Thursday, March 26, 2009

SERIBU SETIA

kita yakin suratanNya jodoh kita
kita sedar asmara siapa yang membara
biarpun beribu tahun
aku akan pertahankan
siapapun akan bosan
jika sering dilupakan
siapapun akan mahu
kekasihnya kekal setia
aku masih mampu untuk bersamamu
menempuh dugaan
aku masih redha apa yang ku ada
selagi kau denganku
(1)
cinta tanpa jiwa
tak mungkin kekal selamanya
harta atau rupa
hanya hiasan manusia
yang pastinya pelihara
secebis hati ini
(KORUS)
ku doa kita bersama
untuk esok dan selamanya
hanya aku kekasihmu... mahsyurkanlah
semikan kasih yang luka
agar gemerlap semula
hanya aku kekasihmu ke akhir hayat
(1)
(KORUS)
hanya aku kekasihmu ke akhir hayat
lagu/lirik:LY dan Baiduri
p/s: aku suka sangat lagu ni sebab... ntah. sebab... aku sukalah. huhuhu lirik itu membawa maksud yg mendalam... hai, cinta punya pasal! aku jd minah jiwang. hehehe 26 mac-love is in the air but no for me...

Wednesday, March 25, 2009

26 MAC 2008: HATI YANG TERGURIS

kalau ingatkan tarikh ni (26 mac 2008), rasa nak menangis pun ada.
banyak persoalan timbul dalam kepala - (mcm ada tanda soal timbul). hehehe
boleh dikatakan persoalan itu bermula dgn KENAPA. haiya... susah nak diterangkan.
sebab?? ermm... apa sebabnya erk?

apa yang menjadi masalah skrg ni adalah masalah itu adalah masalah yang x pernah aku hadapi sepanjang aku hidup di dunia ni selama 22 tahun-[means thn lps la...]
masalah apa? masalah CINTA lah...
boleh bgtau aku, siapa yg leh handle masalah ini dgn baik?
kalu ada... aku nak tabik spring kat dia. mmg hebat la sbb dpt handle masalah yg menjadi kerunsingan dlm hidup manusia.

nak tau pe yg jd pada 26 mac 2008?
ermm... aku ditinggalkan sekali lg. sekali lg dia pergi jauh dr hidup aku. jauh sehingga aku putus asa pada dia. tapi bila aku fikir balik, KENAPA aku masih menanti dia?

jawapan yg pasti adalah... rasa sayang aku kat dia tak pernah surut dan tak pernah padam.
aku tau KENAPA dia mengelakkan diri dia dari aku... sbb rasa bersalah dia pada aku.-[is it juz for sedapkan ati or dia mmg nak run away dari aku? arghh... dont think -ve!]


sebenarnya, aku x pernah blame dia atas apa yg berlaku dlm hubungan kami.-[ye ke?? hikhikhik] (yalah, watpe nak blame2 org!!! blm tentu sndri betul. hohoho)


sebab apa erk??!!
sebab... aku pun paham situasi yg terjadi di antara kami.
dia di utara sana... (Penang... USM)
aku lak walaupun duduk dlm kategori negeri2 utara Malaysia (Perak tp kat selatan... means smpdn Selangor. huhuhuhu) tp jauh dgn tmpt dia tu.
pas tu yg bestnya aku tercampak terus kat UPM serdang ni. hmm... mmg jauh la.

aku faham, bila dah duk jauh2 ni, mcm2 dugaan la dtg.
susah nak jumpa, susah nak contact when masing2 busy dan aku pegang janji yang 'SUATU HARI NANTI KITA PASTI AKAN BERJUMPA...'
tapi aku mengerti apa itu janji... bukan senang nak ditepati. menuturkannya mmg mudah tp melaksanakannya memerlukan pengorbanan.
pengorbanan yang bukan semua org mampu mengambil risikonya.
ermm... bila dah jauh, perhatian pun kurang.
aku x salahkan dia bila dia pilih insan lain menggantikan tempat aku di hatinya sebab aku tahu, insan itu yg selalu berada di hadapan matanya, yg sentiasa bersamanya waktu susah n senang, yg akan menjaganya kalu dia memerlukan perhatian...

mungkin itu yg dikatakan JODOH.
sebab CINTA bukan hanya utk menyayangi dan mencintai.
CINTA meminta pengorbanan dan perhatian. saling berinteraksi di antara satu sama lain. memahami di antara satu sama lain.
bukan untuk mencatatkan betapa kita mengasihi orang tu tetapi sejauh mana perasaan kasih itu mengajar kita menjadi manusia.



ini lah yg aku rasa 1st time aku contact dia balik.

betul, aku x pernah marah dia. geram2 aku kat dia pun x adalah sampai nak sumpah dia jd apa2 yg x sepatutnya. huhuhuhu
aku terima alasan dia sbb bila aku fikir balik, mgkn aku akan buat mcm tu gak kot kalu aku berada kat tempat dia. ermm... xpe la. jgn amik hati sgt. x baik. hehehe

hari ini (26 mac 2009), kami tetap kawan-[walaupun hakikat yg payah nak terima sbb hati ini akan terguris kalu aku ckp yg x mustahil aku akan mengharap sesuatu.] kawan yg dlm erti ~kami pernah mencipta sejarah suatu ketika dulu~. itu aje...

ishh... dah la!!! syukur kerana dpt mengenali erti CINTA dan KASIH SAYANG.
mencari penggantinya... bukan sesuatu yg mudah. hmm... kalu senang, aku dah dpt dah. bkn lah dia sempurna mana-[aku ckp mcm ni sbb dia juga manusia.] tp pd aku dia seorg yg baik.
bertuah pd sesiapa yg dpt dia. hehehehehe
aku pun bertuah juga lah sbb dpt kenal dgn dia. huhuhuhu
p/s: K****** S*****, kalu buat kenduri nanti, jgn lupe ajak saya erk.
pesanan CINTA buat semua:
++CINTA mahal takrifnya itulah yang difitrahkan oleh ALLAH SWT kepada hambaNya, CINTA hanya tertulis pada perkataan tapi gagl dilihat pada zahirnya... kerana CINTA itu tanggungjawab di mana wujudnya kesetiaan dan kejujuran di dalamnya. ingat pada yang satu, jujur pada yang setia, setia apda yang kasih, kasih pada yang rindu, rindulah pada yang menyayangimu... CINTA takkan datang kalau tak dicari, CINTA juga takkan dapat kalau tiada siapa yang memberi... tapi mencari biarlah pada yang sudi, bukan meminta pada yang simpati...++

WARKAH SUAMI KEPADA ISTERI-(reply warkah isteri buat suami)

Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur watper.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu....pasal morning kiss tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejarkan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2... jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana. ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahahahahaha

p/s: masalah umah tangga org, aku xnak campur.

WARKAH ISTERI KEPADA SUAMI

Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah...

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri. kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan. . ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar... ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang:

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang


p/s:wahkahkahkahkah.... warkah yg agak mantap la gak. hehehehehehehe bukan luahan aku tau. aku belum kawen lagi. hohohohoho

KENAPA??

kenapa aku banyak kerja?
kenapa aku banyak sangat kerja?
kenapa kerja aku tak siap-siap?
kenapa kerja aku bertimbun-timbun?
kenapa??
kenapaaa????
kenapaaaa????????????
jawapannya cuma satu: aku dah malas nak buat kerja aku. wahkahkahkahkahkahkah
main blog ni ada je masa erk??? hehehehe

THE END OF BEGINNING

tersebutlah alkisah, berakhirlah alkisah... (apalah yang aku merepek nihhh!!!!) ermm... aku rasa serba salah dgn apa yang bakal aku lakukan ni. ntah la... persimpangan jugak la lebih kurang. huhuhu (tp xdela sampai mcm poem The Road Not Taken dalam buku sastera inggeris silabus SPM tuh.~lupa lak nama penulis dia. hehehehe~)


oh, ya! masalah aku ni xde la besar sgt. cuma aku rasa cam x berbaloi lak apa yg aku buat ni. errmmm... dah 3 minggu aku jd 'Cikgu Liana' di satu pusat tuisyen di Seri Kembangan. malam td bebudak tu ada monthly test. aku tgok cara diorg jwb soalan tuh hebat giler. 30 minit dah siap. huihssss... cayalah. tp ntah la... aku sbnrnya dah x larat nak ulang alik dr Serdang ke Seri Kembangan. jauh tuhhh... amik masa 30 minit. (dah sampai KL dah kalu dari serdang. hohohoho) aku dah ada pk nak quit. yalah, bnyk benda yg kena pk sbb aku dah mula bzi dgn final exam, projek, n cuti sem. aku tau mendidik diorg tuh satu tanggungjawab tp aku pun nak blk umah gak time cuti. huhuhuhu (T_T) aku pun tau aku ada tanggungjawab lain yg perlu diutamakan. mana yg dulu didahulukan... (hukum tertib dalam Islam... hehehe) dah tak larat nak pk bnyk menda. waaaaa................


tp aku cdg akan berhenti lg 2 minggu. kira middle of april aku dah x ngajar diorg. minggu depan aku nak amik off. nak blk kampung. ada urusan kerajaan di sana. cheewwwaaaahhhh!!!!!!!!!!! -apa la sgt urusan kerajaannya tuh??!!! hehehehe-


nak cter skit pengalaman mengajar aku dgn bebudak ni. aku ajar BM thn 2 n thn 3. xde la susah sgt sbb juz bg diorg wat latihan n kalu x tau tu bincang. kdg2 aku ada gak ajar diorg psl tatabahasa, simpulan bahasa, penjodoh bilangan n buat ayat. ermm... teringat lak masa aku primary skool dulu. hehehehe bakat menulis dikesan oleh Cikgu Norhayati (guru kelas merangkap guru BM thn 3 merah 1995) apabila dia kt cerita yg aku tulis menarik. menarik?! diulangi menarik?! mungkin kot... pd dia la. sbb aku tulis citer pasal ular sawa dtg menyerang reban ayam abah aku. apa2 pun tq kat Cikgu Norhayati kerana memuji aku n menjdaikan aku terus meminati penulisan sehingga ke hari ini. hehehe [loh, apa yg aku mengarut ni??]


cont.cter td. budak2 tuh smuanya ok... walaupun nakal tp biasala...bdk2... nakal2 diorg tu sbb diorg bijak. hehehehehe senang tgkp pe org ajar. cuma x tahan sbb bising je la. huhuhu ermm... cian lak nak tinggal diorg sbb dah bnk kali tukar ckgu n aku epi ble diorg leh ingt nama aku walaupun bukan selalu aku kat ctu. huhuhuhu
cehh... mcm diorg je leh ingt nama aku. huhuhu aku pun leh ingat nama diorg tau. huhuhuhu
tahun 2
AQIL
AIDIL
AKID
NAJMI
IRFAN
HARISIN
SHAFIQAH
AISYAH
IRDINA
tahun 3
AZIZI
MARZUQI
IKMALL
AMIR HAMZAH
RAZELL
JABIR
ALIYA
KAMILAH
AFIYAH
NADIRAH
kdg2 penat nak layan diorg. telatah dah la mcm2. aku kata jgn jd otomen, superman, sin chan apa smua sgla bgai kartun diorg buat derk je. last2 aku bungkus diorg p bilik big boss- cikgu mohamad-. hahahahaha
"cikgu, cikgu... cikgu dah kahwin ke belum?"
ek'eleh budak ni... ada ke patut dia tny soalan yg leh menggugat keharmonian alam tuh?! tp betul la jugak soalan budak tuh sbb aku tgh ajar psl ayat tanya. uihss...
"belum... kenapa? ada calon untuk cikgu ke?"
aku pun saje je nak provok budak tuh. ngee
"tunggu saya besar ye, cikgu."
erk?! banyak la ko... aku pun dah kerepot time tuh. ko tu pun baya adik aku jeh. huhu
aghh... poning dgn kerenah diorg tp itulah pengalaman. bnyk pengajaran. abah dok ckp gak, "kalau x lalui semua ni, bila lagi? pengalaman tu mendewasakan, memberi sesuatu yang x akan diajar di dalam kelas..." [when cikgu, adik wakil rakyat, org kuat politik, n my abah talks...] mama juga ada kata, "kita hidup bkn utk sendiri aje... msti kena bercampur dgn org. jgn nak pk betul sendiri je... biarla org nak kata apa, yg penting kita x kaco org dan jgn susahkan org lain. berkawanlah dgn semua org, jgn terlalu selfish, jgn jd kera sumbang walaupun perangai dah mcm kera..." [ish, mama ni! sempat lak kena kan aku. haru tol!!!]-tp advise mak aku ni lain mcm je... aku rasa xde kaitan lak dgn cter aku ni. hohohoho
k la, nak blah dulu... assalamualaikum~
p/s: tajuk tu xde kaitan pun dgn cter... saje nak memeriahkan suasana. hehehehehehe

Tuesday, March 24, 2009

SI DIA ADALAH JODOH KAMU??

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

Monday, March 23, 2009

19 RAHSIA LELAKI.

Benar atau tidak, itulah hakikatnya. HAWA tak dapat hidup tanpa ADAM. Bunyinya bukanlah sesuatu yg pelik tapi lumrah dunia, HAKIKAT SEBUAH KEHIDUPAN, TIDAK DAPAT DINAFIKAN. Bagaimana terjadinya HAWA, wanita perlu berterima kasih kepada ADAM kerana memberi ruang kepada kita untuk hidup di muka bumi ini sebagai khalifah.

kalau nak tahu, lelaki juga punya rahsia tersendiri. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). Maka... hayatilah dan bertolak ansurlah dengan mereka... kerana SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN...

1. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

2. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

3. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

4. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...

5. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

6. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

7. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

8. Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

9. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

10. Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

13. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa... yang lain hanya kawan

14. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari... maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja... .Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

19. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

RAHSIA BULAN KELAHIRAN (ver.1)

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius
mudah mendisiplinkan diri sendiri
suka mendidik dan dididik
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
cukup sayang pada kanak-kanak
uka smart, kemas dan teratur
suka duduk rumah bersifat sensitif, berfikiran mendalam
setia pada segala-galanya
pandai mengambil hati org lain
perlu belajar kemahiran sosial
pendiam kecuali telah dirangsang
cukup cemburu yang sangat tinggi
agak pemalu
daya tumpuan yang sangat tinggi
FEBRUARI
berfikiran abstrak
mudah menpamErkan marahnya
sukakan benda yang reality dan abstrak
tidak suka benda yang remeh-temeh
inteligent, bijak dan genius
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
berpesonaliti yang mudah berubah
sangat berani dan suka memberontak
mudah menawan orang lain
bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
agak pendiam, pemalu dan rendah diri
pemerhatian yang tajam
jujur dan setia pada segalanya
suka hiburan dan sukan
keras hati untuk mencapai matlamat
suka benda yang bersifat seni
tidak suka dikongkong
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
mudah memberontak apabila dikongkong
erkecenderungan pada benda yang tahyul
suka kegiatan yang lasak
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
emosinya mudah terluka dan sangat sensitive
belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
berpesonaliti yang menarik dan menawan
pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
mudah didampingi
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
sangat pemalu dan pemendam rasa
suka berangan-angan
sangat baik secara semula jadi
suka melancong
jujur pemurah dan mudah simpati
sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka pada kedamaian
uka dengan hiasan rumahtangga
sangat peka kepada orang lain
punya bakat seni dalam bidang muzik
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
kencenderungan kepada benda yang istimewa
tidak cepat marah dan sangat amanah dan baik
jangan terlalu moody
tahu balas budi dan tahu kenang budi
APRIL
sangat aktif dan dinamik
try control the emotion
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
kecenderungan bersifat dendam
sangat menarik dan pandai manjakan diri
agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
punya daya mental yang sangat kuat
kuat daya ingatan
suka diberi perhatian
gerak hati yang sangat kuat
sangat diplomatik (pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang)
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
sangat berani dan tiada perasaan takut
berpenyakit disekitar kepala dan dada
suka adventure
pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
sangat cemburu dan terlalu cemburu hingga ketahap merbahaya
emosi cepat terusik
MEI
kekerasan hati dan degil
tidak perlu dimotivasikan
fizikal yang baik
kuat semangat dan bermotivasi tinggi
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
kelemahan sistem pernafasan
pemikiran yang tajam
sangat manja dan mudah dipujuk
suka sastera, seni dan muzik serta melancong
mudah marah apabila tidak dikawal
ersikap sistematik (otak kiri)
tidak berapa suka duduk dirumah
pandai menarik hati orang lain dan sangat menarik perhatian
suka berangan
tidak boleh duduk diam
perasaan yang amat mendalam
kuat daya firasat
memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu
rajin dan bersemangat tinggi
cantik dari segi mental dan fizikal
bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
agak boros
mempunyai daya tarikan yang tinggi
daya khayalan yang tinggi
pemikiran tajam
sering menjadi perhatian
pandai berdebat
JUN
berfikiran jauh dan berwawasan
mudah berkawan dan pandai berkawan
mudah ditawan kerana sikap baik
orang yang sangat tertib
berperangai yang lemah lembut
pandai mempamerkan sikap
mudah berubah sikap, perangai, idea, mood
mudah kecil hati
idea yang terlalu banyak di kepala
mudah kena selsema
bersikap sensitive
suka berkemas
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
cepat rasa bosan
sukar melakukan sesuatu dengan segera
sikap terlalu memilih dan cerewet
bersikap suka menangguh-nangguh
kurang mempamerkan perasaan
bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
lambat nak sembuh apabila terluka hati
cepat marah dan cepat sejuk
suka kepada barang yang berjenama
suka bercakap dan berdebat
mudah menjadi eksekutif
suka buat lawak dan bergurau
kedegilan yang tidak terkawal
otaknya cerdas berangan-angan
sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi menegur saya adalah kawan saya

Sunday, March 22, 2009

++PERJANJIAN PCD++

terkenang akan aku kenangan semasa aku melanjutkan pelajaran di universiti... masa amik degree... ermm... 3 tahun memeori itu tercipta. arghh... mana mungkin aku dapat melupakannya. di saat suka duka bersama... sam2 kena sound dgn senior, sama2 turun pi telaga ble xde air, sama2 lepak kat restroom, sama2 makan kat kafe, sama2 p kelas, sama2 amik kelas yang sama, sama2 menangis, sama2 ketawa...

selalu kena naik notis kat board sebelah toilet... 'Tolong jangan buat bising...' kalu melalak kat floor tuh, xde lain la. ktorg punyer keje la tuh. hehehehehe

entah la...

ekceli, nak bg tunjuk apa yg ktorg dah wat utk menjaga tatasusila ktorg supaya x kena marah lg dgn senior2. mmg ikut peraturan yg termaktub dlm agreement tuh sbb takut kena denda. hohohohoho =) yg best nyer, aku yg buat agreement tuh. hehehehehehehehehehehe =P

ni lah agreement tu. xdpt nak upload dgn jayanya tp... ni pun kira orait la kan drpd xde langsung. hehehehehehe


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


PUSSYCUB DOLLS

Peraturan yang wajib dipatuhi semasa berada di kampus Universiti Putra Malaysia.

Akta 1: Ketenteraman Awam, 2007.

1.1 Berkumpul
1.1.1 Tidak boleh berkumpul beramai-ramai di bilik-bilik individu tertentu yang ada teman sebilik di kolej kediaman bagi mengelak dari berlakunya masalah kebisingan yang mengganggu teman sebilik individu tersebut.
1.1.2 Hanya pada tempat-tempat tertentu, waktu-waktu tertentu, dan keadaan tertentu dibenarkan untuk berkumpul dalam kumpulan. Tempat, waktu, dan keadaan tertentu adalah seperti berikut:
i) Bilik individu yang ketiadaan teman sebilik,
ii) Bilik rehat,
iii) Ketika makan beramai-ramai,
iv) Ketika hendak ke kuliah,
v) Ketika berada di dalam bas,
vi) Ketika berada di dalam dewan kuliah,
vii) Ketika membuat perbincangan.

1.2 Berbuat Bising
1.2.1 tidak dibenarkan berbuat bising;i) ketika berkumpul (seperti yang termaktub dalam perenggan 1.1.1, 1.1.2 di atas)
1.2.2 tidak dibenarkan ketawa dengan kuat, mengeluarkan suara dengan lantang, menjerit di aras kolej kediaman, dan melakukan sebarang aktiviti yang boleh membangkitkan isu kebisingan di kawasan kampus Universiti Putra Malaysia.
1.2.3 Dilarang keras mengganggu keselesaan, dan ketenangan individu-individu tertentu yang boleh menjejaskan hubungan baik di antara sesama teman sebilik, searas, sekolej, dan sekuliah.

1.3 Tatasusila
1.3.1 Sentiasa menjaga tingkah laku dan adab sopan ketika berada di kawasan kampus Universiti Putra Malaysia.
1.3.2 Sentiasa hormat-menghormati di antara satu sama lain; di kalangan teman sekuliah, teman searas, teman sekampus, dan di kalangan para pekerja di Universiti Putra Malaysia.
1.4 Hukuman
1.4.1 Sekiranya terdapat individu atau beberapa individu yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan, individu atau beberapa individu itu akan dihukum. Hukuman yang bakal dijatuhkan kepada individu atau beberapa individu itu ialah mengeluarkan duit untuk membelanja setiap ahli Pussycub Dolls dengan membeli air cendol di Sri Serdang.

(Segala peraturan yang tertulis dalam Akta ini adalah tetap. Semakan akan dilakukan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian dan situasi. Segala pindaan akan dimaklumkan kemudian. Semua ahli perlulah peka dan mengambil tindakan. Kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan.)
PERJANJIAN PUSSYCUB DOLLS


Kami, ahli Pussycub Dolls, telah membaca, dan memahami segala peraturan yang tercatat di atas dan berjanji untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan, sepanjang menjadi ahli Pussycub Dolls. Kami juga akan bertanggungjawab sekiranya kami melanggar segala peraturan yang telah ditetapkan.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


percaya atau x, kami merealisasikan perjanjian ini dgn tidak melanggarnya... hohohohohohohoho
ekceli, agreement yg ori dah hilang. agreement yg ada sign lips ktorg dgn lipstik. huhuhuhuhu aku pun xtau ke mana peginya... ada yg ckp kat samwan tuh tp dia x ngaku. ermmm... ntah la. malas nak pjg kan citer n apa yg aku ada hanyalah sofkopi je... nasib la erk...

kawan2 PCD, hidup tak selalunya indah... semoga persahabatan kita semua kekal buat selamanya. selagi hayat dikandung badan, selagi otak dapat tampung kenangan... (kalu xckup space, kene bli hard disk. hehehehe) Amin~~

PUSSYCUB DOLLS~along [Nor], angah [Dina], alang [Chan2], uda [Tini], achik [June], ateh [Wanie], anne, anje [Fairuz], usu[Rosie].

Saturday, March 21, 2009

200309-JAM 21:57:34

malam tadi bertarikh dan waktu seperti dalam title, aku, fairuz, rosie, dan wani lepakking kat putrajaya... saje amik udara malam... (padan muka aku!! kan ari ni dah selsema. huhuhu) tgok pelbagai ragam manusia... bkn ada sape2 pun. kebnykannya famili bw anak2 diorg amik angin. tu jeh... ada gak la kapel2yg jln2 kat ctu... (mustahil xde org yg kapel nak lepak kat ctu kan??? (^_*) hehehehe) ada gak yg cm ktorg ni. dok asyik posing jeh. hohohohohohoho
ekceli... (cheittt!!! ckp omputih...) sblm p sana ktorg lepak kat tepi tasik serdang sambil menikmati ns lemak yg sedap kat gerai makcik tuh. (aku pun xtau sape makcik tu n xpernah lak t'pk nak tau.) best weiii...menikmati ns lemak dgn disapa angin malam yg bertiup sepoi2 bahasa sambil mengagumi keindahan ciptaan Yg Maha ESa... (chheeewwwwaaaahhhh.... ayat mantap r!!! cm sasterawan negara.) -erk?! ciptaan Yg Maha Esa? cuci mata la tuhh- kuikuikui rugi lak x bergambar kat ctu. huhuhuhuhuhuhuhu =(
berbalik kpd cter kat putrajaya, kami xde la wat pape pun. duk sembang2 je... tgok org ramai yg datang, bergambar... cam tenang je.



~ni la bebudak yg dah thp umur mak budak yg dok p lepakking~






~diorg nihhh... dah mcm gengster je gayanya. huhuhuhu~



~menda lak yg eksaited sgt tuhhh???!!!~




~ateh, anje, usu, anne~
ok la... tgh poning nih. huhuhuhuhu
semoga setiap hari adalah hari yg terbaik untuk diri ini dan semua dan semalam, kelmarin, dan hari2 yg berlalu memberi sejarah utk kita membentuk kita yg berguna pada masa hadapan. AMIN...
(^_^)V

15 RaHSia WaNiTa.

Benar atau tidak, itu adalah hakikatnya. walaupun bukan kesemuanya ciri2 ini ada pada wanita, tapi sedikit sebanyak dapat membantu kita mengenali kaum yang istimewa ni. kaum yang hanya dicipta untuk kaum ADAM, yang menyejukkan mata, menjadi penawar, dan menajamkan fikiran. Dialah ISTERI, SAHABAT, IBU, ANAK, KEKASIH, yang paling penting, dia seorang yang mampu memberi tunjuk jalan di kala kebuntuan...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda.

Thursday, March 19, 2009

HuKuM CiNTa

Aku terpenjara
Antara dua tembok cinta
Terhukum kerana
Membunuh rasa kasih
Yang tak berdosa
Kesal meratap
Setiap kali menatap
Kasih sayang yang ranap
Wahai kekasih
Masih adakah sayang
Untuk ku lagi yang kau sisih?
Hukum cinta berkata:
‘Cinta tak mesti bersatu!’
Dan… aku tahu
Cinta ini bukan milikku



p/s: inilah yang terjadi apabila kami mematuhi Hukum Cinta Sejati... semuanya hanya tinggal kenangan... (T_T)

Wednesday, March 18, 2009

++REUNION YANG PENING++ [@_@]

assalamualaikum
waduh waduh... bikin gamat saja mau reunionnya!!!! -oit, pehal lak cakap indon nih!!!!
sekarang ni, bekas pelajar 5 sains 1 2003 skool K-Jo tgh gawat nak buat reunion. ermmm... aku pun jd x phm sbb ada yg mcm ni, ada yg mcm 2... lama2 aku lak yg rasa cam nak pitam. huhuhuhu
nak tengok muka2 bebudak sains 1 yg best ni x???















ni gambar masa form 5... skema kan??? tapi smuanya hampeh!!! cikgu2 lak taruh harapan tinggi kat ktorg sedangkan ktorg bg harapan palsu jerk. hohohohohohohohoho

apapun kitorg la bebudak K-Jo yg paling best!!!! x caya??? x caya sudah!!!!


ni lak gambar macam form 4. meh aku kenal kan sorg demi sorg.
duduk dari kiri: vishnu, are-siang, aman, saiful, Cikgu masuri, hamni, masron, ramohan, zul
berdiri tengah2 dari kiri: ai chin, lai ting, vicky, dayana, usha, hanisah, ayu, ck, leephei, sutha
berdiri belakang: hidayah, anim, leha, najwa, aku, zana, ain sadali, ain hadi
xde dalam gambar: dayah isamail, guna, raj, ekin
ni lah yg buat aku rindu je... rindu zaman skool. mmg happening la.
dgn aku yg suka buat jahat... pe je menda jahat yg aku buat erk???
conteng dinding la kot... conteng meja kat makmal bio, autograf kat pintu laci kat makmal bio... (leha, ain... korang pun terlibat tau!!!) guna bilik kaunseling cam bilik peribadi... kacau org... (letak sticker harga kat blkg badan member adalah perkara yg paling aku suka. hehehehe) dan yg sewaktu dgnnya...
tp yg aku pelik, org respek lak kat aku. huhuhuhuhu
nak kata femes, ermmm....rasanya org len lebih femes sbb aku bknnyer organisasi pengawas. (i hate pengawas tp kengkawan aku semuanya pengawas.)
balik kpd cter reunion... ayu dah cari tmpt. kat kalumpang. (aku pun x tau kat mana kalumpang tuh!!! =P) dia kata rm75. [makan+minum+tempat tinggal+pengangkutan] aku rasa berbaloi.
sbagai kapten yg dilantik, aku dah cukup pening ble usha n are siang xdpt p pd tarikh yg ditetapkan (1 dan 2 may) sbb ada final exm. hmm... kalu nak p ari len lak, leephei lak xdpt p. haih....
lg satu masalah, ada yg xdpt dihubungi. kalu 'sleeping partner' yg xdpt dihubungi tu ok gak ni ketua kelas lak lost cam 2 je. hadoi... mmg nak kena hamni tuh. dah jd mat bunga. ntah la...
ermm...wat masa ni, xde progress yg menggembirakan ati aku sbg big boss. sabar je la... pas ni aku nak p contact diorg balik. jgn aku yg sakit jiwa dah la.
ok la... tata~~

Tuesday, March 17, 2009

Kenapa ALLAH SWT menemukan kita dengan orang yang salah?

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja...tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milikkita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA,dan meninggalkan laranganNYA… PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA…

Before and after marriage… macam ni erk?!

Before marriage.
Darling here… Darling there...
After marriage.
Baling here... Baling there…

Before marriage.
I die for you…
After marriage.
“You die, up to you. "
Lagi lama married.
You die I help you!

Before marriage.
You go anywhere… I follow you.
After marriage.
You go anywhere… Up to you.
Lagi lama married.You go anywhere better get lost!!

Before wedding.
You are my heart, you are my love"
After wedding.
"You get on my nerves. "

Before wedding.
“You are sweet and kind just like Cinderella"
After wedding
"you are worse than Godzilla"

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm stuck with you.
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I will sue you.

Before wedding.
Every makan time he brings you to Shangri-La.
After wedding.
You want to go, he says you wait-la.

Before wedding.
She looks like Anita Sarawak
After wedding.
Don't know whether katak or biawak.

p/s: maybe can be revision to all before getting marriage. but all people are like that. hehehehehe

Thursday, March 12, 2009

empty decoration

empty decorations

I wake in the dark
Showers of light
Moments of emptiness around
Floating away
No rays of hope
Reality brings me to the ground

What can I do?
What can I say?
I need a place to hide away
Just for a while, just for a smile
Just for the life I used to know

When every song was filled with words of love and not of anger
Where did they go?
Why did they leave me far behind?

‘Cause I don’t wanna be alone..
Living life all on my own
I don’t want to live my life in isolation
Filled with empty decorations
‘Cause I wanna be with people that I know
Who would do the things I do
Making all my dreams come true
I don’t recognize the shadows at my door
Though I’ve seen them all before
Because the only thing I really want
…is to be with you.

I look at the sky
It looks back at me
I’m getting a silent melody
I know that I’m here
In the end I have lost
Alone and confusion by the breeze
Hiding my face, crying alone
I need to find my way back home
Back to the place
The wonderful days
Livin’ the life I used to know

For every smile was born out of the love and our sincerity
And every tear from all the glowing joy

Cause I don’t wanna be alone
Living life for on my own
I don’t wanna live my life in isolation
Filled with empty decorations
‘Cause I wanna be with people that I know
Who would do the things I do
Making all my dreams come true
I don’t recognize the shadows at my door
Though I’ve seen them all before
Because the only thing I really want
…is to be with you.

SaLaM DiHuLuR MaaF DiPiNTa

Assalamualaikum dan salam sejahtera… Sana sini macam2 org bercerita. Ttg politik Perak la… ttg politik Kedah la… ttg PM yg bakal bersara bln Mac ni la… ttg isu PSMI (ala… math n sains dlm B.I tu la…) psl mutu bola sepak negara la… psl All England la… psl bersamamu TV3 la… psl Kak Jah dgn Zaefrul la… psl Fasha Sandha dgn Rizal la… errmm… dan aku pun x terkecuali menjadi cerita org. hahaha [@_@] yg aku tau, aku ni bkn artis or ahli politik or org yg bnyk skandal or sesape je yg menjadi buruan paparazzi n mamarazziah (wartawan hangat versi perempuan.)
Apapun, first skali aku nak mintak maap kalu aku ada wat salah kat org… yalah, aku ni bknnya malaikat yg slalu patuh pada perintahNya. –tapi ada org anggap diri dia [malaikat] sbb dia rs diri dia baik aje… kalu org len x suka dia pun dia leh pikir yg dia 2 btol gak!! – (ada ke org cam ni?) errmm… pikir la erk!!! Seperti yg aku ckp… eh, taip di atas, aku ngaku yg aku ni bkn baik sgt. Aku try jd cam org len pikir tp aku rs aku x mampu. Hipokrit plastik namanya!!! So, org nak pikir aku ni camne suka ati org la. Aku xde halangan sbb bknnye aku leh kawal smua org. korg pikir la nak pikir camne psl aku. –ve or +ve 2 korg punya hal sbb kalu korg nak tau, AKU LEH JD ORG YG KORG PALING BENCI KALU KORG NAK. Ekceli, aku bkn nak ckp psl diri aku je tp… nak ckp psl masyarakat sekeliling kiter.
GOSSIP? KUTUK? CAKAP BELAKANG? –semua benda ni aku buat – (pengakuan eksklusif nih!!) tau x knp? Sbb aku xleh nak ckp kat depan2 dia. Sbb apa? Sbb ada org xleh nak terima org x suka dgn cara dia. Sbb ada org xleh nak terima kekurangan diri sendiri. Sbb ada org pikir yg dia aje yg betol dlm dunia ni. –waima aku pun camtu – tapi ada gak org yg kiter leh ckp depan2 tp after 2 dia lyn kiter cam hampeh!!! Sporting ke?? Troubleting ada la… huhuhuhuhu pernah dgr x pepatah ni? “DON’T YOU DARE TO TROUBLE THE TROUBLE IF YOU DON’T WANT THE TROUBLE TO BE TROUBLE YOU…” so, leh la pikir sedalam2nya… aku x ngaku yg aku ni baik tp aku rs aku cam dah terlebih baik dgn org. (kalu nak tau, akulah penjenayah paling berkesan di skool.) tp aku bknnye DEWA DEWI yg leh memuaskan ati org… tp… aku stil x phm KENAPA ADA ORG X PUAS ATI? Mesti org cakap… ala, nama pun manusia, mana pernah cukup dgn apa yg dia ada? –Teruk tol manusia yg macam nih? – (ada ke???) xtau la…tepuk dada tanya iman kita, tanya hati kita. Kalu ada yg terasa hati, maap la erk!!! Betapa sukarnya menjadi kawan dan sahabat… kena menjaga hati kawan dan sahabat lain demi satu jalinan persahabatan. Arghh… knp la aku ni berfikir mcm menteri perpaduan lak??? Dan yg paling penting, KNP AKU JE KENA JG ATI ORG? pernah x org nak jg ati aku? –ekceli, bkn aku je yg rasa… ramai lg yg rasa…- Sedangkan org yg kata dia x puas ati tu dok relaks je… yalah, dia dok relaks je sbb dia rasa dia betol. Hadoi… payahnya!!! Knp la mama dan abah ajar aku jadi baik?? Jadi org yg sentiasa pikir apa yg org rasa kalu aku wat camtu camni kat diorg? Jd org yg mengerti ati org len? Sentiasa btolak ansur? Kalu lah aku ni dimanjakan, diberi apa yg dimintak, kan bagus!! Xde la aku dok pikir psl org len. Apa nak jd dgn org len, biaq pi sama dia la. Huhuhuhu
Aku tau… org mesti pikir camni kalu aku cakap spt di atas. Ala… dia tu pandai je cakap. Entah2 dia tu yg hasut org len… see?? Bkn aku yg berpikiran –ve tp… percayalah dr mimik muka (bukan memey suhaiza tau!!!) seseorg tu kiter tau apa yg tersirat kat kepala otak dia. –Thanks to ustaz Shairazi, Cikgu Zaki n cikgu Zainaddin [guru kat K-jo] yg limpahkan ilmu psikologi kat aku. akan ku gunakan ilmu itu sebaik mungkin. insyaAllah… - berbalik kpd persoalan di atas. Aku tau ada org ckp aku ni camni… camtu… tp… aku cuba muhasabah diri. Pikir balik apa yg aku buat smp org ckp camtu… smp org xpuas ati kat aku… walaupun dia kata dia x blame… (sbg contoh ada ke org gila ngaku dia gila???!!!) tp hakikatnya dia mmg tujukan kata2 dia tu. Huhuhuhu sekali lg aku ulang, AKU BOLEH JADI ORANG YANG PALING DIBENCI KALAU ORANG LAIN NAK. Huhuhuhu nak tau x apa yg aku pikir kalu aku rasa org rasa x selesa dgn aku?

1. adakah aku ni merimaskan org?
2. adakah aku ni menyusahkan org?
3. adakah aku ni terlalu lancang mulut?
4. adakah aku ni terlalu menunjuk2?
5. adakah aku ni terlalu jujur dan betul sendiri aje?
6. adakah aku ni dah lupakan kawan? –friendship ends when we stop sharing!!!-
7. adakah aku berkawan dgn dia sbb nak dptkan keuntungan aje?
8. adakah aku berkawan dgn dia masa dia senang n masa dia susah aku tinggalkan dia?
9. adakah aku mengganggu hak, masa dan fasa privasi dia?
10. adakah aku ni suka mengkritik org?
11. adakah aku ni tak pernah pikirkan perasaan org lain?
12. adakah aku ni terlalu pentingkan diri sendiri?

Aku rasa semua benda di atas tu aku pernah buat… itu la… kalu aku ada salah, aku MINTAK MAAP bebanyak. Kpd yg dah lama berkawan dgn aku, TQ coz mengajar aku menjadi manusia. (manusia ni ada berbagai2 ragam dan aku rasa aku ada semua kerenah manusia.) Entah la… kebaikan kita x pernah kelihatan apabila kejahatan kita dikenang… hmm, mmg nasib manusia. Segala kejahatan (kalu korg pikir apa yg aku buat tu kejahatan, yalah tu…) yang aku buat, smuanya bersebab. Sebab yg hanya aku sndri paham… yalah, smua benda ada sebabnya, kan? Ye x? kecuali kejadian Tuhan… mmg xde sebab. Btol x?

“…kita biasanya tak tahu sikap kita pada pandangan orang. Kalaulah ada cermin yang boleh membuatkan kita lihat sendiri kelakuan kita, tentu kita tak berani nak jumpa orang…”

“… kalau kita rasa kita tak buat, biarkan ajelah. Janganlah nak malukan diri sendiri. Yang penting kita jaga kelakuan kita. Pastikan baik di mata orang…”

“… Bila kita jaga tingkah laku kita, orang pun tak tahu nak kutuk apa pada kita sebab dia tak nampak kekurangan kita tapi kita kena ingat pulak. Jangan bila kita tak dikritik, kita sedap mulut nak kritik orang. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Pandai-pandailah nak cover yang kurang tu dan pandai-pandailah nak jaga yang lebih tu. Jangan angkuh. Ingat, kita ni dapat apa-apapun semua Tuhan yang bagi. Kalau tak pandai bersyukur, nasiblah.”

P/S:
1. KPD KAWAN2 AKU X KIRA DI MANA KALIAN BERADA… APA YG KORANG NAK AKU BUAT UTK PUASKAN HATI KORANG ERK??? –utk org yg xpuas ati dgn aku je bg respon tau!!-

2. AKU SAYANG SEMUA ORANG YANG BERGELAR SAHABAT DAN KAWAN AKU… ALHAMDULILLAH, AKU SENTIASA PUNYA INSAN YANG BERDIRI DI BELAKANG AKU, MEMBERI DORONGAN DAN SOKONGAN, SIMPATI APABILA AKU SEDIH, GEMBIRA APABILA HATI AKU LAPANG, DAN BAHAGIA APABILA AKU BAHAGIA… -percayalah, aku pun turut bahagia kalau korang bahagia-

3. NILAI YG PERLU ADA DALAM PERSAHABATAN ADALAH KEIKHLASAN. BUKANNYA BERSAHABAT DENGAN SESEORANG TU JUST HANYA NAK DAPATKAN FAEDAH SAJA. –friend… yesterday, today, and always…-

Wednesday, March 11, 2009

ini yang pertama

assalamualaikum...
buat kali pertamanya LUAHAN HATI KEKASIH di'maya'kan.
untuk kepuasan hati dan memberi ruang kepada diri ini berkongsi rasa dan cerita.
semoga menjadi tatapan buat semua...