Wednesday, August 15, 2012

cornflake madu

raya ni, saya x ada buat biskut. tolong mak aje. yg ni sebenarnya xde dlm list pun nak buat, tp disebabkan saya x jd buat almond london, maka terbuatlah cornflake madu. hehe

bahan

A
195g mentega
120g gula kastor
6.5 sudu madu

B
325g cornflake (kotak promosi nestle)
130g badam cincang (disangai)
130g chocolate chip

C
mangkuk kertas mini
gula urai

cara

1. Masukkan bahan A ke dalam periuk. Panaskan sehingga semuanya cair.
2. Masukkan bahan B kecuali chocolate chip ke dalam bekas dan masukkan cairan bahan A. Gaul rata. Kemudian masukkan chocolate chip dan gaul lagi.
3. Susun mangkuk kertas di atas dulang pembakar. Sudukan campuran tadi ke dalam mangkuk kertas. Buat sampai habis. hihi Taburkan gula urai sebagai hiasan.
4. Bakar di dalam oven 180 degree selama 10 minit.

hasilnya... gambar x cantik sgt. huhu


p/s: bercadang mahu buat biskut nestum pula...tp, baju xhabis jahit manik. huhuuu...



me on 14 august

salam. semalam. anniversary kelahiran yg ke26. syukur...masih diberi peluang untuk berada di dunia ini.


xde apa nak minta sebab hari2 berdoa. semalam xde celebrate pape, juz ada kek. oh ya! selama 26 tahun hidup, semalam 1st time saya mkn laksam. ironic! haha

laksam... hihi

kek black forest

p/s: dah nak raya..manik tak habis lagi jahit kat baju.. huhu