Sunday, June 30, 2013

Padi dan Tampi... #Menanti Cinta

Kalau padi katakan padi, tidak aku tertampi-tampi,
kalau jadi katakan jadi, tidak aku ternanti-nanti.

Biasa dengar or baca, kan?

Haishh... susah kalau macam ni, kan? Ada seorang sahabat saya bercerita tentang ni. Berkenalan dengan seorang lelaki. Mula berjumpa, berSMS, bercalling-calling, saling mengadu masalah, bercerita tentang rutin harian... lama-lama jadi sayang, jadi rindu... cinta??

Hati perempuan memang mudah tersentuh apabila si lelaki mengambil berat. Mudah terasa apabila si lelaki tidak endah. Kadang-kadang merajuk jika diabaikan. Hati perempuan akan lagi tersentuh apabila si lelaki meletakkan si perempuan itu selepas ibunya (level tinggi sikit).

Tapi... adakah lelaki pun turut merasakan perkara yang sama?

Adakalanya lelaki merajuk jugak bila si perempuan mengabaikannya. Hati lelaki tersentuh juga kalau si perempuan mengambil berat akan dirinya. Lelaki akan berasa perempuan itu memahaminya jika tidak mengongkong.

Tapi... persoalan di sini adalah... lelaki itu berkata, dia masih belum mahu bercinta.

Perempuan mengharapkan perhubungan itu lebih. Yalah, kalau dah usia macam saya ni, memang patut memikirkan hubungan perkahwinan dengan lebih serius. Tidak ada masa lagi untuk skandal di sana sini. Tidak ada masa lagi untuk menunggu.

Tapi... yang menjadi masalahnya jika si perempuan menunggu dan mengharap agar si lelaki melamarnya. Susah mahu buat keputusan bila si perempuan hanya ada one and only aje kawan lelaki. Haishhh... nak cari lain, bukannya senang. Nak tunggu pun... kalau dia memang nak kat kita ni, tak apa la jugak. Kalau tak nak?!

Yang saya boleh nasihat pada kawan saya hanya satu. Berdoalah, minta petunjuk dari Pencinta Yang Maha Agung di atas sana. Sisipkan doa tu di setiap kali sujud, setiap kali berada dalam situasi buntu.

Saya selalu guna doa yang macam ni;
Ya Allah, jika (nama si dia) milik (nama saya), dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan untukku, jauhkanlah dia dari ku dan jangan biarkan cinta ku berputik untuknya. Damaikanlah hati ini dengan ketentuanMu, Ya Allah!

Apapun, cinta memang sukar untuk diramal. Yalah, hari ni suka. Esok dah tak suka... Hari ni benci, esok sayang sangat. Haishh... tapi jangan guna cara jahat untuk memiliki cinta. Dosa besar! Berdoalah. Itu senjata yang paling baik. Apa jua ketentuan Ilahi, ia adalah yang terbaik buat hambaNya. Allah Maha Mengetahui.

... boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia ama baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Al-Baqarah : 216



Lirik Menanti Cinta - Krisdayanti

Sejak lama aku berdiri
dalam sepinya rongga hati
tak satu pun burung
mampu menjawab
* hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapa kah nanti
cinta untukku

reff:
Wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah karna luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

repeat *
repeat reff

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu

p/s: ingat... Allah sayang kita! (^____^)v


Wednesday, June 26, 2013

Haida - 5 Tahun Saja



Lirik

Eh, aku jatuh cinta
Begini rasanya
Ini tak biasa

Eh, dia lebih muda
Memang lebih muda
Aku tak biasa

Memanglah cinta tak pandang usia
Tapi tetap saja buatku tak selesa
Terlebih saat dia dekatiku
Sikapnya seperti berkata iya iya iyaaa

Dik, cuba dengarkan saya
Usia kita berbeza
5 tahun saja

Dik, sudikah kau menjadi
Kekasih hati ini
Kita saling setia
Itulah saja ingin aku bicara
Masih rencana tak tahu lagi bila
Semoga saja masa itu kan tiba
Bersama indahnya

Eh, aku jatuh cinta
Begini rasanya
Ini tak biasa

Eh, dia lebih muda
Memang lebih muda
Aku tak biasa

Memanglah cinta tak pandang usia
Tapi tetap saja buatku tak selesa
Terlebih saat dia dekatiku
Sikapnya seperti berkata iya iya iyaaa

[*] Dik, cuba dengarkan saya
Usia kita berbeza
5 tahun saja
Dik, sudikah kau menjadi
Kekasih hati ini
Kita saling setia

Repeat [*]
Itulah saja ingin aku bicara
Masih rencana tak tahu lagi bila
Semoga saja masa itu kan tiba
Bersama indahnya

Dik, 5 tahun saja
5 tahun saja

Sekadar hiburan dalam... (^___^)v

p/s: Saya mau si dia, cik abang, tua setahun 3 bulan 27 hari dari saya... hehehehe


Tuesday, June 25, 2013

Panas Dalam #berlaku tak kira musim

Assalamualaikum. Musim-musim jerebu ni, kenalah kita menjaga kesihatan agar tidak menjejaskan kehidupan seharian kita. Biasanya dalam keadaan macam ni, biasanya pakar-pakar kesihatan akan suruh kita banyakkan minum air masak. Yalah untuk mengelakkan diri dari terkena sakit yang disebabkan oleh partikel-partikel di udara. Selain itu dapat juga mencegah dari panas dalam.

Sejak debu-debu cinta penuh dalam ruang udara ni, saya senang betul dapat selsema, sakit tekak, selalu tersedak kalau tekak kering. Dengan cuaca yang panas kering ni, memang rasa macam nak berendam aje dalam air. Hihi mak kata, sekarang ni musim panas... kena banyak minum air. Kalau tak nanti panas dalam.

Ok. Panas dalam ni bukanlah penyakit tapi dikenali sebagai gejala dan tidak berlaku hanya pada musim panas. Musim sejuk pun boleh jadi juga panas dalam ni. Selain disebabkan oleh cuaca, pemakanan kita pun adalah salah satu punca terjadinya gejala panas dalam.

Antara simptom-simptomnya ialah;
  • Badan terasa berbahang (suhu ada meningkat sedikit tapi bukan demam), terutamanya dicelah pelipat badan, dalam mulut, dalam perut (boleh juga terasa berbahang), mata berasa panas. Boleh dikesan jika air kencing kita terasa panas dan berwarna kuning pekat.
  • Ada pecah-pecah di sekitar bibir, mulut ada ulser (kalau merah, masih ok lagi tapi kalau ada tumbuh yang warna putih, itu dah kritikal), boleh buat sakit gigi dan bengkak gusi, sakit dan gatal tekak, berkahak (boleh buat tersedak).
  • Sembelit ataupun cirit birit.
  • Telinga macam pekak aje, berdengung, terasa bengkak...
  • Kulit selalu gatal-gatal dan bila garu akan tumbuh mata ikan (macam jerawat tapi dia warna putih dan sangat sakit+sangat gatal. tak boleh garu, nanti akan jadi lebih besar), jerawat makin banyak, kadang-kadang boleh tumbuh bisul dekat badan.
  • Bila nak malam (biasanya sebelum maghrib), akan terasa seram-seram sejuk. Tak ada kaitan dengan hantu atau mistik ya! Ini disebabkan oleh perubahan suhu di sekeliling. Kalau mandi masa ni, akan rasa macam nak demam.


Cara mengatasi
Tak ada cara mengatasinya namun apapun, kita boleh mengawalnya dari menjadi lebih teruk.
  • Minum air masak sebanyak yang boleh agar dapat mengimbangkan kembali suhu badan. Ada setengah orang cakap, jangan minum air berais tapi pernah dengar tak air berais itu penawar? Bila suhu badan tinggi atau badan terlalu panas, air sejuk berais atau air yang disimpan dalam peti sejuk sebenarnya dapat membantu badan kita kembali kepada suhu yang normal. Caranya, mulakan dengan air yang disejukkan di dalam peti sejuk untuk memastikan badan yang panas tidak terkejut denga suhu air yang sejuk. Kemudian, bila badan terasa selesa, cuba pula dengan air yang berais. Jangan amalkan secara kerap. Amalan meminum air suam bukanlah tak bagus tapi air suam kadang-kadang hanya menambahkan lagi masalah panas dalam kita.
  • Berjaram. Maksudnya, meletakkan tuala basah di atas kepala. Ia juga satu kaedah menurunkan panas dalam badan. Selain itu, boleh juga meletakkan air asam jawa yang dibancuh sepekat yang mungkin di atas kepala kemudian balutkan kepala dengan tuala. Air asam boleh digantikan dengan air daun bunga raya. Ramaskan daun bunga raya dalam air, dan air tu boleh letak di atas kepala.
  • Jaga makan dan minum. Jangan makan atau minum benda yang 'panas'. Maksud panas di sini adalah makanan atau minuman yang boleh memberi kesan panas atau menghasilkan haba di badan bila kita makan atau minum. Sila baca seterusnya untuk tahu antara makanan dan minuman yang 'panas' di badan. (^___^)v Bukan tak boleh makan cuma perlu imbangkan.
  • Pemilihan pakaian juga penting. Elakkan pakaian yang tidak boleh meresap peluh. Bimbang ianya boleh menyebabkan dehidrasi.
  • Mandi. Ianya dapat menyegarkan badan dan boleh mengurangkan dehidrasi.
  • Dapatkan bantuan segera doktor sekiranya gejala berlanjutan.


Ok. Sekarang nak share apa dia makanan dan minuman yang 'panas' dan 'sejuk'.

Makanan
Sejuk
  • Buah-buahan seperti epal, lai, pear, betik, jambu, pisang.
  • Agar-agar.
  • Sayur-sayuran.
  • Nasi.
  • Jenis ubi seperti keledek, ubi kayu, kentang


Panas
  • Buah-buahan seperti tembikai, laici, limau, manggis, durian, rambutan, anggur, strawberi, pala, salak.
  • Pulut (apa saja yang bahan asasnya pulut, termasuklah tepung pulut).
  • Daging.
  • Lada (putih dan hitam), cili, cili padi.
  • Coklat.
  • Jenis kekacang (apa saja yang berasaskan kekacang seperti soya, kacang tanah kecuali kacang hijau yg buat bubur tu).
  • Rempah ratus.
  • Halia.


Minuman
Sejuk
  • Barli, cincau, air kelapa (kalau banyak sangat minum, boleh jadi sengal badan)
  • Teh (Tak kisah la teh bunga atau teh daun)
  • Selasih
  • Biji kembang semangkuk
  • Air Penyejuk badan
  • Air asam jawa dan air asam boi
  • Sarsi

ni air sirap selasih ya...bukan telur katak. ngeee~

ni la dia biji kembang semangkuk. rendam biji tu dalam air, setengah jam kemudian, dia kembang penuh semangkuk.


Panas
  • Coklat
  • Kopi, nescafe dan yang seangkatan
  • Soya
  • Air Halia


Ok. Minuman yang dalam kategori 'sejuk' boleh digunakan sebagai penawar panas dalam. Biasanya mujarab, insyaAllah.

Setakat ini je yang nak dikongsi. Salah dan silap harap dimaafkan... 

p/s: ini hasil dari sembang saya dengan mama abah pakcik dan makcik... sejak badan mula rasa cam dah kena panas badan.

p/s 2: Selamat Menjaga Kesihatan... (^___^)v

Monday, June 24, 2013

Jerebu: Apa yang perlu kita tahu?

Assalamualaikum. Jerebu. Sekarang dah sampai ke negeri Perak. Kelmarin ruang udara kat tempat saya masih clean and clear lagi. Semalam dah mula berbalam-balam dan hari ni sudah mula dahsyat! Huhu


gambar ni keadaan di sekeliling rumah saya... buah jagung dah boleh dituai. mai la singgah umah...~

Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU  Kualiti udara
0 - 50  Baik
51 - 100  Sederhana
101 - 200  Tidak sihat
201 - 300  Sangat tidak sihat
301 - 400  Berbahaya
401 - 500  Sangat berbahaya
Lebih 501  Darurat

Indeks Pencemaran Udara dan Langkah yang Boleh Diambil

101 - 150 Keadaan tidak sihat
(lebih 24 jam)
  • Kurangkan aktiviti yang menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti: menyembur, mengecat 
  • Menggunakan air semburan untuk menggurangkan habuk 
  • Mengurangkan penggunaan alat yang boleh menghasilkan bahan pencemaran 
  • Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor 

(lebih 72 jam)
  • Memantau kes gangguan pernafasan 
  • Mengetatkan kawalan penggunaan kenderaan bermotor seperti mengenakan pembayaran letak kereta yang tinggi 
  • Mengalakkan penggunaan kenderaan awam 
  • Penggunaan bahan bakar yang lebih 'bersih' (kandungan belerang rendah atau bahan bakar gas) 

151 - 200 Keadaan masih tidak sihat
(lebih 72 jam)
  • Menasihati orang awan menjauhi tempat berjerebu 
  • Pengharaman pembakaran secara terbuka 
  • Penggurangan guna bahan bakar cecair sebanyak 30% 
  • Menghadkan kemasukan kenderaan di kawasan yang terlibat 
  • Kawalan lebih ketat kepada industri 

201 - 250 Keadaan lebih tidak sihat
(lebih 48 jam)
  • Menasihati orang awam mengambil langkah kesihatan yang lebih teliti 
  • Penggunaan kenderaan lama termasuk bas dan lori digantung 
  • Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau berdiskaun 
  • Menggurangkan penggunaan eletrik, hawa dingin dan peralatan elektik lain 
  • Kegiatan industri pencemar (kilang simen, batu dan penapis) dikurangkan 
  • Penggunaan bahan bakar kurang belerang 

251 - 300 Keadaan amat tidak sihat, Amaran
(lebih 48 jam)
  • Mengurangkan waktu persekolahan 
  • Mengurangkan masa bekerja 
  • Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau diskaun 
  • Pesakit mengidapi penyakit pernafasan dinasihati meninggalkan kawasan yang terlibat 

301 - 400 Merbahaya, Kecemasan
(lebih 24 jam)
  • Sekolah ditutup 
  • Hari kerja selang hari 
  • Pengharaman kenderaan persendirian 
  • Kegiatan industri pencemar dihentikan 
  • Pesakit mengidapi penyakit pernafasan diarah meninggalkan kawasan yang terlibat 

(Melebihi 400) Amat merbahaya Dharurat
  • Pesakit mengidapi penyakit pernafasan diarah meninggalkan kawasan yang terlibat 
  • Kurangkan masak-memasak, makan makanan tersedia dan buah-buahan 
  • Isytihar keadaan dharurat 
  • Pemindahan ke tempat lebih selamat 


Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

Sumber:
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu
2. http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/1997/penawa16.html

p/s: teringat masa belajar dulu...

Tuesday, June 11, 2013

Biarkan Aku Merinduimu - Liza Hanim


Lirik

Dosakah aku mencintaimu
Dan itu bukan kehendakku
Itu juga bukan kemahuanmu
Menodai percintaan ini

Dosakah aku mencintaimu
Setelah engkau dimiliki
Aku gagal memujuk hati ini
Untuk terus melupai dirimu

Izinku berteduh seketika
Merebah rindu pengubat duka
Demiku mencintaimu
Menyayangi dirimu
Meskipun sekadar dalam mimpi

Pergilah sayang kepadanya
Kerana dia lebih memerlukanmu
Pengorbanan sudah lama jadi milikku
Jangan kau kesali

Aku tidak tahu mengapa harusku
Mencintai dirimu
Mungkinkah kau ada jawapan yang lain
Teranglah padaku
Agar tidak sesal
Mengharap kasih pada yang berpunya
Agar kita sama merelakan


Rindu kat Liza Hanim...

p/s: oh, lagu ni... hmm... entah laa... hati tengah x best... so layan jiwang aje laaaa...


Saturday, June 8, 2013

Pada Suatu Hari #Bowling

Assalamualaikum. Hi all! Status noraini a.k.a along PCD di facebook punca saya buat entry ini. Bermula dengan cerita bermain bowling aje. Lepas tu teringat kisah dulu. Hehe tetiba hati terasa sayu. Memang menangis bila teringat apa yang pernah kami lalui sepanjang 3 tahun (3 Julai 2005-3 Mei 2008) di KTDI, UPM. Walaupun masa final year kami dipisahkan (rombakan bilik asrama), tapi rasanya bonding di antara kita orang memang macam konkrit.

Kita orang ni 9 orang adik-beradik sebenarnya. Mula-mula 8 orang tapi ambil seorang adik beradik angkat dari Top Melati Blok Melati, maka jadilah 9 orang.

Nor a.k.a along stay bilik 193, Dina a.k.a angah stay bilik 192, ChanII a.k.a alang stay bilik 184, Tini a.k.a uda stay bilik 182 (second year transfer ke 195), Jun a.k.a achik stay Top Melati, saya a.k.a anne stay bilik 185, Wani a.k.a ateh stay bilik 181, Fairuz a.k.a anje stay bilik 190, dan Rosie a.k.a usu stay bilik 182.

Kita orang ni floormate merangkap coursemate. Kalau ke mana-mana, mesti bersembilan. Kalau duduk dalam dewan kuliah, 2 row mesti kita orang conquer. Kat kafe, kalau kita orang datang dah macam seratus orang punya suara. Gelak sakan! Itu belum lagi lepak kat restroom. Bising sangat-sangat sampai kena notis! Hadoi... saya pulak dapat sms amaran. Kita orang memang selalu kena la. Bila dah ramai dan syok sendiri, pasti ada yang tak suka kan? Tak apa... kita orang tak kisah pun! Hahaha

Ini first time kita orang bowling 9 orang. Masa ni nak konvo tahun 2008.

Along and ateh

alamak blur skit gambar...

Tunggu turn...

Muda belia... tp skrg still gojes!~

Nak main bowling tp lupa bli stokin. Cepat2 rembat kat Giant so jadi la semua org pakai stokin yang sama. Tp ni x cukup org sbb yg sorg lg x pakai stokin yg sama... hehe

score board.. lepas main balik ke bilik sewa saya... sape yg score  tinggi dapat tidur atas katil. saya tidur kat lantai akhirnya sbb kalah... hahahaha
Masa tu dalam bilik bukannya tidur. Kita orang siap main ABC lagi. Alang xde sbb gayut dgn bf. Achik lak xde sbb dah balik bilik sewa dia. 'Sebutkan negara apa yang bermula dengan huruf H...' memang gelak sakan dalam bilik tu... hahaha #rindu... huhu

Yang ini pula reU kita orang pada tahun 2010. reU sebelum ada yang menamatkan zaman anak dara. =)

makan KFC mmg dah jadi kewajipan bila berkumpul... hehe

Siap celebrate besday achik n uda!~

muka-muka dah kenyang... lalalala~
turn along and achik
L-R: anje, along, alang

along dan usu yg manja
ini mesti usu yg amik gambar... haha

Kasut yang kami sewa...
agak suram gambar itu ya! haha
L-R: saya, alang, angah, achik, usu (depan), along, uda, anje, ateh

Cepat betul masa berlalu. Haishh... sekarang dah tahun 2013. Semoga persahabatan ini kekal utuh untuk selamanya.

'...andai awan bisa melaka pastinya terukir kisah persahabatan kita, andai bayu bisa bicara pasti ukhuwah kita dikatakan indah... sahabatku, doaku bersamamu...'

'...sesaat pertemuan menitik perkenalan, seminit perkenalan menerbitkan kemesraan, sejam kemesraan mengukuhkan persahabatan, sehari persahabatan selamanya dalam ingatan...'

p/s: ramai di antara kita orang yang dah kawen... maka saya yang muda cantik jelita ini sudah jadi makcik! Tak kisah laaa... saya aunty anne yg gojes! \(^___^)/


Thursday, June 6, 2013

Ayam masak Sweet Sour

Assalamualaikum. Dah lama plan nak share resepi ni. Asyik tertangguh dengan benda2 lain. Heee~

Jom check bahan2nya.

Bahan-bahan

Untuk ayam goreng
Dada ayam - 4 ketul dan dipotong kecil-kecil
Tepung menggoreng ayam (Saya pakai jenama Bestari sebab ianya tak perlu salutan telur)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Sos Sweet Sour

Bahan Kisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering

Dua sudu sos cili
Sesudu sos tomato
Halia (setebal 1cm) - dihiris halus
Setengah kiub ayam
Seulas bawang besar - diricih
Setengah batang timun - dipotong dadu
Sebiji tomato - dipotong dadu
Sebiji cili merah - diricih
Nanas - dipotong dadu (Saya tak letak sebab tak berapa suka)
Air
Gula dan garam sebagai perasa



Cara-cara

Untuk ayam goreng
1. Ayam yang dipotong dibasuh bersih. Kemudian, taburkan sedikit garam dan sedikit tepung menggoreng ayam. Gaul rata dan perap selama 15 minit.
2. Setelah itu, ayam yang telah diperap itu dicelup semula ke dalam tepung menggoreng ayam.
3. Panaskan kuali dan tuangkan minyak. Masukkan ayam ke dalam minyak yang panas. Goreng sehingga keperangan.
4. Setelah masak, angkat dan toskannya. Hidangkan di atas pinggan.

Untuk sos sweet sour
1. Panaskan kuali. Letakkan sedikit minyak untuk menumis. Masukkan bahan yang dikisar dan halia. Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
2. Masukkan sos cili dan sos tomato. Tumis seketika kemudian masukkan air dan kiub. Biarkan seketika.
3. Apabila bahan tumisan sudah mula pekat, masukkan bahan-bahan yang dipotong dan diricih.
4. Bubuh gula dan garam mengikut selera anda. Biarkan ia layu sedikit sebelum disiram di atas ayam goreng tadi.

Sedia untuk dihidangkan.

tak berapa clear huhu


p/s: Rasanya dah betul kot step dia. Tak ingat sangat... lama dah tak buat! Huhu



Israk Dan Mikraj

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.



Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.

Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Sekembali dari Israk dan Mikraj, Nabi Muhamad telah diragui dan ditertawakan oleh masyarakat Quraisy terutama pemimpinnya Abu Jahal dan Abu Lahab. Bagi Abu Jahal, inilah bukti Nabi Muhamad seorang yang gila dan ahli sihir kerana mana mungkin pergi ke Palestin hanya semalaman dan menjelang subuh sudah sampai di Mekah semula. Abu Jahal mempersendakan Rasulullah di Hijir Ismail di hadapan komuniti Bani Kaab bin Luay.

Namun Abu Bakar adalah orang pertama yang percaya dengan cerita itu kerana baginya Muhamad adalah seorang al Amin. Abu Bakar sentiasa membenarkan khbar langit yang Rasulullah bawa. Aisyah mencatatkan ada orang Islam yang murtad selepas peristikwa itu.

Setelah dicabar oleh Bani Kaab bin Luay, Nabi menceritakan keadaan Masjidil Aqsa hingga hampir keliru. Mujurlah saat itu Allah mendatangkan Masjid Aqsa dan diletakkan berdekatan rumah Uqail. Maka, mudahlah Nabi menceritakan masjid itu. Salah seorang dari mereka mengakui kebenaran gambaran itu kerana pernah pergi ke Masjidil Aqsa.

Wednesday, June 5, 2013

review: anthem

Karya Hlovate yang terbaru di pasaran. ANTHEM.

Saya baru beli dan sekarang sedang membacanya. Seperti biasa, memang banyak pengajaran yang boleh diambil dari novel tu.

Ya. Kita boleh membentuk peribadi. Kenal agama, kenal budaya.



Sinopsis.
Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future.

Silam:
Westernized.
Memang bukan budak perempuan biasa. Nur Dania Dashrin. Bukan dipanggil Nur, bukan dipanggil Dania. Hatta bukan dipanggil Dashrin pun. Jika ditanya tentang asal-usulnya dan rumahnya di mana, jawapannya mungkin Belgium, Romania, Austria, Perancis, Amerika atau India.

Selepas Silam:
Dulu, ‘segalanya’ yang mahu ditinggalkan tu ialah dunia canggung yang serba menyesakkan dan melemaskan. Dunia di mana pertembungan kepercayaan, prinsip, budaya, definisi dan erti langsung buat dia rasa dirinya salah sentiasa dan tak ada harga. 
Sekarang, ‘segalanya’ yang bertanda gelap itu kini mahu dia ubahkan warnanya. 

Kini:
Kedegilan Dash untuk membuktikan bahawa dia berhak
untuk menjadi dirinya sendiri
tanpa mengikut acuan tipikal masyarakat keliling, membawa kepada satu perjalanan panjang yang merentas benua dari Malaysia, ke India, ke Scotland, dan tanah antara ketiga-tiganya.

Selamat membaca! (^___^)v

p/s: layan!~


Tuesday, June 4, 2013

Dari Serdang Ke Parit Buntar ~with love~ singgah di Taiping

Assalamualaikum. Cuti sekolah dah lebih seminggu start. Saya busy dibuatnya dengan menghadiri banyak jemputan perkahwinan. -ayat ala-ala v.i.p gituuuu...haha-

Weekend sudah, saya turun ke Serdang untuk pergi bersama-sama dengan kawan baik saya, cik nor, ke Parit Buntar sempena majlis perkahwinan coursemate saya, Mohd Akram. Mula-mula plan nak pergi empat orang dan nak jumpa kawan baik kami yang seorang lagi. Plan baik punya nak singgah Penang tapi tak kesampaian apabila kawan baik kami, Fairuz a.k.a anje pergi Ketereh. Ada kenduri kahwin juga. Yang kami ni pulak tinggal berdua saja sebab Rosie join game futsal. Lokman pula ada kenduri kahwin dekat Terengganu.

Apabila tiba di sana, barulah kami tahu bahawa isteri kawan kami, si Akram tu adalah junior kami ketika di UPM dulu.

Selamat pengantin baru buat Akram dan Fatimah. Semoga berbahagia kekal hingga ke syurga. Tawa dan tangis adalah adat dalam berumah tangga. Yang penting sentiasa saling hormat-menghormati dan bertolak ansur.

Hmm... apa-apapun, sila layan gambar.

on the road

konon nak capture gmbr lata kinjang. sekali dpt gmbr hutan je... sori erk nor! haha

tiba kat umah akram

tema yang sweet ~pink~ pengantin pun sweet! =)

skema la pulak! hahaha

kebetulan, kami pun ikut tema dorg gak! hehe
L-R: me, akram, fatimah, noris

kat tasik taiping. view yg sgt menenangkan... model pun posing sakan! haha
banyak pasangan pengantin ambik outdoor pic kat sini...

tasik tmpt ktorg lepak. banyak org memancing rupanya...


p/s: sila jangan tension bila baca ayat saya yang macam ayat skema ini. terima kasih!

p/s 2: betul2 tak perasan ayat macam ayat karangan SPM. huhu