Thursday, February 25, 2010

:.entry ke 100.:


100?? sikit je... huhu assalamualaikum... dan salam hari khamis. esok jumaat bersamaan dengan 12 Rabiulawal... iaitu Maulidur Rasul. tau x? tau kan kenapa kena celebrate?? haaa... so xyah la ckp. hehe SALAM MAULIDUR RASUL 1431.

ok... aku nk cter pasal my Honda...



inilah Honda... kiutkan. kaler biru lagi tu... [aku xsuka biru sebenarnya...]


cian dia. dah lama aku guna dia tanpa peduli perasaan dia. huhu so, dua ari lepas aku anta dia p 'klinik' untuk 'medical checkup'. actually, body dia dgn fork dah melekat sbb abang langgar pokok. huhu cian Honda. demi kesihatan dia, aku anta pi 'klinik' gak sbb sejak 2 menjak ni dia cm x sihat. ada 'batuk2' sikit... rasa cam nak 'demam'... ciannya my Honda. aku anta pi 'klinik' ari selasa. 'doktor' dia ckp, Honda kena tahan masuk 'wad'. petang karang leh kuar. oh... ok!! nasib bek sekejap je... kalu tak... mesti aku rindu. huhu




'klinik' Honda...



bil perawatan Honda... tambah RM30 utk brek... huhu

kul 7.45 malam aku kuar dgn abg p amik Honda. aku tengok dia berseri je... hehe dah sembuh erk??? huhu pastu aku bw dia balik. dah sampai kolej baru aku terasa something. brek tangan mcm x makan je. alahai...apahal lak ni???

esoknya, aku bawa balik p 'klinik'. 'doktor' dia cakap, brek depan haus. ada problem dgn spotrim sebab ni pasang terbalik ni. uiksss??? awat x habaq semalam?? hadoi.... aku cakap dgn 'doktor' tu, buat je la apapun. asalkan Honda baik... so, Honda masuk 'wad' balik... tapi aku nak tunggu sebab x lama... tapi bosan gak... sampai habis fon hp aku main wifi. huhu sejam pastu, 'doktor' tu pun panggil. dia kata Honda dah ok... cepat2 aku p bayar bil kat kaunter. ble aku bawa nak balik opis, rasa mantap pulak. dah tak goyang n brek kaki n tangan smooth je... hehe

balik opis petang semalam, aku n rosie pakat nak mandikan motor masing2. hua3 gler mantap spot rim Honda. berkilat!!!~ haha nanti, aku nak anta kedai la... baru syok... ngee~



nak bawa Honda p mandi... =)


malam pulak, bawa Honda jalan2 p makan. kat sri serdang je... =)


sekian, cerita Honda yg baik hati lagi penyayang... (^_^)v

Tuesday, February 23, 2010

:.Cerita Hujung Minggu.:

hujung minggu??? hadoi... pengalaman yang penuh canda-tangis-ketawa-duka. huhu hadoi... aku xleh nak describe camne. adakah aku tensi? ya!! mmg aku tensi. tau kenapa? sebab tensi yg datang bukanlah dari aku walaupun aku cuba yang terbaik. rasa menyesal dgn smua ni tapi dah berlaku. nak patah balik?? kirim salam aje la... huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa T_T




oh ya! ari jumaat hari tu, my anje turun serdang. sebenarnya, ada kenduri kat JB, umah rumet anje. sbb tu anje turun KL. 1 lg sebab... anje miss her anne so much!!! haha [anne pun rindu anje gak sbnrnya... rindu bnyk2. malu nk ckp kat dorg je. haha] so, malam sebelum berangkat dorg... eh, dorg tu anje, ateh dan kak haiza [rumet ateh]... tido kat bilik aku... [P7 121 yg indah dan permai...] sebab sok pagi, ari sabtu, nak berangkat ke JB. nak bertolak ari je sebab ari ahad nak lepak aktiviti lain. hehe




perjalanan mmg menyeronokkan. pemandangan highway yg bosan... [kiri kanan pokok dan aku xleh tdo sebab aku co-pilot] singgah brekfes kat pagoh... mkn mcm xnak mkn masa knduri je. haha nak buat sedikit ringkasan...




-sampai dewan desa harmoni dalam pukul 12... jumpa parents kak lyd [pengantin], duduk2 jap, p mkn dan sambung lepak+bersembang+usik mengusik. hua3


-tunggu pengantin sampai... mak kak lyd ckp dlm kul 230 bersanding. huhu sementara tu... makan limau, makan telur pindang, minum air sirap dan abiskan sebotol air mineral yang terhidang. [mmg melantak. alang, berapa bijik telan telur pindang erk??? haha]


-rombongan pengantin tiba dan berarak menuju ke dewan dgn diiringi oleh paluan kompang dan hujan lebat yg tetiba turun. hehe


-aku, sebagai jurufoto x rasmi menyibuk di sebelah jurufoto terlatih mengambil gambar perarakan pengantin. [thanx to my hp... sampai abis bateri. haha]


-dapat bersalam dan bergambar dgn pengantin. congrats to kak lyd n kejang... [dua2nya senior ktorg kat ktdi...]


-berangkat pulang dalam pukul 3. pastu anta kak haiza ke larkin sbb dia nak balik muar.


-bertolak dari JB dalam pukul 6 ptg.


-alhamdulillah... sampai ke kolej 14 UPM dalam kul 1050 malam...


ahadnya pula... menidurkan diri sehingga kul 10 pagi. haha dalam penat2 malam tadi pun boleh gelak2 n tdo lewat. aku, ateh n anje je yang tinggal. haha


-ateh terpaksa balik sbb kakak dia terkunci di luar rumah. hehe


-pergi lunch dgn anje dan usu. along pun ada... angah bw maria. usu bawa shida. melantak kat rasa mas dgn mkn mcm2. ayam besar!!! haha lupa lak nak amik gmbr ayam. hehe


-petang melepak kat bilik. anje, along, angah...


-malam2 goreng popia dan makan dgn dorg sambil ngumpat dan makan cookies yg anje bawa dari sungai petani...


-ble along n angah balik, aku n anje lak sambung bergosip. kui3 sampai kul 3 pagi sbb baca komik. hehe




pagi isnin... aku bawa anje p opis. anje mau jumpa rumetnya...


-kul 1230 p lunch kat ani's soup kat bangi. sedap2!!!~


-lepak kat lib sambil mengumpat. hahahahahaha


-balik ke kolej. nasib baik sempat. kalu x... ujan menderu membasahi aku, anje, leeno dan honda.


-tunggu ateh datang sbb nak p diner sama2... ujan sgt lebat masa tu. amik ateh kat kafe guna payung tapi xde kesan. tetap basah gak. hua3


-decide+bincang... makan kat chop n steak. bgtau kat usu, angah n along...


-kul 920 berangkat sbb usu ada training... dan bas anje kul 10...




-the end-




p/s: bengang betol aku dgn bnyk2 perkara yg x tercatat di sini. sangat2 bengang dengan org yang BODOH DAN SOMBONG!!




p/s 2: mungkin itu adalah kali terakhir aku dengan dia.




p/s 3: jangan cabar kesabaran aku...

Wednesday, February 17, 2010

:.Gong Xi!!!.:


assalamualaikum... dan salam pertemuan selepas sakan makan limau dan kutip angpau. hehe oh ya!! di sini bukannya aku nak ucapkan selamat tahun harimau cuma aku nak cerita apa yang aku lakukan sepanjang cuti raya cina yang lepas. begini:


13HB [Sabtu]
-aku bertolak dari UPM pukul 7.50 pagi sebab abang aku yang baik hati tu dah call. [kata pukul 8.00. huhuhu...]
-perjalanan sangat la sesak. sepatutnya perjalanan yang mengambil masa 2.5 jam jd 4 jam. huhu dari highway PLUS sungai buloh sampai la Guthrie, aku dah makan 2 bungkus jajan. abang lak telah 2 roti gardenia dan 2 kotak susu Dutch Lady perisa coklat. huhuhu
-sampai umah kul 12 tghari... mama dan abah lak xde. p kenduri. last2 aku jugak kene masak. huhu [cam x ikhlas je...]


14hb [Ahad]

-aku dah plan dgn as nk p kenduri. hari ni 2 tempat. umah shafiq che ros kat sg.dulang dan umah naziratun azniah kat parit 5 [jiran aku daaa...]
-bertolak kul 11++ sebab nak kejar umah sepupu my mum kul 12 pulak. hadoi... sgt rushing. aku bw kete pun cm pemandu f1. huhu
-first umah shafiq dulu. x jumpa pengantin pun... mkn2, jumpa tuan rumah, pastu balik. berkejar nak p umah zira. hadoi... kul 12 smp umah zira. cun2 masa tu dia nak bersanding. sempat la gak jumpa dia kat blik pengantin. makin lawa!!! hehe

ni la zira... kawan sepermainan aku masa kecik. skola tadika sama2... p ngaji sama2... p skola agama sama2... skola rendah sama2... skola menengah sama... hik3
-yang x syoknya, aku terserempak dgn mak skandal aku. hadoi... punyalah dia gamit aku. maklum la...lama x jumpa. bila bersalam tu, bukan main seronoknya dia peluk aku. alahai... serba salah aku dibuatnya... dalam hati aku, punya la aku risau. aku tengok2 gak sekeliling... kot2 manalah tau skandal aku ada. huhu
-dalam kelam kabut tu, pas setel semua, aku anta as balik. pastu aku pecut balik umah n nak p umah kazen my mum lak kat sitiawan...

15hb lak [Isnin]
-sepupu aku punya isteri lak buat kenduri. adik dia nak kawen. hehe best2...
-petangnya dan bawa ke malam, aku n famili p teluk intan. shopping2... hhehe best2... sbb bnyk duit abis. kui3

16hb [Selasa]
-balik UPM. x syok!!!!

p/s: sheetah, sori xdpt dtg kenduri hang. selamat pengantin baru!!!!~

Thursday, February 11, 2010

:.PCD dan lepaking.:


assalamualaikum dan selamat hari Khamis... hehe apa erk nak cerita?? owh ye... malam td ktorg [aku, rosie, ain, nor, chan2, dina, dan fiza (kawan chan2)] kuar makan2 dan lepak2 kat Chop n Steak depan skOoL sri serdang. happening gak la... haha sebab banyak gelak. mula2 je pun dah lawak. camni kisahnya:

selepas ujan reda, rosie nak p amik ain kat KTDI. aku cakap kat rosie, p la... cepat sikit. pastu, ble ujan dah berhenti, aku call chan2 supaya xyah amik ktorg. ktorg p merempit. senang skit nak balik nanti. xde chan2 kene pusing jauh2 nak anta ktorg... aku pun tipon rosie, bgtau, kte gerak sama. rosie bgtau dia tunggu kat gate depan kolej. aku pun apa lagi... vroom la. masa kat gate tu, aku bw slow2 sambil jenguk2. cari rosie n ain tapi bila aku terpandang ada 1 moto ikut gerak skali masa aku kuar dari gate, aku pun terus pecut. pastu bila aku sampai kat traffic light, aku tengok belakang. eh, mana diorg ni?? peliknya...xkan la lambat sangat bawa moto kot. sampai la aku tiba kat umah nor. tup tup dapat call... rosie call.

R: Yana, kat mana? apasal lama sangat?

L: eh, saya kat umah nor ni!! rosie katne?? [blur dah ni...]

R: hahh??!! saya tunggu kat gate ni. hadoi... ble yana kluar??

L: hahh??? jadi yg ikut saya kat belakang tadi bukan awak la erk??? hahahaha [aku dah gelak besar ni. nor pun jadi terpinga2.]

R: hahaha hadoi... apa dah jadi ni??? xpe2... saya kejar korg ke sana erk. hahahaha

rupa2nya... yg ikut aku tu bukan rosie. org lain. patut la x jumpa kat traffic light. huhu aku cter kat nor, punya la nor gelak. hahaha rosie... sori erk!!!

makan2 kat chop n steak. menu aku: chicken chop+air bandung+french fries. hehe along x abis2 dgn spageti. kui3


sekitar aktiviti kami...ngeee!!~
oh, ya!! ari ni besday nor yg ke 2 dozen. haha epi besday buat along tersayang. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. semoga cepat dapat jodoh... adik2 mu yg lain dah gatal nak kawen. [except Liana a.k.a anne. =)]



ni la along a.k.a nor. nak kasi glamer skit. ekceli time ni bukan besday dia... besday fairuz a.k.a anje. hehe
p/s: minggu depan gathering lagi... PCD mmg havoc la!!! (^_^)V

Tuesday, February 9, 2010

aKu TaK Percaya CinTa vs aKu jaTuH ciNTa

assalamualaikum... dan salam pagi selasa... entri ini ditulis ketika jiwa kacau aku tinggal 27% je. 60% lg adalah ketenangan dan baki 13% itu pula adalah untuk kekosongan ketiadaperasaan. apa dah jadi dgn aku?? oh, xde apa2!! aku normal sengal seperti biasa. jatuh cinta ke?? xde la... aku juz mengusik kalbu. setakat ni, tiada cinta yang datang pada ku. =) hanya hampir jadi resah je sebab rindukan pemangkin kat fakulti aku ni. haha oh, ya! berdirinya saya di sini adalah untuk berkongsi dgn lebih apa yg cuba untuk disampaikan dari tajuk entri saya iaitu aku tak percaya cinta vs aku jatuh cinta. perasan x? ni tajuk lagu femes nyanyian Liyana Jasmay. jd lagu tema blog aku tuhhh!!! cayalah beb!!! kui3 sebenarnya... aku nak berkongsi kisah cinta yg berlaku di sekeliling aku. semoga menjadi tauladan, pengajaran dan pemikiran semua pencinta abadi...






situasi 1: emo...
biasanya kita dengar... 'biasalah, perempuan... emo!!' jgn lupa erk... lelaki juga ber'emo. cerita ini terjadi kpd kwn aku sendiri. biasa la... perempuan suka diberi perhatian... calling2... msg2... lelaki ni [bf kawan aku] balik kampung sbb dah abis bljr. so dorg dah x jumpa. nak dijadikan kisah, tetiba mamat ni x bls msg kwn aku ni... angkat call pun tidak... jd member aku ni jd angin la. yalah, tetiba je. kalu ada apa2 pun, bgtau la... tup, tup... ble dah sehari, ble dah kawan aku ni mengamuk, bru mamat tu balas msj. tu pun xde ckp pape... juz bgtau dia sakit. yg buat kawan aku marah ni pulak ialah mamat tu xbgtau pun dia sakit. kalu sakit n taknak dikacau, at least bgtau la... xdela kawan aku ni tercari2. ble kawan aku ni dok sindir2, terus dia mengamuk n tunjukkan emo dia. dok marah2 kawan aku. erk??? sape yg patut emo ni??? kawan aku menangis abis-abisan. lelaki tu xde rasa bersalah ke??? bahasa pun terus jd kasar... emo ke???




love ends when we stop crying...
situasi 2: skandal...
pelik... mmg pelik!!! kalu aku yg single n available ni ada skandal, mungkin org x mengata sgt... [rasanya org mengata gak...] tapi x seteruk ble kte dah couple dan ada skandal. org mengata kaw2 punya la... [biasanya aku pun join jugak bisik2 ngumpat ni... hehe] ini pun terjadi kat kawan aku... [biasa la... aku mmg ramai kawan pun. =)] kawan aku ni... aku tau la dia cantik tapi plez jgn main skandal2 ni. bahaya!!! kalu boifren awak marah nanti, sy juga yg awak tuju untuk bercerita. sy ni xtahan nak tadah lama2. skandal sana... skandal sini. jgn la gatal2 nk pasang spare part bnyk2. kesian kat org yg awak masukkan dlm senarai skandal. huhu


pertahan cinta anda sebegini...

situasi 3: curang...
hadoi... ni paling aku x suka!!! sebab pe?? sebab pakwe aku dulu curang. mentang2 la ktorg jauh... huhu eh, tp ni bukan nk cter pasal kisah aku tp nk cter pasal kawan aku jugak. dia ni... dah ada boipren. kenal kat tenet... biasa la... chatting2... tp... dia suka la cari lain. lebih kurang cm skandal gak la tp ni dia pasang 2 3 org. ari2 duk gayut2... duk chatting2... huhu setia dgn 2 3 org lelaki. nak je aku tanya dia... apa erti cinta pada dia sebenarnya? mainan?? suka?? saingan?? org lain ada n dia pun nak juga... huhu sungguh x paham!!! huhu
sepatutnya macam ni la...
ramai yg merana kerana cinta. jangan lupa erk... cinta itu indah. cinta itu universal... cinta itu mendalam maksudnya... tapi... manusia hanya tahu menodai cinta. walau bagaimana menghargainya pun... manusia akan membuatkan cinta itu jadi buruk di mata pencinta yg kecewa... ada gak yg kt cinta itu hanya menyebelahi pihak yg dipuja... kesian yg setia...
p/s: cerita diubahsuai demi menjaga perasaan n hati seseorang yg terbabit...
p/s 2: aku pun xtau nak kata apa... =) aku x percaya cinta... aku tak percaya c.i.n.t.a!!!

Thursday, February 4, 2010

:.aKu ni GATAL ke??.:


assalamualaikum.... mata kiriku bengkak dan berair. huhu aku baru balik dari PKU dlm 15 minit yg lepas. nasib baik x ramai org. xde la lama sangat aku menunggu. doktor tu pulak baik... siap kenal aku lagi. haha nyata dia dah bosan dengan aku kot sbb dah lama sangat aku duduk kat UPM ni. hahaha :D ekceli aku dah selalu kena dgn doktor tu setiap kali p PKU. hehe nama dia kalu x salah Dr.Suhyna. hehe cOoL n lembut je. =)


oh ya! bukan nak cerita sangat pasal doktor ni... cuma aku nak cakap MATA AKU SAKIT. ni pun dah tanggal lens. doktor pesan, jangan pakai lens. tunggu reda dulu sakit mata tu, baru pakai balik. baikkkk doktor!!! haha sesungguhnya aku mmg BAIK. kui3 pas jumpa doktor, seperti biasa, aku tunggu kat farmasi pulak. amik ubat... hehe dapat 3 jenis ubat. ubat titis, ubat hilang bengkak dan ubat gatal. haaa... ini yang nak cerita ni!!! ubat gatal?? mata aku x gatal tapi dia bg ubat gatal. aku ni menggatal ke?? huhu ekceli dari dulu lagi... setiap kali aku p PKU, setiap kali tu la aku diberi ubat gatal. hua3 dah bnyk kali dah ni.... hahahaha aku gatal ke??? hahahaha

lens dan botol solution... huhu

3 jenis ubat. kaler biru ubat makan... kaler merah ubat titis.




mata kiri ku yg merah... huhu [awat kulit aku ni gelap sangat????]
so, sekarang ni... aku kurang 200 power di sebelah mata kiri dan 250 power di sebelah mata kanan. malas pulak nak balik amik spek kat kolej. [walhal bukan jauh pun dr PKU.] huhu
haaa... ini gelang yg aku beli semalam. cantikkan?? tong pun bli 1. hehe kami lah kumpulan indie terbaru. gersang!!! hahaha [sewel dah...~]
p/s: he never know dat I LOVE HIM!!!~

Wednesday, February 3, 2010

:.BiLa.:

pabila ku melihat sekeliling ku
semua berpasangan berpegangan tangan
aku keseorangan
pabila ku mendengar lagu cinta
jiwa ku tersentuh hiba
oh bila la la la la akan ku jumpa
la la la la akan ku rasa
keindahan cinta
dan bila la la la la ku ketemu dia
akan ku setia selama-lamanya
persoalannya bila
bilakah akan ku dicinta
diriku sebaik mungkin mencuba
menyembunyikan duka ku berpura-pura
seolah tiada apa
tak siapa tahu pedihnya di hati
setiap malam ku tangisi
ku belayar di malam sepi
meniti hari yang tak pasti
jiwa kekosongan
adakah ditakdirkan hidup tak berteman
kesepian... kesepian...