Monday, December 31, 2012

Ceritera 2012

Hi all! assalamualaikum... tak sangka! memang tak sangka dah nak habis dah 2012 ni. tinggal beberapa minit je lagi. sungguh cepat masa berlalu, kan? haishhh...

kalau nak tanya apa yang saya dapat pada tahun ni, rasanya... ermm... xde! huhu

yalah, sepanjang tahun asyik buat perkara yang sama aje. *sigh

tahun ni, ramai kawan saya yang menamatkan zaman bujang mereka. termasuk kawan baik saya. termasuk juga abang saya. dan pertama kali juga menguruskan majlis perkahwinan. kalau ada yang tanya saya bila giliran saya pulak, saya akan jawab; oh, dia ada di luar sana! mungkin dia tersalah alamat. sat nanti dia mai la... hehehe jodoh bukan satu perkara yang perlu dikesalkan kalau ianya lambat. semuanya tersembunyi hikmah yang suatu hari nanti kita akan bersyukur kerananya. (^_^)

saya dan cousin, nurul yg sama2 suka bergosip!

saya di majlis kawen kawan saya. di sini tercetusnya 1 kontroversi bila saya upload gambar ni kat fb. huhu kelakar pulak bila diingat balik. hehe

sepanjang tahun ni jugak la gigih cari kerja.... [xde la gigih mana pun! haha] rezeki belum ada agaknya... ada dua offer yang terpaksa saya tolak. bila kenang balik, memang terasa rugi sangat2! tapi nak buat macam mana. keadaan yang memaksa saya untuk tidak menerima kerja tersebut walaupun tawarannya sangat baik. biarlah, ia akan datang juga nanti jika ia milik kita. betul tak? [positif sangat dah ni! hohoho]

studi?! yang ni jangan tanya lebih2. sensitif! haha xde la. ok. skrg ni dah hampir siap dah chapter terakhir. tengah make up ayat. biasalah kalau english terlebih ascent melayunya. omputih pun tak faham! hehe

kalau nak tahu, saya meramalkan tahun 2012 ni adalah tahun yang tak best untuk saya. ini disebabkan mimpi yang saya terima pada malam tahun baru diikuti malam kedua dan ketiga. mimpi yang agak menggerunkan. mula2 saya mimpi si dia yang saya sayang. malam kedua pulak, saya bermimpi menjadi pengantin dan malam yang ketiga pula saya di kelilingi cendawan putih. mengikut terjemahan kitab liana [memandai sendiri aje buat tafsir mimpi], semuanya bermaksud perkara yg x baik! boleh dikatakan hari2 terkenang dan sampai ke hari ni mimpi itu menjadi ingatan saya. dan memang banyak benda x best berlaku sepanjang tahun! tapi... banyak jugak perkara best berlaku! hehehe semua itu kan ketentuan Tuhan. saya aje yang terlalu mengikut perasaan yang entah apa2. jangan contohi saya ni. khurafat! huhu

ok. dah habis bebel dah. pasal cerita or azam tahun depan, saya akan cerita nanti. hihi

tata~

p/s: sedih...


Friday, December 21, 2012

:Haishh...~:

Susah betullah dengan orang yang tak faham bahasa!

Ok. Aku ni dah jadi beban, dah tak larat nak tengok muka aku, kan??

Baik. Aku pergi!

Kau, jangan sampai aku ungkit apa yang aku dah buat untuk kau!

Aku korban semua benda untuk kau yang tak ada kena mengena dalam urusan aku. Lepas tu, mengata aku macam-macam.

Baik. Aku pergi! Settle lah sendiri! Kau tu yang annoying!




p/s: macam la aku minta duit kau! blah!~


Saturday, December 15, 2012

Qalam Band - Dilamun Rindu Original



lirik

Mengapa ketika bila aku sendirian
Terkenang kenangan waktu kita bersama
Pilu rasa hati bila engkau tiada di sisi

Indah waktu itu bila engkau di sampingku
Seakan dunia milik kita berdua
Kini kau tiada hanya aku dilamun rindu

Mengapa kau menghilangkan dirimu
Katakanlah salahku
Sehingga kau hancurkan hidupku

[Chorus]
Berikanlah kesempatan untuk aku menjelaskan
Agar engkau kan fahami apa yang telah terjadi
Tak perlu kau meragui ketulusan hati ini
Kerna aku disalah mengerti

[Ulang chorus]

Tidak pernah pun terlintas untuk aku menduakan
Kerna ku telah berjanji
Cinta kita kan abadi
Tak perlu kau mengkhianati
Cinta yang luhur dan murni
Di atas tohmahan orang lain

Indah waktu itu bila engkau di sampingku
Seakan dunia milik kita bersama
Kini kau tiada hanya aku dilamun rindu
Kini kau tiada hanya aku dilamun rindu

p/s: diorang ini mengingatkan saya pada kumpulan NewBoyz dan Q-Face... huhuhu

p/s 2: sedang tension... layan jiwang sat! huhuhu



Thursday, December 13, 2012

Skip

if life have this button...


Navigation Blue Skip to End

p/s: currently listening to through the rain by Mariah Carey and stand up by Siti Nurhaliza...


Sunday, December 9, 2012

:.buntu [mencari cinta].:

Assalamualaikum.



entri kali ni pasal cinta. ok. ini kisah yang saya sendiri rasanya susah nak bagi nasihat dan pendapat. rasa kasihan saya pada si gadis itu sangat tinggi. bahkan lebih banyak dari roti canai kuah banjir. melimpah ruah.

baru-baru ni, si gadis ini ada hubungi saya. maklumlah, dia belajar di utara tanah air. kalau dia balik ke kampung pun, bukan senang nak jumpa saya. mujurlah ada teknologi yang membantu kami untuk meluahkan perasaan.

saya pernah ceritakan kisah dia di sini dulu. baca sini. dan kini dia sudah putus dengan kekasihnya atas permintaan dan tanda hormat taat kepada ibubapanya. apapun, saya gembira sangat apabila mereka masih lagi berkawan sehingga sekarang. dan apa yang saya faham dalam situasi mereka, mereka masih lagi mengharap di antara satu sama lain.

ok. bukan perkara itu yang sebenarnya yang saya nak kongsikan di sini. tapi... pasal masalah si gadis. masalah dia ialah...

mak dia suruh dia kahwin!

kahwin??

ya, kahwin!

ok...

SG (si gadis) : macam mana ni, kak? mak suruh kahwin.

LR (saya) : loh, apa mimpi mak kamu ni?

SG : entah. agaknya dia tengok si o*** dah nak kahwin ni, dia pun nak suruh kita kahwin jugak kot.

LR : ish, meroyanlah mak kamu tu! kalau embah tahu ni, mahu kena mak kamu.

SG : eh, jangan cakap dengan embah! nanti mak marah kita sebab cerita dekat embah.

LR : akak tau... akak tak cerita kat sape2.

SG : tapi... macam mana ni kak?

LR : mak serius ke main2?

SG : serius!

LR : kalau macam tu, inilah peluang nak kahwin dengan k***.

SG : mak tak setuju. kita dah cakap dah... kalau nak kita kahwin, k*** akan masuk meminang. tapi mak tak bagi. mak suruh cari orang lain.

LR : kalau macam tu, suruh mak cari!

SG : mak suruh cari sendiri.

LR : pulak dah!

SG : apa nak buat ni kak??? kita buntu ni...

LR : akak pun sama!

last2, saya cakap juga dekat mak. hadoi... memang tak ada penyelesaian untuk si gadis ni.

saya hanya boleh cakap, bersabarlah... hanya Tuhan yang tahu apa yang akan berlaku masa hadapan. kalau k*** itu jodohnya, sejauh manapun dia pergi, pasti dia akan kembali. kalau bukan, depan mata pun boleh pergi. tapi saya berpesan juga pada si gadis, kalau mak suruh kahwin juga, cakap pada saya. tahulah saya macam mana nak buat nanti. haha

p/s: embah tu maksudnya atuk/nenek dalam bahasa jawa.

p/s 2: 'kalau kita ni gedik, bolehlah kita cari lelaki!!' buat saya gelak terbahak2 dengar kata2 si gadis! huahahahahaha (tu bukan lelaki yg dicari, dik. itu jantan namanya!)




Friday, December 7, 2012

Zoo Taiping

Assalamualaikum... masa awal Muharam hari tu, saya, abang, kak ipar, adik perempuan, dan adik lelaki saya pergi jalan-jalan di Taiping, Perak. (skema gler ayat! haha) benda ni tak plan pun... tetiba abang cakap, jom jalan! and then kita orang decide nak p Taiping sebab adik lelaki nak p zoo. (kalau ikutkan jarak, Taiping lg jauh berbanding zoo negara. tapi memandangkan kak ipar org selangor, maka ke Taipinglah kami. ngeee~ yg penting dpt p jalan-jalan! haha)

bertolak dari rumah dalam pukul 930 pagi... sampai sana pukul 1 lebih! huhu p makan kfc dulu and then baru lepak dekat zoo... ok! malas nak elobarate. layan aje gambar ni... hehe


kalu dapat join safari lagi syok!~ hehe

waiting for abang





gloria madagascar!~


breast feeding! hihi

looking for exit. huhu

guess what??? haha

perak museum

p/s: bukan cinta biasa!~

Thursday, December 6, 2012

Sekitar Majlis Bertandang 041112

Assalamualaikum. Hola!~ entri kali ni xmau emo2. mau emo gumbira saja. (^____^)v doakan kesejahteraan pasangan ini erk. jom layan gambar!~



inilah pelamin last minute yang dapat order dari zaihan. apapun, nice!

saol and nurul

gambar atas dan bawah: geng CRIM UKM


with kak liza and her daughters

with humaira... anak kak raihan
kak Raihan and her husband and humaira...

kak hana and nurul

parents pengantin perempuan

her siblings and cousins

uncles and aunties

cian akim demam... huhu

Rumahku bersepah!~

p/s: dalam proses nak buat mv untuk dia orang. =)

Tafsir Mimpi

Assalamualaikum. Tafsir mimpi? sila check di sini. Masih dalam keadaan sangsi dan blur2... huhu~

Sedapnya dia tidur dalam pinggan. apa agaknya mimpi dia erk?? hihihi
p/s: harapkan yang baik2 aje... aminnnn~


Sunday, December 2, 2012

:.Diuji.:

assalamualaikum. hye semua! susah nak cakap bila kita sendiri tak rasa apa yang orang lain rasa. bila dengar masalah yang melanda, bila lihat sendiri orang yang mengalaminya, rasa macam... kalau saya, mungkin tak mampu untuk menghadapinya.

ini kisah hati manusia. manusia. penuh ragam. kadang2 rasa pelik melihat sikap manusia. yalah, kalau semua orang sama aje, apa yang dikatakan manusia kan?? tak ada bezanya dengan haiwan. haishhh...

kisah ini berlaku pada orang yang dekat dengan saya. memang dah tak tahu nak buat apa apabila dibagitahu ini semua atas perbuatan manusia yang tak percaya langsung takdir dan ketentuan ALLAH. sudah dikatakan TIADA JODOH tapi masih tak faham juga. lantas tak boleh tengok orang lain bahagia maka dia mula meminta pada jalan yang dimurkaiNya.

memang besar dendam dia kepada lelaki ini sehingga melakukan sesuatu yang syirik. saya tahu, dia mahu melihat kesengsaraan lelaki ini dan isterinya. hadoi... yang sudah tu sudahlah. dia pun sudah berkahwin. kalau dia berasa peritnya putus cinta, rasanya hampir semua manusia dalam dunia ini merasakannya. apa lagi yang dia tak puas hati?? bertahun lelaki ini dan isterinya berubat. bila dah baik, ia datang balik. dah pelbagai tempat pergi berubat. hasilnya tetap sama. bila si isteri mula menunjukkan reaksi positif, sakit itu datang balik. mengikut kata perawat di tempat mereka berubat, tok bomoh yang menghantar 'sakit' itu dah tak ada. maka si pendendam mencari tok bomoh yang lain. sebab tu penyakit itu tak sembuh. haishhh...

saya hanya mampu memandang. tahu akan berat yang dipikul tapi apakan daya. saya hanya mampu berdoa semoga ALLAH memberi petunjuk dan meningkatkan tahap keimanan mereka. kalau ikutkan hati panas saya, rasa macam nak pulangkan aje apa yang dia hantar kepada lelaki ini dan isterinya. puas dah bersabar tapi sampai bila? semua kerja tergendala. si isteri dah tak bekerja. niat untuk sambung belajar ke luar negara pun sudah tertangguh. si suami pula mula asyik minta cuti. sampai bila nak macam ni?? bagaimana dengan masa depan? memang tak ada iman betul orang yang hantar ni. cuba dia yang kena. baru tahu apa orang lain rasa. memang celaka betul!!!

hei perempuan! siang malam solat tunggang terbalik tu, tak ada nilailah! (entah solat entah tak) masih tak sedarkah kau dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kau??? lihat keadaan rumahtangga kau! lihat keadaan anak kau! lihat keadaan mak bapak kau! (mak bapak kau pun sama perangai macam kau). ALLAH akan bayar cash atas aniaya yang kau lakukan pada orang! [mode: meradang!]

ALLAH menguji itu tanda ALLAH sayang... ALLAH takkan sesekali menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya.

p/s: nak aje sound direct kat perempuan tu tapi semua orang larang. haishhh...

p/s 2: perempuan itu mula mendapat balasan sedikit demi sedikit. saya cakap; PADAN MUKA! (semoga terbuka pintu hatinya untuk bertaubat...tapi kalau hati dah hitam...hmmm...)


Saturday, December 1, 2012

persiapan meraikan cinta

assalamualaikum. hye semua! =) oh, kali ni saya nak share cerita pasal majlis bertandang abang saya dan pasangannya. hmm... hampir sebulan majlis berlalu tapi cerita belum basi lagi. hehe

majlis ni majlis perkahwinan pertama dalam keluarga saya. yalah, sebab abang saya anak sulung. ngee~ agak celaru+kelam kabut+ringkas tapi alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar walaupun hujan sangat lebat di waktu kemuncak majlis.

kami sekeluarga decide tarikh 3 minggu sebelum majlis berlangsung. random aje... bila bincang dengan ahli keluarga yang lain, mereka kata sempat. jadi, terus kami mulakan persiapan. boleh dikatakan, setiap hari saya akan keluar mencari barang untuk persiapan. abang dan ayah pulak kerja. hadehhh... haha

cari bunga telur, cari langsir, jahit langsir, cari hiasan bilik pengantin, cari barang andaman, cari bahan untuk masak kenduri, cari air minum, pi pinjam pinggan+mangkuk+gelas+tray+sudu+periuk, cari barang untuk gift... dan di tengah-tengah kesibukan (2 3 hari lagi nak kenduri) saya kena selsema! hadoi... memang tak boleh gerak dah. nak buat macam mana... asyik kena hujan aje. sebab tu jatuh sakit. haha

makanan pulak, kami tender dekat seorang makcik ni. dia memang pandai masak. memang sedap masakan dia. =) menu yang disediakan;

-nasi beriyani dan nasi putih
-ayam golek ayam goreng rempah
-kurma daging dalca ayam
-jelata acar buah
-daging masak hitam manis
-sambal tempe+kentang
-pecal
-air berkarbonat
-tau fufa tembikai

pelamin pula... last minit baru cari. sebab mula2 cadang nak buat sendiri, tapi saya dah tergolek selsema maka cari jugaklah. nasib baik zaihan nak ambil lagi tempahan. hihi

special thanks to kak siah and her colleagues because being with us for two days... to cik mimah and cik bedah to the kangkung, kak imah and mak long for acar buah yg awesome, green mart for help us to book air berkarbonat, wak taufik for bring us to take a cake at shawqis, my naughty cousin, ijah, for being our photographer, also my lovely cousins, saol and nurul, for being bridesmaids... and to all unmentioned above, you know who you are, thank you very much! may Allah bless us all. aminnn...

p/s: gambar upload nanti. hehehe