Thursday, November 11, 2010

:.OucH... that's HURT!!.:

assalamualaikum dan salam sejahtera....


ya, masa untuk melakukan sesuatu yang tak berfaedah dah tamat masanya. tumpuan sepenuhnya adalah pada kerjaya, belajar! dah tak ada benda2 lagho dah!!


bagai diketuk kepala dengan tukul... bagai ditikam belati terus ke jantung... saya tahu, kalian dah bosan dengan kehadiran yang sudah bertahun ini. baik! saya akan mengundur diri...


saya tak nak papa susah hati... kesian kat papa... macam2 masalah menimpanya. cukuplah dengan apa yang berlaku dan saya tak nak tambah beban dia... cuma support dari dia dan bantuan amatlah diharapkan!


buat masa ni... tolak ke tepi semua perkara2 remeh. puasa hati untuk melayan semua benda2 yang hanya menyesakkan minda!!!


enjoy? kena had kan!!
[mati laaa... dah plan bercuti ke sabah n langkawi tahun depan ni!! huhu T_T semua dah ready pulak tu. hadoi...]


kahwin? belum masanya... kalau ada jodoh, adalah nanti... huhu
[harap2 tegar!! aminnnn...~]


p/s: parah jugalah kolokium kali ni... ble dgr general komen dari panelists, sy hanya mampu berkata... 'ouch... that's hurt!!!'


p/s 2: Ya Allah! lorongkan yana jalan menuju kebahagiaan hakiki... permudahkan segala apa yang yana lalui... amin Ya Rabb!!!~


p/s 3: Ford-Focus tu cantik kan?? [takde kena mengena dgn entri...]

Monday, November 8, 2010

:.Owh... Drama, Drama, Drama!!.:

hadoi... pagi2 lagi dah drama! haishhhh.... sangat sakit woooo!!! masa tu xleh nak cakap apa dah. rasa nak nangis! yang pasti, ambil ia sebagai motivasi. yalah... orang hanya tengok kita senang... happy... relax... tapi orang xtau. xpelah... sabarlah, hati! akal akan sentiasa menemani...



colloquium dah start hari ini sampai khamis...owh esok khamis? bagus!!!

Sunday, November 7, 2010

:.SiGH.:




~i wish RABU not come for this week~


SELASA too... [wish from my fren, R.J]




p/s: i hate blue!!~

Friday, November 5, 2010

:.mARatHoN.:

Owh salam... dan selamat sejahtera! salam 1 Malaysia... ye sebelum terlupa, selamat menyambut Deepavali kepada semua kaum India dan seluruh rakyat Malaysia meraikannya. saya pun meraikannya dengan cuti dan berjalan2 di Alamanda. (^__^)v


hari ni, saya keluar p alamanda Putrajaya dengan anak Pak IJAM... saje jalan2... cuci mata... saya juz nak cari sandal... hehe sampai je alamanda, anak Pak Ijam tanya, nak buat apa ni? plan punya plan, ktorg pun sepakat nak tgok wayang. mula2 tgok skrin kat gsc. owh, sokong filem tempatan laaa... so tgok la cuti-cuti cinta kul 210 pm... not bad... boleh laa... mula2 agak slow la cter dia... ble dah masuk tengah2... pelbagai aksi dan gelagat, memang menghiburkan. budak2 yg dtg tgok, semua gelak baik punya... tapi... biasa laaa... stok filem melayu. huhu




pastu, sambung tgok lak cter Unstoppable... anak Pak Ijam cakap dia nak marathon movie. kali ni kami mmg kagum! masuk kul 420 pm, duduk di kerusi E5, mata mmg terpukau dengan tayangannya. cerita pasal bagaimana nak menghentikan kereta api yang bergerak dengan kuasa penuh, muatan gerabak tanpa pemandu. huish... audio jelas di telinga, aksi yg membuatkan saya xmau terlepas walau sesaat... sangat2 mencemaskan dan membuatkan saya berdebar sampai gigit jari... anak Pak Ijam pun sama... masing2 x menoleh ni! hahaha hebat sungguh penangan cerita dia. sangat kagum wooo... (^___^)v banyak pengajaran yg boleh di ambil. contohnya: tepatilah masa... hahaha [ayat Ned<--- (dialah yg xtepati masa... haha)]




dan selepas membekukan diri dlm panggung, saya pun keluar dan cakap dengan anak Pak Ijam yg saya mau cari sandal. pusing dan pusing saya singgah di Bata dan ambil ajelah mana2 yang sesuai dan harga berpatutan. yalah, daripada berkaki ayam. pastu... kami pun singgah di Taman Warisan untuk dinner...


p/s: terima kasih anak Pak IJAM! saya happy ari ni... lama kte x jumpa... sgt rindu kamu.... huhu


p/s 2: pergilah sembahyang Jumaat wahai encik2 lelaki bakal ketua keluarga! kami dah perli2 anda masa kami lepas membeli tiket...


p/s 3: owh esok ada Fazura di Alamanda, kul 3 ptg, sempena promosi barangan Nutox. sila la ke sana... hehehe

Wednesday, November 3, 2010

:.Kicap Pun Kicap Lah!.:

hahahahaha eh assalamualaikum... hehe (^__^)v ekceli nak cerita pasal kahwin... adat istiadat perkahwinan melayu or pasal cara mengira belanja kawen sbb dah dekat dgn musim org kawen tapi... entah mana entah catatan saya. baru teringat, rupanya diari yg saya tulis pasal adat2 ni ada dekat umah kat perak nun. haha mcm mana laaaa leh lupa. lain kali aje laaaa....
oh ni video yg saya cilok dari fb member. saya post kat fb dan sekarang nak post kat sini lak. gelak jom!!!~

Tuesday, November 2, 2010

:.OwH... WaLLaa...:

D.I.E.T. ramai yang amalkan. Haha saya? Tunggu puasa aje laaa... lalalala~ ;p tapi saya mahu berkongsi sesuatu pasal diet ni. Hehe ianya bukan mudah erk dan ramai yang keliru sehingga melakukan diet yang salah. Last2 dari XL ke XXL. Hmm... dekat sini ada empat cara diet.[mungkin laaa... tapi betul gak. sebagai maklumat tambahan... v(^___^)v]


1. BERSARAPAN

Diet dengan menghindari sarapan pagi akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan. Rasa lapar ketika bekerja akan mendorong kita untuk makan makanan yang tidak sihat. Untuk mengelak dari mengambil sebarang makanan yang manis, berlemak dan berminyak, pastikan buah-buahan, yogurt atau cereal dijadikan bekalan.


2. MAKANAN KEGEMARAN

Kita semua punya makanan kegemaran sendiri tetapi ia belum tentu menyihatkan. Jadi, untuk mengelakkan dari diet kita hancur dan sia-sia, strategi baru perlu diatur. Mungkin senang tapi cubalah... Kita makan apa saja menu yang terhidang tapi pastikan dalam kuantiti yang sedikit. [Kena ada yang membantu menegur kita. Hehe]


3. MAKAN DI LUAR

Kalau dah keluar jalan-jalan tu, pasti akan singgah ke kedai-kedai makan. Bila nampak lauk yang terhidang... emmm... rasa semuanya sedap. Hah, awas! Ingat balik diet kita. Maka.... ambillah makanan yang rendah kalori erk. Sentiasa berhati-hati memilih makanan. =)


4. JANGAN TERLALU BERHARAP

Sikit-sikit pergi timbang berat badan. Eh, jangan! Nanti kita akan jadi stress. Mula-mula memang tak nampak kesan sangat tapi apapun bersabarlah. Untuk menurunkan berat badan, kita memang perlu bersabar dan berdisiplin.


p/s: jom sama2 jaga kesihatan! \(^____^)/