Monday, April 30, 2012

Fasha Sandha, Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum. Belum terlewat kot nak ucap selamat pengantin baru kat artis penuh sensasi+kontroversi ni. huhu semoga bahagia, kekal ke akhir hayat.



credit to beautifulnara, nescafeais, dan enciknakal.

p/s: apasal la aku buat entri ni. hadoi... *sigh* (-_-')

Wednesday, April 25, 2012

kek lapis sarawak kukus


Bahan
5 bj telur saiz B
1 ketul butter 250gm
2 cawan biskut marie (di kisar halus)
1 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
pewarna hijau (perisa pandan)

hawflakes (asam belacan/asam gambir)



Cara2
1. Putarkan butter dan gula sampai kembang
2. masukkan telur satu per satu
3. masukkan susu, biskut dan esen vanilla. Kacau sampai sebati.
4. Bahagikan kepada 2 adunan - satu bahagian tanpa pewarna dan satu bahagian lagi campurkan pewarna hijau.
5. pastikan pengukus panas, kukuskan selapis demi selapis. setiap lapisan selama 5-10 minit. jangan biarkan air pengukus menitis ke dalam kek. letakkan hawflakes di atas lapisan yang telah masak sebelum dilapiskan dengan lapisan yang lain.

selamat mencuba... (^___^)v


p/s: sy ni pemalas... buat 4 layer je. haha jgn tiru mcm sy... lagi bnyk layer, lagi cantik tau. hehe

Friday, April 20, 2012

panasss!!!!


assalamualaikum... pagi Jumaat yang indah. hampir hilang keindahan itu dengan berita yang didengar. belum pape dah terbakar. huhhhh!!!!!

ada orang kata, kalau kita kawen dengan seseorg itu, maka kita akan berkawen dengan keluarganya. keluarga itu termasuklah atok nenek, mak ayah, adik beradik, mak pak sedara, sepupu sepapat. ye ke? ye kot... sy xtau sebab sy x kawen lg. tapi.... kalau belum apa2 dah banyak ragam, bagaimana nak menyesuaikan diri atau nak menjadi ahli keluarganya?

kes ni bukan berlaku pada sy tapi pada sepupu sy. hadoi... keluarga ktorg dah lama lupakan. kenapa org sebelah sana nak mengingkit pula? kesian sepupu sy... dahlah dia tu lembut. ikut aje apa org kata. masa majlis pertunangan dulu, pihak sebelah sana berat sebelah. perjanjian tak adil! tapi ktorg terima aje sebab ktorg yakin si lelaki itu mampu membahagiakan sepupu sy. dahlah masa majlis pun boleh buat hal. dalam seumur hidup ktorg, tak pernah ada org lempar nasi. tak pernah okey!! tak ada org buat kecoh masa majlis. tak ada org sengaja nak bg pihak perempuan malu (konon tak nak cakap berapa jumlah hantaran. kalau ktorg tersedia kurg bilangannya dari pihak lelaki, tak malu ktorg nanti?! confirm org sana cakap ktorg tak beradat!). sekarang ni nak cakap pasal sekufu atau tidak. pelik betullah!! ini bukan berpunca dari mak ayah si lelaki itu. ini semua mak pak sedara dia yang punya pasal. wahhh, hebat sangatkah anda sehingga pandang keluarga ktorg ni macam sampah??? korg tu class sangatkah??? kalau nak mengungkit sangat, ktorg pun bolehlahhhhh...~

sekarang ni sepupu sy dah mula tawar hati. ktorg tak ada la pulak suruh dia tinggalkan si lelaki itu tapi kalau jd pada sy, sy pun akan tawar hati gak. majlis yg dirancang disember ni, rasanya akan ditangguhkan ke tahun hadapan. hai, sepupuku! bersabarlah... istikharahlah kamu supaya diberi ketetapan hati. ktorg semua sayang pada kamu. mahukan yang terbaik buat kamu. ktorg akan sentiasa menyokong kamu dan sentiasa di sisi kamu. jgn bersedih... bersabarlah. ada hikmah buat kamu. be strong!!!


gambar hiasan


p/s: 'segala kata cacian yang telah engaku berikan, membuatku rasa kosong...kosong... setiap detik diperhatikan kau cari cara putarbelitkan, kau jadikan diriku kosong...kosong....'


Tuesday, April 17, 2012

17 April


dear syafiq,



you are REMEMBERED today,
in the HAPPIEST way and sent,
WARM WISHES too,
for a BIRTHDAY that bring all your FAVOURITE THINGS,
and a year that is DELIGHTFUL all through.

have a wonderful BIRTHDAY!!!







p/s: I always remember you when our first meeting... 10 years ago.

p/s 2: semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, memperoleh segala kejayaan, sentiasa bahagia bersama keluarga dan insan tersayang, dan selalu di bawah rahmat dan keberkatanNya. aminn...