Monday, June 24, 2013

Jerebu: Apa yang perlu kita tahu?

Assalamualaikum. Jerebu. Sekarang dah sampai ke negeri Perak. Kelmarin ruang udara kat tempat saya masih clean and clear lagi. Semalam dah mula berbalam-balam dan hari ni sudah mula dahsyat! Huhu


gambar ni keadaan di sekeliling rumah saya... buah jagung dah boleh dituai. mai la singgah umah...~

Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU  Kualiti udara
0 - 50  Baik
51 - 100  Sederhana
101 - 200  Tidak sihat
201 - 300  Sangat tidak sihat
301 - 400  Berbahaya
401 - 500  Sangat berbahaya
Lebih 501  Darurat

Indeks Pencemaran Udara dan Langkah yang Boleh Diambil

101 - 150 Keadaan tidak sihat
(lebih 24 jam)
  • Kurangkan aktiviti yang menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti: menyembur, mengecat 
  • Menggunakan air semburan untuk menggurangkan habuk 
  • Mengurangkan penggunaan alat yang boleh menghasilkan bahan pencemaran 
  • Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor 

(lebih 72 jam)
  • Memantau kes gangguan pernafasan 
  • Mengetatkan kawalan penggunaan kenderaan bermotor seperti mengenakan pembayaran letak kereta yang tinggi 
  • Mengalakkan penggunaan kenderaan awam 
  • Penggunaan bahan bakar yang lebih 'bersih' (kandungan belerang rendah atau bahan bakar gas) 

151 - 200 Keadaan masih tidak sihat
(lebih 72 jam)
  • Menasihati orang awan menjauhi tempat berjerebu 
  • Pengharaman pembakaran secara terbuka 
  • Penggurangan guna bahan bakar cecair sebanyak 30% 
  • Menghadkan kemasukan kenderaan di kawasan yang terlibat 
  • Kawalan lebih ketat kepada industri 

201 - 250 Keadaan lebih tidak sihat
(lebih 48 jam)
  • Menasihati orang awam mengambil langkah kesihatan yang lebih teliti 
  • Penggunaan kenderaan lama termasuk bas dan lori digantung 
  • Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau berdiskaun 
  • Menggurangkan penggunaan eletrik, hawa dingin dan peralatan elektik lain 
  • Kegiatan industri pencemar (kilang simen, batu dan penapis) dikurangkan 
  • Penggunaan bahan bakar kurang belerang 

251 - 300 Keadaan amat tidak sihat, Amaran
(lebih 48 jam)
  • Mengurangkan waktu persekolahan 
  • Mengurangkan masa bekerja 
  • Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau diskaun 
  • Pesakit mengidapi penyakit pernafasan dinasihati meninggalkan kawasan yang terlibat 

301 - 400 Merbahaya, Kecemasan
(lebih 24 jam)
  • Sekolah ditutup 
  • Hari kerja selang hari 
  • Pengharaman kenderaan persendirian 
  • Kegiatan industri pencemar dihentikan 
  • Pesakit mengidapi penyakit pernafasan diarah meninggalkan kawasan yang terlibat 

(Melebihi 400) Amat merbahaya Dharurat
  • Pesakit mengidapi penyakit pernafasan diarah meninggalkan kawasan yang terlibat 
  • Kurangkan masak-memasak, makan makanan tersedia dan buah-buahan 
  • Isytihar keadaan dharurat 
  • Pemindahan ke tempat lebih selamat 


Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

Sumber:
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu
2. http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/1997/penawa16.html

p/s: teringat masa belajar dulu...

No comments: