Monday, February 27, 2012

:.Kursus.:






assalamualaikum... dua hari yang memenatkan. (mukadimah yg tak bagus langsung! haha) hmm... sy baru pulang dari KL atas urusan PLKN. knp PLKN? sy telah dipilih sebagai jurulatih program integrasi (tapi xde kem lg... hehe) untuk tahun ni. siri 1 sedang berlangsung dan ada 2 siri lagi. harap2 ada tempat la untuk sy nti. =)



kursus berlangsung 2 hari di Hotel Brisdale. (tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bercinta! aduh! haha) dalam bilik, ada 3 org rumet yg dtg dari sm company. bila berkumpul, mula la sesi luah perasaan. (rindu kat dia org!)







hotel Brisdale Chowkit



bnyk yg sy belajar dari kursus yg sy hadiri selama dua hari satu malam. semuanya berkaitan dengan integrasilah yang merangkumi 3 elemen iaitu kebudayaan, agama, dan peranan lelaki dan perempuan. memang menarik tapi biasalah kalau pesertanya datang dari dua company yang berbeza. sy merasakan adalah tidak wajar kalau sy yg kurang pengalaman (zero knowledge) ni diberi bimbingan dan galakan. bukan kutukan dan sindiran! rasa macam nak marah aje semalam tapi sy malas nak layan dan jd pasif bila apa yg diutarakan tidak diendahkan! lepas tu idea sy diakui sebagai idea dia! bagus betul!



bila tengokkan diaorg... hmm... habisla budak2 PLKN nti. hmm... xpe laa... masing2 tahu tanggung jawab masing2. belajar agama kan... belajar adap kan... kalau tak amalkan, itu hal diaorg dgn Tuhan. =)


p/s: sabar aje laaa... =)


Saturday, February 18, 2012

Bersedia berkorban

'... berkorban apa saja... harta ataupun nyawa...'

Saya tak ada harta untuk dikorbankan. Mengorbankan nyawa?! Masih belum cukup bekalan untuk menghadapNya. Haishh... terlalu banyak mengeluh! Haishh...

Saya kata... bukan orang kata laa...

'Jika kita mahukan sesuatu, kita kena korbankan sesuatu.'

Saya juga tertanya-tanya,

'Kenapa kita tak boleh dapat kesemuanya?'

Saya juga tahu...

'Semua yang berlaku ada hikmahnya. Allah takkan menduga hambaNya pada dugaan yang tidak termampu oleh hambaNya.'

Sejujurnya, saya bukannya tamak dalam mengejar duniawi tapi semuanya ada kepentingan sendiri. Walau bagaimanpun saya sapat merasakan makin 'mahal' rezeki itu. Haishh... mengeluh lagi! Entah bila akan berhenti mengeluh. Mungkin setelah berhentinya nafas ini kot. Haishh...

Saya sudah terlalu penat menanti. Dugaan datang satu persatu. Jadi penghalang atas impian yang saya kejar. Mahu kejar yang 'itu', bagaimana pula dengan yang 'ini'? Tinggalkan yang 'itu'? Yang 'ini' belum berada digenggaman. Biarkan 'itu' dan 'ini', bagaimana dengan masa depan? Haishh... Untuk ambil kedua-duanya, macam mustahil pula.

Dia... Dia... masih belum memaafi. Senyap. Sunyi. Membiarkan diri saya dalam rasa bersalah. Maaf dan ampunkanlah dosa saya agar perjalanan saya diberkati. Awak tak sayang saya pun tak apa...janji awak doakan saya. Penat sudah saya menanti. Puas saya memohon maaf. Airmata ini mengalir hanya untuk awak supaya dapat melembutkan hati awak. Saya semakin terumbang ambing. Tak kasihankah pada saya?!

p/s: teriyang-iyang lagu nyanyian Siti Nurhaliza Bisakah.


Wednesday, February 1, 2012

aRgHHHH!!!~


marah! memang marah!!! dah tak boleh nak tahan sabar dah!

sengaja aje... sengaja ambil kesempatan nak kaut untung!


'U' are JERK!!!


:.di raut wajah.:

Di raut wajah itu
Wajah seorang ibu
Ada tawa ada senyuman
Manis bergula
Tatkala kelibat aku terpandang di matanya
Menggamit aku ke sisi
Lantas aku hadir
Dan senyuman itu ku balas
Tanpa ada niat
Dengan ikhlas

Pada wajah bapa
Terpancar seri gembira
Senang akan kehadiranku
Lalu aku menyapa salam
Tanpa ada niat
Dengan ikhlas

Zahir mereka yang terlihat
Tidak menggambarkan apa yang tersirat
Ada bermukim rasa kesal
Mungkin ada kecewa
Yang membuatkan aku rasa bersalah
Walau hakikatnya aku bukanlah punca
Harapan yang menggunung itu
Terbiar begitu sahaja
Bukan aku menolak
Namun ini yang dikatakan takdir
Tak mungkin aku menjadi yang ketiga
Tak mahu merosakkan ikatan yang sudah terjalin
Biarpun rasa sayang di hati mula bercambah

Inilah yang dinamakan tiada jodoh
Semua telah tertulis
Aku hanya mampu memohon maaf
Nyata aku bukan pilihan
Dan janganlah dikesalkan
Sayangi dia seperti menyayangi aku
Dan aku cuma mengharap jalinan mesra ini akan kekal
Tanpa ada niat
Dengan ikhlas


Mengharap bintang,
LR(Tanpa ada niat, dengan ikhlas)

P/s: ini bukan sajak...cuma luahan rasa bersalah penulis.

P/s 2: bukan ditujukan kepada mama dan abah tapi kepada b**** m****a tak jadi penulis.