahwinan korg nanti. bukan nak mendoakan tapi... itu lah realitinya dlm kehidupan.




anak kucing baru kat umah... xde la baru sgt. 22hb 2 2010 dia lahir. manja ya amat!! nama dia chiko. hmmm... ~selingan~
p/s: aku membebel2 ni pun, bukan dia tau. huhhhh!!~

Friday, April 9, 2010

:.Hari Ini Hari Jumaat.:

assalamualaikum... dan salam sejahtera. dunia sekarang ini panas. memang panas!!!!!!~ huhu isu? bukan global warming je tapi macam2... huhu hadoi... aku lak?? still bengong... kesian!!! ekceli kami baru kolokium. semalam habis. aku present ari selasa. komen dari chairperson n panelist lak sgt memberangsangkan. xde lak aku rasa down dgn projek aku ni. huhu tapi nak buat camne kan... dah memang papa ktorg xde kat opis. anak2 dia yg lain smua terumbang ambing. huhu kesian kat aku... =(




xtau la sape pizen tapi ada rasa cm duk kat oversea lak. haha


minggu lepas aku demam. teruk ke?? xde la teruk sgt... batuk+selsema+sakit tekak+demam. [pakej lengkap ni!!!] pastu tu tipon mama, mama bebel mcm2. panas dalam la tu!!!~ main ujan la... main panas la... x minum air bnyk2 la... makan menda pedas2 la... minum ais la...

nak buat camne ma... dah sakit tu datang tanpa dijemput. kalu leh elak, mmg nak elak. lagipun, kalu ingat2 balik, dah setahun lebih gak la aku x ditimpa penyakit. huhu xpe... Allah SWT nak menguji. =)

ubat daripada PK. dr.suhyna tu gak yg rawat aku. "ya, liana... kenapa ni??" soalan doktor tu masa aku masuk opis dia...



pastu mama pesan lagi, jgn lupa minum susu erk. nanti perut kosong... hoho masa demam, terus teringat kat mama. tgh sengal2 kat kepala otak ni, teringat semua benda la!!~ haha mama cakap, minum air putih. kalu tekak x terima, minum teh. teh suam.. x pun teh bunga. jgn minum ais tau!!! kalu ada air oksigen, minum air oksigen. air coke pun sejukkan badan jugak. air cap badak skali. berpantang kalu cari makan tu. jgn makan yg pedas2 dan berempah. amik sup bnyk2. jgn keluar time matahari tegak atas kepala...[kul 12 tghari ++]. jgn main ujan. jgn berembun malam2. jgn pakai pakaian gelap2...panas nanti. cuaca x menentu ni... pastu mama cakap apa lagi erk?? haaa... jgn nakal!!~ nakal ke aku ni??? bukan nakal... degil ada la. huhu kesian kat aku...


semalam terasa hati. hadoi... oh, hati!!! kenapa la kau terasa sangat?? sejak ble ko jadi x kental ni?? cian kat aku... selama ni, apa yg orang buat kat aku, aku x pernah kisah. lantak la nak cakap aku ni apapun... aku x pernah nak marah or terasa ati. tapi sejak 2 menjak ni... apa yg orang buat kat aku, aku rasa mcm nak lempar je dia dgn bateri laptop. geram sgt2!!! maybe sbb aku dah bnyk simpan kot. huhu hai hati.... sabarlah!!! biarlah akal yg menemani. =)

Monday, April 5, 2010

:.kolokium.:

hari ini 5hb... so, ari ni stat la kolokium yg membengongkan. tiap2 hujung sem aku gila. tiap2 hujung sem aku gila. tiap2 aku gila aje hujung sem... hadoi.... bila lak aku present?? aku present esok. huwaaaaaaaaaaaaa T_T wish me luck. untuk geng2 opis yg present ari ni... selamat maju jaya!! khai, fara, rep... [aku jugak yg tertinggal... nak nangis....]